Loceng kafe berbunyi dua kali. Serentak Ziad dan Anis
berkalih pandang. Haaa... dah sampai pun.
“Nis, Abang Rif mana?” Raina pandang kedua-duanya.
“Ada tu, kejap orang panggil.” Anis menghilang ke
dalam.
Raina sabar menunggu. Tinggal Ziad saja di kaunter
itu. Pandangan Ziad yang menghala ke arahnya dari dia masuk tadi dibuat tak
sedar. Jari-jemari leka mengetuk meja kaunter, mengisi masa. Tak lama, muka
Rifqi terjengul di muka pintu. Kali ni tanpa apron dan cap di tubuhnya. “Abang
Rif!” panggil Raina cepat. Laju dia menapak mendekati Rifqi.
“Kelas dah habis ke?” tanya Rifqi sekadar menyapa.
“Dah, orang call kenapa tak angkat?”
“Abang buat silent mode tadi, tak sedar Cha call.”
Rifqi menjawab dalam suara lemah. Kaki menapak perlahan mendekati meja yang
kosong di sudut kafe itu.
“Demam ke?” tanya Raina dengan muka kasihan. Kerusi
kosong ditarik buat Rifqi. Rifqi Cuma senyum, tanda ucapan terima kasih.
“Mana tahu?”
“Orang call Anis tadi.” Iyelah, lepas Miss Khadijah
keluar dari kelas tadi, baru dia perasan ada mesej yang masuk ke nombornya tanpa
dia sedari.
Abang Rif demam... =(
Mesej dari Anis. Lepas tu cepat-cepat dia bagitahu
pada Fira, mahu ke kafe, menjenguk Abang Rif. Dan Fira laju aje mengangguk,
tanda dia tak apa-apa berjalan sendiri. Dalam perjalanan itulah dia telefon
Anis, tanya keadaan Abang Rif. Baru dia sudah bercakap dengan Anis, ada nombor
asing yang memanggilnya. Cepat dia tekan punat reject. Orang tengah kalut ada
jugak yang nak buat crank call.
“Hm...” Rifqi
mengangguk lemah. “Balik dengan Raiq ke nanti?”
Raina mengeluh lemah. Soalan Rifqi dibiar tak
berjawab. Terkebil-kebil matanya memandang raut lemah Rifqi. Kesian. Tangannya
naik menyentuh dahi Rifqi, panas! Tapi tak lama bila Rifqi sendiri menepis.
“Cha...” tegur Rifqi perlahan.
Raina mencebik. “Orang nak
rasa dahi tu ajelah...”
Rifqi diam tak menjawab.
“Ni dah makan ubat ke
belum ni?”
Rifqi masih diam. Cuma
menyandar saja di kerusi itu. Raut Raina dengan rambut panjang yang dilepas
bebas itu dipandang. Raina memang cantik, tapi kalau dia tutup apa yang patut
dia tutup itu, pastinya akan jadi lebih cantik nanti. “Bila Cha nak ikut permintaan abang ni?” soalnya pendek.
“Abang Rif...” meleret
suara Raina menyeru namanya. “Jangan nak tukar topik. Dah makan ubat ke belum
ni?”
Rifqi mengeluh. Dah agak,
mesti beginilah responnya. Sebelum ni bukan tak pernah diberitahu, malah sudah
berkali-kali, tapi cuma dibalas dengan gurauan oleh Raina. Dan dia sebagai
orang luar, walau serapat mana pun hubungan mereka, tetap tak ada hak ke
atas Raina. Yang dia mampu buat, cuma menyampaikan sajalah. Mudah-mudahan suatu
hari nanti terdetik juga niat suci itu di hati Raina.
“Abang Rif.” Panggil Raina
lagi, kali ni agak meninggi.
Akhirnya Rifqi menggeleng.
“Tengok. Dah tau antibodi dia tu
lemah, jarang boleh demam, bila demam sekali-sekala ni rajinkanlah diri tu
makan ubat.” Raina dah mula membebel.
“Abang tak ada seleralah
Cha.”
“Ni nampak lembik semacam
ni, dah makan ke belum?”
“Makan apa?”
“Nasi... roti... or
whatsoever. Lunch, dah ke belum?”
Sekali lagi Rifqi
menggeleng.
“Hah, nak cakap tak ada
selera jugaklah? Itu tak selera, ini tak selera, habis bila nak baik?”
Rifqi menghela nafas. Bila
Cha dah mula membebel tu memanglah. Baik tadahkan telinga saja. Bukan selalu
pun nak dengar suara mak nenek macam ni. Sekali-sekala dengar tu, heavenlah
jugak.
“Abang Rif!” nada Raina
naik satu oktaf bila bebelannya dibiar tak berjawab oleh Rifqi.
“Chalah tolong carikan
makanan kat dapur tu. Abang tak larat.”
Raina teragak-agak. Nak
terjah masuk dengan muka toya tak ada rasa segan je ruangan dapur yang dah
tertera warning ‘KHAS UNTUK PEKERJA’ tu? Hailah. “Orang suruh Anis ajelah eh?”
“Tak apa... cakap je abang
suruh.”
“Hm... okey. Abang Rif
tunggu eh, jaga beg Cha ni.”
Rifqi mengangguk lagi.
“Cha,” serunya sebelum sempat Raina menjauh. “Buatkan abang air nestum jugak
eh.” Pesannya bila Raina berpaling.
Raina mengangguk. Jari
telunjuk dan ibu jari disatukan sebelum dia menghilang ke dalam, isyarat
‘okey’. Masuk saja ke ruangan dapur, Anis dan Ziad yang sedang berborak kosong
sambil buat kerja menyapa mata. Baik posisi dapur ni, kalau ada pelanggan yang
baru masuk ke kafe atau nak membayar ketika pekerja berada di dalam pun,
pekerja di dapur boleh nampak. Tidak menyukarkan pelanggan sangatlah.
“Abang Rif mintak buatkan
air.” Ujar Raina cepat, bila mata Anis dan Ziad sudah memandangnya.
“Kitorang?” Anis menyoal
semula dengan jari telunjuk bergilir-gilir antara dia sendiri dan Ziad.
“Eh, tak. Orang sendiri.
Orang masuk eh?”
“Lah, masuklah. Tak ada
hal...” Anis tergelak. Kalau dah arahan bos tu, tak payah nak mintak izin
sangatlah.
Raina mengukir senyum
segaris sebelum menapak ke dalam. Lost. Pertama kali masuk ke dapur ni, mahu
tak jakun. Di mana matanya nampak ada makanan, di situlah yang dia pergi. Dia
mendekati almari kabinet, dan bila almari itu dibuka, ternyata ada stok roti di
dalamnya. Raina senyum. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sebungkus roti perisa
blueberry dicapainya.
Kemudian, matanya meliar
lagi. Mencari tempat membancuh air. Jumpa. Laju tangannya bertugas. Tapi...
Beberapa minit dia di
dalam, Rifqi menjenguk. “Lamanya?”
Raina sengih. “Nestum
abang taruk mana? Tak jumpa.”
“Lah, kenapa tak tanya
diorang...”
“Malas nak ganggu diorang
buat kerja.”
Rifqi mampir. Tiba di
tempat Raina berdiri, dia berjengket sedikit, mencapai tin Nestum dan sebiji
botol lain sebelum diletakkan kedua-duanya di depan Raina. “Ni.”
Raina meyambut. “Dalam
botol ni ada apa bang?”
“Madu.” Rifqi menjawab sepatah.
Raina mengangguk-angguk.
“Air Cha selalu tu abang taruk madu ni ke?” tanyanya lagi walaupun jawapannya
sudah dapat diagak. Patutlah rasanya lain.
“Hmm...” Rifqi melayan.
Dia berlalu. Namun baru beberapa tapak dia melangkah nak keluar, entah
bagaimana sebelah kakinya tersilap langkah dan dia rebah.
“Eh, Abang Rif!” Raina
cepat-cepat menolong. Lengan Rifqi dipegangnya. Dia melingkarkan tangannya ke
pinggang Rifqi, berniat nak menampung berat badan Rifqi.
“Tak apa Cha...” Rifqi
menolak lembut.
Raina mendengus. “Hisy,
dalam lembik macam ni pun nak action lagi.”
“Bukan action Cha, ni soal
hukum.” Rifqi senyum, cuba untuk tak nampak terlalu overboard. Kerusi yang
berdekatan dicapainya sebelum duduk di situ. Pandangan Anis dan Ziad tak jauh
sangat darinya dibalas dengan tangan saja, tanda dia okey. Dan kedua-duanya
Cuma angguk.
“Orang bukan nak buat apa
pun, nak tolong aje.” Raina membela diri. Iyalah, ingat sengaja je dia nak peluk anak teruna orang? Akal ni berfungsi lagilah.
“Tak apa, abang larat
lagi. Tapi thanks jugak.” Rifqi senyum lagi.
“Iyalah.” Raina mengalah
akhirnya. Memang benar pun dia yang salah. Baru dia nak sambung semula
membancuh air buat Rifqi, Nash muncul di ruangan peribadi kafe itu dengan muka
mencuka. “Kenapa kau ni?” soalnya pelik.
“Mana mamat tu?” tanya
Nash sekali dan belum sempat Raina nak membalas, matanya menangkap kelibat
Rifqi yang baru sedar akan kehadiran dia di situ. “Hah, aku dah agak dah kau
ni!” ujarnya kasar sebelum kolar baju Rifqi dicekaknya.
Rifqi terbangun. “Ada
masalah apa ni?” soal Rifqi senada. Bukan dia tak kenal siapa di depannya ni,
dah cam sangat.
“Eh, apa kau ni Nash?”
Raina menepis tangan Nash di baju Rifqi dan dia berjaya. Tangan Rifqi ditarik,
bersembunyi di belakangnya. Lagak pelindung. Kali ni Rifqi menepis pun dia
keraskan tangannya.
Nash menjegil. “Kau ni
buta tau tak? Mamat tak semenggah macam ni pun nak dibuat kawan. Bukak mata
tu!” Kolar Rifqi cuba dicapai lagi tapi tak berjaya. Raina yang menjadi
penghalang.
Mamat tak semenggah. Heh.
Rifqi tergeleng sendiri. Sengih sinis menghiasi bibir. Tapi tak sepatah pun dia
menyampuk perbalahan dua makhluk di depannya ni, nak tengok sampai ke mana
akhirnya.
“Mamat tak semenggah macam
dia ni berganda lebih baik dari buaya macam kau, tau tak? Sewel!”
Kali ni Rifqi senyum, suka
mendengar balasan dari Raina. Bila terasa tangannya lenguh, barulah dia sedar
pergelangan tangannya masih digenggam Raina. Heh, tangan kecik tu tak genggam
tangan aku. Dia merungkaikan pegangan Raina. Raina memandangnya, dan pantas dia
menggerak-gerakkan tangan. “Teruskanlah, abang tak kisah. Tapi jangan kuat
sangat, customer abang ada kat luar tu.” ujarnya sambil menyandar pada kabinet,
masih di belakang Raina. Dia berpaling pada Anis dan Ziad yang sedang
terkebil-kebil memerhatikan mereka pula. “Nis, Yad, ada customer baru kat luar
tu. Cuba pergi tengok.”
Anis dan Ziad dalam
terpaksa akur juga.
Nash menjuih. “Heh, tak
payah nak berlagak hero sangatlah. Tak lakunya.”
“Eh, apa hal kau ni?
Datang tempat orang tak dijemput, buat kacau pulak tu... ” Raina kembali
meradang.
“See? Kau ni buta, buta!
Dah terang-terang dia nak buat benda tak elok kat kau, nak membela apanya
lagi?” ujar Nash tegang. Dari pintu masuk tadi pun dia boleh nampak apa yang
Rifqi dan Raina buat tadi, mahunya tak sakit hati!
“Eii, mulut kau ni kan...
aku cili karang!”
“Hah, cililah. Orang nak
jaga dia, tak kenang budi!”
“Budi apanya sangat yang
kau tabur tu? Bila masa pulak aku nak kena peluk ni? Fitnah tau tak? Fitnah!
Kau tahu fitnah tu hukum dia apa? Kau nak dapat dosa macam tu? Banyak sangat
dah ke pahala tu sampai sanggup buat dosa sebesar tu?”
Fitnah tu, hukum dia
haram. Dan dosa dia lebih besar dari membunuh. Nash tahulah. Ustazah Habsah
mengajar dulu, tak pernah sekali pun dia tertidur. Dan dia bukan senang-senang
nak memfitnah orang. Ada bukti, sebab itulah dia menuduh! “Yang kau nak membela
sangat mamat tu kenapa? Aku selamatkan kau ni pun dah kira okey tahu tak?”
Raina memicit pelipis
sendiri. Pening. Elok Abang Rif yang demam, dia yang tanggung peningnya. “Hah,
terima kasihlah. Sekarang blah.”
Mulut Nash terkunci. Tak
tahu nak membalas macam mana dah.
“Blahlah!”
“Kau ni!” Nash menjegil
luas. Geram.
“Apa?!” Raina membalas.
Mata yang tak berapa nak bundar tu dia bulatkan juga, nak berlawan.
“Daniel!”
Nash berpalingcepat,
memandang ke luar. Tiga orang lelaki yang baru masuk ke kafe dan menuju ke
ruang dapur itu dipandangnya. Dia mendengus. Apa lagi diorang ni...
“Apa korang ni?” suara
Raina dan Nash bergabung. Bila tersedar, mereka saling berpandangan. “Argh!!”
dua suara bergabung lagi.
“Hoih, kawan.” Reza
memanggil.
“Apa?!” Nash menyahut
kasar.
Reza, Muiz dan Izzudin
sengih. Tak terasa pun. Tengking-menengking tu dah jadi perisa dalam
persahabatan mereka. “Bagitau ajelah, motif asal kau apa derr?” soalnya
disusuli tawa Muiz dan Izzudin.
Raina pandang Reza
seketika sebelum muka Nash dipandangnya. Tangannya naik ke dada, berpeluk
tubuh. “Kau nak cakap apa?” soalnya datar.
Serius.
Nash terdiam. Bibir
terkatup. Tapi nafas masih tak menentu, naik turun naik turun dari tadi. “Aku
suka kat kau.” Ujarnya perlahan.
Rifqi di belakang Raina
berubah air muka.
Tapi Raina cuma mendengus.
“Rimas tahu tak? Tengah-tengah serabut ni kau nak berbisik dengan aku. Kau nak
cakap apa, cakaplah! Dah terang-terang bukan Raiq yang terkejarkan Pamela kan,
yang kau nak menempek kat sini lagi apa hal? Hutang aku dah langsai kan?”
Nash menghela nafas
sekali. Geram. “Aku sukakan kau. Suka. Dekat. Kau. Got it?”
Raina terdiam. Kali ni
giliran dia mengetap bibir. Dah sudah, medan pertarungan dah jadi tempat sesi
luahan hati. Blushing habis mukanya. “Ulang balik.”
Nash mengeluh geram. “Aku
suka kau, Cha. Faham tak? Aku suka kau! Nak aku pakai bahasa apa?”
“Oh yeah!!” di muka pintu,
Reza, Muiz dan Izzudin bertepuk tangan.
Raina menggeleng-geleng.
Lelah sangat dah aku ni. Raiq, mana Raiq? Kak Cha nak balik Raiq... “Kau
baliklah. Kau tu, stress sangat sebab Pamela tak layan kau kan? Sebab tu jadi
suwei semacam. Baliklah dulu. Rehat-rehatkan minda tu.”
“Aku nak dengar komen
kau.” Nash statik di situ.
Bahu Raina jatuh. “Kau
buat status apa sampai kena like comment bagai?”
Nash mendengus sekali.
“See? Dah terang-terang aku cakap aku suka kau, kau masih lagi nak menempek
dekat mamat ni.”
“Astaghfirullah...” sekali
lagi Raina memicit pelipisnya. “Fine.” Putusnya.
Nash berubah riak. Jadi
ceria.
Dan Rifqi, expressionless.
Speechless! “Cha...”
“Maksudnya?” pintas Nash
cepat.
Raina cuba mengukir
senyum. Tangan kanannya disua. “Friend.”
Kening Nash terangkat.
“Friend?”
“Kawan...”
“Just kawan?”
“Kau expect apa? Bini?” Raina angkat sebelah kening.
Nash senyum juga. Tak apa, aku faham maksud friend tu
apa. Fine. Huluran tangan Raina disambut akhirnya. “Friend.”
==> sorry lama x update. jemput baca n do comment.. peace. >_<
Best.... #^_^
ReplyDeleteDah lama xdg sini dan garapan awk makin bgus n matang.. cerita pon layan... cop rifqi eh... hehhhh
ReplyDeleteKalo dh post bab baru update sy eh...
ReplyDeletehehehe...best!!!!
ReplyDelete~syahira_ira~
Nash dh buat luahan perasaan kt Raina tp Rifqi tetap cool... bila Rifqi nk take action?
ReplyDeleteNurAtiZa, Kak Rehan, Syahira_ira, hee.. thnx. =) komen kalian bikin sy tersenyum dan makin bersemangat nk smbg this story... >_<
ReplyDeleteC.R, wait n see.. heeehhe..