Cerita Antara Kita 18

by 11:44 AM 3 komen



            Nash mengerling ke sebelah. Raina masih sama, dari tadi khusyuk menatap novel Sidney Sheldon di tangan. Huh... dia mengeluh perlahan. 

            “Tak baik mengeluh.” 

            Uh? Cepat Nash berpaling ke sisi.Tapi Raina masih sama, terus berjalan melewati setiap kedai di blok bangunan itu dengan mata terpaku pada kulit novel. Sekali lagi dia mengeluh. Kali ni tiada komen daripada Raina. Huh... boringnya dating macam ni. Dalam berjalan pun nak pegang buku. Akhirnya kedua-dua belah tangan dimasukkan ke saku jeans. Pasrah. 

            “When you need a book that can’t simply put you down, go to Sheldon.” Tiba-tiba kedengaran suara Raina membaca sesuatu di kulit novel tersebut. 

            Nash menjeling. Tak habis-habis lagi dok menganalisis. Satu perkara baru yang dia tahu tentang ‘girlfriend’nya ini, bila beli novel, tak sah kalau tak ditenung kulit buku tu bagai nak tembus. Kalau boleh setiap huruf yang ada tertulis di dalam atau luar noveltersebut, wajib dibaca. Dalilnya, buat rugi beli kalau ada yang ketinggalan tak dibaca. Kata Cha sendiri tu! Heh. Kot iya pun nak menghargai barang belian, tak payahlah dibaca time ni. Belum puas hati membebel, sesuatu mengetuk mindanya. Nash tersengih tiba-tiba. “Cha,”

            “Hm?”

            “When you need an apple to suit your pie well, find Nash Ahmad Daniel, go to him.”

            Dalam sesaat terus membahang merah muka Raina. Nash tertawa kecil. Cute je kau Cha! Bila melintasi kedai 24 jam Seven Eleven,  dia menyeru Raina. “Berhenti kejap weh, dahagalah.”

            Raina akur. Bersandar dia pada tiang di luar Seven Eleven sementara menunggu Nash keluar semula. Sambil menunggu dia menelefon Raiqal. Tak sampai seminit menunggu, talian bersambung. Bersemangat suara Raiqal menjawab panggilannya. Bercantum kening Raina seketika. “Kenapa cheer semacam je ni?”

            “Tak adalah. Hari-hari kita ni, kalau tak dihiasi dengan senyum kan suram je jadinya.”

            Euh... Raina menjuling. Seriuslah ni bukan Raiqal dah ni. Apa-apa ajelah! “Esok ada kelas tak?”

            “Esok... hm, tak ada. Kenapa?”

            “Program lain?”

            “Ada. Tapi tak ada pun yang penting. Kenapa?”

            Raina menghela nafas. Tak sabar nak menyatakan hasratnya namun dalam diam dia berdebar juga. Takut Raiqal menolak. Jika ya, dia tak ada hak nak memaksa. “Esok, kita... balik rumah nak?”

            “Hah?” tanya Raiqal kurang memahami.

            “Rumah Papa. Kita balik rumah Papa. Nak?”

            Raiqal terdiam. Diam bukan memikirkan jawapan kepada ajakan Raina, tapi memikirkan sambutan Papa nanti terhadap dia, jika ‘nak’ menjadi jawapannya. Tapi, kalau nak difikirkan... sampai bila harus macam ni? “Raiq...”

            “Dah siap!” Baru dia nak memberikan persetujuan, ada suara lain yang mengganggu perbualan mereka. Daniel itulah!

            Raina berpaling menghadap Nash pantas. Sedikit pelik bila melihat seekor bear sederhana besar dipegang Nash, selain dua botol Coke dipegang dengan tangan kirinya. “Nanti, nanti aku call lagi. Kalau nak kau bersiaplah,” ujarnya pada Raiqal yang masih di talian.

            “Okey.”

            “Kau masuk Seven Eleven ke Parkway tadi?” Raina menjongketkan kening sebaik saja telefonnya dimatikan. Tak pernah dia nampak patung-patung begini disusun di atas rak Seven Eleven tu. Naik taraf ke apa?

            Nash sengih. “Aku beli Coke ni dua botol, dia kasi free benda ni. Takkan nak kata ‘no thanks’ kot? Dahlah. Jangan banyak bunyilah. Kalau nak kata nak, jangan banyak songeh.”

            Raina mencemik. Toksah nak bajet sangatlah kalau takat barang free tu. Tapi, free, siapa tak nak kan? “Aku nak.” Dia sengih akhirnya. Telapak tangan disua pada Nash, isyarat meminta barang yang ada dalam pegangan Nash itu.

            “Choih.” Nash mengejek namun diserahkan juga bear coklat itu kepada Raina. Sebotol Coke di tangan turut diserahkan. Yang ada pada tangannya sendiri pula, dia suakan ke bibir. Meneguk rakus. Dahaga amat!

            “Eh, apa ni?” Raina bertanya tiba-tiba.

            “Airlah. Tak nak ke? Karang kalau aku beli kat aku sorang kau kata aku tak gentle pulak.” Dia terus meneguk.

            “Eh, Nash. Dahlah, tak payah minumlah air ni.”

            “Eh, ada pulak. Apa hal kau ni?” Nash nampak pelik.

            “Coke ni, kalau kau nak tau antara penyumbang terbesar Israel. Kita dok beli-beli ni, tanda kita bagi dorongan kat diorang untuk terus buat onar tau tak?”

            Nash menggelengkan kepala. Baginya, Raina ni dalam menawannya ada jugak yang orang kata songeh tu! “Dah terlajak beli ni, takkan nak buang pulak. Membazir pulak karang satu hal.”

            “Eh Nash, satu lagi hal tentang air ni, saintis dah sahkan sebagai pencuci mangkuk tandas yang berkesan. Tahu?”

            Saat itu juga tegukan air Nash terasa kesat. Dia berhenti terus. “Apa kau merepek ni?”

            Raina sinis. “Kalau aku kata boikot demi Palestin, senang je kau ignore kan? Bila kata bagi effect kat tubuh kau sendiri, baru tahu kecut.” Inilah manusia.

            “Eh, aku... aku tak kata ignore je. Tapi dah alang-alang beli kan? Takkan nak buang je. Tapi... eh, betul ke benda ni spesies harpic?”

            Raina menjuling. “Ikut kajian.”

            Nash meneguk air liur dalam pada tangan naik menggosok tengkukknya. Terasa mengalir lagi air ni dalam tekak.

            “Dahlah. Kau tak nak gerak lagi ke? Dah lewat ni. Aku dah janji dengan Raiq petang nanti.”

            Perhatian Nash teralih. What? Pada aku dia khabarkan ada janji temu dengan lelaki lain? Haisehman! “Korang nak ke mana?”

            Raina menggaru tengkuk yang berpeluh dan dia jadi makin tak selesa. “Rumah Papa.” Ringkas dia menjawab sebelum terus berlalu. “Thanks for this cutie bear.” Ucapnya pada Nash yang disangkakan sudah menyusul di belakangnya.

            Tapi ternyata Nash masih kaku tak bergerak di situ. Wh-what? Rumah papa? Cha bawak Raiqal untuk dikenalkan pada Papanya?

            Erh!

#sorry lama x update. peace. ^_^

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. best... ^_^
    Nash ni tak habis dengan cemburu yang tak bertempat tu... hehehe XD

    ReplyDelete
  2. agk2nye,klu nash tau si raiq tu adek cha,ape die nk buat ek??
    nk bebaek ngan raiq ke??yela,raiq kn adek-ipar-to-be die...kononnye..

    ReplyDelete
  3. NurAtiZa: bkn Nash kalo x cemburu buta.. haha. ^_^

    Anon: guess wht hppen? uhm.. (-,-)

    ReplyDelete