Jangan Pergi Gadisku - Part 1

by 7:52 PM 1 komen
 


                “Mama...” suara aku perlahan menyeru Mama. Dalam tak sedar, aku tergeleng sendiri. Family aku ni dramatic sangat. Baru aje aku cakap sikit, mula nak buat kecoh bagai. Balik tadi, aku Cuma ceritakan pada Along siapa yang aku jumpa di Food Court tadi. Cerita dengan wajah berseri! Dan Mama pun mulalah, nak buat gimmick. 

                “Heidi... ingat kata Mama, Mama tak setuju, means Mama takkan setuju. Got it?” sekali lagi Mama utarakan ayat yang sama.

                “Apa yang tak setujunya Ma?” aku angkat kening. Geram dengan Mama.

                “Mama tak nak anak Mama jadi perampas kasih-sayang orang, belum pernah ada keturunan kita yang macam tu. Kamu jangan nak jadi perintis. Kalau Along kamu boleh cari yang macam Iqbal, kenapa kamu tak boleh?”

                Abang Long berdehem. Banggalah konon bila Mama naikkan saham dia tu. Entah apa maksud Mama dengan ayat ‘macam Iqbal’ tu.

                Eiii. Bibir aku dah terketap sendiri. Mama ni, buat malu aku je. Tak patut betul dia tuduh aku macam tu. Tak adanya aku nak buat lalok tak tentu pasal.

                “Ma, Heidi nak rampas siapa ni? Mama tahu tak, kata-kata tu satu doa? Nak-nak kata-kata dari mulut seorang Mama. Kalau betul terjadi, Mama nak salahkan siapa pulak nanti?”

                “Amsyar tu dah menikah Heidi, dah ada seorang anak pun. Sudah-sudahlah taruh minat pada dia.” Mama seakan merayu.

                “Eh, bukan Amsyar tu duda ke?” Abah bersuara tiba-tiba. Soalan yang membuatkan Along, Abang Long dan aku tertawa. “Hah, Iqbal?”

                “Betullah tu Bah... duda anak satu.” Jawab Abang Long selamba.              

                “Dah tu, apa masalahnya.”

                “Abah!” Mama dah menjegil. 

Hah, kan? Abah ni suka melawak tak kena timing. Bukan dia baru tahu Amsyar tu duda, saja je dia nak sedarkan Mama yang kalau benar pun aku ‘dengan’ Amsyar, aku tetap bukan seorang perampas.

“Abah nak ke, anak kita kahwin dengan duda? Duda anak satu lagi tu.”

“Eh, Abah no problem. Heidi kahwin dengan dia, belum apa-apa dah jadi ibu. Kita dapat cucu instant, untung tu.”

“Ya Allah...” Mama aku lihat mula memicit kepala di atas kerusinya. Aku tergeleng, sengaja Mama ni, huru-harakan keadaan, hal kecil diperbesarkan. “Apa yang Heidi nampak dekat Amsyar tu, sampai bertahun-tahun kamu taruh minat macam tu?” soal Mama lagi.

“He is the best.” Gumam aku perlahan. Jawapan sama setiap kali orang ramai ajukan aku soalan tu.

“The best!” suara Mama meninggi. Mungkin muak dengan jawapan yang lahir dari bibir aku ni. Dah tu, nak jawapan macam mana? Takkan nak suruh aku admirekan seorang loser?

p/s: peace!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: