Cerita Antara Kita 23

by 11:36 PM 0 komen

            Raiqal sedang bercakap dalam talian dengan mama sewaktu Raina menolak daun pintu biliknya pagi esoknya. Raiqal angkat sebelah kening tanpa suara kepadanya, isyarat bertanya.

            “Aku pergi dengan kau eh hari ni?”

            “Alright.” Raiqal bangun dari baring dengan telefon terkepit antara telinga dan bahu. Tadi bersembang dengan mama, relax bersantai aje atas katil ni walaupun jam dah pukul 8 lebih, kelas pukul 9. Tapi kalau dah Cha offer diri nak berangkat ke kelas sekali, tak mainlah slow-slow. Mahu kena machine gun berdas-das pulak.

            “Cha ke?” soal mama.

            “A’ah. Nak bercakap dengan dia?”

            “Boleh jugak, pass kejap.”

            Lantas telefon di tangan disua pada Raina. “Mama,” ujarnya sepatah.

            Raina menyambut sambil melangkah lenggang keluar dari bilik. “Hai ma,”

            “Assalamualaikum...”

            Gelak. “Waalaikumussalam. What’s up?”

            “Sihat ke?”

            “Alhamdulillah, so far so good. Mama sihat ke tu?”

            “Sihat, dah kalau tak sihat pun hari-hari pergi hospital, bukan masalah besar pun...” Adawiyah berlelucon disambut tawa Raina. “Hm, mama ada pos barang bagi Cha dengan Raiq, dah tengok?”

            “Barang?” Raina bertanya pelik. “Barang apa? Raiq tak tunjuk pun?”

            “Ada tu... tadi mama tanya dia kata dah sampai, tapi belum sempat bukak lagi. Nanti Cha mintak dengan dia ya?”

            “Alright. Barang apa ma? Birthday dah lepas kut...”

            “Nanti kamu tengoklah. Mama jawab kang tak surprise pulak. Pak Su Afiq kamu yang belikan, mama tukang hantar aje...”

            “Pak Su Afiq...” Raina mengangguk dua kali. “Dia sihat ke?”

            “Siapa? Pak Su Afiq? Hah, macam itulah. Terlampau sihat mengalahkan orang muda...”

Raina tersenyum sumbing.

“Cha nak pergi kelas ke ni?”

            “A’ah, tengah tunggu Raiq bersiap.”

            “Oh, kalau macam tu tak apalah. Nanti mama call lagi, jangan lupa mintak hadiah dengan Raiq tu.”

            “InsyaAllah ma.”
========================
            “Sungguhlah tak adil...”

            Raina dah tersengih sendiri mendengar bebelan Raiqal dari tadi. Sejak balik dari kelas tadi lagi sebenarnya, lepas bukak hadiah dari mama tu. Zahirnya memang sebungkus seorang. Tapi bila bungkusan tu dibuka, maka jelaslah, sehelai sweater hitam untuk Raiqal dan untuk Raina pula, sehelai tudung dengan sepasang telekung sembahyang.

            Raina dua dan Raiqal satu!

            Sungguhlah... sebab tu yang Raiqal pot-pet pot-pet tak lekat punggung pada lantai dari tadi tu. Bagi Raina pulak, asalnya memanglah tersenyum senang menerima hadiah ini. Tapi setelah dibuka sehelai kertas yang dilekatkan bersama bungkusan itu, dia kelu.

            Pakai tudung ni di luar solat dan telekung ni di dalam solat.

            Cha, ingat...

            Segala yang berharga ciptaan Allah SWY di dunia ni semuanya dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Kat mana kita boleh dapat berlian? Jauh di dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Kat mana kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cengkerang yang indah.

Kat mana kita boleh dapat emas? Jauh di dalam lombong, ditutup dengan lapisan batu.

P/S: Tubuh Cha suci sayang, jauh lebih berharga dari berlian dan mutiara. Harus ditutup dan dilindungi juga.

            “Senang hati sangat ke tu, yang senyap tak berkutik dari tadi?” Raiqal yang melewati sofa di ruang tamu itu menegur pelik. Tahulah terharu, tapi takkan sampai kelu tak terkata?

            Cepat Raina tersedar. Dia berpaling dua saat membalas pandangan Raiqal sebelum menggeleng dua kali. “Er... Raiq,”

            “Hm,”

            “Maghrib nanti aku ikut kau eh?”

            “Ke mana? Maghrib orang tak merewang ikut sukalah.”

            “Pergi masjidlah.”
==================================
            Menapak masuk ke dalam masjid, dua-tiga orang ‘mak-cik’ dan ‘kakak’ berpaling memandangnya. Senyuman yang dihulurkan mereka dibalas Raina seadanya. Sempat dia memasang niat beriktikaf di atas masjid itu sebelum duduk bersimpuh di atas sejadah yang terbentang di situ. Lengang saja masjid hari ni. Biasanya saf muslimat saja dah bersesak, tapi hari ni, setakat dua-tiga baris saja yang ada. Dalam pada telinga mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Kamarul menerusi corong speaker, dia berpaling ke sisi dan menghulurkan tangan bersalaman dengan muslimat yang ada. Beradab. Tak mahu dikata sombong pulak nanti.

            Akhirnya, dia fokus ke depan. Sesekali, kata-kata yang terlontar dari bibir ustaz penceramah dari Kelantan itu sungguh terkena atas batang hidung sendiri. Tapi, eloklah macam tu. Sampai bila kita nak berada di zon selesa saja selalu? Kadang-kadang hati yang tenang ni perlu digertak juga. Biar sedar yang kita ni makhluk biasa, bukan hamba yang maksum seperti Rasul Allah Muhammad SAW.

            “Adik kakak sekalian, bercakap pasal aurat ni... rasanya tak perlu kita bagitahu, semua orang dah tahu. Aurat seseorang muslim itu, dari pusat hingga ke lutut. Dan aurat bagi muslimah pulak, seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Benda tu, sejak darjah satu lagi rasanya kita belajar kan? Ana tahulah, anak bongsu ana balik sekolah asyik cakap pasal ni aje...”

            Terdengar hilai tawa dari para hadirin.

            “Tapi masalah kita hari ni, kita tau... tapi kita buat tak tahu. Itu masalahnya. Ni yang kat depan ana semua ni... nampak manislah. Dengan kopiahnya, dengan songkoknya. Serban melilit atas kepala. Yang muslimahnya, cantik bertelekung melepasi lutut. Tapi kat luar, kekal ke semuanya ni?”

            Ruang masjid hingar lagi dengan gelak-tawa dan jawapan nakal sesetengah hadirin.

            “Ana bukan nak berkasar bahasa, tapi sebagai makhlukNya, memang tanggungjawab kita untuk saling memperingati sesama kita. Firman Allah Taala dalam Al-Quran, ‘saling memperingatilah kamu, kerana ia senjata bagi orang mu’min’. Ibu-ibu, ayah-ayah, adik-adik dan abang-abang sekalian, hari ni sekali lagi ana nak tekankan, khususnya untuk kaum muslimat sana... aurat semasa solat ni sama seperti aurat di luar solat ya. Bagaimana longgar telekung kita, begitulah jugak baju dan seluar kita di luar. Bagaimana telekung  yang kita pakai tu tak jarang dan nipis, begitu juga ketebalan pakaian kita di luar. Bagaimana telekung kita sempurna menutup dada, begitu juga sempurnanya telekung yang kita pakai di luar. Kalau sekadar pakai telekung, tapi apa yang perlu ditutup itu terdedah malah disengajakan lagi, maka tak ada gunanyalah. Sekarang ni, tudung yang labuh tu banyak, malah laku lagi di mana-mana. Sayangnya, lepas dibeli, si pemakai tu terlampau menggayakan fesyen sampai motif tudung tu dilabuhkan dah tak ada. Dan lagi, bagaimana labuh kainnya menutup kaki, begitu jugalah semasa di luar. Hah, jangan pulak adik-adik ana semua ni pakai kain yang mengheret tahi ayam pulak... orang tanya kenapa pakai kain labuh ni, eh jawabnya ustaz suruh. Salah maklumat tu ya.”

            Ketawa lagi. Dalam kelu, Raina ikut tersenyum dengan gurauan ustaz itu.

            “Maksud ana dengan kain menutup kaki tu, stokin. Pakailah stokin. Kalau tak nak nampak skema sangat, pakai stokin yang colorful tu. Zaman sekarang ni, fesyennya macam-macam. Anak ana tu kadang-kadang tak nak pakai kasut, sebab stokinnya over-shadow sangat. Karang kalau pakai kasut tak nampak stokin cantiknya tu. Heh, macam-macam. Perlahan-lahan, insyaAllah, lama-lama nanti biasalah. Tak ada negative effect pun sebenarnya, cuma bila kita rasa berat hati tu, hah, maksudnya adalah something wrong dengan minda kita tu. Hati kita, perut kita. Kena perbanyak terapi diri. Ingat, the voice in your head that says that you can’t do this is a liar.”

“Toksah nak katalah, orang bertudung tak semestinya baik. Orang freehair tak semestinya jahat. Ya, memang betul... Tapi perintah Allah yang memang termaktub dah dalam Al-Quran tu tak boleh kita mainkan ikut suka hati. Bila Allah kata tutup aurat, maka tugas kita tutup aurat. Soal hatinya, soal ibadahnya diterima ke tidak tu hanya Allah sahaja yang berhak tentukan. Yang masih tak bersedia, ingat, persediaan tu jangan ditunggu, tapi perlu dibina. Dan pada yang masih kata hidayah masih tak sampai, seru belum tiba, ingat, menunggu hidayah untuk tiba samalah seperti menunggu pintu hati untuk ditutup.”

Raina terus hanyut dalam kuliah itu. Terkadang boleh kepala dia terjatuh gaya tersengguk. Sedar-sedar, ada yang menepuk bahunya perlahan. Terpinga-pinga dia sekejap. Lantas dia mendongak, membalas pandangan kakak yang menepuk bahunya tu. “Kenapa kak?”

“Terlelap ke dik? Pergi ambik wudhu’ dulu, tok imam dah ready nak solat ni...”


Raina patuh. Dalam ni, mungkin bolehlah dia nak pejamkan mata mendengar kuliah itu pun. Sebab dari awal dia masuk tadi pun, telekung yang mama hadiahkan tu tersarung elok di kepala sekali gus tubuh ni. Kalau bertemu di luar, mungkin atas bawah atas dan bawah dia diperhati oleh ‘mereka’.

#peace. sila komen. ^_^ 
#err. korang boleh sedekah kat sy 20 sen tak? hehh... klik HERE.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment