Hai hai hallo. Teringin nak membebel pasal USIM lah. Dah jadi siswi USIM, takkan membebel pasal tempat lain pulak kan. Cari pasal namanya. Keke. Tapi nak bagitau awal-awal. Tak ada gambar kat sini. Nak google copy-pasta pun tak boleh.
Sebelum tu intro—
Aku seorang student yang ambik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan sesi 2014/2015
kat sini. Universiti Sains Islam Malaysia. USIM. Fakulti Ekonomi dan Muamalat atau ringkasnya, FEM. (Aku
diberitahu kat sini kalau korang sebut secara penuh, Fakulti Ekonomi dan
Muamalat, nanti kena gelak, tak tahu kenapa. Mungkin kedengaran agak formal. So
untuk selamat, FEM saja ye.)
Kat USIM ni semua ada 4 kolej kediaman.
Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah, Kolej Kediaman Accacia
Avenue, and aku sendiri di Kolej Kediaman 1 (KK1).
Aku daftar 1 September itu hari. Means dah
9 hari aku kat sini. Memula tu agaklah. Agak weng, blur, frust dan segala benda
yang tak digemari boleh aku describe untuk life aku. Bahaha. Dramatic.
Tapi tu hakikat.
Homesick. Ye, sila gelak.
Dulu bukan main dengar orang nangis sebab
teringat rumah ni, rasa nak angkat sebelah kening dengan caption “hek elehhh.”
Tapi sekarang takleh nak angkat kening sangat, baru tahu apa rasanya homesick.
Nak-nak hidup kat sini, maaf kata, kalau mula-mula ni, memang agak jakunlah. Kalau
tak ada kawan tu, memang terasa keterasingannya. Minggu Taaruf tu memang
sepanjang rasanya aku nak ‘banjir’ je. Sebak. Kengkadang tak tahu pun sebak
sebab apa. Teringat Abah. Ibu. SixSiblings. Kawan-kawan yang dah bawak haluan
masing-masing. Dan bila teringat kat kawan, otak aku start nak fikir, “kat sini
memang macam ni ke?”
Macam ni macam mana? Macam tu lah.
Aku dah terbiasa dah dari dulu, jalan
sorang-sorang pun tak kisah. Makan sorang pun okey. Pergi tandas tak berteman
pun no hal. Dah kenapa nak berkepit sepanjang masa, kan.
Dan pada aku, hidup dekat U memang
sepatutnya macam tu.
Tambah sikit—
Lepas dapat result UPU itu hari yang
bagitahu aku dapat USIM (atau mana-mana pun), aku dah exited gila nak bertolak.
Sebab dah boring hari-hari rutin sama je. Nak jugak rasa pengalaman baru. Sebab
dah cemuh dengan cuti berbulan-bulan. Sebab nak dapat kawan baru. Sebab, aku
expect orang lain pun macam tu.
Bayangan aku macam tulah. Semua orang baru.
Maknanya semua bersedia untuk buat kawan baru. Open.
Bukan Tamhidi dengan Tamhidi je. STAM
dengan STAM je. Kelantanese dengan Kelantanese je. Dan matriks dengan diploma,
pun. Faham… Kat tempat baru. Orang lain seorang. Kita berteman. Perasaannya
memang nak havoc je lah sentiasa.
Aku Kelantanese, so statement ni memang
dibuat untuk batang hidung sendiri jugak. Admit it. Mula-mula aku di tempat tu.
Yang buat muka boring sebab berseorangan sedangkan yang lain havoc. Selang
dua-tiga hari, dah jumpa geng Kelantan, geng MPI, geng STAM, so bias itu wujud.
Assobiyyah itu ada. Walau tak keterlaluan. Masa tu baru aku nampak muka-muka
yang boring berseorangan.
Muka boring, tapi jujur aku nampak coolnya
dia.
Bila rasa nak sebak tu, SMS kakak. Adik.
Kawan-kawan. Semua orang aku contact, nak cari teman berbual, tak nak terus melayan
rasa nak banjir. Tapi dalam pada mengelak pun, 2-3 hari jugaklah nangis
malam-malam. Malam-malam bukak laptop tengok My Pictures. View gambar musim
raya, musim cuti. Nak tidur sengaja pakai headphone, pasang lagu syahdu. Sengaja.
Sengaja cari pasal. Sebab bila air mata keluar dengan pakej hidung
tersumbat-sumbat tu baru betul lega. Hoho.
Kakak aku kata, mula-mula tu memanglah.
Nak-nak awak ambik degree. Latar masing-masing dah bercampur. Kitorang dulu pun
macam tu. Tahan seminggu, okeylah, insyaAllah.
Both kakak aku UIA. Kak Ngah sama macam
aku, lepasan STAM terus ambik degree. So menurut dia, dia fahamlah perasaan aku
ni macam mana. Pernah kena. Kak Uteh pulak dulu CFS UIA kat Petaling Jaya dah,
lepas tu sambung degree kat Gombak. Sebab tu dia pun boleh nampak benda tu.
Tapi katanya jugak, menurut pengalaman, duduk
dekat U, nak tahan lama mana sangat amalan berpuak tu? Roommate aku pun ada
luah. Duduk dekat U ni, memang independence tu sangat-sangat diperlukan. Nak
berjalan sorang-sorang pergi mana-mana, tak payah nak malu sangat. Dia matriks,
aku STAM. Pada aku bila budak matriks pun cakap macam tu, aku apaaalah lagi.
Sebab paling tidak mereka pernah jugak merasa duduk so-called asrama ni. Sistem
bukan sekolah tu mereka dah pernah rasa.
Tapi jujurnyalah, kat sini yang aku jumpa
semua okey. Baik. Tak bermasalah. Tak sombong. Tak adalah kata bila Tamhidi
jumpa STAM/Matriks tu nak juling je matanya. Kelantanese jumpa yang bukan
sekufu dengannya tu nak menjuih je mulutnya.
TAK ADA.
Mereka semua baik.
Tapi certain masa je, orang-orang buat
perangai tu. SETIAP orang yang rasa dia ada geng atau puaknya sendiri. Dan
hakikatnya situasi tu bukan ada dekat USIM je. Dekat semua tempat. Kan? Jangan
tak mengaku.
Bagi aku sendiri, walaupun dah dekat semua
kenalan aku bagitau betapa perasaan aku membuak-buak nak balik Kelantan,
melambangkan betapa aku tak suka kehidupan kat sini, jangan sepenuhnya percaya
ya.
Sebab after all, banyak jugaklah yang patut
aku syukurkan bila berada kat sini.
1 . KK1, tak teruk sangat (bagi yang selalu
buat perbandingan dengan SI, KKNC apa semua bagai tu.) Bagi aku sendiri, dah
cukup syukur aku dapat kat sini. Kafe ada. Wifi disediakan, walaupun kat bilik
aku cilok-cilok macam chips more je kewujudannya. Daannn, tandas tak
bermasalah. Tu benda penting bagi aku bila pergi sesebuah tempat. Ahah. Kalau
tandasnya bermasalah, tak payah cakaplah. Bilik aircond dengan carpet
ribu-riban regenya pun aku reject. Wifi laju tak payah nak loading pun aku tak
pandang dah.
2 . Bas nak berulang-alik KK1 ke FEM pun
tak sesusah yang lain. Kalau pun tak ada bas, jarak untuk berjalan kaki tu 15
minit je. Oh satu hal korang kena tahu, dekat USIM, tahun satu pulak, memang
kena biasakan diri naik bas. Hokeh. Kalau larat berjalan tak apa. Tapi itulah,
heee. Kat sini jalannya berbukit-bukit. Dan keluasannya bukan boleh buat main.
Over bayangan aku bagi kan. Tapi jujurnya, aku rasa azam aku sebelum masuk
sini, naikkan berat badan tu takkan berjaya. Sebab memang sentiasa exercise
walaupun aku tak berniat pun nak exercise. Hohoho~
3 . Dan lagi, bila rasa kebosanan / weng
kepala / serabut dok terperap dalam bilik, aku boleh keluar ke koridor dengan
selamba badak je tanpa sibuk nak mencari tudung. Wakaka. Tu best. Tapi
berhati-hati jugaklah. Sebab kaum adam ada dekat blok E. Heh.
4 . Roommates. Bilik kami okeylah, nak kata
luas tu tak tapi dah cukup selesa. 4 orang satu bilik dan katil double-decker.
Katil aku tingkat atas. Kadang bila rasa panas sangat walaupun kipas dah volume
5 tu, aku ambik bantal tidur atas tikar kat bawah. Bawah kipas. Nikmat. Jadi
syukur di situ roommates semua tak cerewet bahaha. Sisi lain, memang aku
bersyukur sebilik dengan diorang. Toleransi itu ada. Dan mesra, walaupun memula
agak awkward. Aku pernah didedahkan dengan cerita sorang kawan yang biliknya
cuma dikongsi 2 orang, sounds best. Tapi hakikatya kalau yang seorang tu dah
bermasalah, maka bermasalahlah hidup aku satu semester. Hadoi. Tak sanggup.
5 . ETC. Macam-macam perkara yang hanya boleh
dapat bila kau duduk seorang dan berjauhan dari rumah. Which— Kalau sebelum ni
rasa sayang kau dekat family tu cuma sayang, sekarang dah jadi sayang dan
sangat menghargai masa korang bersama. Dan orang bagitahu aku, kalau rasa rindu
rumah, amalkan berzikir. Berselawat. Supaya hati tenang. Walaupun cara tu just…
orang kata ‘kerohanian’ dan lebih prefer cara terang, yang boleh dinampak,
bukan hanya rasa, tapi aku praktikkan jugak. So selawat dan berzikirlah. Automatik
jugak doa kau dekat mereka bertambah kerap. Nak doa banyak-banyak, solat pun
kena rajinkanlah kan. Dari situ hubungan kau dengan Allah semakin baik. Dah
kenapa nak berdoa saja tapi amalan wajib kau sisihkan, kan?
Lagi-- Berdikari. Basuh baju. Dobi ada kat
sini tapi sekali basuh RM3, kakaka. Baik sangatlah hati aku nak sedekahkan
macam tu je.
Belajar untuk buat bajet harian. Satu sem
kau nak kena guna berapa. Yang ni kalau bagi aku, agak pecah kepalalah haha.
Tak tahu cara. Tapi nak tak nak kena buat jugak.
Ada kawan aku, yang datang hari pendaftaran
dihantar oleh kakak je. Lepas tu barang-barang pun, shopping kat Nilai terus.
So rasanya kat situ aku patutnya bersyukur gilalah hari pendaftaran tu
kaum-kerabat merajinkan diri join sekali. MAKA, NIKMAT TUHAN YANG MANA YANG
BOLEH ENGKAU KUFURKAN, WAHAI MIMI? -,-
Psss: Tadinya aku bersemangat tulis entry
sebab esok ada kelas 8 – 10 am jee. Tengah taip, tetiba Jaja call. Borak dengan
Hakim, Abah, pasal kedai, Kelantan, cuti raya yang tak sure balik ke tak,
sembang sampai hati rasa syahdu balik. Baru nak layan syahdu, dapat SMS, esok
FEM ada program 8am to 6pm. Ha. Ha. Ha. Maka rasa syahdu dengan frust tu
bercampur berjaya mewujudkan keinginan untuk layan banjir atas katil. Tekup
muka bawah lengan. Kbai.
Pss lagi, lain kali aku rajinkan diri update tentang USIM lagi kerap ye. Teruja, bila ada topik bahaha.
salam.saya usim jgak.first year degree jgak.fem jugak tapi marketing.and tamhidian.hehe.selamat berkenalan.kalau letak gambar boleh jgak kenal yg mana satu.heheh.kbai
ReplyDeleteKalau letak gambo xsiperaiss. Heheh
ReplyDeletebuleh survive tak kak dok kos akaun kat usim?
ReplyDeleteso far so good. gehehe. insyaallah boleh survive, janji kuat. batch account kitorang ni terbiasa dgn nasihat dr senior...
ReplyDelete"first sem bolehlah lepak2 sbb CH sgt3 sikit. weekend balik tiap minggu pun ok. kelas hr jumaat siap boleh muat2 hari lain... tapi masuk second year tu tahun membunuh. kuat mental fizikal. kalau mampu survive second year, hebat. kalau mampu survive tanpa keluar air mata, lagi kelass. insyaallah kalau second year boleh lepas, third year kacang je."
sekian. hehe.
Bkas pljr mpi ???
ReplyDeleteIyaaa.
Deletestudent tamhidi tahun ni boleh lg ke bwk kenderaan sendiri? mohon pencerahan
ReplyDeleteOk tak kos perakaunan kat usim? Kalau degree pun kena belajar arab ke?
ReplyDeletesalam,kalau nak ambik degree dekat usim memang wajib ada bahasa arab? kalau takde usim tak pandang langsung ke?
ReplyDeleteHaah. Kriteria nak masuk usim memang kena ada subjek arab time spm
DeleteAssalamualaikum, akak kalo amik tahmidi perakaunan ni ade berapa subjek? And mmg belajar semua dlm b. Arab ke
ReplyDeleteamik tahidi perkaunan jugak ke? saya pun sama..selamat berkenalan😂
DeleteKlu nk masuk usim, mmg kene ade bahasa arab ke? Klu xde bahasa arab, xleh masuk eh?
ReplyDeleteSebelum kak mimi masuk usim.. Kak mimi amik dip dulu ke.. Ke amik stam and then baru lanjutkan ke ijazah sarjana muda FEM?
ReplyDeleteAnkara
ReplyDeleteBolu
Sakarya
Mersin
Malatya
8İL
Diyarbakır
ReplyDeleteSamsun
Antep
Kırşehir
Konya
AZ7
ankara parça eşya taşıma
ReplyDeletetakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
U0Y2Z
kayseri evden eve nakliyat
ReplyDeletesamsun evden eve nakliyat
muğla evden eve nakliyat
bursa evden eve nakliyat
bingöl evden eve nakliyat
G6S
11280
ReplyDeleteKaraman Parça Eşya Taşıma
Poloniex Güvenilir mi
Vindax Güvenilir mi
Sakarya Lojistik
Bayburt Şehir İçi Nakliyat
Ağrı Şehir İçi Nakliyat
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Bitmart Güvenilir mi
Kilis Şehir İçi Nakliyat
A4A37
ReplyDeletemobil sesli sohbet
kocaeli telefonda canlı sohbet
denizli rastgele sohbet uygulaması
en iyi görüntülü sohbet uygulaması
ankara görüntülü sohbet siteleri
hatay sesli sohbet siteler
canlı sohbet
tokat telefonda sohbet
muş rastgele görüntülü sohbet uygulaması
15D6D
ReplyDeleteurfa canli sohbet chat
Afyon Mobil Sohbet Siteleri
sesli sohbet uygulamaları
ücretsiz sohbet uygulaması
kayseri sesli görüntülü sohbet
bitlis ücretsiz sohbet uygulamaları
Adıyaman Kızlarla Canlı Sohbet
Afyon Yabancı Görüntülü Sohbet Siteleri
gümüşhane görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
DE52D
ReplyDeletekarabük sohbet sitesi
isparta görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
adana bedava sohbet uygulamaları
kayseri görüntülü canlı sohbet
bitlis canlı görüntülü sohbet
telefonda sohbet
igdir bedava sohbet siteleri
Adıyaman Mobil Sohbet Chat
sesli sohbet sesli chat
C1CC1
ReplyDeletebartın parasız sohbet siteleri
kırklareli görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
mobil sesli sohbet
en iyi ücretsiz görüntülü sohbet siteleri
kayseri rastgele görüntülü sohbet uygulamaları
rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
rastgele sohbet uygulaması
Sakarya Telefonda Görüntülü Sohbet
ığdır En İyi Rastgele Görüntülü Sohbet
3EAD5
ReplyDeletetrabzon kadınlarla ücretsiz sohbet
Antep Goruntulu Sohbet
düzce yabancı canlı sohbet
muğla parasız görüntülü sohbet
Çorum Telefonda Kızlarla Sohbet
Elazığ Telefonda Kızlarla Sohbet
antep canli sohbet chat
Antalya Telefonda Canlı Sohbet
Adana Canli Sohbet
310D0
ReplyDeletesafepal
dcent
poocoin
defilama
looksrare
poocoin
phantom
chainlist
trezor suite