Cerita Antara Kita 16

by 6:00 AM 5 komen



                Sesudah bayang LC yang ditunggang Raina menghilang dari matanya, Raiqal tidak terus masuk. Sebaliknya, dia mengambil kesempatan itu untuk tersadai saja di buaian besi di halaman rumahnya. Sesekali ada masa free begini, bolehlah dia nak bersantai pun. Daripada terperap kat dalam rumah tu, menyempitkan pemikiran. Duduk dekat luar ni, memandang tumbuhan hijau ni saja pun, dah dapat pahala free. Bertuahnya dia dilahirkan dalam nikmat Islam, dan tambah dia bersyukur bila dia sendiri menikmati nikmat islam itu. Bukan dibiarkan saja nikmat itu berlalu pergi. 

                Alhamdulillah.

                Baru beberapa minit dia bersantai di situ, tiba-tiba bunyi hon motosikal yang saling bertingkah kedengaran. Bunyi hon yang bukan asing pada telinganya. Lantas dia berpaling ke pagar rumah. Hah, jolo sunggoh

                “Masuk ajelah, malu-malu pulak...” suruhnya separuh menjerit pada Aisar dan Aiman di luar pagar. Pagar bukan berkunci, malah ditutup pun tak, luas aje terbuka tu.

                Aisar dan Aiman tak menunggu lama terus memacu motosikal masing-masing masuk dan berhenti betul-betul bertentangan dengan buaian yang diduduki Raiqal. “Santai nampak?” tegur Aiman.

                Raiqal sengih. Memang bersantai habislah gayanya ni. “Apa cerita? Senang aje boleh terpacak depan rumah ni? Selalu aku ajak dok guna alasan sama je, tak kenal rumah, tak kenal jalan, takut sesak. Ni apa cerita ni?”

                Pecah tawa mereka. “Aiseh, macam tak dialu-alukan aje ni. Kebetulan kitorang lalu sini, nampak kau dok bersantai ni, singgahlah. Bukan sengaja pun kitorang berdalih selalu tu...” Aisar membela diri. “Lagipun, si Aiman ni segan dekat kakak kau tu...”

                Mata Raiqal memicing. “Segan apanya? Kau jangan weh, kakak aku tu nampak sangat muka tuanya compare dengan kau. Mentanglah kau abang sikit je dari Aisar, perasan tua kau eh.”

                “Mangkuklah kau. Jangan nak buat spekulasilah. Maksud aku segan tu seganlah, nak lepak tak tentu hala... buang masa ikut suka.”

                “Habis tu hari ni?”

                “Eh,” Aiman nampak pelik. “Hari ni dia tak ada kan? Bukan dia out dengan Daniel ke?”

                Raiqal menjeling. Kalau pasal ni lalu aje berita tersebar... heh.

                “Kau apasal? Cemberut terus muka tu?” Aisar tertawa.

                Raiqal mendengus. “Tak sukalah aku dengar korang dok bercakap pasal ni. Tukar channel lah.”

                Serentak Aisar dan Aiman tergelak. “Ni kes tak restu ke apa ni?”

                Bukan soal tak restu ke apa, tapi isunya Cha di sini untuk apa? Cari jodoh? Kalau dah tahu nak menuntut ilmu tu, tak payahlah kalut nak cari pakwe bagai. Lagipun, Daniel tu sendiri tak menyedapkan mata ni bila dipandang. Orang Kelate kata, tak masok bok! Maksudnya, tak ada dalam list! Cha pun satu hal, dah tahu mamat tu spesies buaya yang akan ngap apa saja depan mata dia, nak jugak dia jadikan kawan. Kalau dengan Abang Rifqi tu, agaklah jugak aku approve.

                “Weh, Raiq,” Aisar memanggil bila dilihatnya kawannya itu mula nak layan blues.

                “Apa...” jawab Raiqal malas.

                “Tu,” mulut Aisar memuncung pada telefon Raiqal di sisi. “Missed call.”

                Kening Raiqal bertaut. Ralit layan menung sampai ada orang call pun boleh terlepas jadi missed call. Haih. Lantas skrin telefonnya dipandang. Kali ni lagi rapat keningnya bertaut.

Papa?

Sebelum ni, nama ni cuma ada dalam contactnya saja. Nak masuk dalam call log, sebagai received call, dial number ataupun missed call, tak pernah!

Tapi kali ni... hm, tersalah tekan kut. Putusnya senang. Tapi tak lama kemudian telefonnya bergetar lagi. Pemanggil yang sama! Punat hijau ditekan. Liur ditelan kesat.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,” suara Rafizi menjawab salamnya kedengaran, sebelum lama talian dibiar sepi.

“Er... Pa-pa?” panggil Raiqal teragak.

“Hm, ada ni. Cha ada?”

Oh, nak tanyakan Cha. Raiqal tersinis tanpa sedar. “Cha keluar tadi Pa. Dah cuba call nombor dia?”

“Dah, tapi tak berangkat.”

“Atas motosikal lagi agaknya. Nanti kalau dia balik, er... Raiq... Raiq call Papa.”

“Dia keluar pergi mana?”

“Jumpa kawan katanya.” Jawab Raiqal mudah. Nak kata dating tu, bukan sah pun antara mereka tu ada something-goes-wrong-somewhere. Kata Mak Cik Mary lah.

Terdengar suara Papanya bernafas di hujung talian. Raiqal ikut menghela nafas. Terasa rindu dengan suara helaan nafas itu. Rindu, walaupun dia sendiri bagaikan sudah lupa akan rasa itu. Bila ditinggal dulu pun, umurnya baru setahun jagung. Kalau helaan nafas Mama, memang dia cam sangat. Kalau diberi peluang, dia nak merasa peluang itu. Peluang membesar dengan helaan nafas Mama dan Papa di sisi. Tapi... takdir telah disusun. Dan bukan tujuan dia untuk menidakkan takdir. Namun bila sekarang satu keluarganya telah bersatu, dan Papa masih tak menampakkan keterujaan bertemu dengan anak yang dah lama terpisah ini, seperti mana terujanya Mama bila berjumpa dengan Cha beberapa bulan dulu, itu yang dia terkilan. Terkilan namun tak terluah.

“Papa?” panggilnya sekali bila talian di sana kedengaran sepi.

“Hah, haa. Tak apalah kalau macam tu. Nanti Cha balik suruh dia call Papa ya,”

Suruh Cha call Papa. Ulang Raiqal dalam hati. “Alright. InsyaAllah Pa.”

Talian sepi lagi. Cuma kedengaran helaan nafas masing-masing mengisi ruang. Aisar dan Aiman berpandangan, sebelum bahu kedua-duanya diangkat. Mata terus terpaku pada Raiqal yang masih menekap telefon ke telinga walaupun tak ada sepatah suara yang keluar daripada kedua-dua belah pihak.

“Raiq... sihat?” tanya Rafizi perlahan. Masih enggan menamatkan perbualan.

Raiqal menelan liur. Kedua-dua rakan yang sedang fokus padanya dipandang. Sebelum lambat-lambat dia mengukir senyum. Senyum sebak, senyum bahagia, entahlah.

peace.. dalam ni xde bab cha, rifqi and nash.. hehh.. sorry.
enjoy reading and do comment... ^_^
sorry lmbt update.. tgh musim trial nih.. hehek. ^_~

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

  1. Best.... #^_^
    Nape pendek sangat dear??? :(

    ReplyDelete
  2. best!!!but agk pendekla..hehe.setia menunggu cha ngan nash.
    nk tanye,novel aq mahu hanye kamo tu dh ade kt pasaran ke??
    klu ade nk beli..

    ReplyDelete
  3. haahlah.. dh lame nk tny tp xjadi2... cite amir ngan oleh tue dh ada versi buku kee?

    ReplyDelete
  4. thanx.. ^_^ sorry pendek sgt. hehh.. xsempat nk edit2.. hee.. peace.

    anon & cik indah.. thnx sbb setia menanti cerita yg dah berzaman tu.. igt dah xde org igt kat dua org tuh.. haha. ^_~ AMHK dah lulus utk terbit,.. but still dalam proses nunggu turn lagi.. huhu. sabar yea.

    ReplyDelete