Matchmaking!

by 2:17 AM 4 komen
Tengok tajuk ajelah eh. Aku pun konpius gak nak masuk dalam label mana entry ni. Aku sendiri taktau aku tengah nak membebel ka, memotivasi ka, menasihati ka, atau sekadar nak merapu-meraban lepas geram. kahkahkah.


So things went like this...

Pernah satu masa yang tak berapa nak lama dulu, aku kenal sorang manusia ni. Malas nak cerita panjang lebar, cukup kata aku satu family kenal dia ni dengan rekod permulaan yang buruk. Isk.
Tapi tak lama kemudian, aku tak tahu macam mana, aku dengan dia boleh rapat. Sejujurnyalah, bukan aku dengan dia JE, tapi dia dengan family aku jugak.

R.A.P.A.T.

Masa tu ada jugak ah, orang 'lalu-lalang' tegur kitorang (family), menyatakan betapa peliknya mereka dengan perubahan hubungan kitorang yang boleh dikira agak mendadak ni ah. Kalau tak tegur pun, aku perasan, mereka beri pandangan pelik atas niat nak menegur dalam diam. Cuma sikit sikap apa orang kata tu - taknakjagatepikainorang - ada dalam otak dan diri mereka, jadi mereka senyapkan aje.

Rapat dia dengan kami tu, bukan rapat biasa-biasa bagi aku.

Rapat jenis yang ajak keluar lepak makan mi sup tetiba.
Masa tu aku macam, "ehhh ko ni sape dengan aku? kita kenal ada dekat bertahun or paling tak pun berbulan dah ke yang nak lepak bagai ni?" Tapi, dalam hati jelah. Hehhh. Kesantunan tu ada lagi dalam diri ni. Masa tu jugak dalam hati aku ada ayat yang macam, "Well orang buat baik, kita baik. Orang memberi, kita terima. Orang mintak, jangan nak ringan tangan sangat nak memberi. Kalau dia tak mintak, lagilah jangan." --> Merujuk kepada peel dia yang selalu sangat belanja aku adik-beradik. Walaupun takat belanja barang 2-3 hengget sampailah ke barang berbelas hengget. Tetap belanja gak ah kan.

Rapat jenis yang bawak aku balik rumah dia. Bawak adik aku kenal dengan keluarga besar dia.

Rapat jenis yang ajak teman pergi mall, pasar borong, etc.

Rapat jenis yang duduk lepak (bukan lepak di luar) dan borak macam-macam perkara gila-gila yang tak sesuai dengan umur dia yang bagi aku taraf makcik even kami gelarkan dia akak.

Rapat jenis yang let her children rapat jugak dengan aku dan adik.

Rapat jenis nasihat macam-macam gaya orang baik, perfecto.

Rapat jenis takat nak cuci mata tengok laki hensem lalu depan mata dan kongsi keterujaan tu bukan satu hal.

Rapat jenis yang naik motor malam menyanyi-nyanyi kuat ala dunia kami yang punya.

Orang nak mengeratkan silaturrahim, motip apa aku nak lari jauh-jauh kan? So aku just redha ah. --> tu kalau nak sembang ayat megah bajet tahap tak ingat.
Kalau nak ikut yang jujurnya, orang buat baik, dan aku pun hampir nak cair dengan kebaikan tu, motip apa aku nak toleh ke lain.

^_______^

Tapi, dalam nak lentok pun, aku hati-hati lah. Bukan semberono je. Mata aku mengawasi jugak.

Dalam tempoh tu, selalu manusia tu acah nak match kan aku dengan sorang adik angkat dia. (-_-)

Bila aku hadap pesbook, dia suruh aku add akaun si polan.
Bila aku ralit dengan henpon, dia suruh aku mesej si polan dengan ayat gila seorang remaja. [akuremajaye]
Bila aku tengah view gambar adik-beradik aku, dia nak snap gambar aku lawa-lawa dan pass kat si polan.

Bila aku bagi alasan kata taknak taknak taknak, dia sengih dan kata, "alah apa salahnya. kawan-kawan je." Ayat yang kekadang buat aku konpius dia ni betul ke idak ni. Apa pasai yang sepoting semacam ni.

Tak lama lepas tu, aku -khususnya seisi family- dikejutkan dengan rupa sebenar manusia yang kami rapat tu.
Well, backstabbed.
Dengan cara yang langsung tak terjangka.
Eheh.
Perasaannya: sedap.
Serius, sedap gila.

Masa tu salah satu perkara yang aku syukurkan tahu apa?
Bila aku mati-mati reject acahan dia untuk match kan aku dengan si polan tu.
=)

Si polan tu baik. [baik menurut kaca mata aku atau kaca mata manusia itu, aku tak tahu]
Tapi baik tahap mana dia tu,
aku tak berminat nak ambik tahu.
Yang aku tahu, link antara si polan dengan manusia tu, sangat rapat.
Rapat tahap bersentuhan, belai rambut, bonceng motor sekali pun tak apa.
"Alah aku anggap dia tu adik je pun. Takde tahap nak jatuh cinta pun lah."
Biasa lah tu kan. Manusia akhir zaman. Hukuman ikut logik otak sendiri, bukan ikut hukum Si Pencipta.
Maap.

Aku tak adil. Ya.

Tapi jujurnyalah bagi aku,
pengajaran lain untuk aku tentang ujian ni--

Kau nak nikah bercinta dengan siapa,
kau bukan kena ambik tahu satu family dia saja.
Tapi jugak siapa kerabat-kerabat angkat dia jugak.
Malah kalau aku kata member, geng, teman pun kena tahu jugak.
Over?
Hoi jangan lah sampai belek telefon check contact bagai. Tu memang over.

Maksudnya--

Kadang partner kau tu okey aje pun: chill.
Tapi kalau rezeki dia dapat kerabat angkat/geng/teman-tak-baik-tapi-bajet-rapat-gila macam tu,
tahap kena gi lepak rumah selalu,
tahap belai rambut pun kira okehhhh,
oh maap aku close-minded bab macam tu.
-__-

1 - Kalau muncul orang yang tetiba rapat dengan kau, percayalah, tahap hati-hati kau kena sentiasa tinggi. Kena sentiasa expect the unexpected. Nak-nak kalau orang tu dah ada rekod buruk sebelum-sebelum tu.

2 - Nak nikah, nak berchenta, tolonglah. Jangan main rembat. Jangan desperado. Being single for a while is not that bad, rasanya? Hahh memang tak ada kaitan dengan entry kan. Tapi lepak dengan manusia tu aku terlalu acap terdedah kepada cerita bercinta-hangatbercinta-putus-nangis-ushaorangbaru-blablabla.
Yah bercinta dan putus itu satu kebiasaan, rezeki seseorang kan. Aku tak dak niat pun nak komen. Tapi nasihat aku is pada budak-budak muda yang pada aku masih sangat ha'ya-ha'ya tu jelah. Harap paham ye.

3 - Again tentang berchenta, sekufu itu satu keperluan. =)

4 - Sikap tak nak jaga tepi kain orang tu baguih, tapi biar bertempat. Jujurnya kalau aku pun jadi orang luar, aku takkan merajinkan diri nak cerita pelik-pelik tentang manusia tu, kepada 'aku' dalam hal ni. Orang akan tengok si pengoffer diri tu dengan pandangan pelik rupa "isy, isy manusia... tak boleh tengok orang senang." kan? Tapi tengoklah hasilnya?

5 - Perkara lain yang aku syukurkan. Katanya, bila si polan tengok gambar aku, dia pun tak nak jugak. kahkah. Toksah nak runsing-runsing sangat bajet orang nak jetuh chenta bagai kau.... XD

# hai kak. kak kenal orang sebagai alfa syamimi jugak kan. jadi kemungkinan untuk akak ada di sini tu ada, walaupun tipis. kalau lah kak terrrlalu sini, nampak sisi lain seorang mimi di sini, maaf ye. sebab perasaannya bila backstabbed itu sangat sedap, maka orang wujudkan entry ni. share pengajaran dengan orang lain tu lagi nikmat rasanya. ^_____^ kut suatu hari nanti bila pengajaran dalam ni dah tak relevan, entry ni akan didelete lah ye. 

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. sesungguhnya saya konpius tu muka speechless ke apa tu? heheh

    ReplyDelete
  2. penah rase.
    tak tipu.

    ReplyDelete
  3. Suka no. 2 tu :) Couple bukan basic need pun.. boleh tunggu..

    ReplyDelete