ps: ini sambungan bab lepas. sengaja dipendek2kan. =)
Amir sengih
memandang Solehah yang sibuk mencedok lauk yang dipilih ke dalam pinggan, lalu
disua kepada Amir. Macam loving
suami-isteri pulak rasanya...
“Kalau
macam ni hari-hari kan best?”
“Jangan nak mengada, makan cepat!”
Amir mencebik, “mengalahkan Rika
Sumantho la kau ni.” Nasi disuap ke mulut. “Kau masak ek.” Terangkat keningnya
bila menyoal.
“A’ah. Gandingan mantap aku dengan
Oyiez. Amacam, best?” Solehah menongkat
siku ke meja, tapak tangan menampung dagunya.
“Kau taruk apa dalam ni?” muka Amir
jelas berkerut, menggambarkan teruknya rasa makanan itu.
Solehah berubah riak, “apasal? Masin
sangat ek?” tangannya reflek menyenduk sedikit kuah Tom Yam ke atas tapak
tangan lalu dihirup perlahan. “Okey je?”
Amir sengih. “Takde la, aku rasa
macam makin sayang kat kau. Taruk ubat guna-guna ek?”
“Ceh, aku cepuk jugak budak ni
karang...” Solehah menggumam perlahan. “Tapi still ar, tak boleh lawan mama kau punya mushroom soup. Five star.”
“Mushroom
soup?” Amir kerutkan kening. “Sedap ke?”
“Kau ni la... tak menghargai. Kalau
aku la ada family yang boleh buat mushroom soup macam hari tu, tabik
spring aku. Memang terbaik la. One day mesti
aku kena berguru dengan dia.”
Sekali lagi suapan Amir terhenti.
Mata merenung dinding bercat biru laut di depan. Lama bagai sibuk fikirkan
masalah negara. Tak lama kemudian, dia bangun menuju ke sinki. Pinggannya
dibasuh. “Pergi salin baju, then ikut
aku.” Dia mengarah pula.
Berkerut dahi Solehah jadinya. “Nak
ke mana?”
“Kau nak bawak lari ke mana chef aku
tu? Sungai Golok?” Farhan muncul di pintu dapur.
“Er...” kacau daun betul la!
“Belajar masak.”
“Aku kan dah cakap aku tak suka
masuk kelas masak!” protes Solehah. Dia berpaling memandang Farhan, minta
simpati.
“Belajar dengan mama aku la bengap!”
==> heheh. sory2. sy tahu mmg bila baca pun, ada yg akan lost cerita apa ni. lupa nak update. ini pun lps ada org tnya psl izzat baru terlintas nak publish.
exam cuti 11 hari, so kalau sy bukak lappy insyaAllah sy update lg.
do comment yeah.
=)
peace.
cool. :)
ReplyDeletekalau bleh updet la slalu ye.
lama sgt nak tunggu...
hihix2.