Cerpen: Aku Bukan Jenin

by 5:24 AM 8 komen

Idea – 6 Jun 2012
Type – 7 Jun 2012
Aku Bukan Jenin

“Dengar Cerita orang dulu jadikan renungan,
Pasal sorang mamat kononnya kerja asyik berangan,
Baik tengah duduk makan, atau petik buah kelapa.
Tak habis-habis pelan, cita-cita jadi kaya.”
  
Aku hembus nafas untuk ke sekian kalinya. Pensel Pentel di tangan aku ni cuma digoyang-goyang dari tadi. Pasif. Satu-satunya anggota badan yang aktif cuma kepala yang dari tadi terangguk-angguk ikut rentak lagu yang terpasang di earphone.

“Berangan!”

 Aku toleh ke tepi. Cuma memandang muka Lili dari sisi. Pandangan yang nak tak nak je aku beri dengan kaki berlunjur dan badan bersandar di sofa ni.

“Buku je yang terbukak dari tadi tu.” Lili menjeling aku.

Huh… malas nak jawab. Aku tengah boring ni. Sudahnya aku fokus semula pada buku latihan di depan mata ni. 

Macam tak percaya, tengah kakak aku ni cuti semester, aku rajin-rajin bukak buku Add Math. Huh! Tak adalah rajin sangat sebenarnya, kalau bukan sebab kakak aku si Lili ni, buku Prinsip Akaun tu berganda okeynya lagi dari buku puaka ni.

“Fikir apa tu?” Lagi sekali, suara Lili yang menegur. Aku garu dahi. Janganlah upset sangat, Lili tu concern je. Aku pujuk hati sendiri aje nih!

“Benda ni… confuse lah. Memusingkan kepala otak.” Aku jawab akhirnya. Jaga hati!

“Amendanya? Let the pakar settle it.” Lili yang tadinya elok meniarap di atas sofa yang menjadi tempat aku menyandar mula panjangkan leher. Buat gaya zirafah.

Aku tak membalas, cuma muncung pensel aku halakan ke soalan nombor dua puluh satu.Pengkamiran! Jelaslah, topik yang paling aku benci.

“A’alah…” Lili menjuih. Spontan pensel aku dia tarik. Lalu laju tangannya menconteng ruang kosong pada buku aktiviti tu. 

Hah, itu pasallah aku malas nak tanya. Lili ni otak dia lain macam. Kalau subjek lain aku tahan mintak tunjuk ajar dia, tapi bab add math ni… gaya budak lepas degree dia ajar aku. Mana nak pick up! Haih, mungkin sebab tu dia boleh masuk UIA tu kut.

Sudahnya, otak aku mula merewang jauh. Ikut lirik lagu yang berdendang di speaker earphone aku. Watak demi watak mula keluar di minda. Itu kerja aku time lapang. Berangan jauh dan wujudkan perwatakan dalam satu-satu watak. Hasilnya, tut-tut…!

“Kau dengar tak ni?”

Aku panggung kepala, membalas pandangan Lili. Dua saat, aku geleng. Tak apa, aku jujur. Memang sepatah apa pun aku tak dengar.

Lili mendengus. Sakit hati barangkali. “Gini… kau ni La, orang main putar-belit ayat pun dah jam. Otak tu jangan kasi manja sangat. Selesaikan log tu dulu.”

“Log tu apa Li…” Aku tanya dengan nada meleret. Pelipis ni aku garu-garu lagi dengan pensel.

Automatik Lili toleh kepala, memandang aku dengan mata yang makin mengecil. “Kau ni sedar ke tidak ni?”

Aku sengih. Logiklah kalau dia kata macam tu, SPM boleh kata esok karang, aku boleh nak tanya Log tu apa!

“Hm… hm, taulah.” Lalu pensel milik aku yang sekarang di tangan Lili aku capai, sebelum kertas kira-kira yang memang dah tersedia di sebalik buku add math tu aku keluarkan. Tanpa hiraukan Lili yang masih tak hilang fokusnya pada aku, aku mencoret sesuatu di atas kertas contengan tu.
========================
“Mesti ada sebab untuk kita semua fikir,
Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit,
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan,
Penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan.” 

“Yoep! Buat apa tu?!”

Aku cepat-cepat minimize window Mozilla Firefox bila Lili muncul dari dapur dengan mug di tangan. Tapi tak sempat, Lili sudah pun duduk bertenggek di sofa, belakang aku.

“Aih, dah bertukar?” Sarkastik dia menyoal.

Aku garu kepala. Kantoi. Haruslah, masa dia masuk dapur tadi cuma ada tab tuisyen online, ScoreA Programme System. Tapi tak sampai dua puluh minit dia menghilang, satu-satunya tab ScoreA Programme System di Mozilla tu dah bertambah dengan segala macam tab dengan nama pelik-pelik. Facebook, blogger dashboard, blog ini dan blog itu. Tu tak jelling lagi kat bahagian bawahnya… Ya Rabbi…! Dengan photoscapenya, Microsoft wordnya, photoshopnya. Mungkin itulah yang diumpat Lili dalam hati dia tu.

“Yang mana fokus asal kau sebenarnya dik?”

Aku ketap bibir. Aku sedar, aku SPM candidate! Usah diulang statement yang satu itu.

“Homework dah siaplah.”Aku membela diri dengan suara yang bercampur-baur. Nak protes, tapi rasa bersalah. Syukurlah sepatutnya, sebab aku ada kakak yang concern nak ambil tahu hal pelajaran aku.

“ScoreA pun tengah loading… orang jenguklah wall kejap.”

“Alasan.”

“Taklah, tak percaya tengok ni.” Laju tangan aku meminimize Microsoft word dan sekarang terpampang window ScoreA Programme System yang memang betul tengah jam.

“Hm..,” Lili membalas. Tak menoleh pun aku boleh agak ‘hm’ tu disertai dengan cebikan!

Aku mendengus. Cara Lili tu macam jelas-jelas je aku ni ambik kesempatan atas masa lapang yang ibu dengan dia berikan. Macam nak katakan segala kemudahan yang ada ni, disalah guna! Jelaslah, zaman Lili SPM tu mana ada internet kat rumah ni. Walaupun tu cuma dua tahun lepas, bukan dah berzaman yang lampau.

Tapi betul. Masa tu laptop pun macam chips more, kejap ada kejap tak ada. Laptop yang aku guna ni milik abah, haruslah bukan semedang boleh disimpan dalam simpanan peribadi keluarga. Ada je kerja abah nak buat. Kalau ada kat rumah pun, jarang sekali nak dibuka Lili. Minah tu bukan jenis hantu IT.

Masa Lili SPM dulu, mana boleh duduk goyang kaki macam aku ni. Mesti ada je kerja yang kena settle. Dengan ada adik yang tak understanding macam aku ni, bukan paham kakak nak hadapi peperiksaan mega tahun tu. Lepas makan haram nak kasi licin sinki tu. Angkat kain, mimpilah kalau nak tengok adik dia yang ini tercongok nak tolong lipatkan kain. Kadang-kadang, jemur kain pun Lili yang buat.

Tapi sekarang, zaman aku ni, kalau aku masuk dapur nak basuh pinggan ke, tiarap pinggan ke, Lili akan halau aku keluar. Suruh study, ‘tahun ni awak nak exam’. Itu kata dia. Macam mana orang tak rasa bersalah.

Internet pun elok tersedia. Ibu sengaja melanggan tuisyen online khas untuk anak dia yang ini, memandangkan aku ni tak minat nak pergi kelas tuisyen. Tapi aku, tak sampai dua jam buat latihan dalam laman ScoreA tu, mulalah tangan merewang nak ke FB la, nak menaiplah. Macam-macam!

Sangat kontra keadaan kami dua beradik!

Aku mengeluh kecil. Lambat-lambat, dari laman ScoreA aku tekan pula tab lain dan terpampang bermacam jenis gambar laptop yang canggih. Tengok gambar ni semua, boleh hilangkan stress!

Dari ekor mata, aku nampak, Lili senyum. Senyum sinis pastinya! Dah bertambah tab google image pulak..!

“Angan-angan Mat Jenin la kau ni La.”

Aku menoleh. Faham, aku faham apa yang nak dikata Lili. Tapi aku tak setuju dengan nada dia. “Li tahu tak, Mat Jenin tu ada impian, ada visi. Kenapa mesti nama dia tu diguna cuma bila nak menyindir? Dalam ceramah motivasi tu haram nak dengar motivator sebut nama dia kalau tak pasal angan-angan yang tak menjadi. Apa teruk sangat ke orang bervisi ni?”

Lili cuma diam dan sambung membaca Readers Digest yang tadi hanya terbiar di atas lengan sofa. Aku ketap bibir. Ni yang aku geram, kata-kata aku tak dipeduli. Rasa macam senang-senang aku kalah sedangkan terang-terang dia yang diam.

“Kenapa samakan Laila dengan Mat Jenin?” Aku soal lagi.

Niat aku nak membantah maksud asal dia samakan kami tadi, tapi mungkin dia ‘tangkap’ maksud lain melalui soalan aku tu.

“Dia ada impian. Dah, angan La tu tak dipanggil impian? Ke memang awal-awal lagi dah set dalam kepala just nak berangan tanpa usaha? Asal ada keinginan dah kira okey, macam tu? Lepas tu duduk goyang kaki pun semua yang kau nak tu boleh datang bergolek?”

“Masalahnya Li samakan kitorang dengan suara sinis macam tu. As if impian Laila ni salah, and Mat Jenin tu tak ada guna kat mata Li. Mat Jenin tu tokoh Melayu yang ada wawasan tau?”

Lili diam lagi, cuma sebelah keningnya terangkat. Konon nak cakap ‘oh yeah?’.

Sudahnya aku pun diam.

Lili senyum menyindirlagi. “Kenapa? Speechless?”

“Hmh!”

“Li tak menyindir La, tapi kau tu kena sedar. Kalau nak jadi orang yang ada visi macam Mat Jenin pun, make sure angan kau tercapai. Jangan sampai hancur berkepai macam dia.” Bahu Laila ditepuk sekali, sebelum dia bangun masuk semula ke dapur, meninggalkan Laila yang masih di depan laptop.
=======================
“Kalau takda angan mana wujud perancangan,
Hanya perancangan bisa menjayakan kenyataan,
Lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi,
Mimipi bakar semangat azimat dalam diri.”
           
 Cerpen baru?- Qaisy

 Satu komen yang baru muncul di entry terbaru blog aku perhati.

 Aku sengih. Ini yang buat aku bersemangat sebenarnya. Ada respons. Sebab tu otak aku makin laju sekarang. Asal ada je isu yang ibu dengan abah cakap dan sempat masuk dalam telinga aku, aku olah. Tapi yang lawaknya, olah punya olah sampai lari jauh tema cerita. Dan yang komen pulak cuma seciput je, termasuklah mamat sorang ni. Okeylah, aku positifkan fikiran. Asal ada pun bersyukur.

YM jom. – Laila

Aku balas. Aku tahu, kalau berbalas komen dalam ni, serius berjela nanti.
====================== 
 Yoep. – Qaisy

=))) – Laila

Pehal lu? Lain mcm smile tu… - Qaisy

1st commentor, thnx 4 that. Heeeee. – Laila

Yuck, gediknya. – Qaisy

Xpe r. skali-skala kena hina. Thnx jugak r. haha. – Laila

Well, best. – Qaisy 

Aku terus-menerus sengih. Baca satu perkataan itu pun dah kembang kuncup hati aku. Memanglah aku ni jenis yang tak boleh dipuji! Haih, aku geleng kepala. Window YM aku minimize dan sebaik saja laman blog aku terpampang di skrin laptop, aku sengih panjang. Right click aku tekan dan mencari butang refresh, satu komen bertambah. Selang lima minit aku refresh lagi, komen bertambah lagi. Sengihan aku makin lebar dan terus melebar.
==========================
Asyik sangat aku sengih semalam, sampai ke sekolah pagi ni pun aku terus sengih. Sampai Teacher Rofe’ah selaki cikgu Add Math kelas aku suruh aku keluar ke depan untuk selesaikan soalan pengkamiran pun, boleh lagi aku sengih. Sengih dengan tangan mengira ikut suka.

“Air?” Seorang abang kantin soal aku waktu rehat hari tu dan aku jelas tersentak.

Hailah, kat kantin pun aku boleh berangan. Depan kaunter pulak tu. Serius tahap petala kelapan dah aku ni. Aku garu dahi sebelum tayang sengih lagi. Tapi kali ni lebih pada sengih tutup malu!

“Tak nak… jimat!”

“Dah tu?”

Abang kantin yang sedang memegang pencedok air itu aku pandang. “Hehe… nak bagi ni.”

Dia pandang aku sebelum matanya jatuh pada himpunan kertas kajang yang tebal dan yang lunyai di tangan aku. Sudahnya dia geleng kepala, “Kut ya pun kejap lagi la weh. Tunggu kat sana.”

Aku akur dan terus menapak ke meja kantin yang kosong.

Pelik? Tak payahlah pelik sangat. Aku bukan menggedik, abang kantin tu memang kenalan aku sebenarnya. Cuma dia tak nak aku berabang bagai, gedik terlebih dos katanya! Nama dia Ukasyah, so aku panggil dia ikut suka je. Itu pun atas rela dia.
====================
 “Cerita baru ke sambungan je?” Aku yang hampir nak tersengguk ni angkat muka bila kerusi di depan aku ditarik orang.

Kasyah angkat kening. “Hm?”

“Tak… cerita lama stuck dalam otak je. Ada keluar ayat sikit-sikit, aku tulis. Kali ni cerpen je. Baca ar…”

“Nanti-nantilah.” Buku lunyai aku tadi dia daratkan di meja sebelah.

Bahu aku jatuh terus. “Kenapa pulak? Paling kurang baca ar cincai-cincai dulu. Komen sepatah-dua. Tak jaga feeling orang langsung kau ni.”

“Aku tak main baca skip ikut suka. Tak ada feel!” Dalam ketawa kecil dia tu, sempat lagi dia menghirup air yang dia bawa tadi.

Aku cuma akur, pandang sekeliling dan mengeluh kecil. Lama aku pandang dia akhirnya.

“Apa hal?” Sebelah kening dia jongketkan.

“Tauke kau tak marah ke weh?” Aku tengok abang-abang kantin yang lain semua sibuk lagi tu, dok layan pelajar yang terpekik melolong nak membeli tu. Tapi dia relax santai je kat sini.

“Gaji ambik ikut adil ar. Dah aku kerja lama mana, gaji banyak tu ar. Bagus sistem upah kat sini.” Dia gelak lagi sambil mencapai semula buku tebal aku tadi dan membelek-belek ikut suka.

“Paling kurang tak ada sebab orang nak kata aku makan gaji buta.”

“Ada hasil ke kau kerja kalau nak main potong je lebih dari yang dapat?”

“Bolehlah, cukup-cukup tampung belanja makan semester depan. Paling kurang aku dapat ni…” Buku di tangan dia itu diangkat.

Aku mengangguk-angguk. Rasa bersalah pun ada ni. Tapi bila aku tengok jam, tepat-tepat 11:20 a.m.. Hah, tak sempat nak layan rasa bersalah ni. Lewat lagi aku kali ni! Dahlah teacher BI tu masuk sharp-sharp masa dia. Cepat-cepat aku tolak kerusi ke belakang dan bangun.

“Blah dulu ar. Esok petang aku ambik buku tu eh!”

“Chow…” Kasyah balas ala-kadar. Mata dia masih di buku aku.
========================
“Dari mana Laila?” Seluruh mata di dalam kelas kini fokus pada aku seorang. Aku statik di muka pintu. Madam Azalina yang mengajukan soalan tadi aku pandang pelik. Bukan ke sekarang masa BI?

“Dari kantin, Madam.”

Madam Azalina mengangguk. Aku menapak hendak masuk, tapi tersekat lagi bila sekali lagi namaku dipanggil. “Kenapa Madam?”

“Alang-alang you dah ada kat depan ni… why don’t you answer this question?”

Soalan matematik yang terpapar di papan putih aku perhati. Dalam diam aku dah menghembus nafas lega. Nasib baik bukan Add Math!

Aku senyum, angguk. Topik yang masih panas-panas dalam otak aku lepas menuntut dengan Lili sebaik saja aku tutup buku Add Math semalam berlegar di minda.

Purata laju. Hm… rumusnya, jumlah jarak bahagi jumlah masa. Erk… paksi y ni laju, bukan jarak. C’mon Laila… jangan mudah melatah. Nak jadikan laju tu jarak, macam mana? Okey, guna rumus luas. Nak kira luas trapezium? ½ darab hasil tambah dua sisi selari darab tapak.  Okey…  tambah jarak pada laju seragam pulak. Tambah lagi dengan jarak trapezium akhir. Jumlah jarak semuanya…  ambik per dengan jumlah masa.  320/20 = 16 m s-1. Done!
“Thanks.”
========================
“Lihat sudut positif dalam cerita Jenin,
Impian milik kita kalau kenal erti rajin.”
Aku tersengguk. Madam masih dalam bab sama. Mungkin itu yang buatkan aku layu sangat ni. Hairan aku,  kenapa kat sekolah, untuk habiskan satu bab tu, makan masa berhari-hari? Sedangkan ada seorang member aku bagitau, cikgu tuisyen dia khatamkan Gradient and Area Under A Graph ni cuma makan masa dua minggu, dua minggu di tuisyen maksudnya dua jam ajelah! 

Dua jam dengan pelajaran masuk cair dalam otak students walaupun ada yang masih belum sentuh pun bab ni di sekolah.

Hm, mungkin sebab P&P di sekolah ni utama untuk semua students. Tuisyen tu cuma untuk cover aje. Sebab tu dalam dua jam main-main boleh habis…

Whatever!

Baru mata aku nak layu semula, tiba-tiba aku perasan mata-mata dalam kelas ni sedang memandang aku. Madam pun! Aku tersentak dari mamai. Tiba-tiba jadi segar-bugar!

“Laila…”

Sah, memang aku yang jadi isu sekarang ni.

“Yes, teacher.” Aku tunduk, namun kaki aku gagahkan juga untuk bangun. Respect Madam yang sedang bercakap dengan aku.

“I diberitahu yang you ni one of budak sains yang mintak tukar aliran kan?”

Aku telan liur. Kenapa lain macam soalan Madam ni?

“Berapa result PMR?”

“7, teacher.”

“7…” Teacher angguk. “Dalam Az-Zikra ada lah nama you?”

Aku angguk. Memang nama aku tersenarai dalam majalah sekolah tu. Masuk aliran sains, tapi aku mintak tukar bersama beberapa pelajar lain. Sebab, sains memang bukan dalam bidang aku! Dapat 7A, yang terlepas apa? Sainslah! Bukan B, tapi C!

“Means nothing.”

Aku angkat muka. Mintak penjelasan.

“Tidur dalam kelas, benda biasa. I faham, I pernah jadi students. Macam you all. Tapi tidur dalam kelas, sedangkan you tahu trial SPM akan you hadapi tak sampai dua minggu lagi, tu bukan benda biasa dear. Zaman kami dulu tak ada benda macam ni.”

Untuk beberapa saat, suasana kelas diganggu dengan soksek-soksek dari beberapa pelajar. Mungkin sedang umpatkan aku. Mengatakan aku yang masih hidup dalam mood honeymoon year lagi… mungkin.

“Class, silent please.”

Seisi kelas akur.

Aku akui, students kelas aku memang patuh!

“Laila… kalau you beli pokok bunga di kedai, masih segar aje bunganya. Tapi bila sampai rumah, tak kena dengan cara, layu! Macam tu jugak diri you, tak kiralah you ni dari keturunan ahli bijak pandai mana pun, dari kelompok genius pun, kalau you sendiri tak bergerak majukan diri you, tak mustahil you akan rebah!”
======================
“Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan,
Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan,
Mesti ada sasaran baru kita boleh maju,
Ke mana hendak pergi tu perlu kita tahu.”

Esoknya...

“Dah siap?” soal aku pada Kasyah.

Dia pandang aku sebelum tapak tangannya diangkat, isyarat untuk suruh aku tunggu sementara dia masuk ke dalam. Aku cuma angguk. Tak adalah nampak semput sangat mamat tu hari ni. Sengaja hari ni aku datang mengganggu lepas balik sekolah.

Aku pun ada rasa bersalah woo… ingat suka ke tunjuk muka toya kat kantin ni, tempat yang kebanyakan students suka datang bertempik-tempik mintak makanan, tapi bagi aku, haram jadah nak datang sini kalau tak ingatkan Kasyah. Macam mana aku nak suka, kalau kakak-kakak kat kantin ni selalu je kasi jelingan maut kat aku. Kenapa? Fikirlah sendiri!

“Amacam?” soal aku bila Kasyah muncul dari dalam dapur. Sisa tawa masih ada di pinggir bibirnya. Mungkin baru lepas berlawak dengan orang-orang kat dalam.

“Uh?”

“Tu, amacam cerita?” Aku tak tambah ‘best?’, mahunya nanti ada orang kata aku naik lif tekan sendiri.

“Hm… nak yang positive or negative?”

“Well, dengan kau aku terima jeh. Asal kau pandai olah ayat kasi sedap didengar, aku no hal.”

Sengih.

Dia angguk. Fikir. “Productive, bagus. Cuma ayat lintang-pukang, tapi… okeylah. Take that kau still budak. Tak cukup ilmu tatabahasa lagi. Tapi cerita kau… sorry to say, tak berkembang.”

Uh? Aku tunjuk muka kelam.

Dia mengeluh. Susah sangat barangkali nak fahamkan aku apa maksud dia tu.

“Novel kau yang kata belum siap-siap tu, temanya cinta, kan? Okey, takpe, tu novel. Ada banyak persoalan yang kau angkat dalam tu. Lepas tu, first cerpen kau bagi aku baca, cinta. Selang dua minggu, cerpen baru, pun cinta. Third, fourth, fifth, sampai lah kali ni, cerpen keenam, pun cinta!”

Erk.. emo semacam aje mamat ni. Pernah frust nonggeng kes cintan ke?

“Yep, cinta tu indah. Jangan pulak kata aku ni fobia dengan benda tu. Tapi kalau asyik cinta dan cinta tanpa ada benda lain, tak boleh jugak La. Hidup ni luas, bukan cinta aje yang kasi pahit manis kat diri kita. That means, tak berkembang. Masih di takuk lama. Tahu?”

Lah… itu kira masalah ke?

“Take that aku still budak ar.” Aku petik semula kata-katanya tadi. Budak kan, suka berangan tentang cinta aje semedang… haha!

“Okey, kau budak.” Dia angguk dalam sandarnya sebelum diam sambil merenung aku di depannya. Lama.

“Kenapa?” soal aku tak senang.

Dia senyum, entah ikhlas atau sinis! Seminit, dia membetulkan badan sebelum mendekatkan diri dengan aku yang sedang bertongkat dagu di atas meja.

“Selamanya ke kau nak jadi budak?” Sebelah keningnya diangkat.

Aku terkedu.

“Impian kau apa La?” Dia terus bersuara.

Aku tetap diam. Cuma bibir ni aku gigit-gigit, tanda serba-salah. Impian aku, banyak. Dia pun tahu, kami pernah sembang perihal ini dulu.

“Bila orang tanya dalam apa-apa majlis, apa matlamat dan impian kau, klise je jawapan kau kan? Nak cemerlang dalam SPM. Lepas tu kau nak pergi UK… sambung studylah, kononnya. Tapi sebelum tu, kau nak beli laptop bila duit poket yang kau simpan selama ni cukup.  Laptop tu, kau nak guna untuk menaip semua cerita kau. Nak download macam-macam font, untuk buat cover bagi cerpen kau. Kan? Lepas tu, one day, novel kau masuk pasaran. And tup-tup, kau bergelar novelist. Novelist yang Berjaya. Gitu?”

Aku tak mengangguk mahu pun menggeleng, cuma pandangan ni aku halakan ke tempat lain. Tempat lain selain daripada muka Kasyah. 

Betullah semua yang disebut tu, cuma part UK tu, biasalah kalau dah impian. Mestilah target universiti yang paling aku nak, paling aku suka, tak kisahlah kemampuan tu ada tak.

Hakikat sebenarnya, aku sedar. Usaha sendiri tu dah satu hal… kewangan tu satu hal lagi. Sedangkan Lili yang menuntut di UIA tu pun aku dah nampak betapa susahnya dia nak tampung hidup sehari-hari. Dengan buku tu lagi… dengan makan minum lagi… dengan kos sara hidupnya. Ampun! Tapi aku ni dengan otak sewelnya pergi target universiti oversea, jelas sangatlah tahap kesuweian aku ni.

Tapi kan…

Kenapa aku rasa macam semua impian aku tu, dia ulang balik dalam versi ‘memperkotak-katikkan’?

“La…”

Dia seru aku, nada memujuk!

Tapi aku cuma diam. Kecik hati, kononnya!

“Kalau kau nak sangat title budak tu, okey. It’s not a problem actually. Tapi dengan cara kau ni, semua yang kau nak tu dah tak dikira impian La, tapi angan-angan. Angan-angan Mat Jenin. Tahu apa maksud kalau orang panggil angan-angan?”

Tahu, aku jawab dalam hati. Angan tu maksudnya impian tu takkan tercapai. Tapi aku pelik, takkan sebab cerita tak berkembang aje dia nak boo aku macam ni?

Kasyah mengeluh, rasa bersalah la tu! “Aku nampak semalam kau kena kaw-kaw dengan cikgu dalam kelas tu.”

Aku tersentak. Masa aku kena berdiri di tengah-tengah kelas tadah telinga tahan leteran Teacher tu, dia nampak? Cheitt!! Bikin malu!

“Betulkan dulu impian induk kau tu. Target asal kau SPM kan? Novelist yang Berjaya? Tapi kau rasa boleh ke kau go on dengan prestasi kau macam tu? Dalam kelas siap berangan bagai. Musim ni, cuma diri kau sendiri yang boleh majukan diri kau Laila. No others.”

Aku pandang Kasyah. Concern sangat mamat ni. Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas dari fikirkan masa depan aku sendiri. “Salah ke tulis pasal cinta?” Aku balik ke topic asal.

Dia ketawa. “Salah tu tak, tapi aku as reader nak juga baca cerita yang fresh sikit. Asyik A kejar B, B suka C… boring! Kadang-kadang nak jugak cerita fresh...”

Aku hela nafas. Cukuplah sesi motivasi untuk hari ni. Telinga aku ni bukan jenis tahan bebelan berjam-jam. Bernanah!

“Aku chow dulu la weh…”

Dia angguk. Buku lunyai yang semalam di tangan dia, kini disuakan pada aku. Dua-tiga tapak aku melangkah, dia memanggil dan aku menoleh. “Pahal?”

“Semua hikayat dalam buku buruk kau tu nak buat apa sebenarnya?”

Aku sengih. Selama ni, aku tak pernah bagitahu yang aku publish semua cerita aku dalam blog. Yang dia tahu, cuma dia dan classmates aku yang baca hikayat merapu-meraban ni semua.

“Kau rasa?”

Dia angkat kening. “Tak bercadang nak komersialkan?”

U? Jelas muka aku sangat kelam. “Amenda?”

“Lepas SPM duit sekolah dah tak ada weh, aku tahu apa rasanya. Makan-tidur makan dan tidur aje. Paling kurang duit kau cukup untuk beli barang angan kau tu nanti…”

Maksudnya… bukukan dan jual? Gitu maksudnya? Tapi aku dah publish kat blog kut! “Aku tengok orang baca pun dah puas, tak payah ar kot… ”

“Nak jual bukan maksudnya kau menulis untuk duit La, bukan. Tapi paling kurang ada hasil… betul ke kau puas? Tengok orang baca, ada yang mencebik, ada yang senyum je, tapi mintak komen, haram. Tak pun bila kau bagi someone yang tak ada feeling baca, dari awal cerita sampailah peleraian pun, keras je tulang muka dia nak bagi reaksi. Kau puas macam tu?”

Hailah… Kasyah ni cakap macam dia aje yang faced apa yang aku sepatutnya faced.

“Aku Cuma nak tolong aje…”

“Nanti-nanti lah!”
=====================
“Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut dia,
Terkubur angan-angan konon buat tauladan,
Hidup la orang kita, takut nak berwawasan,
Dan terus ketinggalan, kabur penuh alasan
Pelan takda rancangan cuma hanya bualan.”

Aku buka laptop, cucuk broadband dan search blog aku. No komen! Minggu ni aku update cerpen baru lagi. Dah tiga hari aku update cerpen tu, tengok stats, melambung. Tapi komen… bikin aku emo.

No novel update? – Qaisy

 Akhirnya naik jugak satu komen. Dari Qaisy. Komen dari pengkomen yang sama je selalu tu aku renung bagai nak tembus.

Aku buka window YM, tengok Qaisy online. Heh. Lagi baik berbalas kata kat sini, tak adalah main perasaan aku bila tengok komen untuk cerpen tu penuh, tapi penuh dengan perbualan aku dengan dia aje.

Takde! – Laila

Aih? Something goes wrong somewhere ke? – Qaisy

Huh! Aku tarik muka panjang-panjang walaupun sedar Qaisy tak ada di situ pun untuk tengok muka hodoh aku ni. Geram! Dia memanglah tak pernah merasa apa yang aku rasa, setiap kali entry dia keluar, ratusan yang beratur nak jadi yang first komen. Tapi aku?

Aku malas nak post dah. Tak ada orang komen! – Laila

Cheh. – Qaisy

 Sepatah balasan dia tu memang bikin hati aku makin panas.

Apa maksudnya tuh? – Laila

Bukan junior namanya oih, kalau first time post dah beribu yang komen. – Qaisy

Tidaklah kata aku nak ribuan komen. Tak. Tapi jelas2, aku tengok stats, dekat dua ribu yang baca. Okeylah, maybe orang lalu je tak baca pun.Tengok likers, dua-tiga puluh. Pun, aku tetap bersyukur. Tapi tengok komen, satu pun tak ada, kau nak aku senyum? – Laila

Tu tandanya tulisan kau tu still tak attract orang sepenuhnya lagi. –Qaisy

 Aku tersandar. Lelahlah. Mamat ni sebijik macam Kasyah. Aku lagi suka kalau mengadu, orang iakan aje. Bukan jadi motivator macam ni. Sebab sudahnya memang jelas-jelas aku kalah!

Apa maksud kau sebenarnya? – Laila

Well, depends atas kau sebenarnya Laila. Readers setia ni, kalau dia rasa apa yang dibaca tu sedap, ada isi, macam-macam mana pun dia tetap akan komen. Kalau line tenet slow taraf siput pun dia usahakan jugak. Dia nak pemilik bahan bacaan tu tahu yang karya dia tu dihargai. Dan kau, kau rasa ada tak cerita-cerita kau yang buat readers rasa macam tu? – Qaisy

Aku terhenti, berfikir. Ada ke?

Setiap benda yang kau nak buat tu Laila, kena fikir dulu pros and cons nya. Ada cabaran tersendiri. Kalau awal-awal lagi kau nak melatah, trust me, takkan ke mana kau nanti. Sia-sia. Takde hasil! – Qaisy

 Kali ni aku tidak kata nak diam dan mencernakan lagi kata-kata dia.

Apa? Kau ingat masa aku buat blog ni dulu, just saja-saja sebab nak kumpul komen banyak-banyak? Nak glemer? Tak weh! Tapi aku buat sebab aku nak share segala benda dalam mind aku ni dengan semua orang. Tapi yang aku sedih, lepas aku tulis, orang baca, orang blah! Tak ada respons ! It’s just like bercakap kat atas pentas yang semua mata tu cuma berkelip-kelip tengok aku. Tengok dengan muka blur lagi. Cara senyap untuk kata yang aku tengah merapu ikut suka rasa. Kosong! – Laila

So kau nak terus senyap tak update apa-apa lah? Rela nak kekalkan title kau tu kat mata diorang? Sanggup, seumur hidup orang set dalam otak yang Laila ni perapu yang hebat? – Qaisy

 Aku rasa nak menangis. Qaisy tak pernah nak sokong aku, itu masalahnya!

Orang lain tu faced dulu benda macam kau ni, baru boleh dipanggil senior. Tak ada baby yang baru lahir dah ada pingat kat leher Laila. – Qaisy

Tapi aku tengok, masa awal-awal aku tulis cerita dalam blog ni dulu, orang lain semua memang dah naik. Kak Rehan dengan segala cerpen dia tu. Kak Zura dengan Chad dengan Syaf dia. Kak Rin dengan banyak gila cerita kat blog dia. Semua orang suka cerita dorang! Aku? – Laila

Rehan, Rehan Makhtar? – Qaisy

Rehan Makhtar, Zura Asyfar, Rinsya Chasiani… all of them!- Laila

 Aku senaraikan setiap nama yang aku ingat masa aku mula-mula nak jinak dengan blogging ni dulu, dorang memang dah naik tinggi.

La. Kalau kau tak tahu, biar aku bagitau. Rehan Makhtar, sebelum dia nak famous, pernah dia update cerita dalam blog dan dia sendiri yang jadi pembaca. Sendiri post sendiri baca, tak seorang pun yang melawat! Zura Asyfar, sebelum dia aktif menulis and mengomen e-novel orang lain, pernah jugak dia berpuasa dari sentuh novel semata-mata nak fokus kat study aje satu masa dulu. Kau pernah fikir nak lari dari benda alah ni semua walau untuk 1 hari? Takde kan? Rinsya, dalam aktif dia menulis cerita, musim exam hilang jugak dia dari fb semua tu. Tapi kau fikir, musim exam waima SPM sekali pun, sanggup kau nak berpisah dengan segalam macam blog yang kau follow tu? Think it. Semua orang ada pengalaman dia La, take it easy lah. – Qaisy

 Mata aku membulat. Jelaslah aku ni sangat perasan. Aku fikir selama ni e-novel aku aje yang dia layan. Rupanya pengetahuan dia tentang penulis dan novel ni mengalahkan aku orang perempuan!

Kau ingat Sammy? – Qaisy

Mesej dari Qaisy naik lagi. Untuk seketika, tangan aku kaku di atas keyboard. Perah otak.

Sammy? – Laila

Sammy si penyu hijau tuh. – Qaisy

Oh…, -Laila

 Spontan aku teringat cerita pendek yang aku anggap sebagai video motivasi yang pernah dipublish di blog Qaisy dulu. The Adventure of Sammy, The Secret Passage. 

Blog dia tu, macam combination minda para ahli falsafah pulak aku rasa. Entry dia kalau tak pasal motivasi, tak sah. Motivasi pulak, ayat berterabur. Masuk DBP, sah kena reject! 

Tapi bahasa itu la yang selalu masuk dalam otak aku. Masuk dan sebati dalam diri. Sekejap cuma, mata aku kembali fokus pada skrin laptop.

Kenapa dengan penyu tuh? – Laila

Kau ingat, langkah pertama dia nak tengok bumi? Punyalah susah! Tapi berapa kali dia cuba, cuba dan cuba sampai akhirnya berjaya? – Qaisy

 Aku ketawa! Lupa jalan cerita dah mamat ni…

Kalau kau lupa, Qaisy, meh aku ingatkan. Sammy tetap tak boleh keluar dari lubang dia tu, walaupun lepas berkali-kali trial. Mujur ada helang yang niat nak makan dia, tap gagal. Lepas tu lah dia kenal dunia. – Laila

Kenapa mesti kau berpihak pada negative thinking je selalu? Hati kita ni Laila, otak kita, kita boleh pilih. Sama ada nak sebelahkan positive thinking, atau negative thinking. Pernah dengar satu cerita pasal lembu yang selalu di positive side tak? – Qaisy

 Aku sengih. Inilah gayanya kalau dah berkawan dengan pemilik blog motivasi.

Kau ni kalau bercakap tak bagi selingan tak sah agaknya… - Laila

Pernah? – Qaisy

=-( - Laila

Nanti aku publish kat blog. Kena alert lah sikit. Aku nak keluar dah ni, ada hal. Chaos… - Qaisy
=========================== 
 A cow walks passing a field when suddenly something falls on his head. It’s a bird’s  dung! For few minutes, he just look at the sky before says, “thanks god cow can’t fly.”

p/s: La, the difference between CAN and CANNOT are only three letters. Three letters that determine your life direction! 

Aku sengih. Kembang hati bila nama aku dimasukkan dalam entry ni. Cheit, potong stim la aku ni. Baru ingat nak feeling-feeling.

Haih, insan-insan dalam hidup aku ni, memang ditakdirkan untuk jadi motivator buat aku agaknya. Betullah kata orang, nak cari kawan, cari yang boleh bimbing kita ikut jalan yang lurus.  Dan ya, Lili, ibu, abah, Madam, Kasyah dan Qaisy sendiri, tergolong dalam kawan yang sebenar-benarnya!

Pernah aku baca satu komen di blog Qaisy, dari pembaca setia mungkin. Atau paling tidak, pembaca yang dah sangkut dengan segala curahan isi minda Qaisy. 

‘If your eyes are positive, u’ll like all the people in the world. But if your tongue is positive, all people in the world will like you.’ 

Dulu ada jugak rasa nak muntah bila baca, tapi kali ni hati aku mula iakan. Qaisy positif dalam segala hal, membuatkan aku ikut tergolong dalam golongan yang ‘like’ dia.

Aku tatap window YM yang terpapar di skrin laptop. Perbualan aku dengan Qaisy masa mula-mula kenal di alam blog ni dulu, aku baca semula. Mengimbau memori lama. 

Kau ni perempuan ke laki sebenarnya eh? Gaya cakap macam kau ni kenal sangat diri aku ni.- Laila

Aku Qaisy… - Qaisy

Mana tau, kut nama Qasidah kau ejas jadi Qaisy… nak Nampak macho. – Laila

Cheit…! – Qaisy 

“Hah! Chatting dengan siapa?” Lili menyergah aku dari belakang. Tak jadi aku nak gelak. “Siapa?” Tanya dia lagi bila aku cuba menghalang dia dari membaca isi perbualan kami. Mahunya berperang kalau dia tahu aku chatting dengan lelaki, cari maut!

“Siapa?!” Nada main-main Lili tadi berubah. Mungkin pelik dengan aku.

“Qasidah!”
===========================
“Jom jadi Jenin berani berimaginasi,
Jangan takut nak bermimpi janji ada usaha sekali
Bayangkan semua target bayangkan cita-cita,
InsyaAllah realiti, berpihak pada kita.”

 Aku pandang sekeliling. Berkerut-kerut dahi aku bila melihat suasana yang asing itu. Orang-orang di sekeliling pun… asing. Tak kenal. Tapi di satu sudut, ada satu sosok tubuh. Aku tak kenal, tapi hati aku kuat mengatakan yang itu Qaisy. Hati aku kembang, di tempat asing begini mujur ada yang jadi peneman. Bingkas aku hayun langkah mendekati dia.

“Dude,”

Dia menoleh. Kasyah! Mata aku berpinar dan kepala aku mula pening! Perlahan-lahan aku memicit pelipis.

‘Mat Jenin!’

Terasa ada suara yang memanggil. Mula-mula slow, lama-kelamaan makin ramai dan makin kuat.

‘Mat Jenin!’

‘Minah Jenin!’

‘Minah Jenin berangan!’

Aku bertahan. Mungkin ni mimpi, aku sedapkan hati. Tapi aku tak lagi boleh bertahan bila telinga aku bagaikan menangkap suara Kasyah, yang pada minda aku tetap Qaisy, turut memanggil aku dengan nama tu.

‘Laila si Minah Jenin… Laila Jenin…’

“Aku bukan Mat Jeninlah…!”

‘Ya, kau Minah Jenin!’

“Bukanlah mangkuk!!”
===========================
 “Mak!!” Satu kepala yang kini betul-betul di depan muka aku, aku hempuk dengan objek sekeliling.

“Mak!!” Mulut terus menempik.

“Hoih, oih, apa hal kau ni La?!” Suara Lili yang kedengaran megah menyedarkan aku. Spontan tangan aku terhenti. Muka Lili yang tegang aku tatap.

“Lili?”

“Ya, Lili ni! Muka ni la yang kau hempuk tadi! Apa hal kau ni?”

“Laila, Lili, kenapa ni?” Ibu dan abah muncul di muka pintu bilik kami.

Kami menoleh dan aku perasan Lili juihkan mlut kepada aku. Aku tak peduli. Cuma diri aku yang aku peduli sekarang. Dahi yang berpeluh aku kesat. Baju yang longgar ni aku ramas-ramas. Gelisah.

“Laila, kenapa ni?” Ibu mendekati kami.

Aku angkat muka, memandang setiap mereka.

“Laila bukan Mat Jenin kan?”

Mereka tersentak seketika sebelum memandang satu sama lain.

“Tak, Laila bukan Mat Jenin.” Soalan yang aku ajukan tadi, aku jawab sendiri. Terangguk-angguk dengan sendirinya kepala aku.

“Aku bukan Jenin. Aku Laila, bukan Jenin!”
===========================
“Kita lihat angan-angan dia lihat masa depan,
Dia ada impian imaginasi penuh visi,
Bermula dengan mimpi dia karang strategi,
Perancangan dah jelas,cume tinggal usaha.”
Dulu, Lili pernah ajar aku cara nak menggelar setiap exam yang aku kena hadapi. Kalau nak gelar ujian tengah tahun atau periksa percubaan aje pun, tak apa. 

Tapi nak lagi intensif usaha kita, cuba buat kelainan. Start dari mid-year exam aku gelar SPM I, trial sebagai SPM II, dan real SPM sebagai SPM III. Mungkin akan ada rasa lain sikit bila setiap kali exam kena sebut SPM di pangkal.

Entah apa-apalah ajarannya tu. Tapi aku ikut je pun…

Dan sekarang, SPM II dah lepas. Resultnya memang hampeh. Jangan tanya, malu aku nak jawab. Tinggal SPM III dan aku bebas. Kalau kata kak Fatinilam Sari Ahmad, bebas bak cenderawasih.

Untuk SPM III…

Blog aku dah rehatkan. Ingat senang? Lili sendiri yang mintak abah hentikan khidmat broadband tu sebelum dia balik ke UIA dulu. Kalau tak, haram aku nak tinggalkan dunia blogging aku.

Novel aku yang tak sudah-sudah sejak berzaman tu, aku sambung taip bila ada idea aje. Tapi sekarang dah siap pun, dan sudah pun aku hantar buat try nasib ke satu syarikat, mana tahu ada rezeki. Haha! 

Cuma bila sampai bab komersialkan hikayat aku, seperti kata Kasyah dulu tu, aku buang dulu dari kepala. Pernah jugak terfikir dalam kepala, kalau mereka boleh, kenapa tak aku? Kan?

Dekat FB tu aku tengok, status-status friends aku memang dah bertapak-tapak maju dari aku. Berederetan kut 'Kakak-kakak' yang membukukan sendiri cerita diorang. Contoh? Mia Kaftiya. Ria Natsumi. Rehan Makhtar. Kalau nak sebut, tak cukup sehari. Ramai. Sangat ramai! Terbaru ni Acik Lana dengan cerita Perempuan Yang Paling Aku Cinta. Si Syamnuriezmil tu, tak payah cakaplah, kaya dengan kompilasi sendiri agaknya dia. 

Tapi aku... 

Haih. 

Biarlah dulu. Kalau Lili tahu aku dok sibuk dengan berkarya sekarang ni, sah dia akan mintak abah ambik laptop tu pulak. 

Lagi pun, bagi aku mereka boleh sebab mereka boleh! Bukan nak kata yang aku tak boleh, tapi apa yang aku ada masih tak cukup kalau nak banding dengan mereka untuk capai tahap yang sama dengan mereka. Kalau takat bakat yang ciput ni, dah nak demand macam-macam, haih. Bak kata Qaisy, takkan ke mana!

Qaisy… Kasyah… dah lama aku tak contact. Qaisy, mungkin sebab terputus sejak broadband tak ada ni. Tapi Kasyah, aku sendiri yang tak ke kantin dah bertentang mata dengan dia.

Infact, alasan sebenar kenapa aku tak contact kedua-dua mamat ni…

MERAJUK!

Terbayang-bayang lagi macam mana Kasyah @ Qaisy ejek aku dalam mimpi tu. Hingga ke alam real aku bawak benda tu. Hasilnya, diorang yang tak bersalah jadi mangsa!
==============================
“Cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup,
Bayangkan kalau semua perancangan dia ikut,
InsyaAllah berjaya capai semua yang dia cita,
Kan lebih baik dari...tak rancang apa-apa.”

 Aku senyum memanjang. Batu-batu kecil di atas jalan aku sepak perlahan sambil berjalan. Slip SPM di tangan aku genggam kuat sampai lunyai. Ah, ada aku kisah. Ada sijil kan? Slip ni bukan bermakna sangat. Leka sangat senyum, sampai tak sedar ada motosikal yang hampir melanggar aku dari belakang.

“Hoih!”

Aku menoleh, memandang mamat yang memakai jaket penuh dan helmet menutup kepala. Hari ni mood aku happy, dunia bersinar, ada pelangi siap dalam mind aku! Jadi bukan harinya lah ni kalau nak ajak aku bergaduh. Sudahnya aku senyum saja. Tak kisahlah salah siapa pun…

Mamat tu menggeleng-geleng.

“Memang dasar Jeninlah. Semedang aje berangan…!”

Aku tersentak. Nama tu, sensitive betul aku!

“Kau…!”

Dia angkat cermin helmet, menampakkan mukanya. Sengih.

Kasyah!

“Amacam result?”

Aku angkat slip. Dia fokus tiga saat sebelum pandang aku semula. “Dapat 9A dah lupa kawan eh kau…”

Aku sengih, serba-salah. Betullah tu, aku lupa kawan. Selama ni kalau tak dia yang bagi selingan kat aku, hanyut dah!

“1 lagi yang kau tergelencos tak dapat A tu apa?” Mata Kasyah ditala pada slip lagi sekali sebelum dia tersengih. “Add Math. Haha, dah agak.”

“Chaos dulu la weh, sembang lain hari okey!” Dia angkat tangan, melambai sebelum berlalu dengan motosikalnya.

Aku angguk-angguk. Namun tak lama, mata aku terbeliak. Satu nama yang dikait di beg Billabong milik Kasyah aku baca. Baca dan melekat di otak. Qaisy! Kasyah, Qaisy… Kasyah = Qaisy?
==========================
 Satu per satu wajah di depan aku perhati. Ibu, abah dan Lili. Ada kimia betul Lili dengan UIA ni. Selalu kena dengan masa cuti diorang. Hari aku ambik result pun, dia cuti. Cuti apa, aku tak tahu. Bukan faham sangat aku dengan istilah U semua ni.

Tapi yang aku fokus sekarang, benda alah di depan aku ni. Kotak Asus. Asus! Tahu apa Asus? Laptop!  Kotak yang masih tak berbuka tu aku belai-belai. Sayang!

“Laptop siapa ni bah?”

Lili sengih. “Dah lama beli, tapi abah dah kata, kalau anak dia ni tak capai target, kotak ni balik pada kedai dia. Tapi sekarang dah terbukti, Laila mampu La. Congrate!”

Aku pandang dia, sebelum wajah ibu dan abah yang ikut senyum aku pandang. Akhirnya aku senyum juga. “Thanks!!” serentak ketiga-tiganya aku peluk.
===================================
“Renung balik hidup, cuba tanya balik diri,
Kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi.”

Aku buka blog guna broadband Lili. Bersawang! Haih, rindunya aku dengan dua orang budak yang jadi guard ‘rumah’ aku ni… Di laman dashboard, aku tekan ‘comment’. Terus mata aku terbuntang. Straight tersenarai komen-komen yang masih belum terbaca di cerita-cerita aku yang dulu.

Alhamdulillah!

Betullah kata orang, benda baik kalau peram lama-lama akan jadi lebih baik. Ngetop!

Tak lama survey blog, satu tab lagi aku buka dan aku log in Yahoo! Mail. Rutin baru aku lepas hantar manuskrip penuh novel yang aku tulis dulu pada sebuah syarikat penerbit. Check inbox, tapi hampa. Penuh dengan email dari facebook je. Tanpa sign out Yahoo!, aku buka lagi window YM. Dan tertera nama Qaisy di situ. Hm, online.

Tahniah… - Qaisy

Cinabeng lu…! – Laila

Pahal? – Qaisy

Ek eh… gaya macam suci je. Kasyah sape? – Laila

 Qaisy diam, agak lama. Aku dah gelak sakan. Tahu takut! Tapi entah kenapa, dengan result SPM yang aku dapat ni, dengan laptop baru yang sedang aku guna ni, tak terdetik di hati aku nak marah dia kaw-kaw.  Yang ada dalam otak aku, nak ketawa sepanjang masa. Nak ucapkan syukur setiap saat!

Erk.. hehe. Dah kau tak tanya. – Qaisy

Iya jugak. Siapa suruh aku tak tanya. Tapi malu weh, punyalah aku berahsia pasal blog tu daripada terbagitahu pada Kasyah, rupanya dia dah tahu. Buat don’t know pulak tu!

Ting!!

Nada email masuk berbunyi. Aku check e-mail, dan spontan mata aku terbeliak. Hari ni Hari Mata Terbeliak sedunia barangkali. Berapa banyak kali aku luaskan mata hari ni saja. E-mail di inbox aku baca. Tertera subjeknya.

Tahniah! Manuskrip anda…

 Patah-patah kata seterusnya aku tak baca. Terasa diri ni di alam mimpi. Mata aku beralih ada penghantarnya.

Syarikat tu!

Bibir aku mula bergetar. Kaku seketika jemari tangan dari terus aktif. Dalam hati, aku panjatkan setinggi-tinggi syukur. Result… Laptop… e-mail ni… benar-benar satu ‘hadiah’ buat aku.

Bagai memahami, mesej dari Qaisy muncul lagi.

=-))) All the hard work paid off! – Qaisy

Ucapan tahniah untuk result tu, tapi masa ia diucapkan sangat membuatkan aku hargai dia sampai bila-bila. Thanks… buddy. Asalnya kata-kata itu cuma bergema dalam hati, tapi entah bagaimana boleh terzahir dengan huruf-huruf.

=-) – Qaisy

Cuma itu balasan dari Qaisy.
            Finish
 -1 July 2012-
-1: 39 a.m.- 

PMR, SMU, SPM, candidates...!
pernah dgr x psl sorang student yg dr D masa trial dia boleh dpt A dalam PMR? xpercaya? serius lah weh. xmain r reka2 story neh. ni kisah benar dari tuan punya badan jugak. kakaka. tamau riak, tamau bongkak. just sharing precious moments. xD
better be late than never. 
may the best lucks for us!

OOOH, PLEASE HIT LIKE AND DO COMMENT. TANDA SOKONGAN. ngehngeh.

Check this out! D'best from 5 forty 2.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

8 comments:

  1. mmg penuh pengajaran cerpen kali nie..semoga berjaya untuk trial spm dan teruskan berkarya.. :)

    ReplyDelete
  2. saya PN AKan berjuang untuk tidak menjadi jenin yg berangan tp yg berusaha untuk berjaya d msa dpn,, gud job writter

    ReplyDelete
  3. mimi... awak pandai menulis..mmg pandai menggarap.. tersusun dan berkembang dengan baik je.. betulla apa yg awk tulis tentang kami dalam cerpen awk ni.. kak zura ada masalah dia sendiri.. org dok hentam teruk2 tp dia kuatkan semangat..now yu can see.. where she is.. on the top... k rehan sendiri pon sama.. dulu siap paksa kwn2 masuk komen..1 pon jadiklah... tp lama2 k rehan sedar, tak ada guna nak paksa2 org.. one fine day.. diorang akan komen dgn sendirinya bila diorang dapat rasakan cerita kita tu.. n alhamdulillah skrg ni ada la folower tetap wlpon cite tak meletop pon.. miehehe.. apa2 pun..concern on ur study.. spm penting.. menulis adalah terapi.. jadi buat ms skrg..menulis utk realese tension.. bukan priority.. jujur ckp..awk mmg pandai menulis.. cuma ada sikit bahasa pasar tu jgn selalu sgt guna..takut terbiasa..

    ReplyDelete
  4. ayat dah boleh masuk dbp dahh. keke . exam pntg giler, akak punya pointer pernah jatuh mnjnam. masa tu sakit mmg tp tu tnda kita kena sedar juga khdpn. masa dpan dn minat tu x sma. dua2 kita kna brjuang. tpi pcyala akak, kak zura n yg lain prnah hidup dlm angan2. selagi manuskrip x siap, slagi tu la jdi mt jenin alaf ini.

    ReplyDelete
  5. nice.suke baca awak pnye cerpen
    bile baca, rase mcm sipi2 kena kt btg hidung ni

    'nak jd novelist' - tu la 1st mision masa mula2 buat blog. Berkobar- kobar menaip until bab brape ntah. Happy bila tau ade org bace although xkomen. Tp, skang sy tercari-cari mane hilang all those semangat....;]

    boleh dikatakn mat jenin la jgk. btw, slm perkenalan. 1st time melawat sini.

    ReplyDelete
  6. awak memang berbakat. serius!

    ReplyDelete