Pulang sahaja dari masjid, terus dia rebahkan tubuh
di atas tilam empuk dalam biliknya. Raina yang elok bersila di atas sofa di
ruang tamu tadi Cuma dijeling lewat ekor mata saja. Ada pun Raina menyapanya
tadi, tapi sengaja dibuat dek. Buat tak layan. Heh. Dah tersebar merata cerita
pasal dia, boleh nak buat muka innocent lagi.
Perbualan Nash dengan tiga orang geng dia lepas habis
jemaah Isyak tadi terngiang-ngiang lagi rasanya kat telinga ni. Dia baru saja
start LC nak balik waktu itu. Memang sejak dia keluar dari masjid lagi
sebenarnya Nash and The Gang tu lepak di lot parking motosikal tu. Tetapi
melihatkan dia yang baru keluar dan melangkah nak ke motosikal dia tu, Nash makin
sengaja kuatkan suaranya.
“Jomlah geng, hari ni aku belanja.”
“Wah, senang hati nampak kau?” Muiz yang tak perasan
dengan nada Nash yang dah berubah tu bertanya pelik.
“Eh, haruslah. Tengah senang hati ni, orang dah
approve aku...”
Mendengarkan itu, Izzudin pula ketawa. “Lain macam
kau ni. Bukan tak biasa kena approve, yang nak ceria shalalalala overboard ni
apa kes?”
“Alah, yang tu cerita lama. Jangan nak diungkitlah
geng.” Reza membela. Bahu Nash ditumbuk sekali. “Kan kawan kita ni dah kata,
kalau dapat yang tu, serius dia nak berubah. Tak nak main-main dah. Kawan kita
ni dah tangkap cintan derr. Angau semacam.”
“Betul... betul... ni cinta sejati punya.” Jawapan
Nash kali ni, makin dikuatkan suaranya.
Raiqal yang tengah memakai helmet buat dek, walaupun dalam hati terdetik
sikit rasa pelik, yang nak beria-ia tunjuk ton sarkastik kat aku tu apa hal?
Ada hutang ke?
“Betul kau? Cha yang terakhir?” kali ni soalan mintak
ikrar dari Izzudin agak menyentakkan Raiqal.
Cha- Raina Aisyah?
Cha- kakak aku?
Cha, approve dia?
Oh my. Barulah mindanya laju membuat conclusion. Patutlah
sebelum ni banyak kali dengar Raina bersungut tentang mamat tu. Sejak kena
hadang jalan hari tu, dah tak terkira berapa kali nama Nash Ahmad Daniel tu
meniti di bibir Raina. Bukan disebut dengan suara gedik ala-ala manja gitu,
tapi disertakan dengan muka masam mencuka. Heh. Itu dululah, sekarang, BFGF
bagai. Tapi... kenapa geli semacam je dengar perkataan ‘approve’ tu?
“Kerat jari.” Nash senyum dan lepas tu tak tahu apa
lagi yang mereka bualkan bila Raiqal terus memecut LCnya meninggalkan penghuni
kawasan masjid yang lain-lain terpinga-pinga. Cuma Nash yang tersengih sendiri,
ada perisa sinis dalam sengihnya tu.
Raiqal yang masih menelentang itu berpaling seketika,
memandang wajah Raina sebelum satu jelingan diberikan. Kemudian, dia memandang
siling kembali. Panggilan Raina dibiar tak bersahut.
Raina kerutkan kening. Bukan perangai biasa ni Raiq
ni... “Kenapa weh? Kau jumpa makhluk yang kakinya tak jejak tanah ke tadi?” dia
menapak mendekati katil Raiqal.
“Hm, makhluk naik Legenda. Makhluk yang buat semak
mata.”
Makin berkerut kening Raina. “Legenda? Modern semacam
makhluk tu?”
Raiqal mendengus sekali. Lengannya naik melintang di
atas dahi. Tak berkelip matanya merenung siling bilik yang dihiasi dengan
bintang dan bulan palsu itu. Kalau tak dinyalakan lampu, memang damai. Gelap,
sunyi dan ditemani dengan kerlipan-kerlipan bintang di langit bilik itu,
menggamitkan fikirannya seketika buat mama. Rindu. Beberapa minit berdiam
sahaja, namanya diseru. Dia menghembus nafas sekali. “Petang tadi Cha pergi
mana?”
“Petang?” anak mata Raina juling ke langit, lagak
berfikir. “Ke mana aje pun, tamat kuliah tadi terus aku pergi kafe Abang Rif.
Dia demam, kau tahu? Lemah semacam muka dia. nak bangun pun tak larat.”
Rifqi. Hati Raiqal mengulang. Kalau pasal Rifqi,
caring aje dia. Dari dulu lagi, dulu tu tidaklah dulu berzaman, tapi sejak
Raina bersama dia dan mama di Kelantan hari tu lagi, nama Rifqi yang
disebut-sebut. Terima aje phone call, kalau bukan daripada Fira dan papa, maka
tak ada yang lainlah melainkan Rifqi. Abang Rif... Abang Rif... hah, tak ada
orang lainlah tu. Tapi, dalam dok caring tu, orang lain masuk jarum, usha,
melayan jugak! Kalau orang lain tu, bolehlah tahan. Ini, si Daniel tu? Adeh...
bad tastelah Cha!
“Lepas tu?” dia tanya lagi. Bab Rifqi demam yang
diutarakan Raina tadi tak dilayan.
“Lepas tu... tak ada ke manalah. Kan kau ambik aku
tadi memang kat situ. Kenapa?”
“Cha dengan Daniel.” Beritahunya ringkas. “Ada benda
nak cakap?”
“Aku dengan... oh, si Nash tu? Hah, jangan nak
disebutlah mamat tu. Kau tahu, petang tadi dia buat kecoh dekat kafe. Abang Rif
yang lembik tu nak ditumbuknya. Memang tak boleh blah la.” Raina
menggeleng-geleng. Teringatkan scene luahan hati ke hati tadi, heh. Malu
setahun. Tak pernah-pernah ada orang confess perasaan walaupun sesimple tu
sebelum ni. Kalau muka Nash tu bertukar jadi muka Abang Rif, tak payah fikir
apa terus dia jawab ‘nak!!’! Tapi, nak diharapkan Abang Rif, heh, memang tak
sampai ke sudahlah. Mendengar Raiqal mendengus untuk kesekian kalinya, dia
berpaling. Fokus pada wajah Raiqal seketika. “Kau kenapa sebenarnya ni?
Tersampuk ke apa dengan makhluk Legenda tu?”
Raiqal menarik nafas. “Raiq nak bagitahu satu aje.
Raiq tak suka dengan Daniel. Means, kalau Cha dengan Daniel pun, Raiq takkan
setuju. Okey?”
Raina melopong. “Wh-what?”
“Cha, dengan Daniel.” Tekan Raiqal geram.
“Aku dengan Nash? Oh come on Raiq. Apa ke bendanya
kau melalut ni?”
“Enough of acting innocentlah. Raiq cakap satu je, Raiq
takkan restu. Titik.”
Dahi Raina berkerut berlapis-lapis buat seketika
sebelum akhirnya dia menghamburkan tawanya. Lucu melihatkan lagak Raiqal. “Alololo...
sweetnya adik aku ni. Tapi, kau pun kena tahu satu benda. Aku masuk sini, ada
tujuan, ada matlamat. Bukan masuk untuk cari jodoh, BFGF segala, okey? Tak
payah nak merestu bagailah, akan ada masanya nanti yang aku perlukan kau untuk
restu aku. but not now. Awal sangat bro.”
Memicing anak mata Raiqal memandangnya. “Betul?”
Belum sempat Raina nak mengangguk yakin, telefon yang
disimpan dalam saku seluar trek bergetar sesaat sebelum berbunyi. Lantas cepat
dia keluarkannya dan menatap skrin. Ni, bukan nombor menembak tadi ke?
Malam-malam pun buat crank-call jugak ke? Dekat nombor sama pulak tu.
“Siapa?” Raiqal menjenguk.
Raina memandangnya sekali imbas sebelum angkat bahu.
“Entah.” Jawabnya kelam sebelum punat hijau ditekan. “Hello?” dia bangun menuju
ke pintu, nak keluar dari bilik itu.
“Hai!” riang suara di hujung sana menjawab.
Kening Raina menari-nari rancak, ligat minda berfikir
milik siapakan suara di sana sebelum tiba-tiba mindanya teringatkan seseorang.
“Nash?” soalnya tak berselindung. Raiqal yang tak berubah posisinya dari tadi
mendengus kuat sebelum Raina hilang di sebalik langsir.
=================================
Raina menggaru-garu pelipis. Kepalanya didongakkan ke
atas, merenung siling. Nokia E71 miliknya masih setia melekap di telinga dari
tadi. Orang di hujung sana berceloteh, dia tadah telinga sajalah. Walaupun
dalam hati agak jakun dengan perubahan mendadak antara mereka ni.
“Cha, ada lagi tak tu?”
Hah, Raina tersedar dari lamunan. “Ya... ya... ada
ni.”
“Haa... ingatkan dah di alam mimpi. Weh, esok teman
aku out jom?”
Hah, sudah. “Out? Ke mana?”
“Adalah kerja aku sikit. Tapi kejap je, lepas tu ikut
kaulah nak pergi mana. Aku tukang bawak je. Nak?” Nash pasang suara berharap.
“Out...” suara Raina meleret. Belakang tengkuknya
digaru-garu. “Esok aku...”
“Jangan kata ada kelas pulak, esok sabtu.” Pintas
Nash cepat.
“Haa, tahu. Tapi esok aku ingat aku nak...”
“Jomlah weh, bukan selalu pun.” Sekali lagi Nash
memintas. Dah dapat agak jawapan yang bakal diberi kelak dan dia tak bersedia
nak menerima penolakan. Sebelum ni, ex(s) dia yang lepas-lepas jarang ada yang
menolak. Jadi kali ni, bila dia dah mula berhasrat untuk tak lagi bermain-main
dan mula serius dalam satu-satu perhubungan, dia benar-benar berharap akan
mendapat jawapan yang positif daripada Raina sendiri. “Boleh eh?”
Hailah... Raina berdecit perlahan. Macam tak percaya
aje sekarang ni Nash sedang mengurat dia. Bukan excited, tapi macam tak boleh
nak cerna dalam kepala ni. Rasanya, sangatlah awkward. Sangat tak menyenangkan.
Mungkin macam inilah yang Abang Rif rasa setiap kali dia tunjuk aksi gedik tu.
“Cha,” Nash terus memujuk.
“Pergi mana?” sekali lagi soalan yang sama diulang.
Di rumah sewa Nash sendiri, dia tersengih kemenangan.
Izzudin dan Muiz yang turut sama berada di depan TV di ruang tamu itu mencemik.
Geli doh. “Ikut suka hatilah. Aku okey
je. Wayang nak?”
“Wayang?” Raina terjerit kecil. Aku dan Nash pergi
tengok wayang? Uh, tak dapat nak imagine.
“Yeah, aku dengar budak ni kata esok cerita best. Tak
tahulah pulak cerita apa.”
Raina meneguk liur. Kalau ikut kepala budak
sekeliling kami ni, cerita best tu apa? Cerita orang putehlah!
“Kau tak pernah baca cerita ke?
Dalam panggung wayang orang buat apa? Dalam gelap-gelita tu? Tengah-tengah
malam pulak tu? Nak ajak aku tengok cerita orang puteh, dengan pakai baju tak
cukup kain pulak nanti? Sebelum si hero tu makan heroin, aku yang makan kau
dulu. Tak termakan pop corn nanti. Nak?”
Kata-kata Raiqal yang ditujukan khas buat Pamela
tempoh hari terngiang-ngiang semula di telinga. Aduh...
“Kau jangan risaulah Cha, aku reti behave punyalah.”
Nash bagai dapat menebak apa yang difikir Raina. Spontan, dia tergelak kecil.
“So on eh?”
“Okey.” Sebaik sahaja sepatah perkataan itu meluncur
keluar dari bibirnya, Raina menggigit bibir. Ya Allah, apa aku buat ni?
“Yahoo!!” Nash melompat naik ke atas sofa.
Terkejut beruk dua insan di depannya. “Weh, chill, chill weh.” Izzudin
membaling sebiji bantal, tepat terkena pada muka Nash. Nash ketawa sakan, tak
berniat nak marah.
“Love you, Cha.”
Alahuakbar. Dia main ailebiu segala pulak. Raina makin sesak. Terasa ada
tiga benda yang berlegar di fikirannya kini. Pertama, dia tak pernah keluar
dengan mana-mana lelaki pun sebelum ni. bukanlah tak biasa yang jadi isunya,
tapi terasa diri ni sudah tersasar benar kalau dah sampai bab keluar dengan
lelaki ikut suka ni. Lagi-lagi tanpa pengetahuan papa, memang jauh tersasarlah
ni!
Kedua, dengan Abang Rif yang dia sudah kenal rapat itu pun tak
pernah-pernahnya keluar berduaan. Inikan pula, Nash?
Ketiga, esok dia sudah ada plan tersendiri. Plan yang sudah lama dia
impikan, tapi tak terlaksana saja. Tapi nampaknya, cancel lagilah? Haih.
“Bippp...” Raina tersentak. “Nash, kejap-kejap,” dia minta izin sebelum
skrin telefonnya ditatap. Abang Rif? Laju saja senyuman terukir manis di
bibirnya. “Nash, sambung nanti eh. Ada orang call aku ni.”
“Hah? Okey...”
Dan jari Raina cepat menekan punat hijau. “Hello Abang Rif,” sapanya mesra.
“Dah tidur ke?” suara serak Rifqi kedengaran.
Mata Raina juling ke langit. Kenapalah setiap orang pun nak bagi soalan
yang sama? Agaknya tu soalan standard bila bulan tegak di dada langit agaknya.
“Dah, sleeptalkinglah orang sekarang ni.”
Rifqi tergelak sebelum suasana bertukar sepi. Cuma bunyi hembusan nafasnya
saja yang terdengar. Raina kerutkan dahi. Jarang suasana antara mereka jadi
sepi begini. “Abang Rif?” serunya teragak-agak.
“Here.”
“Demam lagi ke?”
“Tak, dah kebah sikit ni.”
“Suara serak lagi tu...”
Rifqi menghela nafas perlahan. “Ubat abang dah habislah Cha,” ujarnya
berkias.
Raina dalam tak percaya tergelak juga. “Wow, impressive. Abang telan semua
sekali ke apa?”
“Cha...”
“Iye... orang gurau ajelah. Tak apalah, dah ubat habis tu, tak lama lagi
kebahlah tu.”
Rifqi mengeluh. Tak capai maksud rupanya. “Esok Cha ada hal tak?”
“Esok...” meleret suara Raina tiba-tiba. Baru saja hati nak menyanyi riang
bila Rifqi call ni, tapi tiba-tiba Rifqi sendiri yang mengingatkan dia tentang
esok. Hailah...
“Teman abang pergi klinik nak tak esok? Nak ambik ubat lagi.”
“Teman?” mata Raina membuntang.
“Yep, teman... teman. What’s wrong?” suara Rifqi bernada pelik.
Raina mengeluh panjang. Kenapa Abang Rif lambat...? Kalau Abang Rif orang
pertama yang call tadi, tak adanya dia nak terfikirkan tiga perkara tadi tu.
Terus aje dia kata ‘nak’! Tapi sekarang ni, terlajak berjanji, takkan nak
dimungkiri sewenangnya. Lagipula, dia tak biasa me‘reject’. Kalau awal-awal
tadi dia susah untuk kata ‘tak nak’ tu, inikan pula sekarang. Nak kata ‘cancel’
setelah sudah bagi harapan? Haih, bukan pesen aku tu.
“Esok Cha ada urusan bang...” serba-salah Raina menuturkan.
“Hm, kalau macam tu tak apalah.” Rifqi mengalah.
“Tapi kalau Abang Rif nak Cha tolong ambik pun tak apa. Ada resit kan?”
“No... it’s okay. Hm, Raiq sibuk jugak ke?”
“Raiq tak ada hal katanya. Kenapa?”
Rifqi terdiam. Raina ada urusan, tapi Raiq tak ada hal apa. Biasanya kalau
weekend, Raina ada urusan, maksudnya Rair pun akan ada urusan. Paling tidak pun
Raiq sekadar jadi ‘driver’. Kalau Raiq ada urusan tapi Raina tidak tu,
biasalah. Dan sekarang, dari maklumat yang Raina ‘beri’ tadi, Rifqi merumuskan
sesuatu.
“Cha keluar ke mana esok?”
“Tak tahu lagi.”
Tak tahu lagi. Rifqi mengulang dalam hati. Bukan
pesen Cha tu kalau nak keluar tak list down dulu destinasi yang nak dituju.
Maknanya, betullah telahan di kepala dia ni. Akhirnya dia mendengus kuat.
“Okeylah Cha, abang hang up dulu.”
“Err... Abang Rif!”
“Kenapa?”
Raina garu kepala. Tak tahu nak kata apa. “Sure ke,
tak nak orang tolong ambik ubat tu?” akhirnya dia utarakan soalan yang sama.
“Hmm, tak apa. Abang mintak tunang abang temankan
je.”
Kali ni Raina yang mendengus dan tanpa pamitan dari
Rifqi sendiri, dia menekan punat merah. Mengikut kata hati. Biarkanlah. Anggap
bateri low aje. Putusnya senang.
==>bersambung. enjoy reading.. kalo rajin isi ruang komen.. hekk.. peace... ^_^
Alahai Rif dengan Cha ni....
ReplyDeleteTak tau nak cakap apa dah....
Masing2 simpan dalam hati...
Cuba buat luahan dari hati ke hati... #^_^
Adeiii injurt jantung ai..bakpe la cha ok kan su nash tu..melompat mcm makhluk amazon je.. adehh... rifqi tu xdak tunangnya.. adehhh cha pon.. tmn jelah org tu xsihat..
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteNurAtiZa, belum sampy mase lg. haha.
ReplyDeleteKak rehan, terlajak kata kak rehan... takleh nak undur dah.. =P
Norihan mohd yusof, thnx u! hehe.