#GazaFest [ Climbing Rock wehh ]

by 11:18 AM 0 komen
Assalamualaikum dan salam sejatera. Hehh. Mood berbunga.



16 November 2014--

Korang aware lagi pasal brother and sisters kita kat sana? Well, rasa eager nak tolong, tapi tak tau how kan? Yang aku tau tanggungjawab kita bukan takat jihad dengan pedang aje, tapi ada seribu satu cara lain.  Yelah untuk ke tahap tu masih agak jauh. Kalau sedar, ada banyak event yang pihak terlibat anjurkan untuk kutip dana untuk mereka.

So hari tu aku ada pergi satu event ni. Anjuran Aman Palestin. Di Gua Damai, Batu Caves. Aku dapat tahu pasal ni pun bila kakak aku spread poster ni kat group wassap kami. Kalau tak, aku rasa memang krik krik and it will be soooo rugi for me.

RM25 for five activities.
 Tapi yang buat mata aku laju je melekat tu is that words -- Rock Climbing. Aku dah macam, pehhhh. Memang impian yang bagi aku sekadar impian je kot sebelum ni, untuk realisasikan tu aku rasa agak jauh. [Well, complicated, so berangan itu percuma, then pasang angan ajelah ]. Ye ah sebelum ni ingatkan nak kena ada jurulatih, pergi kursus bagai. *tangan tekup mulut tahan gelak*

Lepas tu tengok other activities tu, flying fox okeh.

So aku pergi tu pun memang dengan harapan nak buat rock climbing, tapi hakikat sebenar tu aku nampak flying fox je.

Ada paham kecelaruan hati aku masa tu?

Tak? Then skip je. Heh.

And oh ye, RM25 yang kita bayar untuk dapat tiket tu, 100% akan disumbangkan kepada our brothers and sisters in Gaza.

Aku pergi dengan Kak Ngah. Kak Uteh pergi jugak tapi dengan kawan-kawan dia yang agak ramai ah.


Spot the merah Mak Ngah shoes? Beli semalam sebelum pergi event ni. Kah kah. Nampak tak kesungguhannya di situ. 

Tak de ah. Niat asal nak beli sport shoes sebenarnya. Memang plan sebab aku tak ada kasut nak riadah sebelum ni. kalau cycling, asyiklah dok pinjam kasut roommates. Tak feel. Heh. Tapi konon lah. Last-last pergi survey hati tetap tertambat kat benda ni. That spirit yang hembus kata-kata "Kalau ada kasut sukan, semangat sikit nak riadah. Amalkan gaya hidup sihat." dah lesap bila aku nampak kasut ni.

Yes, red converse is too mainstream but why is it with mainstream? Janji charming. Ayat orang jatuh cinta kakaka.


Kak Ngah. 

Well kita tak boleh nak ke sana, so benda-benda kecil macam ni je cara yang kita mampu buat. Paling tak pun untuk cover balik sikap boikot-sekejap-ikut-musim kita ni. 

Masa lepas kitorang daftar tu, masa kepala tengah nak cerna lagi apa yang sister kat booth pendaftaran tu bagitau kami tentang cara guna tiket tu, ada sorang akak ni tegur kami. Dalam kalut, ceria, bersemangat dia.

"Korang, korang berdua je ke? Saya nak join korang boleh tak?"
 Kami macam, "Errr." Kejutan.
"Sebab saya datang sorang. Kawan-kawan semua busy."
 "Eh, boleh sangat."
"Saya Wani."
"Mimi." 
"Mimi jugak."
"Err..."
"Boleh panggil Fatihah." Ecece. Rare benar.
"Ni tak tahu lah sebaya ke tak ni. Saya '85. Korang?"

Err. Okey. Berbeza sploh tahun means dia 29. Tapi gaya sempoi gila kot. And after that, kami bertiga.

 Ini dia kakak Wani yang sempoi tu. A teacher of -- tak ingat sekolah rendah ke menengah.
But the main is, kami suka cara dia. 

Dan lagi, dia sangat sempoi. Boleh ek, pergi ke suatu tempat sendiri dan sampai tempat tu baru cari kawan dan geng? 
Aku pernah kot buat tapi rasanya tak sesempoi kakak ni.


Sebab main activity dia adalah climbing rock, so kami masuk lepas usha-usha sekeliling terus masuk queue. Masa ni memang ada rasa tangan geletek isi perut, nervous sangat. Tapi bila sekali tengok orang yang tengah panjat-memanjat tu, that feeling tak terasa sangat. 

Aku turn last antara kami bertiga sebenarnya. 

Masa turn Kak Wani, dia tak mampu nak habiskan. Jujur aku rasa bukan dia tak mampu, cuma rasa tak selesa bila ada kat atas dan orang bawah tu keep on dongak atas. Memang perasaan tu sangatlah tak menyenangkan.

Masa turn Kak Ngah, siap compete lagi. Volunteer yang pegang tali kat bawah ni dok melaung-laung.




"Cepat Syu!! Laju Syu!! Kejar dia Syu!"
"Cepat mimi!! Sikit lagi Mimi! Jangan bagi dia lawan Mimi!"
Heh.




And when she made it sampai atas tu, aku dengar akak yang jaga Kak Ngah kat bawah ni kata.


"Mimi ni nampak dia macam tu je, tapi tak sangka boleh habis jugak." Lepas tu dia sengih bila abang yang dok melawan suara dengan dia tadi gelak-gelak dan kata dia kejam.

Hamboi. Dia tak tahu Mimi tu ada kroni kat bawah ni. Tapi tak aa, kami hargai dan anggap tu pujian. Heh.

Sampai turn aku, Bismillah je. Excited dan curious.


Nampak tak kat mana keberadaan aku? Tenggelam dek warna baju yang kelam--". Tskk. Masa ni tengah panjat lagi.



Masa ni aku rasa macam tak terasa sangat. Tahu-tahu je, "Eh, tadi aku panjat batu eh?" Turn aku naik ni aku rasa macam cepat sangat.

Ye maaf lah atas kepoyoan statement. Heh.

Buat itu yang aku rasa. And rupanya Kak Ngah dengan Kak Wani pun cakap macam tu. Siap kata turn aku ni tak mencabar lagi.

Sebab aku ringan--
Sebab kawasan yang aku dapat tu memang senang nak pijak, senang nak cari tempat berpaut--

Jujurnya pendapat aku, aktiviti ni sangat senang bagi orang yang ringan.
Jadi kat situ aku kena bersyukur dan stop complaining on my weight. Hohoh.

Tapi sisi lainnya, kalau tangan tak kuat, susah jugak kot. Aku sendiri masa kat atas tu berapa kali buat exercise tangan. Lenguh. Gedik sangat. Masa kat bawah tak ada pulak nak ready.

Lepas siap yang ni, aku pergi basuh tangan kat air gua bertakung (?) yang berdekatan. Masa tu kami macam, subhanallah. Ada air bertakung yang jernih kat situ. Serius sangat jernih dan kami tak rasa air tu bertakung. Cuma kami tak nampak aliran dia.

Part lawaknya, Kak Ngah tanya apa macam, ada terhantuk tak?

Aku jawab, terhantuk tak. Tapi ketiak sakit. Dan aku jawab dalam bahasa Kelantan. Dan-dan Kak Wani tengok kami dan buat muka blur-blur. "Laa. Korang Kelate ke? Letih weh nak berbahasa luar dari tadi. Kak Wani pun Kelate jugak." Masa tu pun melekat lagi bahasa luar kami tu. Kakaka. Gelak je lepas tu.

Slack Line.

Kak Ngah dengan Kak Wani enjoy je game ni. Siap buat dua kali.
Game ni aku tak suka.
Mungkin dengan alasan yang sama--
Badan aku ringan.

So masa meniti tu aku rasa terhuyung-hayang je. T_T








Kena marah dengan abang volunteer. Sebab aku berjalan laju sangat tak reti nak lek-lek dulu tunggu badan imbang sepenuhnya. Hadesh.




Sementara diorang buat Slack Line first tu, aku pergi queue untuk rock climbing. Lagi. Kakaka. Tapi kali ni kat tempat belah kanan pulak. Batu dia lain dan kali ni ada lah feel nya jugak kot.







Nampak tak aku, gerangan yang sangat kecil tu?

Masa tu time aku terkial-kial dah. Brother tu awal-awal dah bagi guide, mula-mula memang senang, tapi sampai tempat yang kakak nampak susah sikit tu, kakak lalu situ, lepas tu akar tu, pijak situ pegang sini bagai, aku angguk je. Tapi bila sampai tempat tu sendiri, baru tahu rasa. Dua-tiga kali dok ke kiri ke kanan, gara-gara tak jumpa tempat berpegang yang betul. Kalau ada tempat pegang, tempat pijak pulak susah.

Dalam hati dok ulang, "Ya Allah. Tolonglah. Tolong. Nak sampai atas. Tolong~~"

Jenguk brother tu kat bawah, nampak dia senyum. Dia tak senyum pun sebenarnya, tapi perasaan aku masa tu, "eii ni nak suruh aku turun lah ni. Nak suruh aku give up la tu. Haish."

Nampak tak hati yang tak bersih dok berprasangka ni. Ampung bang.

Sampai satu tahap, lepas tangan dok test situ-sini nak pegang tapi tak jumpa jugak, aku beranikan diri berpaut pada bahagian yang sangat kecil, yang boleh aku pautkan dua jari aku je kat situ. Lepas tu kaki tawakkal pijak kat mana-mana dengan harapan converse merah tu membantu dan tak memalukan tuan dia. 

And then I made it. Peaceee. 

Menuju puncak. Memang dah sampai puncak tali aku.

Masa turun ni best perasaannya. Nak tahu perasaannya? Cubalah.



Yang berbunga hati aku masa turun tu, brother tu bagitahu.
"Hari ni saya jaga tiga orang, baru awak yang success."

*Senyum malu*
*Senyum tercungap*
*Senyum berbunga*

Senyum senyum jugak. Tapi natijahnya bangun esok pagi satu badan lenguh-lenguh. Nak rukuk pun dah mengalahkan orang tua. Effectnya sampai dua hari kot. Terkesan tapi puas hati. Hehh.


Ada lagi activity lain.

Flying Fox--
Limit umur untuk 15 tahun ke bawah.
Okey pasrah walaupun masa tu kami membebel je gara-gara silap paham.

Abseiling--
Kami tak buat.
Sebab penuh sangat sampai pendaftaran ditutup.

Tree Climbing--
ni kami tengok macam seksa sangat.
Aku tak boleh nak imagine macam mana aku nak tolak udara dengan kaki so kami putuskan untuk tak nak.
Tapi lepas tu jumpa Kak Uteh, dia kata tree climbing tu best.
Bagi dia lagi best dari climbing rock.
Tapi bila kami nak pergi daftar,

Dah full.
*Smile and thankyou*

Paint Ball--
Additional charge Rm5.
Aku tak main.
Tapi Kak Ngah dan Kak Wani main.




"Adik-adik, macam ni haa cara pijak benda alah ni. Haa pijak, pijak."





 
Mr Bie~~

Tarian poco-poco masa hujan renyai-renyai atas bendera Israel. Pasang lagu hindustan. 
 Memang macam ni ha. (y)

Sebelum balik, kami plan nak pergi Batu Cave sebenarnya. Untuk apa?
Sebab rasa macam lepas ni memang susah dah nak jumpa Kak Wani.
Sebab aku memang tak pernah pergi situ pun. Dari dulu teringin nak explore tempat tu.

Tapi tak sempat. Hujan. Huhu. Then sudahnya kami balik je dan pergi jalan-jalan dalam UIA dengan motor dalam hujan renyai-renyai tu.

Hashtag #PijakBerjemaah .

P/S: Bahu masih terasa. T_T

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment