HIDAYAH
Sepanjang
hidup korang, pernah tak korang framekan gambar seseorang dan letak tepi
katil? Search gambar dia di facebook, print dan simpan
dalam album atau paling tidak pun, sisipkan dalam purse? Pernah?
Yeah.
Aku pun pernah, malah sedang alami perangai macam tu!
Tapi
aku cuma taruh minat, untuk taruh harapan yang satu hari nanti aku dengan dia
akan ada something-something, tidak sesekali.
Kenapa?
Sebab dia tu bukan calang-calang orang! Kalau setakat seorang classmate
yang kaya-raya setanding anak raja Brunei, tak adalah mustahil sangat. Tak pun,
kalau dia tu sepupu kepada Justin Bieber yang datang melancong ke Malaysia,
heh, petik jari je aku boleh dapat. Tapi dia, dia pemain bola sepak team
negara! Bagi aku, untuk berdiri sebelah dia pun, rasa macam sangat mustahil!
Itu
prinsip aku selama ni. Minat cuma sekadar minat, jangan sampai libatkan hati
dan perasaan. Prinsip tu tersemat kemas dalam diri aku sejak awal aku buat
perangai ni, sampailah sejam yang lalu.
Sekarang...
Lepas
balik dari Food Court tadi, lepas bertentang mata tanpa sengaja dengan dia
tadi, melihat pandangan redup dia, dan air muka yang kosong itu, buat aku jadi
keliru!
Kenapa
rasa ada sesuatu yang tak pernah hadir di hati ni, muncul saat terpandang air
muka dia itu? Terasa wujud keinginan untuk menyerikan hidup dia, setelah dia
alami kekosongan tak lama dulu. Layak ke aku?
============================
“Mama...”
suara aku perlahan menyeru Mama. Dalam tak sedar, aku tergeleng sendiri. Family
aku ni dramatik sangat. Baru aje aku cakap sikit, mula nak buat kecoh bagai.
Balik tadi, aku cuma ceritakan pada Along siapa yang aku jumpa di Food Court
tadi. Cerita dengan wajah berseri! Dan Mama pun mulalah, nak buat gimik.
“Heidi...
ingat kata Mama, Mama tak setuju, means Mama takkan setuju. Got it?”
sekali lagi Mama utarakan ayat yang sama.
“Apa
yang tak setujunya Ma?” aku angkat kening. Geram dengan Mama.
“Mama
tak nak anak Mama jadi perampas kasih-sayang orang, belum pernah ada keturunan
kita yang macam tu. Kamu jangan nak jadi perintis. Kalau Along kamu boleh cari
yang macam Iqbal, kenapa kamu tak boleh?”
Abang
Long berdehem. Banggalah konon bila Mama naikkan saham dia tu. Entah apa maksud
Mama dengan ayat ‘macam Iqbal’ tu.
Eiii.
Bibir aku dah terketap sendiri. Mama ni, buat malu aku je. Tak patut betul dia
tuduh aku macam tu. Tak adanya aku nak buat lalok tak tentu pasal!
“Ma,
Heidi nak rampas siapa ni? Mama tahu tak, kata-kata tu satu doa? Nak-nak
kata-kata dari mulut seorang Mama. Kalau betul terjadi, Mama nak salahkan siapa
pulak nanti?”
“Amsyar
tu dah menikah Heidi, dah ada seorang anak pun. Sudah-sudahlah taruh minat pada
dia.” Mama seakan merayu.
“Eh,
bukan Amsyar tu duda ke?” Abah bersuara tiba-tiba. Soalan yang membuatkan
Along, Abang Long dan aku tertawa. “Hah, Iqbal?” dia ulang.
“Betullah
tu Bah... duda anak satu.” Jawab Abang Long selamba.
“Dah
tu, apa masalahnya.”
“Abah!”
Mama dah menjegil.
Hah, kan? Abah ni
suka melawak tak kena timing. Bukan dia baru tahu Amsyar tu duda, saja
je dia nak sedarkan Mama yang kalau benar pun aku ‘dengan’ Amsyar, aku tetap
bukan seorang perampas.
“Abah nak ke, anak
kita kahwin dengan duda? Duda anak satu lagi tu.”
“Eh, Abah no
problem. Heidi kahwin dengan dia, belum apa-apa dah jadi ibu. Kita dapat
cucu instant, untung tu.”
“Ya Allah...” Mama
aku lihat mula memicit kepala di atas kerusinya. Aku tergeleng, sengaja Mama
ni, huru-harakan keadaan, hal kecil diperbesarkan. “Apa yang Heidi nampak dekat
Amsyar tu, sampai bertahun-tahun kamu taruh minat macam tu?” soal Mama lagi.
“He is the best.”
Gumam aku perlahan. Jawapan sama setiap kali orang ramai ajukan aku soalan tu.
“The best!”
suara Mama meninggi. Mungkin muak dengan jawapan yang lahir dari bibir aku ni.
Dah tu, nak jawapan macam mana? Takkan nak suruh aku admirekan seorang loser?
===========================
Esok
harinya, di tadika tempat Noriez bekerja sambilan.
Noriez
mengekeh ketawa. Aku mendengus, dasar kawan! Baru aje aku cerita tentang lagak
Mama yang dramatik semalam, dia dah terkekeh sendirian. Bukan kata nak bagi
semangat sikit ke apa... tapi, bila fikir balik, semangat untuk apa? Baru saja
minda nak merangka jawapan, tiba-tiba terdengar ada suara lain yang mengutuk
aku dalam hati. Choih!! Berangan kuat kau ni Heidi!
“Dah-dahlah
tu.” Ujar aku akhirnya. Tak tahu bila akan habis gelak Noriez kalau tak
ditegur.
Noriez
aku nampak menarik nafas panjang dalam pada menahan gelaknya itu. “Mama kau ni
gimik sangatlah.”
“Mama
aku bukan Mama kau jugak ke?” bidas aku cepat. Dia ni, kalau bertandang ke rumah
aku dengan perut kosong, selalu je menyeru nama Mama dengan suara lemak merdu
dia tu. Sekarang, bila macam ni, tak ada dah Mama kesayangan dia tu.
“Yalah...
surrender.”
Aku
mencebik. Motif nak surrender tu apa? Aku bercerita aje pun. Dalam lima
minit melayan menung sambil memerhati segala tingkah budak-budak di tadika ini,
tiba-tiba mata aku hinggap pada seorang budak perempuan di satu sudut kelas
ceria ini. Kelas yang ceria, bukan budak tu. Budak tu, pada mata aku, nampak
sugul. Sedang budak-budak lain gembira berkejaran di laman, dia cuma bersandar
di tempat tercorot tu dengan muka monyoknya. Erk... kemurungan?
“Budak
baru ke?” soal aku pada Noriez sambil bibir memuncung pada anak itu.
“Baru
tu barulah jugak...” Noriez menjawab acuh tak acuh. “Masa aku start
mengajar tu dia pun baru masuk. Dengar kata baru pindah tinggal area
sini.”
“Kena
buli ke? Muram semacam.”
“Tak
adalah. Biasa dia kawan dengan Iman tu, hari ni anak buah aku tu demam,
sorang-soranglah dia. Dia memang selalu macam tu pun, rindu dekat Mom dia lah
tu.”
“Kenapa?”
aku berterusan menyoal. Ingin tahu. “Mom dia pergi mana?”
Noriez
pandang aku sesaat sebelum dia angkat bahu. Malas nak layan barangkali.
“Parents dia
bercerai ke?”
Kali ni, tak ada
jawapan dari Noriez. Bila aku lihat dia, dia sedang khusyuk menanda buku
pelajarnya. Terus aku tarik-tarik hujung bajunya, menuntut jawapan.
“Hisy! Bisinglah
kau.” Dia menepis dan aku mendengus.
Entah kenapa,
sekarang ni aku pantang nampak budak, rasa nak je dicubit-cubit pipi mereka. Rasa
nak dijadikan kesemua mereka sebagai anak aku. Teringin diri ni dipanggil Mama
oleh emreka. Tapi, macam kata Mama...
“Nak anak, nikah. Tak payah nak
berangkat bagai.”
Mama
ni, karang kalau aku bawak balik menantu istant, dia jugak yang
terkejut. Fitrahlah kalau aku sukakan budak-budak pun. Ini sampai nak disuruh
aku kahwin bagai. Kalau suruh kahwin saja aku no hal, tapi siap dibagi warning
lagi agar jangan jadikan Amsyar sebagai salah satu calon menantu Mama. Hesy!
Baru
saja aku nak bangun, niat di hati nak mendekati budak perempuan itu, tapi dia
terlebih dulu berdiri dan terkedek-kedek menyusun langkah mendekati kami. Comel
dan bertambah comel dengan rambut perang yang dibiar lepas itu berhayun-hayun
mengikut rentak langkahnya. Sekali tengok, macam anak mat saleh pun ada. Mix
ke? Bila bibirnya terbuka seakan nak berkata sesuatu, lantas aku ukir senyum di
bibir, memaniskan wajah menunggu kata-kata dia.
“Cikgu,
Amnah nak kencing.” Tegurnya gemersik dengan suara anak tekaknya.
Terus
mati senyuman aku. Tegur Noriez rupanya! Alahai... Tapi sungguh, suara dia,
memang secomel wajahnya!
Budak
yang bahasakan diri dia Amnah itu memandang Noriez sambil terkepit-kepit
sendiri. Menahan. Aku tahan gelak dan sebelum Noriez sempat bangun, aku angkat
punggung dahulu.
“Cikgu ada kerja,
biar Kak Heidi teman Amnah ya,” tangan kecil Amnah aku genggam lalu aku pimpin
dia ke tandas, meninggalkan Noriez yang dah terkebil sendiri.
================================
Jam
12 tengah hari, suasana tadika ini yang sudah sedia gamat dengan suara
budak-budak tertawa riang jadi makin gamat. Mak ayah masing-masing sudah datang
menjemput. Dan aku, sebagai seorang stranger di pusat tadika ini, cuma
mampu tayang senyum semanis gula di pintu tadika. Bapak budak ni datang, aku
senyum. Mak budak tu datang, aku hulurkan tangan. Beramah-mesra. Manalah tahu,
kut ada yang terkenan di hati nak buat aku menantu, tak payah susah-susah nak
cari calon untuk Mama.
Untung
nasib badan!
Untuk
seketika, aku alihkan pandangan pada Amnah yang sedang sendirian berhayun di
atas buai. Hari ni, mata aku ni memang tak boleh tengok budak lain. Comel
sangat budak ni! Kadang-kadang, bila tengok budak sekecil ini, pernah terbayang
di minda aku macam mana indahnya bila suatu hari nanti aku pulak yang ada anak
secomel ini. Yang tak tahan, bayangan wajah aku dan anak aku di masa akan
datang tu disempurnakan lagi dengan figura seorang lelaki di samping kami.
Sesiapa sahaja!
Macam sekarang,
minda aku mula terbayang aku, Amnah dan Amsyar di masa akan datang. Amsyar,
kenapa dia? Sebab dia the best buat aku. Haha! Nah... kan aku dah kata,
imaginasi aku ni kuat. Bila berangan, mula la bayangan dalam kepala jadi real.
Melihat Amnah yang sedang dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, membuatkan
aku terbayang lelaki itu Amsyar. Amsyar sedang jemput anak kami dari sekolah,
konon-kononnya. Angan tak mengalah!
“Hoih,” bayangan
minda aku pecah. Spontan aku berpaling pada Noriez yang sedang pamer muka suci
tak ada dosanya melihat wajah aku yang menyeringai sakit menahan tepukannya tadi.
“Amenda?”
“Tu...” bibirnya
memuncung.
“Apanya...” aku
tanya lagi. Kacau daunlah aku nak berangan.
“Hero Malaya pujaan
hati kau, depan mata.”
Aku kerutkan dahi
beberapa saat sebelum alihkan pandangan ikut hala muncung bibirnya. Dan
spontan, mata aku terbeliak. Amsyar? Amnah? Berpimpin tangan? Masuk kereta? Reality?
“What the-...”
aku tenyeh mata berkali-kali.
“Kau nak aku kasi
berapa peratus untuk jamin yang kau bukan bermimpi sekarang?” Noriez aku lihat
dah bersilang lengannya di dada.
“Amnah...? Dia
dengan Amsyar?”
Noriez
angguk sekali.
“Uncle-niece?”
“Papa-daughter.”
Noriez betulkan.
Dan
aku, terngadah sendiri. Apakah ini...!
===========================
Seminggu
berlalu. Aku masih punya perangai yang sama. Melepak di tadika ini. Tak jadi
isu sangat aku di sini, tidak membuang masa tak tentu halalah sebenarnya, sebab
banyak daripada masa aku yang terisi dengan mengajar budak-budak ni. Kenapa aku
suka datang sini, macam aku kata, sebab banyak sangat golongan ribenanya!
Nak-nak
si Amnah ni. Makin lama hubungan kami makin rapat. Macam kakak dengan adik.
Sampai Noriez pun kadang-kadang merungut, kalau aku ada, Amnah dah tak hiraukan
cikgu asalnya tu. Aku cikgu bagi dia. Aku? Banggalah sekejap. Tapi bila bercerita
bab Amnah, yang secara tak langsungnya akan berkait dengan bab Amsyar, ada satu
tabiat baru yang memang baru muncul dalam diri aku ni. Aku sedar, dan Noriez
pun sedar. Malah, Noriez yang menyedarkan aku!
Setiap
kali jam 12 tengah hari, waktu pulang budak-budak, aku automatik akan masuk ke dalam dan menyorok. Macam sekarang ni lah!
“Heidi...”
suara Noriez memanggil aku.
“Hm...”
aku cuma menjawab pakai suara anak tekak. Noriez di belakang aku, aku jawab pun
tanpa memandang muka dia. Pandangan aku lempar ke luar tingkap. Pandangan pelik
pada Amnah dan Papa dia di luar. Amnah sudah keluar, habis apa yang ditunggu
lagi? Aku soal diri sendiri. Pelik. Biasanya bila Hyundai Accent milik Amsyar
dah muncul, dia keluar pun tak sampai lima minit untuk bertegur-sapa dengan
Noriez. Ada hari-hari tu, dia tak keluar langsung. Tahap busy sangatlah
tu. Tapi hari ni...? Aku cuba lupakan soal Amsyar. Dan soalan lain keluar di
minda aku.
Kenapa aku
berperangai macam ni?
Aku
tak ada jawapan.
“Kau
memang nak menyorok macam ni terus ke?” Noriez menyoal lagi.
“Apanya...?”
soal aku semula, tak faham akan soalannya.
Noriez
mendengus. Laju dia menapak mendekati aku dan bila sudah berdiri bertentang
dengan aku, dia menyilang tangan ke dada. “Kau ni, kalau suka, kata suka. Kalau
berkenan, buat cara berkenan.”
Aku
tergelak sinis. Mula faham apa yang Noriez nak sampaikan. “Gaya cakap macam aku
ni lelaki je kan? Senang je. Suka, berterus-terang. Berkenan, masuk meminang.
Kan? Eh Yiez, kau pernah dengar tak, perigi cari gayong?”
“Alahai!”
Noriez tahan gelak sinisnya. “Kau ni banyak sangat baca novel ni... tak pun
tengok drama. Kuat sangat berpegang pada adat. Bukan benda salah pun Di kalau
kau start dulu pun. Abang Am tu duda, bukan laki orang. Kalau hati dah
jatuh suka, nak salahkan siapa? Aku?”
“Hah,
kau.” Sela aku laju. “Selama ni punyalah syok aku dok bercerita dekat kau, tak
sekali pun kau cakap yang Amsyar tu kawan abang kau. Kalau kau cakap sikit, tak
adalah aku kena kejutan macam ni.”
Noriez
mula tersengih sedikit, mengaku salah. “Tapi sebab kau dok bercerita kat aku
saban hari tulah, aku tahu yang perasaan kau pada Abang Am tu bukan takat minat
je, tapi lebih. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang, Abang Am tu dah berhenti
dari bola pun, kau still minat tahap tak hengat kat dia? Aku tahu, ada
je orang yang minat sampai tahap macam tu, fanatic fan! Tapi aku bestfriend
kau Di, aku tahu apa dalam hati kau tu.”
“Kalau
kau tahu pun, kau boleh buat apa?”
“Aku
tak boleh buat apa, tapi paling kurang aku dah bagi nasihat kat kau. Pergilah.
Jangan nanti menyesal pulak.”
Aku
tak dapat nak tahan, tergelak jugak. Overlah tu sampai menyesal pulak.
Ingat ni drama hindustan ke apa?
“Aku
serius Di.”
“Yeah
right.” Mata aku juling ke langit. “Tu,” aku muncung pada Amnah dan Amsyar
di luar yang seolah-olah sedang menunggu sesuatu. “Kenapa tak balik lagi tu?”
“Dia
tunggu kau lah tu.” Jawab Noriez selamba.
“Hah?”
dari tersandar di dinding, badan aku menegak. Terkejut. “Ulang balik Yiez.”
Noriez
mengeluh. “Keluarlah. Amnah excited sangat nak kenalkan kau kat Papa dia
tu.”
“Lah...
kenapa pulak?”
“Kau
yang ikat hati dia sampai macam tu, lepas tu bila Amnah dah jatuh sayang kat
kau, kau nak hampakan dia pulak. Keluarlah. Abang Am pun nak tahu siapa yang
buat Amnah jadi seceria tu.”
“Tak
nak...!” aku berkeras. Memanglah, kali ni aku mengaku yang tahap kematangan aku
jauh berbeza dari Noriez. Tapi biarlah. Yang aku tahu, untuk bertentang muka
dnegan Amsyar, rasa tak bersedia lagi.
“Hisy!”
Noriez akhirnya keluar. Aku selak langsir, mengintai. Dan jelas, riak wajah
Amnah yang kecewa menyapa mata aku. Aku mengeluh.
===========================
AMSYAR
Memandang
pada Amnah yang sedang leka mewarna lukisan hasil tangannya sendiri di atas
meja kecilnya itu, aku tersenyum sendiri. Senyuman hambar. Amnah kembali dalam
mood menyendirinya.
Tu tak lain,
merajuk dengan si Heidi tadilah tu. Entah siapa yang disebutnya Heidi tu pun
aku tak tahu. Dah berhari-hari, bila aku tanya tentang sekolah, asyik nama Heidi
yang diungkit pada aku. Dan tadi, bila aku sampai, dan dia beria nak kenalkan
gerangan yang bernama Heidi tu pada aku, Heidi tu pulak dah balik. Kecewa tak
terkata rupa dia tadi.
Yang
si Heidi tu pun satu. Kata rapat sangat, tapi ni nak balik pun tak diberitahu.
Rapat apa benda macam tu?
“Sayang...”
aku menyeru perlahan sambil bersandar membetulkan urat.
Amnah
mendongak, membalas pandangan aku dengan mata terkebil-kebil sebelum dalam lima
saat dia menunduk semula. Pensel warna coklat diganti pula dengan biru muda.
“Amnah...”
seru aku terus.
“Yes,
Pa.”
Aku
senyum. Ada pun suara. “Dah solat Isyak?”
Amnah
sekadar angguk.
“Gigi
dah gosok?”
Angguk
lagi.
“Teman
Papa tidur jom? Papa dah ngantuklah.”
“Amnah
belum.” Jawabnya selamba.
Aku tertawa
spontan. Amnah cuma angkat bahu sebelum meneruskan kerja asalnya. Lantas, aku
bangun lalu melangkah mendekati dia. Bantal di atas katil aku tarik lalu aku
daratkan ia di atas lantai, sebelah Amnah.
“Sekolah macam
mana?” soal aku dalam pada menepuk-nepuk bantal.
“Okey.” Ringkas dia
menjawab dan itu sudah cukup jadi bukti yang dia tidak dalam mood ceria.
“Papa mengantuk
sangat ni, Papa tidur sini eh?”
Amnah berkerut dahi.
Pensel warnanya terhenti dari terus menari-nari. “Papa tidur ajelah atas
katil... nanti Amnah siap kerja Amnah ni Amnah temanlah.”
Aku tahan gelak.
Gaya orang besar je ayatnya tu. Tapi sebagai balasan kepada arahannya itu, aku cuma
mencebik. “Tak nak. Papa nak tidur dengan Amnah...”
“Hisy,
degillah Pa ni. Nanti sakit badan siapa susah, Amnah jugak...” bebelnya terus.
Untuk seketika, aku hanyut dalam kengan bersama yang tercinta suatu waktu
dahulu. Min pernah membebel begini kepada aku, bila aku enggan tidur di atas
katil tapi sebaliknya tidur beralaskan paha dia di ruang tamu sambil menonton
rancangan kegemaran dia waktu itu.
Dan
waktu itu, balasan aku cuma, “Min susah, Syar suka...”
“...sebab
Syar boleh manja-manja dengan Min. Kan?” sambung dia terus.
Aku
cuma sengih.
“Pa?”
suara Amnah mematikan lamunan aku.
“Ya?”
“Papa
dah solat ke?”
“Dah...”
“Gosok
gigi?”
“Eh,
mestilah.”
“Wudhu,
dah?”
“Kenapa
ni sayang?” aku angkat kening dengan soalan bertubi-tubinya.
“Papa
sengih tiba-tiba ni, takut Amnah.”
Dan
aku ketawa lagi. Amnah ni... macam-macam!
“Tengok
tu, ketawa pulak.”
“Dahlah,
Papa letih sangat ni. Papa tidur, Amnah jangan pergi mana-mana ya? Nanti Papa
takut...”
“Kalau
Amnah nak buang air?”
“Wake
me up.” Aku redupkan mata, sengaja bermanja sebelum mengakhiri hari ini.
Amnah
menjulingkan mata ke langit. “Penakut.” Sekali lagi, kenangan bersama arwah Min
terimbau. Tabiat Min, menjulingkan mata ke langit!
‘Min...
Syar rindu.’
“Sweet
dream, Pa.”
“Assalamualaikum...”
Dan
Amnah sengih. “Waalaikumussalam...” jawabnya sebelum kembali mewarna.
Dan aku, cuma
mengiring membetulkan badan sambil terus-menerus memandang wajah Amnah. Wajah
kesayangan aku dan arwah Min suatu waktu dulu. Malah sampai sekarang pun, Amnah
tetap menjadi insan terpenting dalam hidup aku. Cuma mungkin, hidup kami kini
terasa kosongnya bila Amin pergi tinggalkan kami.
‘Min, Syar
rindu.... kenapa Min tinggalkan Syar? Tinggalkan Amnah?’
Dalam suaram malam
begini, dengan memandang wajah Amnah, rindu aku pada arwah Min makin
membuak-buak. Amin cinta pertama aku. Cinta yang aku temui di bumi orang. Bukan
kebetulan. Aku percaya, itu takdir dari Dia untuk kami.
Takdir yang diatur
indah bermula saat pertama kali aku ke Belanda bersama pasukan negara, sebagai
pihak lawan. Waktu itu, Amin cuma seperti gadis lain di mata aku. Hadir dia di
situ cuma sebagai anak kepada lelaki yang aku gelar Mr. Smith, salah seorang
orang penting dalam sukan bola sepak negara itu. Dari awal, aku memang perasan
ada mata sedang menjeling aku tapi seperti biasa, aku cuma buat don’t know.
Kata orang, jual mahal! Bajet tak layan!
Tapi sudahnya, hati
aku terpaut jua bila kali kedua aku ke sana, tidak lagi untuk berjuang untuk
negara tapi sebaliknya untuk melepaskan lelah setelah berjuang di atas padang,
dan dia lagi yang aku temu. Di luar stadium dan dia yang berlagak sebagai
tour guide aku sepanjang dua minggu aku di sana.
“Kau ni payahlah.”
Gumam Farhan, salah seorang sahabat yang ikut serta waktu itu. Ayat letih
setelah berkali-kali dia ingatkan aku agar jangan mudah ikut orang asing di
bumi asing ni.
Aku cuma sengih. “Chillax
la weh... aku lelaki, patutnya kau nasihatkan si Abby ni jangan dok seret aku
merata, karang kalau naya pun dia.” Lufya, isteri Farhan tergelak mendengar
kata-kata aku. Kemudian, bila aku alihkan semula pandangan ke wajah Min, yang
waktu itu masih lagi sebagai Abby Smith, aku nampak matanya yang mengecil
memandangku. “What’s wrong?” aku angkat kening.
“I know nothing
about your language, buat I don’t think I’ve heard it wrong. It’s about me,
right?” sekali aku angkat kening, berkali-kali dia membalas membuatkan aku
ketawa lepas.
“That’s why you’ve
to learn more about our languange, Abby.” Lufya menyampuk.
Abby mencebik
kecil. “What for?”
“For Amsyar, absolutely.”
Yakin Lufya membalas.
Dan cepat Abby
ketawa, pastinya ketawa plastik. “Yeah right...” ujar dia kemudiannya
dengan rolling eyesnya.
Aku senyum tanpa
sedar, ‘yeah right’ uh? Lantas, tanpa sempat aku tahan tangan ini naik menggosok kepalanya yang ditutupi topi itu. “Nothing to be worried about
dear...”
“Hah, tangan!”
suara Farhan berbunyi lagi, keras. Sayang benar dia kat aku sampai takut aku
terbabas dari landasan nanti. Terus aku angkat kedua-dua tangan ke atas,
mengaku silap.
Melihat wajah putih
melepak Abby yang mula merona merah mengundang tawa aku lagi. Dia yang mula
menggoda, dia dulu yang tergoda. “So,” aku selukkan tangan ke dalam saku
sweater. Menahan sejuk. “Next destination?”
Bunga-bunga senyum
terbit kembali di bibir Abby sebelum dia kembali riang membawa kami ke
tempat-tempat yang dirasakan menarik. Menarik, memang tidak aku sangkal. Malah,
Farhan dan Lufya pun nampak menikmati percutian kali ni, sebagai trip
bulan madu mereka. Pengantin baru! Tapi yang aku pasti, betapa menarik pun trip
kali ni, tidak aku cuba untuk hayati sepenuhnya. Sebab aku harap ini bukan kali
terakhir aku di bumi ini. Ada harapan lain dalam hati aku yang berkata bahawa
aku akan ke sini lagi di masa akan datang, berkali-kali, bersama tour guide
yang sama tapi dalam keadaan yang berbeza. Tiada jurang antara kami. Aku –
Abby, sebagai yang halal!
Dan memang, takdir
berpihak pada kami bila Mr. Smith tidak sikit pun membantah akan lamaran aku
buat anak gadisnya itu pada penghujung percutian itu. Tempoh perkenalan yang
singkat, tapi cukup untuk mengikat hati kami bersama.
“Pa...” suara Amnah
yang memanggil sekali lagi menyentakkan aku. Menghilangkan segalanya tentang
Amin.
“Yes?” aku membalas
perlahan. Menahan sebak melihat wajah polos dia.
“Menung?”
Aku cuma mampu
mengukir senyum tanpa suara. Sebelah tangan aku naik mengusap kepalanya. Dalam
kepayahan aku cuba mencapai frame gambar Amin di tepi lampu malam, dan
setelah berjaya, aku bawanya rapat ke dada. Kedua-dua belah mata aku terpejam.
Enggan membiarkan air mata menitis. Tak mahu mempamerkan rasa sedih ini di hadapan
anak kecil ini.
‘Min... Syar tak
mampu nak usung rindu ni sendiri. Syar perlukan Min.’
“Pa...” suara
panggilan dari Amnah aku biar tak bersahut. Leka aku melayan sebak di dada dan
bila aku hampir hanyut dalam kenangan yang arwah Amin tinggalkan, esakan kecil
dari Amnah membuatkan aku terkedu.
“Sayang,” aku
bangun cepat sambil meletakkan kembali frame Amin di tempat asalnya.
Amnah tak menyahut
sebaliknya dia makin teresak menangis dengan bahu terhinggut-hinggut. Aku jadi
cemas.
“Sayang Papa,
kenapa ni?” tubuhnya aku paut kemas. Perlahan-lahan rambut panjangnya aku
belai. “Shyy, I’m here Amnah. Don’t cry. Tell me why,”
“Mom... Papa
rindukan Mom, kan?” soalannya tenggelam dalam esakan.
Aku tergeleng
sendiri. Silap aku yang semudah itu pamerkan kesedihan di depan anak sekecil
ini. “Dah, dah. Tidur jom, homework dah sudah?”
Amnah mengangguk
perlahan. Esakannya masih bersisa.
Aku lantas bangun
dan mencempung tubuhnya ke katil. Bantalnya aku tepuk-tepuk dan bila tubuhnya
rebah di situ, aku tarik selimut melepasi dadanya. “Sleep tight, yeah?”
“Night.” Dia
membalas perlahan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Untuk kesekian
kalinya, aku senyum dan hidung mancungnya aku tarik. Comel! Ini buah hati
pengarang jantung aku. Semangat aku untuk teruskan hidup. Ditinggalkan Amin
suatu waktu dulu, mungkin aku tergapai sendiri hinggakan aku sanggup ambil
keputusan untuk tinggalkan dunia bola sepak, aku abaikan hidup sendiri, tapi
setelah sedar bahawa masih ada Amnah di sisi aku, yang masih butuhkan kasih
sayang aku, semangat aku hadir kembali. Dengan atau tanpa Amin, hidup tetap
harus diteruskan!
Setelah sudah Amnah
membaca doa tidurnya, aku bangun. Mahu mencari angin segar. Perasaan sebak ini
harus diredakan. Tapi belum sempat aku berdiri sepenuhnya, namaku diseru Amnah
sekali lagi.
“Yes dear,”
aku menyahut.
“Papa nak pergi
mana?”
“Ambik angin. Nak
ikut?”
Amnah menggeleng
kecil. “Tak nak. Dah ngantuk.”
“Dah tu?”
“Nanti sudah, tidur
sini ya?” pintanya sambil menepuk sebelah kanannya bantalnya. “Jangan pergi
mana-mana, Amnah takut...”
“Hm...” aku buat
gaya berfikir. “Kalau Papa nak buang air?”
“Wake me up,”
“Penakut.” Komen
aku sepatah.
“Anak Papa kan...”
Amnah pamerkan sengih comelnya.
Aku tertawa.
Memanglah, anak dara aku kan. Kalau tak ikut acuan aku, nak mengikut siapa lagi?
=================================
“Pa!”
Aku
berpaling dan tersenyum senang melihat Amnah yang sudah lengkap dalam seragam
tadikanya itu. “Assalamualaikum dear...”
Sambil
menjawab salam yang aku hulur, Amnah menapak mendekati meja makan. Kerusi dia tarik
lalu dia labuhkan punggung di situ. “Masak apa?”
“Papa
sempat buat burger je. Nanti petang karang kita makan sedap-sedap eh?” pujuk
aku dalam pada menanggalkan apron yang tersarung di tubuh ini.
“Burger
pun burgerlah, asal Papa yang masak.”
“Doa...
doa...” tegur aku cepat melihat Amnah yang sudah bersedia nak menyuap burger ke
dalam mulut itu.
Amnah
cuma sengih.
“Hari
ni Papa ambik lambat sikit tau, Amnah main dengan Iman dulu eh?”
“Kenapa?”
dia menyoal dalam mulut yang masih penuh. Aku cuma tergeleng sendiri.
“Ada
kerja sikit. Bos Papa tu bagi banyak kerja hari ni. Nanti petang, nak pergi
lawat...” ayat aku terhenti tiba-tiba melihatkan Amnah yang sedang
terkebil-kebil menantikan jawapan itu. “Tak ada apa-apalah. Makan tu, nanti
sejuk, tak sedap.”
Dan
Amnah akur.
================================
HIDAYAH
“Hah,
nak ke mana pulak tu?” Mama menyergah aku dari tangga rumah.
Aku yang baru saja
nak melangkah ke kereta Persona milik Mama terhenti seketika, cuma mampu sengih
menjawab pertanyaan Mama. “Jumpa Oyiez kejap Ma.”
“24
jam, tujuh hari seminggu, merayap ajelah kerjanya. Tak reti-reti nak tolong
Mama kat rumah?”
“Alah...”
aku memuncung. Mama ni kalau start nak bagi ceramah tu memanglah. “Sementara
tunggu surat offer ni jelah Heidi nak relax sikit Ma. Nanti kalau dapat
kerja, kena ada komitmen... bolehlah ya, Ma? Kejap je.”
Mama
merengus. “Tolong belikan Mama serbuk kari sikit.” pesannya sebelum menghilang
semula ke dalam.
Lah!
Aku tergelak sendiri. Nak mintak tolong jugak rupanya...
Dalam
kereta, baru saja aku nak buat signal ke kanan jalan, kelibat sebuah
kereta yang diparkir di kawasan perkuburan menarik perhatian aku. Aku
perhatikannya sebaik mungkin. Ini... bukan ke kereta yang menjemput Amnah dari tadika
biasanya tu? Dalam kata lain, kereta Amsyar?
Gulp.
Aku telan liur sendiri.
==================================
Kelibat
seseorang yang baru saja sudah membaca surah Yasin di tanah perkuburan itu
membuatkanaku terkedu sendiri.
Dapat jumpa Amsyar,
untuk kali kedua, itu dah satu.
Jumpa pulak di
tanah perkuburan yang semestinya dalam keadaan dia sedang ‘bertemu’ dengan yang
tersayang... kubur ni, mungkin ke, Aminah Smith Abdullah?
“Min...”
bisikannya menyapa telingaku bila aku semakin mendekat padanya. Dan aku mula
yakin, memang ni kubur arwah Aminah. “I’m here...”
Aku yang tercongok
di belakangnya, terasa tergapai-gapai tiada ruang nak bernafas mendengar
suaranya yang seakan-akan menahan sebak. Untuk seketika, dia cuma mencabut
rumput-rumput yang tumbuh di atas tanah di sekeliling kubur itu. Tapi, nafas
dia yang tak teratur itu cukup meyakinkan aku bahawa dia sedang menahan rasa
sekarang.
Dan firasat aku
terbukti bila dia akhirnya membuka mulut, tidak kuat untuk terus menyimpan di
dalam dada saja. Panjang, berleret, dan sayu mendengarkan suaranya mengadu,
bagaikan wanita yang dipanggil Min tu ada di depan mata!
Dan aku, mula nak
berair air mata.
Hish!
“Min, Syar rindu
Min. Rindu sangat...”
Aku tak tahu apa
sambungan pada kata-katanya tu. Sebab, sebaik saja dia habis sebut perkataan
‘rindu’ tu, terus aku blah! Tak sanggup untuk terus tadah telinga mendengar
luahan hati dia. Salah aku yang suka-suka menyibuk di sini. Sekarang, hati yang
terguris ni, memang tak ada orang lain yang patut dipertanggungjawabkan selain
diri aku sendiri!
Aku
cuba fokus pada pemanduan. Destinasi asal aku, tadika. Aku kerling jam, dan
petang! Dan hati aku dari sayu dan bergalau tiba-tiba berubah jadi panas!
============================
Jelas
di mata aku kini, Amnah yang sedang berayun di atas buai ditemani oleh Iman. Sebaik
saja aku memasuki pintu pagar tadika itu, terus kedua-duanya menerpa aku. Aku
kawal senyum. Bersama budak-budak ni, walau panas takat 1000C pun
hati ni, akan jadi cair serta-merta!
Aku
dukung Amnah ke atas dan tangan Iman aku pimpin masuk ke dalam. Amnah ketawa
tiba-tiba. Dahi aku dah berlapis. Kenapa pulak ni? Tiba-tiba aje?
“Kak Heidi sayang
Amnah lebih... sayang Iman sikit...!” Amnah jelirkan lidah pada Iman. Aku
tunduk melihat Iman, dah mula cemberut. Alahai...
“Kak Heidi sayang
dua-dua adik Kak Heidi...” pujuk aku.
“Ni kenapa tak
balik lagi ni?” aku soal, umum untuk kedua-duanya.
Amnah
membelitkan lengannya ke leher aku, melentokkan kepalanya ke bahu aku sebelum
menjawab, “entah.”
“Entah?”
aku buat nada pelik.
Amnah
angguk. “Papa dah kata kena ambik lewat hari ni. Bos dia bagi banyak kerja...
kesian Papa, nanti mesti penat. Papa kalau penat, balik mesti tidur. Amnah
kejutkan pun bangun kejap-kejap je.”
Aku
ukir senyum. Semestinya terselit sedikit ‘perisa’ sinis dalam senyuman tu tapi
langsung tak dapat dikesan dek budak berdua ni. Banyak kerjalah sangat! “Papa
penat kerja nak jaga Amnahlah... biar boleh jadi budak bijak. Amnah bijak tak?”
“Eh...
bijaklah!” jawab dia pantas.
“Eleh...
ramai cikgu kata Iman lagi bijaklah.”
“Iyelah,
kan Iman lagi besar dari Amnah. Nanti kalau Amnah besar macam Iman pun, Amnah
bijak macam Iman jugaklah.” Amnah tak mahu kalah.
“Iyelah,
iyelah. Dua-dua bijak, senang cerita. Adik siapa?”
“Adik
Kak Heidi kan...” Panjang meleret mereka menjawab membuatkan aku tertawa.
“Iman
kenapa tak balik lagi?”
“Tunggu
Cik Su lah.” Jawab Iman, memaksudkan Noriez yang barangkali masih sedang
mengemas kelas.
“Cik
Su kenapa tak balik lagi?” aku soal lagi.
“Tunggu
Amnahlah. Nanti kena culik, bahaya. Nanti habis semua tangan dengan kaki Amnah
diorang ambik...”
“Nak
ambik buat apa?” tanya Amnah polos.
“Buat
ubat lah, lepas tu diorang jual.”
Aku
ketawa lagi. Ini cerita yang Mama selalu ceritakan masa aku umur baya-baya ni
dulu. Tak sangka zaman sekarang pun orang masih guna cerita sama. Dalam ketawa
aku mendengar mereka berceloteh, ada sesuatu terlintas di minda.
Okey ke? Ke... tak
okey?
Okey kut!
“Amnah, pergi ambik
beg.” Arah aku akhirnya.
“Huh?” Amnah nampak
terpinga-pinga.
“Ambik beg... jom
ikut Kak Heidi jalan.” Terang aku, biar lagi jelas.
Amnah nampak
teragak. “Tapi Papa kata...”
“Kak Heidi ni stranger
lah ya?” potong aku. Main psikology dengan budak. Amnah berfikir dalam
lima saat, sebelum dia cepat hilang ke dalam dan dalam dua minit dia kembali
dengan muka excited disusuli Noriez di belakangnya.
“Kau nak buat apa ni?” soal dia teragak.
Aku buat dek. Kalau
sekarang dah pukul 1:30 pun Amsyar boleh tak tunjuk batang hidung lagi, nak
suruh aku sabar ke? Aku tahu macam mana rasanya menunggu orang menjemput. Dalam
panas teriknya, setengah jam pun aku dah rasa nak tendang segala apa yang ada
di depan mata. Inikan pulak, satu jam setengah!
Aku akhirnya
bangun. Menarik Amnah masuk ke dalam kereta. Gaya penculik.
“Heidi!” suara
Noriez meninggi, menuntut jawapan.
Aku cuma senyum.
Pintu sebelah driver aku buka lalu aku masuk ke dalam. “Kalau Amsyar
tanya, kata anak dia dah dapat mama baru!” pesan aku ikut tingkap yang terbuka
sebelum kereta ini memecut laju.
==============================
AMSYAR
Aku
berpeluk tubuh. Mata aku tajam merenung Noriez. Nampak jelas, Noriez sedang
teragak-agak nak menjawab soalan aku.
Soalan yang sangat
mudah. Mana Amnah?
“Noriez
Fattah.” Aku panggil nama penuhnya, geram.
“Apa
dia Abang Am...”
“Where’s
my daughter?”
Noriez
garu kepala. “Kawan Oyiez... dia kata dia boring, tu yang dia bawak
Amnah jalan-jalan tu. Nanti Oyiez call dia bagitau Abang Am datang, Abang
Am duduklah dulu.”
Bibir
aku terketap. Ini tak lain, tak bukan...
“Heidi?”
aku meneka. Dan anggukan dari Noriez buat aku jadi makin panas. Pantang sungguh
aku, ada orang nak rampas kasih-sayang Amnah dari aku. “Bagitahu dia,
macam-macam mana pun, Abang Am nak anak Abang Am ada kat rumah, dalam masa
sejam. No, no no no... abang tak sekejam tu. Takut tak sempat
pulak kan? Okey, dalam masa dua jam, Abang Am nak dia hantar Amnah ke pintu
rumah Amnah sendiri. Tak tau jalan, suruh budak memandai tu cari sendiri.”
“A...”
“Titik.”
Putus aku sebelum berlalu.
==================================
HEIDI
Esok,
hari
Jumaat tapi cuti umum bagi seluruh Malaysia. Kemudian, Sabtu dan Ahad,
hujung minggu! Maksudnya, 3 hari Amnah cuti? Kalau aku buat onar tak nak
hantar
Amnah pada Papa dia, okey tak? Lagi pun, tempoh dua jam yang dia bagi tu
dah
lama expired kut.
Mama
dan Papa pun, aku nampak ‘masuk’ aje dengan budak tu. Bukan setakat boleh ngam,
malah tahap tak boleh nak berpisah lagi dah! Along, lagilah. Bila dia mula-mula
jejak lantai rumah ni semalam, macam orang histeria pun ada tengok gaya dia excited
dengan kecomelan Amnah tu. Sudahlah muka Along tu sebijik dengan muka aku, bila
dia buat muka orang meroyan macam tu, secara tak langsung mereka yang melihat
akan nampak juga aku yang meroyan.
Menjatuhkan saham!
“Oh my god...
comelnya budak Di bawak balik...! Abang, tengok ni! Ya Allah... kalau anak aku
macam ni kan,” itu separuh dari kata-kata dia semalam. Nak kutip semua, memang
berjela.
Tapi, bila diingat
balik reaksi Mama dan Papa masa aku muncul dengan Amnah dalam dukungan semalam,
serius lucu! Terbeliak mata Mama, ingatkan aku nikah senyap-senyap tanpa restu
mereka. Tup-tup, datang tunjuk anak, buat modal memujuk. Tapi bila tak sampai
setengah jam sampai di rumah dan Amnah dah bercakap tak berhenti-henti dengan
mereka, aku mula perasan ada senyum di bibir Mama. Senyum yang diselang-seli
dengan ketawa.
Sampai ke malam
tadi pun, Mama dengan Along berebut nak Amnah temankan mereka tidur. Amnah
pulak yang aku nampak blur dengan family aku ni. Tapi, ni Heidi
kan. Semua cuma boleh mengunci mulutlah bila Amnah sendiri dah mengantuk lalu
dia bangun dan berjalan terus mendapatkan aku.
Dalam banyak-banyak
makhluk di ruang tamu tu, aku jugak yang jadi sasarannya. Dan aku sengih tayang
gigi pada mereka yang lain.
“Amnah ngantuk.”
Ujarnya ringkas sebelum merebahkan kepala ke bahu aku, seperti biasa. Kesian,
dah layu sangat mata tu aku tengok. Suara pun lelah semacam.
“Pa...” Aku yang
sedang terkebil-kebil dalam gelap ni tersentak. Pecah segala lamunan. Lalu aku
toleh ke tepi, memandang Amnah yang masih terpejam rapat matanya. Mengigau,
telah aku pantas. Spontan, tangan aku naik mengusap pipi Amnah yang masih licin
itu. Sayangnya, rasa malas pulak nak pergi hantar Amnah esok lepas apa yang
kami lalui hari ni.
Kami, merangkumi
aku, dia dan keluarga aku. Terdetik dalam hati aku, Mama tahu ke Amnah ni
siapa? Dan tanpa sempat fikir panjang, aku dah dapat jawapan. Mestilah tak
tahu. Tapi kalau tahu, Mama macam mana ya? Dan kali ni juga, aku tak sempat nak
fikir bila tiba-tiba terasa ada sesuatu merayap di dada aku membuatkan aku
tersentak hebat.
Ternyata, Amnah
yang sedang merapatkan mukanya ke dada aku. Mujur aku sempat menahan tangan
dari menepis tadi. Tapi jujur, berkeadaan begini walaupun cuma dengan budak
sekecil Amnah, rasa canggung ni tetap tak boleh dihalang.
Lambat-lambat,
tangan aku naik membelai rambut perangnya. Aku dah mula jatuh kasih.
==============================
AMSYAR
Aku
berdiri tegak di depan rumah ini. Rumah batu bercat biru laut yang cuma
dipagari dengan pasu-pasu bunga. Begitu kata Noriez tadi. Dan aku yakin, inilah
rumahnya.
Sakitnya
hati aku tak terkata. Aku bagi masa dua jam,
sampai semalaman pun tak ada khabar berita dari si ‘penculik’ tu.
Harapan aku, pagi ni ada lah khabar dari Noriez. Tapi sampai ke petang, sepatah
kata pun haram!
“Assalamualaikum...!”
aku beri salam.
Dan
tak sampai dua minit, seorang wanita awal 50an muncul dengan tuala besar
menutup kepalanya. Asalnya dengan wajah mesra, tapi entah kenapa, bila
memandang aku, air mukanya berubah. Takkan sampai ke mak cik-mak cik pun taruh
minat gila-gila kat aku kot? Aku soal diri sendiri. Tapi kalau minat pun, orang
tak bagi air muka macam tu. Air muka yang orang kata,
tak-nak-layan-tapi-tak-sampai-hati!
“Siapa Ma?” seorang perempuan muda
muncul di belakangnya dan seperti wanita tadi, air muka dia berubah bila nampak
aku. Tapi perubahan ni aku biasa nampaklah. Perubahan teruja.
“Heidi?”
aku tanya dia, cuba bersopan.
“Ha...”
dia angguk, nampak tak yakin. “A’ah. Kenapa cari saya?”
Aku
hampir ternganga tak percaya. Boleh dia bagi soalan tu pada aku? “Amnah mana?”
soal aku terus. Tak boleh nak berbahasa dah.
“Oh...”
dia mengangguk. “Sekejap.” Ujarnya lalu dia menghilang ke dalam.
“Tak
naik dulu nak?” orang yang dipanggil Mama tadi menjemput.
Tapi
aku cuma senyum dan menolak. “Singgah sekejap je ni mak cik...”
“Oh...”
dia mengangguk. “Tak apalah kalau macam tu, mak cik masuk dulu ya.”
Dan
aku angguk. Dalam lima minit menunggu, perempuan tadi keluar lagi. Ewah,
bertukar baju dah! Kalau tadi dengan t-shirt hijau lumut bersama skirt labuh
putih di tubuh, kali ni dia keluar dengan t-shirt ungu cair dan baggy jean.
Cuma tudung bawal putih saja yang sama. Masuk ke dalam untuk tukar baju aje ke
untuk panggil anak aku yang dah ‘diculiknya’ tu?
“Kenapa?”
santai dia bertanya.
Kali
ni aku dah tak boleh nak sabar. “Amnah, mana Amnah? Awak ni memang tak reti
bertanggungjawab ya, sampai bawak anak dara orang ke sana-sini tanpa mintak
izin ayah dia dulu. Apa perasaan awak kalau anak awak saya buat macam tu?”
“Entah,
saya tak ada anak lagi.” Selamba.
“Adik,
kalau adik yang awak sayang, macam mana?” Entah apa kena aku ni, dah tahu
dengan budak tak cukup umur macam tu, nak jugak aku tanya buat apa? Tentunya
jawapan dia pun macam budak tak mumayyiz!
“Saya
anak bongsu.” Dia menggosok kuku sendiri, sebelum meniup-niup perlahan.
“Allah!”
aku tergeleng sendiri. Ini ke perangai Kak Heidi kecintaan ramai tu? Sampai
Amnah sayang sangat tu? Dua-tiga hari ni pun, Farhan asyik sebut nama yang sama
pada aku, Heidi, Heidi, dan Heidi!
Aku
tak pelik tentang dari mana Farhan kenal gerangan yang bernama ‘Heidi’ tu,
sebab aku sudah sedia maklum yang Farhan tu, semua kawan Noriez dia kenal. Tapi
yang aku pelik, kenapa semua orang sebut nama dia seolah-olah pemilik nama
‘Heidi’ tu seorang yang baik dan sangat baik.
Sedangkan
hakikatnya, hancur!
“Saya
datang nak ambik anak saya, boleh tolong panggilkan?” aku cuba bersopan.
Heidi
mencebik kecil sebelum berpaling ke satu tempat. “Amnah!” serunya, tak sekuat
mana seolah-olah Amnah ada di sekitar itu saja.
Dan
memang, Amnah muncul. “Papa!!”
Aku
menoleh cepat, memandang Amnah yang meluru ke dalam dakapan aku. Mata aku
terbeliak luas. Apa yang dia dah buat dengan anak dara aku ni? Aku pandang
semula muka ‘kakak’ kesayangan semua ni, mata aku jegilkan seluasnya dengan
gigi terketap. Serius bengang. Tapi dia boleh sengih aje. Hailah.
Sudahnya aku tunduk
menyamakan ketinggian aku dan Amnah. Duduk bertongkat lutut pada tanah.
“Amnah
main apa yang comot sangat ni? Ya Allah...! Kotor ni! Dah, naik mandi sebelum
balik. Baju ni, siapa punya ni?”
Tak kisah dah rumah
siapa yang aku suruh Amnah naik tu. Siapa suruh buat anak aku macam ni? Mukanya
yang hitam di sana-sini aku sapu-sapu. Hish. Dah tenggelam seri campuran aku
dan arwah Amin di wajah ini. Comot aje. Dia tak ada pulak tunjuk muka takut
melihat riak tegang yang aku tunjukkan, malah senyum aje manjang.
Terpejam-pejam mata dia bila tangan aku menyapu matanya. Berjangkit dengan Kak
Heidi dia ni agaknya! Tapi senyuman dia menyejukkan hati aku, tak sama dengan
Heidi tu!
“Semalam Kak Heidi
bawak Amnah jalan-jalan, pergi beli baju baru, makan ABC kat tepi jalan tu...
Amnah ingat nak ajak Iman sekali, tapi...”
Ayat dia tergantung.
Kening aku berkerut. Kenapa? Aku soal melalui isyarat mata. Cuma papa dengan
Amnah yang faham. Orang yang tak ada hubungan dengan kami, lebih-lebih lagi si
Heidi, mana nak paham. Jadi ibu pun tak pernah... choih!
Amnah rapatkan
bibir ke telinga aku. Lengan dia melilit di leher aku. Mahu tercekik aku
dibuatnya.
“Kak Heidi garang
semalam. Takut Amnah.”
Spontan, aku
mendongak ke atas. Terkebil-kebil Heidi memandang aku.
“Amnah... cakap
apa? Saya tak ada dera dia pun semalam. Kan, Amnah? Amnah tidur dengan akak
semalam, best kan?”
“Awak pukul anak
dara saya?” soal aku terus tanpa sempat Amnah membela diri. Amnah aku angkat ke
dalam dukungan dan terus aku berdiri semula. Tak selesa nak marah-marah orang
tapi diri ni jauh lebih rendah posisinya. Kalau berdiri macam ni, hah, kan jauh
bezanya. Takat bahu aku pun tak sampai ‘kakak’ ni. Kalau diukur, takat dada aku
tu adalah agaknya.
“Tak Pa... semalam
je Kak Heidi garang.” Bisikan Amnah perlahan menerobos ke telinga aku sebelum
dia jarakkan diri dan bercakap dengan suara normal semula. “Tapi lepas tu dah
baik. Atuk dengan nenek pun baik dengan Amnah. Semalam kita orang buat kek
coklat... pandai Amnah buat. Sedap.”
Hah, ini anak aku.
Pandai mengaplikasi iklan promosi diri!
“Dahlah, Amnah naik
mandi. Lepas tu ambik beg, kita balik.” Arah aku akhirnya. Tak ada masa aku nak
hadap dia ‘baik’kan Heidi dengan segala macam cerita, depan tuan punya badan
pulak tu!
Amnah akur
akhirnya. Perlahan-lahan dia turun dari dukungan aku dan berlari-lari anak ke
dalam rumah itu. Tanpa hiraukan gadis di depan ini, aku berjalan mundar-mandir
di halaman itu. Iphone aku keluarkan dan sentuh ikut suka. Buat tak ada kerja.
“Tak nak ucap
terima kasih ke?”
Langkah aku mati
dan aku pandang dia sekali lalu sebelum fokus pada Iphone semula. “Ada orang
bercakap ke?”
Mimpilah aku nak
ucap terima kasih atas jasa dia menculik anak kesayangan aku ni!
Dia mendengus kecil
sebelum ikut hilang ke dalam rumah juga. Aku juihkan bibir sedikit. Bukan aku
tak sedar diuntung, bukan juga tak reti berterima kasih, tapi kalau kepada dia
yang dah alihkan walaupun sedikit kasih-sayang Amnah daripada aku dengan cara
menculik dan berat sebelah ni, maaflah, aku tak boleh jadi suami dan papa yang
matang.
====================
Amnah dari tadi
dalam bilik mandi. Tengah berendam dalam air sabunlah agaknya. Kalau nak dibajet
masa dia dalam tab mandi tu, memang takkan boleh ditepatilah. Selagi tak kecut
tangan, mimpilah dia nak keluar.
Lewat
petang itu, aku termenung panjang. Teringat masa lalu. Terkenang kenangan
indah. Kenangan terakhir yang tercipta indah antara aku dan arwah. Bila minda
menewarang ke masa lalu, masa yang indah itu, aku pejam mata rapat-rapat. Menghayati.
Rindu!
“Kenapa?” soal dia
waktu itu. Kolar jersey aku dibetul-betul. Memang dah kemas pun, entah
apa yang senget lagi. Dari tadi tak nak lepaskan tangan dari baju aku.
Aku sengih sebelum
menggeleng kecil. “Nothing.”
“Staring at me
like that and you just only say nothing?”
“Min lah, betulkan
baju Syar macam Syar ni nak ke office. This is jersey sayang, not
kemeja. Pandang Syar pulak macam tu. Rasa macam nak balik hotel je. Tak payah
join diorang...”
“Hisy,” dada aku
ditepuk perlahan.
Aku gelak panjang. Merah
membahang dah pipinya tu. “Dah tu, kenapa dari tadi lain-macam aje Syar
tengok?”
Dia senyum tipis
sebelum kolar jersey aku dibetulkan lagi. Kali ke berapa dah ni. “Syar lawan
dia orang hati-hati tau, jangan kasar sangat. Bola tu sebiji saja, jangan sebab
benda satu tu Syar luka, cedera. Tak
berbaloi. Tengok Syar seliuh sikit pun, Min susah hati tau.”
Aku mengeluh. Dalam
pada senang hati dilayan begitu, terselit juga rasa tak sedap dalam hati.
Selama ni kalau aku ada game, lawan negeri yang pegang rekod tak pernah
kalah pun, tak ada lah seperti sekarang perangai dia. Dah dekat setengah jam lebih
kami dalam bilik persalinan ni. Pemain lain semua dah keluar. Malam ni kami
akan berentap dengan negara Amin. Belanda! Kira kali pertama kami di sini setelah
aku dan Min menjadi halal. Tapi sekarang, memandang Min macam ni, aku jadi
risau.
“Am,” ada suara
yang memanggil lalu aku berpaling ke pintu bilik persalinan.
Farhan.
“Kenapa?”
“Cepat sikit. Coach
hot semacam hari ni tu...”
Aku angguk dan
Farhan pun berlalu. Aku renung Aminah semula. Redup aje mata dia kala ini.
“Sayang kenapa? Kalau luka pun, sikit-sikit aje. Adat bermain, menang-kalah.
Nak menang, kenalah luka-luka sikit. Suami Min ni kuat, apa ada hal. Kalau luka
pun, Min boleh taruk ubat. Ada baiknya jugak. Banyak sikit masa Syar nak bermanja
dengan isteri Syar ni...”
Dia tertunduk. Buat
aku makin pelik!
“Dah, jom. Kalau susah
hati jugak, jom tengok Syar lawan. Min jadi saksi jugak betapa Syar jaga diri
ni untuk Min.”
Berdaulat sungguh
aku ni. Orang lain ada bini pun tak ada sampai nak usung ke bilik persalinan.
Diorang tunggu kat hotel aje pun. Itu pun sekerat aje, ramai yang tak dibawa
pun ke negara orang ni. Iya lah, bukan nak melancong. Nak berjuang! Tapi apa
kisah, dah benda bukan haram.
Aku tarik tangan
Min, tapi langkah aku terhenti bila dia menggeleng.
“Kenapa ni?” tanya
aku pelik. “Don’t make me worry.”
“Min nak jumpa
Mummy and Daddy, boleh?”
Aku pandang dia.
Min bukan jenis manja ‘ubi keledek’. Aku tahu hakikat tu. Sebab utama dia ke
sini pun kerana ini negara asal dia. Dah hampir setahun dia tak berjumpa dengan
mak ayah dia, kalau dalam bahasa dia, Mummy and Daddy lah. Aku tahu, bukan dia
datang sertai aku sebab saja-saja nak makan angin berkepit celah ketiak aku. Bukan,
tapi sebab family dia. Kediaman family dia pun, tak jauh dari stadium
ini. Tapi tak tahu kenapa, ada rasa berat di hati ni.
“Tunggu kita pergi
sekali, senang kan? Syar pun nak jumpa dorang... Syar pun rindukan dorang.
Tunggu Syar eh?”
“I miss them a
lot.” Dah keluar slank orang puteh dia.
“Me too.”
“C’mon...”
“They are my
parents too, sayang.”
Dia redupkan
pandangan. “Please...” suara dia makin meleret dan sengaja dilunakkan
sambil dia cuba memeluk aku.
Aku mengelak dalam
gelak. Tahu sangat. Taktik lapuk ni! Asal memujuk dipeluknya aku. Dah tak laku
sekarang ni...
“Am,” suara Farhan
berbunyi lagi. Kali ni tegak dia di muka pintu menunggu aku. Aku angkat tangan,
isyarat sekejap. Bila aku pandang Min, dia redupkan lagi pandangan mata. Dia
memang, tahu aje macam mana nak buat aku cair!
Aku mengeluh.
“Pergilah, tapi make sure bila Syar balik hotel, Min dah ada. Okay?”
Dia senyum. “Love
you! Amsyar suami saya yang sangat saya sayang.” Ucap dia teratur sebelum
memeluk aku kemas. Aku angkat tangan ke atas, tak sempat nak elak. Tapi
akhirnya aku membalas juga dalam ketawa senang. 15 saat berlalu dan Farhan mula
berdehem tapi bila dia masih tak melepaskan aku, aku sendiri yang terpaksa
melonggarkan pelukan.
“Take care okay?”
Dalam susah hati aku titipkan pesanan. Walaupun benar ini bumi tempat dia lahir,
tapi bagi aku, masih asing.
Min angguk. Baru
saja aku mendekat pada Min untuk mencium pipinya sebelum keluar berkumpul
bersama yang lain, baru aku sedar yang Farhan masih di muka pintu, menonton
drama sebabak kami. Aku pandang dia dan dia menjegil. Aku sengih. Relax
lah kawan. Aku cium juga pipi Min.
“Amsyar.” Meninggi
suara Farhan menyeru aku kali ni.
“Okey... okey...
aku datang.” Aku mendekat pada dia dan sebelum berlalu keluar, sempat aku bagi flying
kiss pada isteri yang seorang itu. Di sebelah, teman karib sedang
mendengus. Aku tertawa halus. Itulah, orang suruh bawak bini dia kata tak
payah. Kan dah jadi kes ketandusan kasih-sayang sekarang ni. Tak boleh tengok
orang bermanja sikit nak jeles.
Tapi ada sesuatu
yang membelit hati aku tentang sikap Min hari tu dan ianya terbukti mengganggu bila
94 minit yang diperuntukkan untuk kami berjuang
di atas padang berlalu dengan kekalahan 3-0!
“Orang lain pun ada
bini jugak, bini bagi semangat, prestasi meningkat, tapi kau, berkepit celah
ketiak bini 24 jam dan lepas tu apa jadi? Team yang jadi mangsa!” suara
coach team kami membebel panjang.
Dia ni memang.
Kalau hari biasa aku sumbat gol, diraikan aku mengalahkan pemain lain. Tapi
bila salah sikit... begini lah! Bukan hanya aku yang komen, tapi memang majoriti
pemain yang pernah main bawah dia komen benda sama. Aku nak kata apa? Stress!
Rakan-rakan
sepasukan cuma pandang aku dengan muka simpati. Memang jelas-jelas aku tak
boleh dipersalahkan atas kekalahan kali ni, sebab tu mereka pun menyokong aku.
Memang, fokus aku agak lari gara-gara sikap Min tadi. Tapi tetap aku cuba pamerkan
aksi terbaik. Yang tak puas hati, elok je bola di kaki aku dan baru aku nak pass
kepada Zarul yang posisinya betul-betul channtekk untuk meledakkan gol,
tiba-tiba kaki aku disadung! Kuat! Sampai sekarang aku merasa sakitnya,
berkerut-kerut muka aku menahan sakit. Coach buat apa? Membebel!
Tapi...
Tahu siapa yang
sadung kaki aku?
Jason.
Yeah, memang korang tak kenal. Sebab aku tak pernah ceritakan hal dia
selama ni. Kenapa aku tak cerita? Sebab dia memang tak layak untuk jadi hatta
watak sampingan sekali pun dalam kisah hidup aku. Kisah cinta aku dan Min ni!
Cukuplah aku kata, dia seorang pengacau dalam kisah kami. Kalau nak huraian,
okey, aku hurai.
Sebelum aku dan Aminah
Smith Abdullah menikah dulu, Jasonlah calon yang sepatutnya untuk Min. Calon
dari keluarga Min. Tapi sebab Min dah pilih aku, Mummy dan Daddy cuma akur dan
tak membantah. Tapi bagi Jason, aku dapat rasa dia masih belum terima hakikat
itu. Buktinya? Kata-katanya sebelum start game tadi!
“Here we are, again...”
itu katanya.
Bila aku mendongak
dengan muka menyeringai gara-gara lutut yang pedih lepas rebah di padang tadi,
dia tersenyum sinis. Ya, aku nampak. Tapi, apa aku peduli? Yang aku nak
sekarang balik hotel dan Min ubatkan aku. Inilah aku kata, rebah di padang satu
bonus buat aku. Dah lama tak bermanja dengan Min...! Aku senyum sendiri. Tak
sabar nak balik.
Tapi sekali lagi
aku kecewa setelah coach terima panggilan dari seseorang. Leteran dia
terhenti dan dia pandang aku. Jujur, bagi aku, waktu itu seluruh pandangan aku
gelap dan rasanya bagai nak meraung sampai pecah anak tekak. Waktu yang aku
rasakan sangat teruk dalam seumur hidup ini. Waktu yang menyedarkan aku satu
hakikat yang harus aku terima. Hakikat yang Min telah pergi jauh tinggalkan
aku!
“Pa...” suara anak
kecil yang bergetar menyentakkan lamunan aku. Amnah yang menggigil dibaluti
tualanya aku pandang lembut. Baru keluar dari bilik mandi lah ni. Baju seluar
apa pun tak tersarung lagi di tubuhnya.
“Ya sayang?”
“Papa nangis?” Dia
memanjat sofa dan menempek di riba aku. Rintik-rintik air yang masih belum
kering di rambut dia menitis di atas baju aku. Basah habis!
Aku cuba mengukir
senyum. Tubuh kecilnya aku dakap dari belakang. Ubun-ubunnya aku kucup. Harum.
Baru lepas syampu. Rambutnya aku usap lembut.
“Pa?”
Aku geleng kepala
tanpa suara. Sebak dan rasanya kalau aku keluarkan suara, rasa sebak itu akan
dapat dihidu oleh anak cilik ini. Takkan aku biarkan. Sesedih mana pun aku,
rasanya aku lebih beruntung kerana dapat bersama arwah Min di saat-saat akhir
hidup dia. Tapi Amnah? Waktu itu dia tidak bersama kami. Mak dan ayah enggan
membiarkan dia ikut kami ke Belanda, sunyi kata mereka. Kami akur. Dan
jelaslah, betapa aku jauh lebih beruntung daripada permata hati kami ini.
Aku tarik nafas.
Air mata yang nak mengalir aku seka tapi belum sempat tangan aku naik ke pipi,
tangan kecil Amnah yang terlebih dahulu menyekanya. Dia bangun berdiri di atas
riba aku. “Papa rindu Mom?” soal dia sambil membelit lengannya di leher aku.
Aku tahan nafas
yang semakin memberat.
“Mom dah tinggal
kita jauh sayang...” ujar aku cuba menyedarkan dia hakikat itu.
“Tahu,”
Aku senyum. Amnah,
dia terlalu bijak.
“Tapi...” Amnah
menyambung. “Kak Heidi kata kalau Amnah rindu Mom, Amnah kena baca Al-Fatihah
hari-hari untuk Mom. Kalau Papa rindu Mom, Papa baca Al-Fatihah jugaklah.”
Air mata yang
hampir nak menitis tadi akhirnya jatuh jua. Dakapan pada tubuh dia aku
kemaskan. “Amnah dah baca untuk Mom ke hari ni?”
“Dah, semalam pun Amnah
baca Yasin.”
“Iye?”
“Kak Heidi ajar.
Sebelum tidur Amnah baca. Kak Heidi pun baca jugak...”
Aku ketap bibir.
Heidi...
=================================
Malamnya,
aku bersendirian di beranda bilik. Duduk minum hot chocs, sambil mata
disantapi gambar-gambar kenangan antara aku dan arwah Min. Amnah sudah lama
hanyut di alam mimpi agaknya.
Sekeping
gambar menarik mata aku untuk terus berhenti di situ.
Gambar
kami tiga beranak. Amnah yang tersengih comel dalam dukungan Min dan aku yang
memeluk erat Min dari sisi. Sebuah keluarga bahagia. Kala itu, di fikiran aku cuma
keluarga ini yang akan selamanya bahagia. Happily everafter. Langsung
tak terlintas ada hujan yang akan turun tak lama setelah gambar ini ditangkap.
“Syar
tak risau ke?” Min, yang waktu itu sedang meriba Amnah bertanya perlahan.
“Nak
risaukan apa? Takut Amnah tak dapat adik?” aku cuma membalas acuh tak acuh
saja. Skrin laptop lagi menarik perhatian tika itu. Bila difikir semula, terasa
menyesal mengendahkan dia begitu sedangkan waktu itulah detik-detik terakhir
yang boleh aku manfaatkan sepenuhnya untuk bersama dia.
“Syar...”
Aku
menjeling dalam sengih. Sensitif pulak Min. “Iyelah. Min tak kata apa, tanya
aje macam tu. Mana Syar nak tau...”
“Min
takutlah nak fikirkan jalan hidup anak kita ni nanti. Syar pernah dengarkan,
nak jaga lembu sekandang tu lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang.”
“Wah...
makin pandai isteri Syar sekarang! Cepat belajar. Tu mana dengar peribahasa
tu?”
Min aku lihat
menghela nafas panjang. Melihat gelagatnya itu, membuatkan aku ikut menghela
nafas. Aku faham apa kata Min. Sebenarnya malam itu, kami baru saja pulang dari
hospital, menziarah anak kepada sepupu ayah aku, yang aku gelar Sue, di
hospital. Kata Pak Lang, ayahnya, gara-gara telan pil tidur. Mendengarkan itu,
aku dan Min sama-sama beristighfar.
Mungkin itu, yang
buat Min jadi begini.
“Syar...” sekali
lagi dia memanggil.
Aku cuma senyum.
Kalau dia sebagai ibu boleh runsing sebegitu rupa, maka apa ertinya aku sebagai
ayah kalau tidak ada langsung perasaan itu dalam hati ini? Pastinya rasa
runsing aku ini juga meninggi! Aku genggam tangannya erat.
“Syar faham, tapi
dia ada kita untuk didik dia, kan? Kita bentuk sebuah family yang rukun.
Min sayangi Syar, Syar payungi Min, dan Amnah
melengkapkan hidup kita. Yang mana kurang, kita tampung. Yang penting, usaha
kita ada. Pasti DIA akan bantu.”
Min ketap bibir.
Satu tindakan yang menarik perhatianku tapi aku diamkan saja. Biasanya, kalau
diketapkan bibir Min itu, pasti ada lagi yang tidak terluah dari hatinya tu.
“Syar...” Kali
ketiga dia menyeru aku begitu, aku tak lagi boleh bertahan.
“Kenapa ni,
sayang?”
“Min sayangkan
Amnah... Min takut bila tengok environment sekeliling kita ni. Min
takut, bila fikirkan macam mana dia nak survive dalam environment
macam ni, macam mana dia nanti besar, macam mana...”
“Min... Min,” aku
pintas cepat. Dan dari menunduk, Min mendongak, membalas pandangan aku. Dan
kali ni baru aku sedar sesuatu, redup saja pandangan mata dia hari ni. “Bukan
tugas kita nak meramalkan apa yang akan jadi di masa mendatang. Every single
thing had been written by HIM. And we have no right at all to query it.
Yang penting, tugas ni kita galas sepenuh hati. Amnah ni amanah untuk kita, Syar
tahu, dan Syar pun cuba untuk jaga dia seeloknya. Kita sama-sama, okey? Syar dan
Min sama-sama didik Amnah, biar dia besar jadi yang terbaik buat kita, malah
buat semua orang. Ya?” aku pujuk hati Min. Hidungnya aku cuit perlahan, dan
bila dia mula mengelak dalam senyum biasanya, buat aku jadi lega.
Lantas aku alihkan
tangan ke pipi si kecil di ribanya ini pula, membelai penuh kasih. Amnah, lihat
betapa Mom dan Papa sayangkan Amnah, kami cuba jalankan tanggungjawab kami, dan
pastinya, tugas Amnah pula untuk melengkapkan apa yang kurang, bukan? Hati
kecilku berbisik.
“Syar...” suara Min
berbunyi lagi bila aku baru saja bangun nak berlalu ke dapur. Aku mengeluh,
kali keempat dah ni!
“Apa, sayang? Cuba
terus-terang kat Syar.” Aku duduk semula. Kali ni menghadap dia betul-betul.
Sebelah tangannya aku genggam dan sebelah lagi naik mengusap rambut Amnah yang
baru nak tumbuh.
Min aku lihat
sedang mengetap bibir. “Promise me something?”
“About...?”
“Kalau takdir kata
yang Min terpaksa pergi dulu, janji dengan Min, yang Syar takkan biar Amnah
membesar tanpa didikan seorang Mom?”
Permintaannya kali
ini jelas menyentakkan aku. Genggamanku di tangannya terlepas dan aku tergeleng
sekali. “Apa yang Min cakap ni? Jangan nak mengarut tak tentu hala Min.” Tegang
suara aku membalasnya.
“Min tak mengarut
Syar, Min cuma fikir panjang. Fikir masa depan. Kalau takdir kata umur Min
panjang, sempat tengok buah hati kita ni membesar, alhamdulillah. Tapi
kalau...”
“Aminah Smith
Abdullah!” suara aku meninggi.
Min tertunduk
akhirnya. Nampak dia menikus, hilang kelantangan dia tapi kali ini, rasanya aku
lagi suka melihatnya begitu daripada dia utarakan hal yang tidak-tidak lagi.
Aku bangun,
menunaikan hasrat yang tadinya tertangguh. Tapi belum selangkah pun aku
menapak, tangan aku dicapai lagi. Aku memandang Min, dan ternyata, dia juga
memandangku. Malah, merayu. “I don’t want this child survive without a mom,
Syar. Mom’s loves have many big differs from dad’s. She is a girl. She needs a
woman in her life.”
Aku kelu sendiri.
=========================
HIDAYAH
Aku
terkelu sendiri. Muka Noriez yang berseri-seri di atas katil dalam bilik aku
pandang. Bibir aku bergerak-gerak, nak bertanya kesahihan kata-kata dia tapi
belum sempat aku bertanya, sekali lagi dia mengangguk-angguk.
“Serius?”
aku bertanya juga.
“Iye....”
Kiri dan kanan pipi aku ditepuk oleh sahabat yang satu ini.
Aku
ternganga. Tak percaya! “How...?”
“Sekarang
ni Yang, kau tak payah fikir banyak. Tugas kau bersiap aje lawa-lawa. Kejap
lagi dia datang.” Noriez bangun sebelum mundar-mandir dalam bilik aku. Tolong
sibukkan diri untuk aku berjumpa pujaan hati!
====================
Aku
ketap bibir. Canggung sungguh! Dari tadi aktiviti aku cuma mematah-matahkan
jari sendiri. Hah, elok. Bila nak kahwin cincin apa pun tak muat nak pakai.
Gerangan si driver di sebelah aku pandang. Senyap aje dari tadi... sudahnya,
mulut aku yang biasanya tak boleh nak diam ni pun jadi terkunci jugak.
Amnah
di belakang. Suara dia aje pun yang keluar dari tadi. Membebel entah apa.
“Kita
nak pergi mana ni encik?” tanya aku sopan. Suara pun slow aje, ala-ala
gadis melayu gitu.
Dia
menoleh sesaat sebelum mengukir senyum. Tak terpanah pun hati aku, dah bagi
senyum pun senyum sinis!
“Tak
payah nak berencik sangat kalau biasanya tak pun...”
Aku
mendengus kecil. ‘Biasa’ yang dia cakap tu sekali tu aje pun. Sekali yang aku
ter‘culik’ Amnah tu. Kenapa bunyi berdendam sangat suara dia tu?
“Kita
nak pergi mana Pa?” Amnah terjengul di antara kami. Tu, boring lah agaknya. Tak
ada orang layan dari tadi.
“Jalan-jalan...”
jawab Amsyar dengan suara teruja.
“Oh,
jalan-jalan cari makan eh?”
Aku
tergelak.
“Amnah
nak makan apa?” Amsyar bertanya semula.
“Ehm,
Amnah tak lapar pun. Kita pergi playground nak?”
“Lah,
playground buat apa? Papa dah besar, malu lah Papa nak naik gelongsor
tu. Hisy...”
“Kalau
macam tu, kita pergi ambik Iman nak?”
Tak
boleh berenggang dengan Iman dia tu. Aku menggeleng-geleng. Aku faham kehendak
Amnah tu, tapi ternyata Amsyar tak faham. Jelas terentang kerut di dahi dia.
“Ambik
Iman buat apa? Ni masa kita enjoy family kita je, Iman tu nanti kat
sekolah pun boleh jumpa...”
Tak
tahu kenapa, bibir ni terasa nak senyum tiba-tiba. ‘Family kita aje’?
“Alah...”
Amnah mula nak menggedik. Leher Amsyar dipaut dari belakang. Terjerit kecil
Amsyar. Aku cuma mampu senyum dari tadi, nak bersuara tak berani.
“Boleh
lah Pa...”
“Tak
nak...”
“Papa
sayang... boleh lah... boleh, boleh, boleh!”
“Tak
nak, tak nak, tak nak...!”
Amnah
mendengus. Pautan di leher Amsyar dilepaskan lalu dia menyandar sambil berpeluk
tubuh di kusyen belakang.
Amsyar
kulihat mengintai melalui cermin pandang belakang. “Inikan masa kita nak enjoy
sama-sama, kenapa pulak nak kacau Iman sayang? Nanti Achik An sedihlah, kita
ambik anak dia. Dia nak main dengan siapa nanti? Nanti dia merengek-rengek
nakkan mama dia macam mana?”
“Dah
tu, Amnah ni tak sedih ke dok sorang-sorang? Main sorang-sorang?” tanya dia
dengan nada sayu.
“Papa
kan ada?”
“Kak
Heidi kan ada?”
Suara
kami serentak! Bila menyedari, aku toleh ke sebelah dan dia ikut menoleh,
berpandangan, cheit! Sudahnya aku pandang depan semula. Dari belakang, aku
dapat dengar suara Amnah yang tertawa riang.
“Itu
lah, kalau Iman ada, boleh teman Amnah main. Lepas tu Papa boleh borak
lama-lama dengan Kak Heidi. Tak ada orang kacau...”
Erkk...
======================
“Asikrim?”
Dia hulurkan semangkuk aiskrim sebelum menepuk-nepuk debu di bangku itu lalu
duduk di sebelah aku.
Aku
juihkan bibir tahan gelak, tapi aiskrim di tangan dia aku sambut jua. “Thanks.”
Setahu
aku, walaupun dah tak terlibat dengan bola segala macam tu, Amsyar sekarang
tetap bekerja. Kerja apa, aku tak tahu. Tapi tetap stabil lah, kan? Yang
sekarang ajak aku ‘dating’ tapi belanja aikrim cawan 50 sen ni apa cer?
Aih, hilang macho!
“Kenapa?”
soal dia pelik. Peliklah agaknya tengok aku buat muka blushing dok
senyum malu-malu tetiba ni.
Aku
geleng kepala. “Nothing...” jawab aku ringkas sebelum mata aku halakan
semula ke arah taman permainan di depan aku. Memandang Amnah yang ceria
bergelak tawa dengan kawan-kawan baru dia. Mudah budak ni. Ramah mesra. Sekali
jumpa, sekali tegur pun dah boleh dibuat kawan. Masa dekat tadika dulu, tak ada
lah seramah ni rasanya. Terperuk aje di tepi dinding tu. Aku nak masuk tegur
pun takut. Sekarang ni kontra habis!
“So...
study lagi ke?”
Kening
aku terangkat mendengar soalan orang sebelah. Ni... sesi berkenalan ke? Macam
lawak je. Sopan semacam!
Tapi
aku tetap menggeleng menjawab soalan dia. “Baru lepas grad. Tengah cari
kerja.”
“Oh...”
dia angguk sebelum tunduk semula. Apa yang aku nampak, tangan dia
mengacau-ngacau aiskrim yang sedang mencair di dalam cawan 50 sen tu. Tak boleh
nak tahan, akhirnya pecah jugak gelak aku!
“Kenapa?”
dia nampak terpinga-pinga.
Aku
geleng kepala berkali-kali. Naik berair mata aku dok syok ketawa. “No,
nothing... takde pape. Just... kita ni, sopan semacam. Awak tak perasan
ke? Hari tu tak macam ni.” Sisa tawa masih di bibir aku.
“Oh...”
Amsyar ikut senyum. Sesudu lagi aiskrim dubawa ke mulutnya. “Awak... sayangkan Amnah?”
Aku berpaling. Pelik. Sayang aku pada Amnah memanglah takkan boleh diukur tapi, soalan ni ‘ujian’ untuk aku ke? Memikirkan andaian itu, aku ketawa. “What a question.” Aku julingkan mata.
“Kenapa,
pelik ke?”
“Jawapan
jenis macam mana yang boleh lulus ujian awak ni?” sebelah kening aku
jongketkan.
“Ujian?”
Dahi Amsyar tampak berkerut. Tapi tak lama, dia tergelak kecil. Tergelak sinis.
“Awak ingat saya tengah buat eksperimen nak cari pengganti arwah ke?”
Mendengarkan
soalannya itu, aku terkedu sendiri. Sungguhlah aku ni perasan overboard.
Baru keluar macam ni sekali, dah terlajak ke depan minda aku. Haih, aku
menggeleng sedikit. Menafikan.
Amsyar
menghela nafas panjang. Dari ekor mata aku nampak bibirnya yang sedang
tersenyum. Senyum mengimbau memori! “Takkan ada pengganti Amin di hati saya.”
Ujarnya tenang. “Kalau akan ada pun seseorang dalam hidup saya, yang boleh saya
jaga nanti, dan yang boleh sayang saya dan Amnah sepenuh hati, tempat dia tak
sama dengan Amin. Takkan sama. Dia di
suatu sudut, and Amin di suatu sudut lain dalam hati saya ni.”
Aku tertunduk sedikit. ‘Saya sanggup jadi
orang tu, walaupun saya tahu saya tak layak untuk tandingi arwah. Dan saya
takkan cuba untuk gantikan tempat arwah di hati awak...’
======================
Kenyang
perut! Lepas ke playground tadi, terus Amsyar singgah di Ayamas. Isi
perut. Dan memang, penuh perut aku terisi. Sesekali keluar atas sponsor orang
macam ni, memang tak boleh nak tipulah betapa seronoknya. Jimat!
“Pa...”
Aku pusing kepala
memandang Amnah di belakang. Nak tergelak aku jadinya. Kenyang sangat ke perut
tu sampai berlingkar macam tu sekali?
“Amnah kenapa?” aku
soal dia.
“Ngantuk...”
“Ngantuk tidurlah
dulu, nanti...” kata-kata aku tergantung tiba-tiba. Ada satu idea lain yang
muncul di benak. “Malam ni Amnah tidur dengan Kak Heidi kat rumah akak nak?”
“Jangan mengada!”
“Nak!”
Suara mereka serentak.
“Alah... bolehlah
Pa,”
“No way
sayang, nanti Papa nak tidur dengan siapa pulak kalau Amnah tak ada?”
“Papa join
lah kitorang, tidur rumah Kak Heidi. Boleh kenal-kenal dengan atuk dengan nenek
kat rumah tu.”
“Amnah...” suara
Amsyar meleret.
Aku mengeluh. Tahu
dah apa keputusan muktamadnya. Makanya, aku cuma boleh angkat bahu. Tapi mata
tetap aku fokus pada Amnah yang mula pasang muka cemberut di belakang.
“Tidur atas riba Kak Heidi nak?” ujar aku
memujuk.
Wajah Amnah kembali
berseri. “Nak!”
Lantas, aku
membetulkan duduk sebelum mendepakan kedua-dua belah tangan ke belakang. “Come,”
Amnah bangun
pantas. Baru saja kakinya nak melangkah melintasi box di tengah kereta
untuk sampai di riba aku, suara Amsyar keluar menyeru namanya. Lembut.
“Kenapa Pa?” dia
tayang muka kelam.
“Amnah tidur kat
belakang aje dulu, nanti sampai rumah Papa kejutkan okey?”
“Alah...”
“Aunty letih
sayang, jangan kacau aunty.”
Erk... spontan aku
menoleh dan memandang dia dengan riak pelik.
“Why?” dia
tak kurang peliknya melihat riak yang aku tunjuk.
Lambat-lambat aku
geleng kepala. “Dia biasa panggil saya Kak Heidi je... tak ada aunty-aunty
semua tu.”
Amsyar tergelak dan
jujur, aku suka mendengarnya. “You are not that young, Hidayah. Kalau
Noriez tu logik sikit Amnah nak panggil kakak pun...”
“Noriez dengan saya
sama tua, kalau awak tak tahu.” Aku tegakkan kebenaran. Haruslah, sesedap rasa
bahasakan aku ‘makcik’.
“Tahu...” suara
Amsyar meleret. “Saya tahu, tapi muka Noriez tu sesuai sikit. Dia awet muda.
Muka awak tu dah terang-terang tunjuk berapa usia awak.”
Buat masa ini, aku
cuba kawal tangan ini dari meraba pipi. 24 tahun tu... tua sangat ke, sampai
dia nak kena keluar ayat-ayat sinis macam tu?
“Awak dengan arwah
Min sebaya aje. Kalau Min dia panggil Mom, awak tu taraf aunty je lah.”
Ujarnya lagi dan jelas, kali ini cukup menyentakkan hati aku.
Mungkin agak kejam
tapi aku jujur bila aku kata aku cukup tak suka dibandingkan dengan arwah Mom
Amnah itu. Dia terlalu perfect di mata semua orang!
Sudahnya aku cuma
diam dan angkat bahu tanda lepas tangan. Amsyar ikut diam.
“Mama?” Comel aje
suara Amnah keluar dan kami serentak memandang dia.
“Kalau Amnah
panggil Mama, boleh Pa?” suara Amnah yang masih berada di antara kami keluar
lagi, cuba menceriakan suasana dengan suara comelnya. Kami tersentak sebelum
suasana kembali sunyi.
Aku telan liur.
Mama... why not?
============================
Aku
melurut-lurut rambut halus Amnah.
Zikrullah aku alunkan perlahan mengikut irama ciptaan sendiri. Bila mata Amnah
tampak agak layu, aku ikut menyandarkan badan. Lenguh. Baru saja nak
menggeliat, tiba-tiba tudung aku terasa diselak di bahagian dada. Amnah lah ni!
Aku tersentak sendiri dengan tindakan Amnah. Spontan mata aku celikkan.
“Amnah!”
“Hm...”
Amnah menjawab layu dalam pada masih cuba menyelak tudung aku. Muka aku tak
payah cakap dah betapa merahnya bila dia akhirnya menyembamkan mukanya ke dada
aku.
“Amnah
buat apa ni?” aku soal walaupun dah tahu jawapannya. Soalan saja-saja tahan
malu!
“Jangan
risau, dia tak lena lah tu.” Kedengaran suara Amsyar tertawa kecil.
Ini
memang tabiat Amnah sebenarnya. Kalau tak tekup muka di dada orang, memang
takkan lena tidur dia. Heh, aku tahulah. Aku dah ada pengalaman tidur semalaman
dengan Amnah hari tu. Jadi tak perlulah nak diterangkan sebegitu rupa.
Hari
tu, masa Amnah tidur di rumah aku, memang terbeliak luas mata aku bila terasa
ada objek yang menyentuh dada aku. Sensitif kot! Bila celik mata, muka lena
Amnah yang terpampang di mata. Senyum aje aku masa tu. Ingatkan Amnah mengigau
cari Mom dia, kot-kot mencari susu. Last-last aku lena kembali. Lena
ditemani muka yang suci dan polos itu. Tambah kuat keinginan aku nak kahwin.
Nak merasa ada anak sendiri!
Hah,
betullah kata Noriez. Gatal overboard dah aku ni!
===================================
Mata
aku yang baru mula nak melayu tercelik semula bila perasan kereta kami kini
sedang berhenti. Terus aku pandang sebelah, “kat mana ni?” tanyaku mamai.
“Saya
nak pergi cari air kejap. Dahaga. Nak?” Jawab Amsyar sebelum turun dari kereta.
Aku cuma menggeleng sebagai jawapan bila dia sudah memandang aku dari tingkap
kereta minta jawapan. Langkahnya aku hantar dengan pandangan mata saja dan bila
aku nampak dia masuk ke sebuah kedai, mata aku bergerak ke tempat biasa. Lah,
Petronas rupanya.
Aku
menggeleng-geleng. Mamai sangat dah aku ni. Petronas pun boleh tak cam. Tangan
aku bergerak mencapai mana-mana disk yang tersedia di situ. Boring tak
ingat. Sekeping CD tanpa title aku capai dari dalam sebuah kotak berhias
dan ditulis ‘LOVE LAST FOREVER’ sebelum masukkan CD tersebut ke player
dan bila butang ‘play’ di remote aku tekan, aku gamam sendiri
menonton ‘drama’ yang tersiar di skrin.
Kelihatan
seorang wanita, mungkin arwah Aminah, yang sedang berbaring di atas sofa
berbantalkan paha seorang lelaki. Amsyar! Dada aku terasa sesak, akal melarang
tapi hati bagai meminta untuk aku teruskan menonton. Perut yang senak cuba aku
tahan melihatkan tangan Amsyar yang sedang membelai lembut perut wanita itu.
Sebelah tangan lagi, membelai rambut Aminah. Suara gelak Aminah yang mengisi
suasana.
“Syar
tak main-mainlah Min...” tangan Amsyar mula mencubit manja pipi Aminah dalam
pada wanita itu berusaha mengelak dalam gelak panjangnya.
“Iye la... Min
tahu.”
“Kalau boy,
Syar rasa nama Syamil okey. Haa, Iqbal sounds nice, too. Kalau tak
pun... ha, Muhammad. The perfect choice. Muhammad, anak lelaki Aminah,
one day akan menjadi seorang yang super duper...”
“Amboi semangatnya
dia... ” Aminah memintas sebelum habis ayat Amsyar. Tersenyum dia membalas
pandangan redup Amsyar dari bawah. Aku yang melihat terbakar sendiri.
“Haruslah,
ni hero kita. Tanda kasih-sayang kita.” Balas Amsyar sambil dia membongkokkan
tubuhnya sedikit. Aku bagai dapat agak apa yang nak dia buat, tapi bila aku
cuba nak mengalihkan pandangan dari skrin itu, gagal. Mata aku bagai tak
bekerjasama dengan hati ini. Akhirnya aku pasrahkan hati bila melihat bibir
Amsyar melekat lama di dahi Aminah, dan tangan Aminah naik mengusap pipi Amsyar
tika itu.
“Hero
ke heroin?” Aminah meneka setelah bibir Amsyar agak menjauh dari dahinya.
“Hero
ke, heroin ke, tetap Syar terima dengan hati terbuka. Anugerah Allah buat kita
ni... dah lama usaha akhirnya Allah kabulkan jua impian kita. Berkat usaha
bersungguh kita lah ni.” Amsyar buat muka nakal.
“Eleh,
Syar tu usaha je lebih. Tak pernah-pernah sebut pasal baby pun
sebenarnya.”
“Karang
kalau Syar sebut jadi merungut pulak. Bagi Syar, kalau Allah nak bagi, itu
anugerah. Kalau tak, belum rezekilah tu. Dia nak kita berkasih-sayang dulu. Having
our own privacy.”
“Tapi
sekarang Min tengok dah ada isi dalam perut ni pun tangan Syar masih ligat
macam dulu... malah makin aktif, what’s up?” Aku melihat Aminah menepis
tangan Amsyar yang meliar entah ke mana.
“Ini
namanya menghargai ciptaan tuhan, Yang.” Amsyar sengih.
“Yeah
right.”
“Buat
lagi mata juling macam tu, terkenan dekat baby baru tau.”
“Syar
tu banyak sangat menjawab...” Aminah mula bangun dari baringnya. Kini bersandar
kepala di bahu Amsyar. Dan tangan Amsyar pun ikut berubah posisi. Kini memaut
bahu Aminah dan sebelah lagi menggenggam tangan isterinya itu sebelum
membawanya ke bibir.
“Bukan
menjawab Yang, tapi hakikat yang suami Min ni tak pernah mensia-siakan
keindahan yang ada depan mata.”
“Yeah
right.” Sekali lagi aku dengar Aminah memberi jawapan sama. Tidak sebaku BM
slank BInya.
Dada
aku mula berdetak tak menentu bila melihat Amsyar mula mendekatkan bibir ke
telinga Aminah sebelum Aminah tertawa spontan seraya menepuk paha Amsyar.
Terasa nak aje aku melompat masuk ke dalam video ni, nak tahu apa yang
dibisikkan mereka.
“Stop
it Syar...” ujar Aminah lagi bila aku perasan yang belaian Amsyar di rambut
Aminah mula bertukar rentak.
“Syar
rindulah...” bisik Amsyar tapi kali ini bisikannya dapat aku dengar dan
ternyata aku terasa menyesal mendengarnya. Kenapa tak aku tutup saja telinga
tadi?
“Baby...
help me. Papa ni tak understanding langsung, Mom penat.”
“Baby
faham Papa rindu sangat dekat Mom ni. Sebab tu dia tak meragam pun malam ni.”
Amsyar mula berdiri dan bersedia untuk mencempung Aminah bersamanya, sebelum
Aminah terjerit kecil menyeru namanya.
“Apa?”
Amsyar tampak pelik tapi tak dihentikan tindakannya mencempung Aminah.
Dalam
cempungan Amsyar, Aminah merenung sekeliling, bagai mengawasi. Bagai mencari
sesuatu.
“Kenapa
Yang?”
“You
do not...” suara Aminah pada telinga aku bagai suara orang runsing.
“I
do not...?”
“Syar
tak... tak letak kamera di mana-mana kan?”
Serentak
itu mata Amsyar mula memandang aku, secara tepatnya, merenung lensa kameranya.
“Allah!”
Kini
mata Aminah ikut memandang aku, dan dia ikut bertempik. “Amsyar!!”
Dan
tak sampai tiga saat, suara nyaringnya terhenti. Secara tiba-tiba bagaikan
mulutnya ditekup sesuatu diikuti skrin video yang aku tonton bertukar menjadi
gelap.
Aku
mengawal nafas yang kian terasa sesak dengan api cemburu tapi belum sempat aku
nak melayan perasaan, aku terdengar suara esakan halus di dalam kereta itu.
Amnah!
“Sayang...
kenapa ni?” tanya aku lembut. Tertanya jugak dalam hati sejak bila dia bangun
dan dia ikut tonton jugakah memoir antara Papa dan Momnya suatu waktu dulu itu?
“Mom
Amnah cantik kan?” gemersik suaranya bertanya.
Aku
tersenyum memandangnya. Mendengar soalan daripada anak polos ini, sedikit
sebanyak menghilangkan api cemburu aku pada arwah Aminah. ‘Itu hak dia.’,
‘Amsyar suami dia.’ Ada suara-suara positif begitu dalam hati aku yang cuba
membela arwah Aminah.
“Cantik,
Mom Amnah cantik sangat. Like an angel. And Papa Amnah pun kacak, macam
putera katak...”
Amnah
mendongak memandang aku dari sisi. Aku sengih, “maksud Kak Heidi macam Putera
Katak lepas transform. Satu pasangan yang secocok kan?”
Dia
senyum akhirnya sebelum bangun menyamakan ketinggian dia denganku. Lengan dia
dililit sekeliling leher aku dan dia merapatkan dahi ke dahi aku. “Mama Amnah
pun cantik...” bisiknya perlahan.
Mata
aku terasa berkaca dan sebelum sempat ada cecair yang mengalir, cepat-cepat aku
peluk dia. Mengelak daripada membiarkan dia melihat aku menangis. Sungguh,
sayang aku pada anak ini tak sedikit. Dari jauh, aku nampak kelibat Amsyar yang
mula mendekat. Menyedari yang aku masih tak mengeluarkan CD yang aku tonton
tadi dari tempatnya, pantas tangan aku bertugas. Sebelum Amsyar sampai di
kereta, aku sempat masukkan kotak berhias tadi ke dalam handbag aku. Tak
terlalu besar dan membonjol untuk dia perasan akan tindakan aku ini. Aku tahu
tindakan ni salah, mencuri, dan aku tambah sedar akan kesalahan aku bila
menyedari mata Amnah sedang terkebil-kebil memandang aku.
“Kak Heidi pinjam
ye?” kataku cuba menutup salah. Dia angguk. Tapi matanya masih tak dialihkan
dari wajah aku. “Kenapa?” soalku pelik.
“Mama.”
Ujar dia membuat pembetulan bagi pihak aku.
Aku senyum sebelum
angguk yakin, “Mama pinjam ye?”
Dan
dia mengangguk.
=====================================
“Happy
birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Amnah’s Mom...
happy birthday to you!!”
Amsyar bersama
Amnah dalam dukungannya mara ke depan, menghampiri Aminah yang sudah pun
bersilang tangan ke dada memandang kedua-dua mereka. Seulas senyum bergayut di
bibirnya.
“Say
happy birthday to Mom, sayang.” Arah Amsyar pada Amnah bila mereka
betul-betul menghadap Aminah.
“Ppi
nnday, Mom.”
Aminah
tertawa senang. Kek berhias comel sederhana besar yang ditatang Amnah tadi
diambil, lalu diletakkan di atas meja kopi.
“Pandai
anak Mom, sini dengan Mom jom.” Lantas Amnah beralih posisi, kini berada di
dalam dukungan Momnya pula. Aminah mencium pipi Amnah berkali-kali. “Thanks
sayang, I’m touched.”
“Papa
punya tak ada?” Amsyar angkat kening dalam senyumnya. Dari tadi cuma Amnah yang
menjadi sasaran tu.
“Papa
nak apa?” Aminah melayan.
“Papa
nak ni lah...” Amsyar menyuakan pipinya. “Tak acilah Amnah je yang dapat.”
“Papa
kan dah dapat selalu... hari ni turn Amnah lah pulak, kan sayang kan?”
Amnah
cuma tertawa tak membalas bila diagah begitu.
Amsyar
mencebik. “Kenapa tak terkejut pun?” dia menyoal tak puas hati.
Aminah
tertawa lagi. Birthday girl,pastilah gembira saja selalu. “Min dah tau
mesti Syar akan buat macam ni punya. Memang biasanya macam ni pun kan?”
“What?”
Amsyar menjegil. “Are you trying to say that all these was just a regular
event to you? Uh, please dear. Tell me not. Syar sehabis mungkin usahakan
semua ni, walaupun yeah, tak se...”
“Syar...”
perlahan suara Amnah memujuk Amsyar. “I’m touched. It’s absolutely a special
event for us, Syar. Really. And I’m appreciate it.”
Amsyar
senyum. “Suka?”
“Absolutely.”
“In
that case, potonglah kek tu. Amnah dah lapar tu.”
Aminah
tergelak. Amnah diletakkan di atas
kerusi khas, sebelum pisau pemotong yang tersedia dicapai dan bila sepotong kek
sudah dipotong, dia mencubit sedikit sebelum menyuapnya ke mulut Amnah. Amnah
menganga.
“And
now our Papa’s turn.” Secubit lagi kek diambil Aminah.
Amsyar sedia
menganga.
“Aaa...” Aminah
ikut menganga melihatkan gelagat Amsyar. Dan bila tangannya sudah hampir pada
mulut Amsyar yang terbuka itu, dia melencong. Pecah tawanya.
Amsyar mendengus
kuat sebelum belakang tubuh isterinya itu didakap dalam pada Aminah cuba
mengelak. “Main-main dengan Syar eh,”
“Kidding,
kidding Syar. Let me off please,”
“Suap dulu.”
“Tanak.”
“Suaplah. Tak aci
macam ni.”
“Tanak. Amnah
tengok Papa ni, kesian Mom.” Aminah pasang muka sebelas. Sayangnya bila Amnah cuma
tertawa melihat gelagat Mom dan Papanya itu.
“Tak apalah kalau
tak nak.” Amsyar bersuara sedih.
“Hey, look here.
Papa’s sulking! Okey, okey... nganga cepat.”
Amsyar menganga
cepat dan kali ini bila tangan Aminah cuba melencong lagi, cepat dia menangkap
pergelangan tangan itu dan jari yang sudah sedikit di dalam mulutnya itu
digigit lembut.
“Ouch!”
“Serve you right!”
dia menjelir.
“It might kill
me, you know!”
“Oh yeah? Siapa
suruh main-main dengan Syar?” lagi sekali Amsyar buat suara annoying.
Aminah mendengus
kuat. Dan Amnah, tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Amsyar berpaling, terkejut.
Dan serentak itu, tawa dia dan Aminah pula yang terburai!
Klik!
Dalam sekelip mata,
skrin TV menjadi kosong. Air mata yang makin limpah di pipi aku sekat laju. Ini
sudah masuk disk keempat, maknanya kali keempat jugalah aku menahan hati
sebegini. Salah aku. Siapa suruh nekad sangat nak menonton kisah kasih sayang
dua jiwa ini?
Pandangan aku
lemparkan pada kotak berisi koleksi CD yang sejenisnya, yang aku letakkan di
atas meja kecil di sisi aku. Banyak lagi. Aku mengeluh. Kuatkah aku untuk terus
menonton?
Satu, satu saja
lagi. Then aku off! Aku putuskan sebelum tangan ini laju menukar disk.
“Heidi...” suara
Mama yang menyeru nama aku dari pintu bilik membuatkan pergerakan aku terjeda.
Lantas aku berpaling, membalas pandangan Mama yang aku rasakan sedikit lain
macam, sebelum mengukir senyum.
“Yes Ma?”
aku menyahut dalam pada kaki aku bergerak untuk menyepak perlahan kotak koleksi
CD milik Amsyar tadi ke bawah katil, agar terlindung dari pandangan Mama.
Dalam kelam suasana
bilik ini, aku nampak tubuh Mama semakin mendekat sebelum akhirnya, dia
melabuhkan punggung di hadapan aku. Aku telan liur melihat keseriusan Mama kali
ini. “Kenapa Ma?” aku tanya perlahan.
Tangannya aku genggam lembut, cuba mententeramkan hati yang mungkin dalam
kegelisahan itu.
“Jangan seksa
perasaan macam ni nak.” Pinta Mama datar, seolah merayu. Lalu aku telan liur
sekali lagi. Sejak bila Mama berdiri di pintu tu tadi? Terasa mahu saja aku
ajukan soalan itu kepada Mama tapi ternyata, hati ini lebih memilih untuk
berdiam diri.
“Di...” panggil
Mama sekali lagi bila aku terus senyap.
Aku mendongak,
sekadar membalas pandangannya sebagai tanda menyahut.
“Kalau betul Heidi
cintakan dia, jangan anggap Mama sebagai penghalangnya ya sayang?”
Aku memandang Mama
pelik. “Tapi...”
“Mama tidak sekejam
tu.” Mama pintas cepat. “Kalau pun ya dia tu pegang status duda, Mama tidaklah
sampai membenci. Cuma kurang gemar. Sebab anak Mama ni seorang gadis, seorang
anak dara yang Mama pelihara kegadisannya sampailah dia menjadi milik seorang
lelaki lain kelak, dan Mama pastinya mengharapkan seorang anak teruna untuk
anak dara Mama ni, kan?”
Mama pandang aku
minta persetujuan, tapi aku cuma angkat bahu.
“Well...
tapi rasa kurang tu pastinya boleh ditopup kan?” Mama terus bersuara.
Aku menghela nafas.
Sungguhlah Mama ni pelik. Kalau sebelum ni yang aku pernah dengar, seorang anak
teruna deserves seorang anak dara, ini, vice versa. Tapi
sebenarnya, kalau iya pun takdir menentukan aku bersama dengan seseorang yang
masih teruna kelak, boleh dijamin ke ‘keterunaan’nya tu? Tidak rasanya. Aku
sengih sinis. Mama... Mama...
“Hidayah.” Suara
Mama terus berbunyi dan bila aku pandangnya sekali lagi, Mama senyum dan
tanganku pula yang digenggamnya. “Kalau betul cinta, kejar dia. Mama restu.
Tapi ingat, jangan sampai tergadai maruah. Itu pesan Mama.” Mama tepuk paha aku
sekali sebelum dia bangun dan berlalu keluar.
Bayang-bayang Mama
cuma aku hantar dengan senyuman hambar. Betul Ma, Heidi cintakan Amsyar. Tapi
cinta cinta Heidi pada dia tak setanding cinta dia pada arwah Min. Langsung tak
setanding.
Heidi tarik diri.
==============================
AMSYAR
Sebaik
sahaja Hyundai Accent yang aku pandu masuk ke perkarangan rumah itu, Amnah tak
tunggu lama terus keluar dari kereta dan berlari-lari anak menuju ke pintu
rumah. Terjerit-jerit dia menyeru ‘Mama’ barunya.
Aku
senyum dalam pada kepala tergeleng-geleng sendiri. Tak boleh berpisah dah
gayanya tu! Sudahnya aku cuma ikut langkah dia sampai ke depan pintu rumah.
Kereta aku biar tak berkunci. Memang niat aku ke sini bukan untuk bertamu pun,
sekadar untuk mengajak.
“Eh,
Amnah...!” Mama Heidi yang aku tengok sekali imbas tempoh hari muncul di muka
pintu. Berseri muka dia kala ini. Lantas dia membongkokkan tubuh sebelum
mencium-cium pipi Amnah. “Rindunya nenek dekat Amnah...”
“Nenek, Mama mana?”
Amnah menyoal cepat sambil kepala terjengul ke dalam.
“Mama?” jelas dahi
dia berlapis.
“Er... Heidi ada
mak cik?” aku menerangkan maksud pertanyaan Amnah.
Wanita lewat 40-an
itu mendongak dan sekadar melempar senyum melihat aku. Tapi, nampak lebih ramah
senyuman dia kali ni. “Kenapa dengan Heidi?”
Aku garu pelipis.
“Cadangnya nak ajak dia keluar sekejap, Amnah ni haa... bersungguh sangat.”
“Oh... Heidi ada,
tapi...” kata-katanya terhenti bila tuan punya badan sendiri yang keluar
kemudiannya.
“Siapa Ma?”
sayup-sayup suara Heidi bertanya.
“Mama!!” Amnah
dalam sesaat terus menerpa ke dalam, mencari arah suara Mamanya itu. Aku cuma
mampu senyum dan angguk pada wanita separuh umur di hadapan aku ini bila
melihat pandangan lain macamnya.
Beberapa minit
kemudian, Amnah keluar semula dengan tangan Heidi erat digenggamnya. Melihat
posisi mereka kini, jelas tergambar Amnah yang menarik Heidi keluar, dalam kata
lain, Heidi terpaksa keluar, bukan dia yang memimpin tangan Amnah untuk keluar.
Aku buat teori sendiri.
“Pa,” Amnah
memanggil.
Aku menunduk. “Ya?”
Amnah menghulurkan
sebiji kotak, kotak berhias, yang rasanya sangat aku kenal dan aku tahu apa
isinya. Aku mula berdebar sendiri. “What’s this?”
“Mama bagi.” Terang
Amnah ringkas.
Lalu, aku alihkan
pandangan ke muka Heidi pula. Minta jawapan. Heidi aku lihat sedang tersenyum
tawar.
“Maaflah... saya...
terambil semalam. Tapi jangan risau, tak ada yang hilang pun.”
Aku mati kata. Tak
tahu nak jawab apa. Tak ada niat nak marah di hati ni, tapi sedikit rasa tak
sedap hati yang muncul. Tak sedap hati kalau-kalau Heidi sudah menonton apa
yang terkandung dalam setiap kepingan CD itu. Kenapa mesti ada rasa sebegitu,
aku tak tahu.
“Awak dah bersiap
ke?”aku melencong soalan bila melihat penampilan dia kini. Siap berslack putih
dan blouse biru laut. Dikenakan pula dengan tudung bawal berona sama
yang dililit sedikit ke belakang.
“Bersiap?” Heidi
tanya semula, pelik.
Aku angkat kening
sambil menyeluk tangan ke dalam poket jean. “Dah tu melawa ni nak ke mana?”
Heidi menilik
tubuhnya sendiri. “Oh... saya planning nak keluar hari ni.”
“Ke mana?” tanya
aku laju.
“Saya dah janji nak
jumpa abang kat luar hari ni. Sorry sangat...”
Aku mengangguk
lambat. Abang... abang uh? Abang! Aku sengih sinis.
“Alah...” suara Amnah merengek dah mula
berbunyi. “Papa kata Mama mesti nak join kita hari ni.”
“Lain kali eh
sayang, dah Mama kata ada hal tu.” Aku pujuk Amnah ala-kadar.
Amnah cuma mampu
tunjuk muka sedihnya. Aku buat tak nampak. Cuma sebab tak ada ‘Mama’ tak
semestinya aku harus ingkar janji aku. Jalan-jalan tetap akan ada, cuma tidak
seperti yang Amnah bayangkan saja.
“Pa...”
Suara Amnah
berbunyi lagi, cuba memujuk aku untuk terus merayu Heidi agar mengikut kami.
Akur, aku pandang Heidi dengan pandangan redup. “Saya dah janji dengan dia
semalam...”
Heidi aku nampak
menelan liur sendiri sebelum dia merendahkan tubuh dia setinggi Amnah. “Lain
kali eh, Kak Heidi janji. Tapi this time, Kak Heidi betul-betul ada
janji dengan orang lain. Kan Amnah kata tak baik ingkar janji?”
Sudahnya, aku cuma
angkat bahu. Lagi-lagi bila mendengar cara dia membahasakan diri dengan anak
aku ini.
“Mama nak pergi
mana?”
“Amnah...” aku seru
Amnah, meleret.
“Kenapa Pa?”
terkebil-kebil Amnah memandang aku.
“Kak, Kak Heidi.”
Aku betulkan. Kalau dia tak sudi, takkan aku nak biarkan Amnah yang
terhegeh-hegeh.
Heidi telan liur
sekali lagi. Kesat sangat agaknya tu.
=================================
Petang
itu, aku cuma bawa Amnah masuk Parkson. Niat di hati nak bawa dia bersiar-siar
di taman atau mana-mana tempat lain yang boleh beri sedikit ketenangan buat
kami, tapi niat itu aku cancel! Boleh ke nak hirup ketenangan dalam hati yang
membara ni? Sebab apa hati aku nak membara tak tentu pasal dengan Heidi tu, aku
sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, melihat dia beralasan begitu demi nak mengelak
daripada aku dan Amnah tadi, hati aku terluka. Tak banyak, tapi cukup untuk
merosakkan hari indah aku ni!
Dan,
untuk tambah memusnahkan lagi hari aku, di Parkson, mata aku menangkap dia yang
sedang mencuba saiz beberapa pasang kasut di H2. Mencuba saiz saja, tak apa,
aku no hal. Tapi, ada seorang lelaki di samping dia! Betul-betul berdiri
dihadapannya. Sudah mencuba sepasang kasut, dia tunjukkan pada lelaki itu, dan
si lelaki yang sedang bersilang tangan di dada itu akan menggeleng-geleng
dengan mulut mencebik. Dan Heidi ketawa. Dicuba pula sepasang kasut yang
lain... dan begitulah seterusnya.
Heh,
abanglah sangat!
Tak
mahu Amnah ikut menyaksikan babak Hindustan itu, aku pantas menarik dia berlalu
dari situ. Kami berlegar-legar sebentar, masuk Food Court, kemudian keluar
mencari-cari barang yang Amnah mahu. Sampai sekarang, sesudah hampir satu jam
berlegar sahaja di situ tanpa ada satu barang pun yang berkenan di hati Amnah.
Aku sendiri sudah mula muak. Tapi belum sempat aku nak mengajak dia pulang, dia
sudah berhenti melangkah. Sekali gus langkah aku ikut terhenti. Tangan aku yang
sedang menggenggam erat tangannya ini ditarik-tarik, mahukan perhatian.
Aku
angkat sebelah kening. “What? Dah tahu apa yang nak dibeli dah?”
Amnah geleng.
“Dah
tu?”
Amnah
sengih. “Jom pergi tempat diorang!” dia menuding jari ke suatu arah. Aku
mengikut hala tuju tangannya dan tiba-tiba hati aku berdetap laju.
Heidi
dengan lelaki tadi.
Kali ini, aku tak
lagi boleh mengalihkan pandangan. Menyirap darah aku bila melihat tangannya
yang sedang berpaut pada lengan lelaki itu. Rancak mereka bergelak-tawa
sampaikan aku yang berada tidak jauh dari mereka ni pun tak disedari.
Hubungan apa yang
menghalalkan Heidi bergayut macam tu di lengan lelaki tu?
Jangan kata abang,
sudah!
“Amnah, pergi masuk
dalam kedai Teddy tu kejap. Tengok mana yang cantik, kejap lagi Papa masuk.”
Pinta aku pada Amnah dan Amnah tapa banyak soal akur. Kedai Teddy, kan?
“Hai!” sapa aku
‘ramah’ sebaik sahaja mereka tiba betul-betul di hadapan aku.
“Er... hai?” mereka
nampak kaget seketika sebelum membalas senyum aku. Dia lagilah, senyum senget
seolah-olah aku ni stranger!
“Am,” aku hulur
tangan pada lelaki di sebelahnya.
Lelaki itu sekadar
senyum dan huluran tanganku disambut. “Dah tau dah. Amsyar, kan?”
Dalam tak sedar aku
dah mula nak kembang hidung. Dah kenal? Banyak sangat ke yang Heidi cerita
pasal aku?
“So...” aku
alihkan pandangan pada ‘dia’ pula. “Abang?” aku soal sambil sebelah kening
kuangkat.
“Eh...” dia nanar
seketika.
“Eh,” lelaki itu
pandangnya pelik. “Dah kenal ke?”
Dia angkat bahu
sekali. “Entah.”
Aku terkedu! Aku
pandang dia untuk beberapa minit, tak percaya, sebelum akhirnya aku
menggeleng-geleng dengan bibir tersengih sinis. “Lain kali, kalau awak tahu
awak akan kecewakan orang, jangan bagi harapan. Faham?”
“Hah?”dia menganga.
Aku ketap bibir.
Dasar! “Awak dah bagi harapan pada Amnah... pada SAYA! And now, bila
saya dah mula nak bukak ruang di hati saya ni, awak buat saya macam stranger.
Thanks a lot.”
Terkebil-kebil dia
pandang aku sudahnya. Mulut yang menganga tu tidak dikatup. Masuk lalat karang
aku jugak tanggung! Dalam tiga minit, dia pandang lelaki di sebelahnya, dan
lelaki itu ikut memandangnya sebelum akhirnya tawa mereka pecah! Terbahak-bahak
seolah-olah aku ni orang bodoh di hadapan mereka.
“Papa!” suara Amnah
yang menyeru kuat namaku membuatkan aku berpaling. Dia sedang bercekak pinggang
di pintu Teddy Shop itu memandang aku. Hilang sabar barangkali, menunggu aku
untuk ke sana. Tapi bila matanya beralih pada pasangan di hadapan aku ini,
bibirnya melebar. Terus dia berlari mendapatkan kami.
Tapi sebaik sahaja
Amnah melewati aku dan ingin mendapatkan mereka, aku menahannya pantas. “Don’t.”
Pergelangan tangannya aku genggam erat, tak mahu dia mendekati gadis itu.
“Kenapa Papa ni...”
Amnah nampak bosan. Bosan dengan sikap dingin semacam aku hari ni.
“She’s not your
Mama any longer sayang.” Jawabku mudah.
Aku, Amsyar yang
sudah pernah beberapa tahun ditemani seorang wanita dalam hidup aku, malah
sudah mempunyai seorang anak pun, tapi entah kenapa, kali ni, aku bertindak tak
seperti pertama kali aku kenal arwah Min dulu!
Tindakan aku kali
ini tak ubah seperti budak remaja belasan tahun yang baru nak kenal erti cinta.
Cinta monyet!
Malu! Malu bila
fikiran sebegitu terlintas di minda, tapi bila teringatkan sikap Heidi itu,
buat aku jadi bengang.
Memandang Heidi
semula, aku jadi tambah bengang. Boleh dia senyum malu-malu macam tu? Dalam
kata lain, sedang tahan tawa! Lucu sangat ke kata-kata dari hati aku tadi?
“It’s funny...
very funny, when a ‘duda’ has fall in love, right?”
“Eh, tak... saya
tak kata macam tu.” Dia cepat-cepat membetulkan, tapi tak lama kemudian dia
ketawa kembali. “Tapi... jujur saya kata, how sweet you are, Encik
Amsyar.” Dia menggeleng-geleng.
“Saya serius
Heidi.” Aku ketap bibir. Terasa diperbodoh!
“Betul, Encik,
I’m not her Mama.”
Makin aku
tersentak. Benci sangat ke dia pada aku, sampai begitu sekali dia mengenepikan
Amnah!
“But one thing
you should know, I’m not your Heidi too. Clear?”
Mata aku menyepet.
Masih kelam. Game apa ni? “What?”
Dia dan si lelaki
di sebelahnya itu cuma senyum dan angkat bahu. “Just wait and see...”
“Na!” serentak itu,
seorang wanita mendekati kami dalam kalut. “Sorry, sorry... ramai sangat
dalam toilet tadi...”
Aku pandangnya
sekali lalu sebelum aku menganga sendiri. Heidi! Bila memandang aku, dia ikut
gamam. “Awak buat apa kat sini?”
“Heidi?” aku tanya,
minta kepastian tapi bila melihat muka gamamnya dan ditambah pula dengan soalan
itu, aku jadi yakin. “What’s this?” aku tanya lagi, pada pasangan tadi
pula.
“What is it?”
Si ‘Heidi palsu’ tadi bertanya kembali sebelum dia kalih ke tepi, memandang
lelaki tadi. “Bang, dia tanya tu, jawab jangan tak jawab...”
Dan-dan lelaki itu
ketawa. Sekali lagi terasa aku diperbodoh. “Answer it yourself.” Jawab
dia ringkas sebelum berlalu diikuti wanita di sebelahnya. “Di... lima minit,
kitorang tunggu kat Food Court.” Sempat dia berpesan.
Dan Heidi yang asal
ini cuma mengangguk sebelum dia pandang aku kembali. “Buat apa kat sini?”
tanyanya.
“So,” Aku
silangkan tangan ke dada. Tunjuk lagak. “Parkson ni ada hitam putih kata hak
milik awak sekeluarga ke?”
“Sarkastik.”
Perlahan dia menggumam tapi masih sampai di pendengaran aku.
“Siapa tadi tu?”
aku soal kembali.
“Itulah Mak
Long...” Amnah menjawab laju. “Tadi Amnah nak kenalkan diorang kat Papa, Papa
tak nak...”
“Mak Long?” aku
pandang Amnah yang sudah melekat di sisi Heidi itu dan dia angguk bersungguh
cuba meyakinkan aku. “Mana Amnah tahu?”
“Kan hari tu Amnah
tidur rumah Mama.”
Aku angguk lambat.
Kemudian, aku pandang Heidi semula sambil sebelah kening kuangkat. “Mak
Long...”
Dia menggeleng
laju. “Halina yang tiba-tiba bahasakan diri macam tu, Amnah ikutlah.”
“Halina?”
“Along saya.”
Dan aku angguk
lagi. Kenapa muka macam copy-paste sangat? “Yang lelaki tu siapa?”
“Abang ipar!”
“Buat apa dengan
dia kat sini?”
Heidi pandang aku
lama, dengan senyuman yang bagai nak mencincang lumat tubuh aku ni. Tapi
mungkin kerana masih ada Amnah bersama kami ini, dia tetap menjawab soalan aku.
“Shopping.”
Aku tayang muka
pelik. Shopping... dengan abang ipar?
Heidi mendengus
melihatkan riak yang aku tunjuk. “Cari hadiah untuk Along... hari ni her
birthday. Abang Eiq... a.k.a Abang Long nak belikan dia kasut. Walaupun dia
dah tahu saiz, tapi untuk pilih yang betul-betul padan, dia pinjam kaki saya.
Sebab kaki saya ni, tak pun seluruh badan saya ni, copy-paste aje dari
dia! Puas hati?”
Aku mencebik. Tutup
malu sebenarnya.
“Sekarang ni lima
minit dah lepas, saya kena cari diorang. Tergendala plan kitorang!” dia
mendengus lagi. Sejenak, dia tunduk memandang Amnah. “Amnah nak ikut akak?”
Berubah terus ton
tu bila bercakap dengan Amnah.
“Mama nak pergi
mana?”
“Nyanyi... makan
kek... enjoying! Nak?”
“Nak sambut birthday
party eh?” mata Amnah membulat. Teruja.
“Pandai.” Heidi
cuit hidung Amnah sekali. Kemudian, tanpa pamitan, dia tarik tangan Amnah nak
berlalu ke escalator. Mujur sempat aku menghadang laluannya.
“Masalah apa
sebenarnya ni?” dia bertanya bosan.
Aku cuma diam
dengan tangan bersilang di dada. Tak tahu nak kat apa, tapi untuk biarkan dia
pergi saja, rasa tidak kena. Ada yang harus aku katakan. Aku tarik nafas
panjang, dan baru sahaja aku nak buka mulut bersuara, dia sudah berkata-kata
terlebih dahulu.
“Look, saya
tahu saya salah, ambik barang awak tanpa izin. Saya mengaku, and dengan
sepenuh hati saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Ikhlas! Sekarang pleaselah,
saya dah janji nak sambut birthday Along hari ni...”
Ambik barang tanpa
izin? Sekejapan itu, minda aku teringat pada kotak koleksi yang dia minta Amnah
untuk pulangkan pada aku pagi tadi. Koleksi CD kenangan antara aku dan arwah
Min juga Amnah. Antara hobi aku suatu waktu dahulu, merakamkan setiap detik
yang berlalu untuk menjadi tontonan bersama semula. Tapi sayang, sekarang,
handicam itu pun sudah tak tahu mana letaknya. Terlalu kecewa dengan pemergian
Min dulu, buat aku ambil keputusan untuk tidak lagi menggunakannya.
“Awak tengok ke CD
tu?” aku soal terus. Dapat modal untuk terus bersuara.
Lambat-lambat Heidi
angguk diikuti dengan keluhan kecil. “Saya tengok, and sebab tu... saya
rasa menyesal sangat sangat dengan apa yang saya buat sebelum ni.”
“Menyesal?”
aku kerutkan kening. “Awak buat apa?”
“Saya tahu yang
awak tahu, yang sebelum ni saya cuba nak ambik tempat arwah di hati awak. Tapi
sekarang, saya sedar yang saya tak boleh. Saya takkan boleh ganti tempat dia di
hati awak, and jugak Amnah. She is the best for both of you, forever
and ever. Saya tahu saya salah, for having kind of that feeling.
Sebab tu, saya mintak maaf sangat-sangat dan kalau awak nak, saya setuju untuk
tak ganggu family awak lagi lepas ni. Promise.”
Sentap, aku
merenungnya geram. “So easy, uh?”
Heidi diam, tak
tahu nak jawab apa barangkali.
“Habis tu, macam
mana dengan Amnah? Beria-ria dia panggil awak Mama, awak tak tersentuh? Salah
awak! Awak yang dah bagi dia harapan! And me, how about me?”
Heidi pandang aku
cepat. Tak memahami. Tak lama, seulas senyum yang terbit di bibirnya bagai
menggambarkan sesuatu. Aku angguk, cuba mengiakan apa yang dia fikirkan. Makin
lebar senyumnya. Tangannya aku lihat menggenggam kemas tangan Amnah.
“Awak takkan halang
saya jumpa Amnah?” soalnya membuatkan aku rasa bagai nak ketuk saja kepalanya
tu. Salah faham rupanya!
“Asalkan antara
kita bertiga ada ikatan.”
“Haaa?”
“Be my wife.”
============================
HIDAYAH
& AMSYAR
“Hey,”
ada suara yang memanggil dari belakang membuatkan Heidi yang sedang asyik
merenung satu bingkai gambar itu berpaling.
“Yeah?”
sebelah keningnya diangkat.
“Tengok
apa?” si penyeru itu mendekati.
Heidi
pandang dia. “Nothing.” Dan dia senyum. Bahu diangkat.
“Nothing?”
Amsyar ikut angkat kening. “Tercegat dari tadi tengok dinding ni... orang
panggil tak menyahut, and you are just saying it’s nothing?”
Heidi
cuma senyum. Tahu yang Amsyar sekadar bertanya tanpa perlukan jawapan, dia cuma
pilih untuk terus diam. Pandangan terus fokus pada bingkai gambar yang terlekat
di dinding itu. Wajah seorang wanita yang berambut perang menjadi santapan mata
dia dari tadi.
Min.
Mungkin,
seulas senyum inilah yang menambat hati Am dulu.
“Dia
cantik, kan?” satu soalan terpacul dari bibirnya, dan serentak itu dia pandang
Amsyar. Senyum di bibir sengaja diukir, tanda dia bukan sedang dalam aura
mencemburui atau seumpamanya.
Amsyar
ikut senyum. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam saku belakang jean, dan
serentak itu bahunya diangkat. “Nak abang jawab apa?”
“Tak
perlu jawab apa-apa.” Putus Heidi akhirnya. Sebab jawapan itu memang dia sudah
tahu.
Min
memang cantik.
Min
manja.
Min
matang.
Min
taat.
Dan
Min yang terbaik buat abang.
Bukan Amsyar yang
ucapkan itu, tapi Heidi sendiri tahu semua tu. Cukup terbukti dengan rakaman
kenangan antara mereka dulu.
Tapi sekarang, Min
sudah tak ada. Yang ada hanya Heidi dan Amsyar. Juga Amnah. Apa yang Heidi tau,
Heidi akan cuba buat yang terbaik. Heidi akan cuba jadi macam Min. No... no,
Am kata, jangan cuba untuk jadi macam Min, tapi make sure Heidi boleh
buat lebih dari Min!
And yes. Kalau Min boleh, kenapa tak Heidi?
“Jom,”
“Ke mana?”
“Granny
dengan Granda Amnah dah tunggu kat luar tu. Dari tadi bising nak jumpa anak
perempuan dia ni...”
Heidi
ketawa. Mr. Dan Mrs. Smith datang dari Belanda ke Malaysia semata-mata untuk
menjenguk pengganti Min. Cukup sesuai ke tidak untuk jadi ‘Min’ dalam hidup
Amsyar... dan Heidi akan pastikan, Heidi lebih dari sesuai untuk jadi lebih
dari ‘Min’ dalam hidup mereka.
Min, Heidi janji,
Heidi akan jaga abang, jaga Amnah, jaga rumah tangga kami, macam nyawa Heidi
sendiri. Min adalah idola Heidi!
P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace.
P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace.
best! sambung please..
ReplyDeletemenarik..
ReplyDeletecant wait for the next..
hihi
cant waittttt :)
ReplyDeleteteam bola sepak ngara tu...bgi nma sket...
ReplyDelete>>k<<
best... best, sgt best!
ReplyDeleteSangat menarik....
ReplyDeleteLain dari yang lain..... #^_^
best sngt...
ReplyDeletebest2 just ada kemusykilan sket~ min meninggal sbb apa? eksiden ke? saya xtahu kalau2 saya ada terlepas pandang ke apa~ anyway sangat2 best writer! gud job~ :D :D
ReplyDeletesambung la... tak pun buat e-novel... best sgt cerita ni... tak puas la nak lagi
ReplyDeleteMenarik cerita nie... Sambung g plz, nak tau endingnye...
ReplyDeletejalan cerita yang best.. (^^)
ReplyDeleteSweet. Klo dpanjangkan lagi mesti best. Good job. Hehehe
ReplyDeletesweet,,,
ReplyDeleteSweet dan best...kippidap
ReplyDeletehttps://bayanlarsitesi.com/
ReplyDeleteYakuplu
Tuzla
Barbaros
Yavuz Selim
SOV
İstanbul
ReplyDeleteSivas
Kırıkkale
Zonguldak
Iğdır
PQX
adıyaman
ReplyDeletesakarya
yalova
tekirdağ
amasya
U65
https://titandijital.com.tr/
ReplyDeletebingöl parça eşya taşıma
kırşehir parça eşya taşıma
gümüşhane parça eşya taşıma
rize parça eşya taşıma
81AOJ7
van evden eve nakliyat
ReplyDeletesivas evden eve nakliyat
çankırı evden eve nakliyat
bartın evden eve nakliyat
erzincan evden eve nakliyat
İ4KN78
E5672
ReplyDeleteİzmir Parça Eşya Taşıma
Bingöl Lojistik
Adana Evden Eve Nakliyat
Çorum Parça Eşya Taşıma
Gümüşhane Lojistik
76289
ReplyDeleteAksaray Şehir İçi Nakliyat
Tunceli Şehirler Arası Nakliyat
Ankara Şehir İçi Nakliyat
Sivas Lojistik
Hatay Şehirler Arası Nakliyat
Mamak Boya Ustası
Kocaeli Parça Eşya Taşıma
Erzincan Parça Eşya Taşıma
Isparta Şehirler Arası Nakliyat
1370E
ReplyDeleteAdıyaman Parça Eşya Taşıma
Tunceli Lojistik
Çankaya Fayans Ustası
Nevşehir Parça Eşya Taşıma
Sincan Fayans Ustası
Elazığ Evden Eve Nakliyat
Şırnak Lojistik
Ankara Fayans Ustası
Kırıkkale Lojistik
EB3CE
ReplyDeleteErzincan Şehirler Arası Nakliyat
Diyarbakır Evden Eve Nakliyat
Urfa Parça Eşya Taşıma
Kırşehir Parça Eşya Taşıma
İstanbul Evden Eve Nakliyat
Antep Parça Eşya Taşıma
Kars Evden Eve Nakliyat
Sinop Parça Eşya Taşıma
Okex Güvenilir mi
F9B12
ReplyDeleteKütahya Lojistik
Isparta Şehir İçi Nakliyat
Denizli Evden Eve Nakliyat
Artvin Lojistik
Kırşehir Şehir İçi Nakliyat
Siirt Şehirler Arası Nakliyat
Çerkezköy Yol Yardım
Çerkezköy Mutfak Dolabı
Eryaman Boya Ustası
3EC41
ReplyDeleteReferans Kimliği Nedir
Konya Şehir İçi Nakliyat
Antep Parça Eşya Taşıma
Kayseri Şehirler Arası Nakliyat
Çerkezköy Cam Balkon
Sinop Parça Eşya Taşıma
Kripto Para Borsaları
Bartın Lojistik
Çerkezköy Organizasyon
FEF7B
ReplyDeleteKocaeli Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Oto Lastik
Kırıkkale Evden Eve Nakliyat
Bursa Şehirler Arası Nakliyat
Siirt Lojistik
Muğla Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Halı Yıkama
Sinop Parça Eşya Taşıma
Bartın Lojistik
4E70E
ReplyDeleteÇorum Parça Eşya Taşıma
Bilecik Şehir İçi Nakliyat
Kayseri Şehirler Arası Nakliyat
Batman Şehir İçi Nakliyat
Nevşehir Lojistik
Manisa Parça Eşya Taşıma
Düzce Şehirler Arası Nakliyat
Kastamonu Lojistik
Van Parça Eşya Taşıma
FD961
ReplyDeleteMercatox Güvenilir mi
Niğde Şehirler Arası Nakliyat
Okex Güvenilir mi
Kütahya Şehirler Arası Nakliyat
Afyon Lojistik
Altındağ Fayans Ustası
Tekirdağ Cam Balkon
Yobit Güvenilir mi
Mamak Boya Ustası
54D17
ReplyDeletebuy testosterone enanthate
Paribu Güvenilir mi
Sakarya Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Çatı Ustası
buy trenbolone enanthate
order steroid cycles
order deca durabolin
trenbolone enanthate for sale
Samsun Evden Eve Nakliyat
7A1D1
ReplyDeletebinance referans kodu
resimli magnet
resimli magnet
resimli magnet
referans kimliği nedir
binance referans kodu
binance referans kodu
binance referans kodu
referans kimliği nedir
CC878
ReplyDeletekars nanytoo sohbet
ücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
antalya en iyi ücretsiz sohbet siteleri
burdur parasız sohbet siteleri
giresun parasız sohbet siteleri
konya bedava sohbet siteleri
artvin kızlarla rastgele sohbet
ordu rastgele görüntülü sohbet
mobil sohbet bedava
89051
ReplyDeleteBursa Mobil Sohbet
Giresun En İyi Rastgele Görüntülü Sohbet
ığdır goruntulu sohbet
erzurum mobil sohbet et
mobil sohbet bedava
Adana Rastgele Görüntülü Sohbet Uygulamaları
canli sohbet bedava
yabancı sohbet
karabük canlı sohbet siteleri
E57F8
ReplyDeleteMexc Borsası Güvenilir mi
Sohbet
Binance Hesap Açma
Coin Madenciliği Nedir
Bitcoin Nasıl Alınır
Threads Takipçi Hilesi
Facebook Takipçi Hilesi
Parasız Görüntülü Sohbet
Kripto Para Kazanma Siteleri
73AB1
ReplyDeletesushiswap
defillama
spookyswap
avalaunch
dao maker
shapeshift
uniswap
poocoin
pancakeswap
11BBE
ReplyDeletereferans kimliği nedir
aax
binance
paribu
okex
kripto para telegram
kripto para nasıl alınır
bitget
paribu
شركة مكافحة بق الفراش بالاحساء enqZMot3YI
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بمكة xpL0BKQorE
ReplyDeleteشركة تنظيف افران بعنيزة iRP1CADQ74
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري GnU2AVMtDt
ReplyDeleteتسليك مجاري 03tv7nY00K
ReplyDeleteشركة تنظيف بالاحساء OGGIsotbrG
ReplyDeleteشركة عزل مواسير المياه براس تنورة FO6BfWQVSs
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بخميس مشيط dyZau7o7Ny
ReplyDelete