Aku Mahu Hanya Kamu 10

by 4:58 AM 5 komen
Bab 10

“Aku kalau bab menaip ni memang la…” terdengar Solehah mengomel sendirian di port biasanya, katil Nurul. Dua roommate yang mendengar buat dek. Kalau melayan, lagi banyak celotehnya! “Mula la terasa nak menaip entry blog yang ntahpape…” masih terus mengomel. 

Tiba-tiba, kesepian itu terganggu dengan deringan lagu Season In the Sun nyanyian Westlife. “O-leh!! Handphone!” serentak Nurul dan Auni menjerit, tak mahu konsentrasi mereka terganggu.
            “Tau la… tak payah nak nak teriak macam tu.” Solehah mencapai handphonenya lalu menekan punat hijau. “helo! A…jat.” Dan focus dua roommate itu kian terganggu. Mereka berpandangan sambil tersengih demi sahaja mendengar nama itu.

            “Jom lunch.” Ceria dengarnya suara Amir di hujung talian.

            Solehah menyandar lelah. “Assignment banyak ar…” jawabnya sambil satu keluhan kecil dilepaskan. Skrin laptop yang terpapar Microsoft word dipandang cuak.

            “Come on la. Ni kan weekend, lunch time lagi.” Amir terus memujuk.

            “Kejap,” Solehah menjenguk Nurul dan Auni. “Ijat ajak lunch. Nak?” Mereka menggeleng. Solehah menyambung perbualan. “diorang…”

            “Okeh! Aku tunggu kat main gate. 1:30 aku sampai. Dada… tut-tut-tut.”

            Solehah merenung skrin. “Bangang betul ar. Suka-suki dia aje.” Jam tangan dikerlingnya. “20 minit, nak siap apa. Salin baju je la…” dia memilih-milih baju kurung untuk dipakai.

            Dua roommatenya menyimpul senyum gedik. “aku tengok termasuk kali ni, dah berpuluh-pulh kali korang date. Ada pape ke?’

            Kini Solehah pula tersengih, “daripada kau tanya aku, baik tanya Nurul. Dah beratus kali dia keluar dengan Ayie. Kalah aku. Ada something ke?”

            “Dah nak tukar topic la pulak… kitorang cakap pasal kau la.” Nurul membalas.

            “Yang korang sibuk sangat ni apasal? Suka hati la, dada…” tudungnya dipinkan sesimple mungkin lalu terus mengatur langkah ke tempat yang dituju.
____________________________________
                “Nak makan kat mana?”

            “Tengok la…” jawab Amir sambil mengawal stereng kereta. “ha! Tu ada car park kosong.” Terus tangannya membuat pusingan U.

            “Walau jauh… akan ku dekat padamu… walau tinggi…” mulut terkumat-kamit dok mengikut rentak lagu yang terpasang di radio.

            “Jom turun,” ujar Amir sambil kunci kereta dicabut. Keningnya berkerut seketika bila Solehah masih enak menyandar di seatnya. “Jomlah?”

            Solehah menoleh, dan terus sengih berbunga di bibirnya. “Kau kan baik… relax la dulu. Dah lama aku tak dengar lagu ni.”

            “Walau sedalam mana… akan ku gegas berlari kerna cinta…

            “Ah… takde, jom.”

            “Jat…,”

            “Jom. Nanti takde tempat.” Terus kaki Amir melangkah keluar dari kereta.

Solehah mendengus sebelum turun menghempas pintu kereta. “Dah tau sesak ajak buat apa? Payah!” mulutnya sibuk membebel sambil memasuki restoran.
________________________________________
             “Order cik?” seorang pelayan lelaki taraf adik-adik menghampiri mereka.

            “Air kosong je, thanks.” Solehah mengukir senyum manis sambil mengangguk memandang pelayan yang dah siap dengan sekeping nota di tangannya itu. 

Mendengar kata-kata Solehah itu, pelayan itu memandang Amir pula, minta kepastian. Pergi makan kedai mamak pun jarang sangat dah orang mintak air kosong SAHAJA sekarang ni. “Nasi ayam dua, fresh orange dua. Thanks.” Sebaik sahaja pelayan itu berlalu, Amir terus memandang Solehah dengan bibir tercebik. “Orang merajuk cakap tak sweet, dia tak pe pulak.”

            “Bila masa pulak aku merajuk?” Solehah menjegilkan matanya.

            “Eleh, nak berdalih lagi. Eh, lagu tu dah berzaman la… kuno betul kau ni.” 

            “Kuno tak kuno, dah aku suka. Bukan kacau kau pun.”

            Amir tarik sengih, “kira betul la merajuk kan?” Solehah hanya diam sehinggakan pelayan yang sama tadi datang dengan dulang pesanan pun tetap dikunci mulutnya. Cuma senyum yang menjadi peneman. Sakit mata Amir menengoknya. Dengan aku tak nak pulak senyum-senyum sengih-sengih! Akhirnya terdengar Amir mendengus. “Bak sini handphone kau!”

            “Nak buat apa?”

            “Nak Bluetooth la. Dah kempunan sangat.”

            Solehah menepuk dahi. “Kenapa tak cakap awal-awal. Buat penat je cacing aku tahan lapar. Nah.” Nokia E71nya dihulurkan. Amir mengambil sambil mengeluarkan telefonnya sendiri. Bulat mata Solehah memandangnya. Nokia E72! “Eh eh sama la…”

            Mau tergelak Amir mendengarnya. Kedua-dua tangannya sibuk menekan-nekan handphone. “Tak, canggih aku sikit dari kau,” jawabnya tanpa nada.

            Solehah mencebik, “dah siap belum?”

            “Su… belum!” tiba-tiba Amir tersengih. Idea gatal terbit di  minda.

            “Kau jangan main-main. Aku ni ikat perut je nak bayar handset ni kat abah aku.”

            Amir merenungnya. “Bayar kat abah kau?” takkan kedekut sangat?

            “Kau jangan la pulak fikir bukan-bukan.” Solehah sengih. Ni la padahnya kalau dah mulut ramah sangat nak bagitau itu-ini. “It’s just… diorang tak manjakan sangat je.”

            “Why?” ala-kadar Amir menyoal sambil tangan ligat menyelongkar contact nokia E71 itu.

            “Entah.” Solehah mengangkat bahu. “Maybe it teach us to be independent. For sure, setiap pemberian parents aku mesti ada usaha sendiri. Not totally a gift.”

            “Oo… kira aku ni di kalangan orang yang bertuah la kan?” Amir tayang muka comel seketika.

            “Excuse me?” seingat aku kitorang tengah cakap pasal ibu dengan abah…

            “Sebab dapat bakal in-law macam tu.” Dia menjawab sambil tersengih.

            “Senget la kau! Dah sudah belum? Takkan lama sangat?”

            “Kejap… dah nak siap. Nak set ringtone je.” Matanya kembali pada skrin telefon. Tidak lama, Nokia E71itu dikembalikan kepada tuannya. Dia tersengih-sengih sendiri. Solehah yang tidak menyedarinya sekadar mengelap mulut dengan napkin sambil melambaikan tangannya. Amir pelik, “kau nak buat apa?”

            “Makan cepat! Banyak cakap pulak… aku nak bayar la.”

            Amir menjegilkan matanya, “kau tak payah nak mengada. Dah aku yang ajak, aku la bayar.”

            “Ala sekali dua kala apa salahnya. Asyik kau je, aku pun ada muka wei…”

            “Bukan aku kisah pun. Malu kat orang la perempuan yang bayar.” Pelayan yang datang hanya menjadi pemerhati.

            “Kau je malu? Aku pun malu jugak, kau tak kira…”

            “Nak malu apa pulak?”

            “Malu la, aku jalan dengan orang tua.” Bersahaja Solehah membalas.

            Huh! “Siapa tua? Muka punya la macho…”

“Kau.” Sepatah solehah menjawab sambil membuat ‘peace’.  “Kan? Tua empat tahun kira tua la kan?” dia menyoal pelayan itu pula. Pelayan yang bosan sekadar mengangguk. “See? Ah! Aku tak kira, aku buka pisau cukur. Lagi pun tak hilangnya macho tu bagi aku belanja, bukannya makan kat hotel pun. Abah baru je bank-in duit… so aku still mampu.” Not RM20 dihulurkan kepada pelayan itu. “RM20 je pun… nanti kalau nak mahal-mahal tunggu aku grad.

Wajah Amir yang mula cemberut dijeling sekilas, “tu mula la tu nak jual muka jeruk. Kan aku dah cakap, tak sweet boy sulking…”
             Amir merenungnya geram, “sudahnya aku jugak la yang tak kena!”
_________________________________________
            “Korang…” Solehah menggoyang-goyang kakinya di katil Nurul. “kita masuk sini dah berapa tahun?”

            Auni menoleh, “dua sem lebih-lebih gitu. Kenapa? Nak kenang memori lama?”

            “Aku janji dengan abah nak duduk satu sem je.”

            Nurul pula menoleh, “means?”

            “Abah aku suruh stay dengan Along pulak. Save budget.”

            “Dah abah kau suruh, ikut je la…” mereka menghampirinya, memanjat tangga katil lalu duduk di kiri kanan Solehah.

            “Aku tak nak berpisah dengan korang…”

            “Ala bukannya tak jumpa terus. Tapi kenapa kau tak stay dari awal je dengan Along? Kan senang?” Nurul utara soalan cepumas yang membuatkan Solehah sengih.

            “Aku ingat nak berdikari.”

            Terus ketawa pecah, “then hasilnya?”

            “Hancos!” ketawa terburai. Mana tidaknya, kain baju pun kumpul basuh hujung minggu kat rumah, makan pun tapau kat kedai, hatta tidur pun ada tukang kejut. “Korang… nanti susah la kita nak jumpa.”

            “A’alah. Kat kuliah boleh tahan jumpa la…”

            “Kita course lain-lain.” Suaranya serak. Nasib tak leleh je la. Sekarang ni pun memang dia tak boleh nak rapat-rapat gitu dengan budak berdua ni. Selalu je berkepit. Aku ni macam orang ketiga yang nak masuk daun dalam couple… tapi bukan salah diorang jugak. Aku yang tak pandai bergaul. Orang ajak pergi sana, tak nak. Ajak ke sini, tak nak. Padahal nak pergi destinasi sama jugak. Mana taknya, dah terbiasa jalan sorang-sorang. Dalam masa sama, dia tak nak mood terganggu. Auni dengan Nurul dah macam belangkas. Bila jalan, Solehah di depan, atau di belakang. Manakala mereka berjalan sekali. Ah!

            “Kau ni, patutnya kitorang la yang sedih. Dah tak de orang nak bagi kitorang kaunseling.” Auni memujuk.

            “A’ah.  Dah tak de orang aku nak kejutkan. Katil aku pun kosong je lepas ni…” Solehah masih diam. “Sudah-sudah la tu… kita ada tiga tahun lagi. Bila-bila masa boleh lepak.”

            “Korang takkan lupakan aku kan?”

“A’alah… jiwang karat la kau ni. Kita berpisah rumah je la… kau still bestfriend kitorang. Jangan risau.” Mereka berpelukan.

Dekat padamu… arah ingin kutuju…” Nurul dan Auni terjelepok jatuh. Solehah menutup mulut, menahan tawanya yang bakal meledak. “nasib aku ada penghadang katil ni.”

“Sejak bila kau tukar ringtone hah? Dari slow jadi rancak gitu…” Nurul menggosok-gosok punggungnya.

“Entah. Tadi kot…”

“Mak aih! ‘dearest darling’? siapa ni?”  Auni melihat skrin. Solehah buat muka blur. ‘dearest darling’?

“Helo…” Auni menjawab. Telefon ditekap ke telinga. “o… Amir. O-leh? Jap ek,” dia menekan punat loudspeaker.

“Bongok kau!!!” Solehah di atas katil menjerit melihat Auni dan Nurul yang hanya tersengih.

“Siapa bongok?” suara dihujung talian seakan-akan bingung.

“Hah? Er… kau la bongok! Sejak bila kau jadi dearest darling aku ah?” bergema jadinya suara yang dirasakan dah ayu sangat.

“Yang kau jerit macam tu kenapa? Eh? Op… jap-jap! Auni, or… Nurul, pass handphone tu.” Auni mencebik. Nurul ketawa. Dan Solehah tersenyum sambil mengerdipkan matanya. Telefonnya diambil, punat loudspeaker ditekan off. “helo…”

“hm… helo. Baru tenang sikit dengarnya.” Amir ketawa kecil.

“Ada apa kau call? Kejap… sejak bila kau jadi dearest laling aku ni? Asal tak buat abang sayang terus? Uh.”

“Sejak aku pencen dari jadi ‘Joyah Jantan’.”

Kantoi! Solehah sengih sendiri. Mesti dia tau aku save nama dia sebagai ‘Joyah Jantan’… siapa suruh banyak cakap sangat?

“Seksi suara kau? Kau nangis ek?”

Solehah mengukir senum segaris. Concern sangat mamat ni. Suara serak sikit pun dah boleh detect. “Abah aku suruh stay dengan Along…” jelasnya dengan suara perlahan.

“Oni… dia mengadu kat laling dia la. Jangan sampai leleh sudah.”

Bantal di katil Nurul dibaling tepat pada badan tuannya, “senyap sikit boleh tak? Busy body betul.” Akhirnya Nurul dan Auni mengangkat tangan mengalah.

So? Ada problem ke? Ikut je la…” suara Amir kembali di telinga.

Boring la. Kat rumah ada Along sorang je, kat sini ada diorang ni.”

“Hm, ingat apa. Bukan susah pun. Kat kelas kan boleh jumpa. Lagipun petang-petang, korang lepak je la sekali.”

“Apa punya member la kau ni. Kalau Along, dia tak cakap ‘lepak sekali’, dia suruh ‘study sekali’. Amacam? Terbaik tak abang aku?”

“Baik la sangat tu…” malas Amir menjawab.

“Cheit, abang aku tu.” Solehah protes.

“Eh, la… kita cakap pasal abang ipar aku ke ni? Asal tak cakap awal-awal?” Amir sengih sendiri. “Dah la… sama je pun, malam-malam dengar suara aku jugak.” Amir kembali ke topic asal.

“Dah mula la tu nak buat merengnya. Tadi bukan main gentle suaranya.” Amir sekadar ketawa mendengar bebelan Solehah.  “Ada apa call ni? Kredit kau tak de expired date ke?”

“Dah ni rutin aku tiap-tiap malam, nak buat macam mana lagi? Saja aku call, nak bagi kau dengar suara aku sebelum tidur. Baru lena sikit.”

“Ye sangat la. Eh aku blah dulu la, assignment bertimbun la.”

“Bertimbun la sangat… kalau setakat goyang kaki atas katil aku tu tak payah nak cakap bertimbun la.” Suara Nurul berlagu-lagu.

“Iye ke? Kau tengah tunggu aku call ke? Besar hati aku.”

“Tak de maknanya… dada, assalamualaikum.” Punat merah ditekan.

“Pelik la aku tengok korang ni.” Auni mula bersungut.

“Bergayut tiap-tiap malam. Nak cakap ada pape, tak pulak mengaku.”

“Kan aku dah cakap, lelaki dengan perempuan tak semestinya kena couple kan? “ balasnya sambil menepuk-nepuk bantal di katil Nurul. “Tapi jangan la cakap bergayut, teruk benar bunyinya.”

Nurul dan Auni sekadar mengangkat bahu, malas mahu memanjangkan kes. “Eh, malam ni qiam ek?” Nurul mencadangkan.

“Kau imam.” Solehah cepat-cepat mengangguk. “Kira ni malam last aku qiam dengan korang la kan? Sedih…”

Yu! ada kaver baru. Heheh. Tp bukan tgn kita yg buat,. hakhak. kak munek yg buat. haha. 
 =)komen please walau cuma sepatah.
Peace....~!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

  1. nais.. ala ijat tu, suka cakap jelah suka.. haha..... ^^

    ReplyDelete
  2. x sbar plak nk tggu amir gtw prasaan dye..

    ReplyDelete
  3. best jugak. dah jadi peminat tetap ni.rase novel awak ni kurang pameran la. i mean org x tau sgt kewujudan novel yang best ni. ni pun baru terjumpa blog...

    ReplyDelete
  4. ijat ke acap yg hero ni.. rasa mcm lg suka acap..tp scene acap kurang sgt..

    ReplyDelete
  5. jue bard, psstt.. sebenarnya... tukang tulis pun sgt adore acap banding dgn amir..
    haha.

    ReplyDelete