Reza, Muiz dan Izzudin saling
berpandangan sesama sendiri melihat air muka yang dipamer Nash sebelum bahu
masing-masing diangkat. Apa lagilah yang tak kena. Mood mengalahkan kaum wanita
kena PMS saja! Pagi-pagi lagi boleh tunjuk muka kelat macam tu. Orang nak ke
kelas ni, senyumlah sikit. Ceria. Mulakan hari dengan senyuman, bak kata Dr
Fadzillah Kamsah di TV pagi-pagi biasa tu.
“Kau kenapa, Daniel?” Izzudin
bertanya acuh tak acuh sambil tunduk mencangkung nak merantai tayar Lagenda
merah hitam miliknya. Satu geng, lima orang, lima-lima pakat tunggang Lagenda
belaka. Cuma berbeza pada warna. Kongsi taste yang sama.
Nash Cuma diam tak melayan. Cuma
mata saja masih fokus pada satu sudut di ruang parkir motosikal pelajar itu. Pagi-pagi
sampai ke kampus dah disajikan dengan pemandangan yang menyakitkan hati. Heh.
Reza tergelak kecil melihat gaya
Nash. “Dah-dahlah tu weh... orang lain pun bercinta ugak. Tak ada sampai gaya
pandang tak berkelip macam kau. Turun-turunlah, yang dok bertenggek atas motor
tu lagi kenapa? Kelas kau berapa minit aje lagi nak start ni.”
Nash menjeling sekilas. Helmet
yang masih di kepala ditanggalkan malas, tapi dia tetap bertenggek di situ. Tak
nampak tanda-tanda dia nak turun. Mulutnya menjuih ke tempat yang menjadi
santapan renungan tajamnya dari tadi tu. “Tu, kau tengok tu... kalau aku ajak keluar,
heh... follow. Follow. Konon tak naik motosikal dengan lelaki. Yang tu apa tu?”
Kali ni, Reza, Muiz dan Izzudin
dah berkerut dahi. Kening masing-masing terangkat tinggi. Pandangan mereka
lemparkan ke arah yang dipandang Nash.
Cha yang sedang menunggu Raiqal
mengunci tayar LC mereka. Heh. Apa halnya?
“Masalah apa kau ni?” Muiz pula
bertanya pelik.
“Tu... kau tengok tu...” Nash
memanjangkan lagi muncung itiknya.
Tiga orang rakan tadi dah
tergeleng kepala tak faham sebelum berjalan meninggalkannya. Karang kalau
tunggu, heh... boleh makan berjam-jam agaknya!
Dan Nash masih di situ dengan
muka sebalnya. Bertambah sebal bila melihat Raina dan Raiqal mula mengatur
langkah meninggalkan ruang itu. Elok bergelak-tawa tanpa ada tanda langsung
yang menunjukkan kehadiran dia di sini disedari.
===================================
Masuk ke kelas, laju saja bola
matanya bergerak menjalankan tugas. Mencari tempat yang paling dekat dengan Raina.
Dan memang langkah kanan sungguhlah. Sebelah kiri Raina memang available lagi.
Terus kakinya dikerah untuk cepat-cepat menapak ke situ. Takut dirembat orang
lain.
Raina
yang sedang ralit bercakap dengan Fira berpaling padanya sekilas dan lemparkan
senyuman cerianya dengan kening terangkat kedua-dua belah. “Hai!” Sepatah itu
yang dia ucap sebelum berpaling pada Fira kembali. Sekadar menyapa!
Nash tahan hati.
==============================
“Psst...”
Bahu Raina disiku perlahan.
“Hm...” Raina menyahut acuh tak
acuh dalam pada tangan ralit membuat nota ringkas. Sekali-sekala dia mendongak
memandang muka lecturer, cuba fokus dan ada masanya cermin mata berbingkai
hitam yang tertenggek di atas hidungnya itu dinaikkan sedikit dengan jari
telunjuk, menyelesakan keadaan.
“Nanti karang kau balik dengan
siapa?”
“Hm...” Bebola mata Raina masih
pada nota kecilnya. “Tak tahu lagi. Aku ingat nak pergi kafe kejap...”
“Pergi kafe?” Nash tanya semula
tanpa sempat kawal nada suara. Sudahnya, terpaksa dia sengih menerima pandangan
ntahpape budak-budak sekelas. “Pergi sana buat apa?” soalnya lagi, kali ni
berbisik seperti awal-awal tadi.
“Jumpa Abang Riflah...”
Heh, dah ke kafe tu, mestilah
jumpa mamat tak semenggah tu. Takkan pulak nak jumpa mamat misteri yang Raina
selalu bersungut tu. Impossiblelah kan. Tapi masalahnya, untuk apa? Perlu ke
tiap-tiap hari nak tunjuk muka kat mamat bajet muka matang sangat tu? “Kalau
hari ni tak pergi tak boleh ke?” ...wajib sangat ke? “Ikut aku pergi library
kejap, boleh?”
“Aku tak sedap hatilah. Semalam
pun lain-macam aje muka dia tu... kutlah dia ada terasa hati dengan aku. Siapa
tahu.”
Nash menjuih tanpa sedar Raina.
“Gaya macam laki-bini. Habis tu, balik?”
“Rumah aku dekat aje kut, tak
sampai setengah jam pun.”
“So, jalan kakilah?”
“Kalau letih sangat nanti aku
call Raiq lah, tak payah nak kalut...” Raina jujur.
Jujur
sungguh, dengus Nash sendiri.
===============================
“Abang Rif ada?” tanya Raina
pada Anis yang sedang tercegat di kaunter waktu itu. Anis cuma senyum segaris.
Sambil menekan-nekan mesin duit, dia juihkan sedikit bibir ke arah bilik
peribadi Rifqi di sebelah dapur. Dan Raina angguk mengerti. Lelah sangat dah
tu... berderetan yang beratur belakang aku ni.
Selesai
membayar, dia membawa Oreo Cheese Cake yang dipilihnya dan sebotol Tropicana
Twister botol kecil ke meja yang masih kosong. Sebelah tangan lagi bergerak
menekan-nekan kekunci telefon.
BZ
ke? Orang tunggu kat meja ni...
Dan
tak lama, Rifqi muncul, tanpa cap putih dan apron rasmi kafe melekat di tubuh. Buat
kerja pejabat agaknya. Raina sengih menyapa. Ambil hati. “Busy eh?”
“Tengah
check akaun kafe. Tapi sebenarnya abang pun letih jugak, seharian tak rehat...”
“Tak
rehat kenapa? Nak check akaun takkan sampai berjam-jam?”
“Tengok
sekelilinglah cik adik oi. Tak menang tangan si Ziad dengan Anis nak layan
customer. Tak surut-surut dari tadi.”
“Alhamdulillah!”
Raina mengingatkan.
“Iya...
alhamdulillah. Abang bukan merungut, just bercerita... heh. Payahlah Cha ni.”
Raina
senyum. Dalam diam, dia mengeluh lega. Mood Abang Rif baik hari ni, tak macam
petang semalam. Dalam pada dia menikmati kek di hadapannya, Rifqi menyuakan
satu bungkusan yang berbalut cantik ke arah dia. Tahu sangat apa yang ada di
dalam bungkusan itu.
“Lagi?”
Suapannya terhenti dan dia buat muka tak senang.
Rifqi
senyum dan angkat bahu. “Selagi Cha buat koleksi dalam almari aje semua yang
abang bagi tu, selagi tu abang takkan berhenti bagi.”
Raina
mengeluh. Dapat hadiah selalu, siapa yang tak suka. Tapi, dia pun ada hati. Ada
perasaan. Entah apalah yang Anis atau Ziad kata bila tengok Abang Rif bagi dia
benda-benda ni semua. Dalam almari baju kat bilik tu, dia jamin, dah lebih dari
sepuluh koleksi tudung yang Abang Rif kasi. Pelbagai jenis, pelbagai warna dan
tentunya pelbagai harga! Tapi dia sampai sekarang tak terbuka lagi hati untuk
bertudung. Bukan tak suka, bukan anti, tapi tak ada rasa ‘nak’ yang muncul
dalam diri tu yang susah. Lagipun, untuk jadikan ‘bertudung’ tu satu isu dalam
kepala ni pun jarang sekali.
Apa
Cha? Tak terbukak hati? Heh... kau tak ingat ustaz semalam kata apa? Menunggu
hidayah untuk sampai tu samalah seperti menunggu pintu syurga tertutup.
“Nanti-nantilah
Abang Rif, orang pakai...”
“Nanti
bila?”
“Nanti
orang dah bersedia.”
“Persediaan
tu kena bina Cha, bukan ditunggu.”
Raina
mengeluh lagi. Untuk keseratus lima puluh juta kali... hailah, menyanyi pulak
dah. Tapi betullah, untuk kesekian kalinya, isu ni dibangkitkan. Malas
sungguhlah.
“Abang
Rif tok sah risaulah, one day Cha pakailah. Sekarang ni Cha malaslah, tengok
orang kiri-kanan...” Raina alihkan pandangan ke pandang sekeliling, seperti
kebiasaan. Mula mencari sasaran. “Tu...” bibirnya menjuih sedikit pada seorang
kakak di hujung sudut kafe. “Kakak tu pun bertudung jugak, tapi apa beza dengan
Cha kalau setakat pakai tudung dengan bonggol unta tinggi atas kepala? Huih...
nak menjeling pun takut heh. Tu sorang lagi...” bibir menjuih lagi. “Tudung
pakai, tapi ‘nasi lemak’ dia tetap dedah kasi orang tengok. Buat free show. Apa
maknanya tu?” Menahan muka yang membahang saja ni...
Rifqi
tersenyum nipis sebelum tergeleng-geleng.
“Hah,
yang baru masuk tu... cuba abang tengok. Tudung ada, tapi baju seluar entah
apa-apa. Segala jenis lekuk boleh nampak.” Time macam ni memang lancar aje
flashback kuliah Ustaz Kamarul semalam berputar di minda.
Tiba-tiba
suara orang perempuan ketawa beramai-ramai kedengaran. Serentak Raina dan Rifqi
berpaling mencari arah datangnya suara itu. “Hah, tu lagi satu. Yang paling Cha
tak tahan, pakaian elok sempurna habis, tudung dah nak-nak bulat dan labuh
mengalahkan sekolah arab, tapi bila bercakap, masyaAllah! Ketawa dia
mengilai-ngilai, bahasa dia tak sanggup nak ulang... apa ke benda tu?”
Terkebil-kebil
Rifqi membalas pandangan Raina sudahnya. Bila dilihat Raina berhenti seketika
dari memerhati sekeliling untuk menarik nafas, dia angkat kening. “Dah habis?”
Raina
menjuling.
Rifqi
menghela nafas panjang. “Kenapa Cha mesti nak ambik contoh ntahpape macam tu?
Abang Rif rasalah, kat luar tu, banyak lagi golongan bertudung yang manis bila
dipandang, cantik bila dikenali juga. Kan?”
“Siapa
sangat...”
“Kawan
baik Cha tu?”
Raina
terjerat. Bila dia cuba mendongak memandang Rifqi, rupanya Rifqi sedang merenung
dia dengan bersungguh berserta senyumnya. Haih. Terus dia melarikan biji mata
dari terus memandang Rifqi sambil tunduk menghirup air di delam gelasnya. Fira
tu suku kiralah. Dia dari awal lagi memang ‘macam tu’. Pergi ke kelas mana
pernah dia pakai baju lain selain baju kurung atau jubah. Kalau iya pakai
seluar pun, jeans, heh... ampun. Awal-awal lagi rejected. Selama ni pun, memang
Fira lah idola dalam senyapnya. Tabik dalam diam. Dan Fira sendiri pun banyak
bagi nasihat yang boleh dipakai untuk dia. Tapi, untuk dia sendiri yang meminta
diberi nasihat, segan. Sangat segan. Apatah lagi dengan BFF sendiri. Lagipun
dia tu...
“Dia
tu dari awal lagi macam tu Abang Rif. Kalau pun ya dia baru, dia ada kekuatan.
Pembimbing. Imam. Abang Firas tu sentiasa ada di sisi dia. Menjadi penguat
semangat dia kalau dia jatuh. Pengubat hati kalau dia terluka.”
“Kalau
Fira ada Firas, then Cha ada abang.” Mudah Rifqi membalas.
Raina
tertunduk lemah. Lemah sungguhlah bila kita bercakap ada aje yang nak
dijawabnya. Haih. Sebelah tangan naik menggaru-garu kepala yang tak gatal. Bagi
dia, bertudung atau tak, itu bukan isu. Ni, dalam hati ni mau kira. Kalau
setakat tudung tak pernah tanggal, tapi mulut longkang bau loji tahi... apa
macam? Tak ke memburukkan imej Islam tu? Kalau pakai tudung, tapi pakai sebab
terlalu nak ikut fesyen terkini... hah, suku kira pulak. Macam zaman sekarang
inilah. Sebab selebriti pun dah ramai berhijrah, tudung pun dah bermacam jenis.
Kadang-kadang tudung tak layak digelar tudung tu yang ramai orang pakai.
Dia
ni... walaupun rambut dibiar lepas, tapi hati cantik! Lagipun Papa sendiri tak
pernah nak marah-marah dia, jadi kenapa perlu dia merajinkan diri nak
menyesakkan kepala otak? Yang selalu papa pesan, solat lima waktu jangan
sesekali ponteng. Itu tiang. Asas akidah kita. Kalau yang itu goyang, haa...
memang harus kita tak sedap duduk.
Loceng kafe berbunyi menarik perhatian mereka. Raina memandang gerangan
yang menapak memasuki kafe sekali lalu. Sekadar memandang dalam pada telinga
mendengar akan bicara Rifqi dan mulut berceloteh membalas kata-kata lelaki itu.
Seorang wanita separuh usia nampak sedang berbual-bual mesra dengan Anis di
bahagian kaunter. Berbual, makna kata bersembang. Bukan berbual customer-cashier.
Kening Raina naik terbentuk. Saudara ke? Tak lama, Ziad pula nampak mendekati
mereka. Lama melepak di situ. Akhirnya, Raina angkat bahu. Nak pening-pening
kepala buat apa? Hailah... Raina fokus pada Rifqi semula. Namun, perhatiannya
terganggu lagi bila wanita tadi nampak mendekati meja mereka. Terkebil-kebil
Raina memandangnya. Saya kenal mak cik ke?
“Rif...” sapa wanita itu sambil tangan naik menepuk lembut bahu Rifqi.
Oh... tauke punya saudara ke...
“Eh, mama! Kenapa sampai ke sini?” Rifqi bangun dan menyalami tangan
wanita itu.
Erk, mama? Laju saja Raina bangun, menghormati. Lebih pada mengambil
hati sebenarnya. Heh.
“Mama jumpa kawan mama tadi. Alang-alang lalu sini, singgah kejap. Ni
tak ada kerja ke ni? Bersantai sakan nampak.” Puan Rozita duduk menyelesakan
diri. Tauke kepada tauke, mana tak selesa? Huluran tangan Raina disambutnya
dengan senyum manis di bibir.
“Baru rehatlah ni. Kenalkan Ma, Cha.”
“Kawan?”
“Ah? Haa... kawan, kawan.” Raina mengangguk. Takkan kekasih kut? Tunang
yang selalu dia sebut tu nak dicampak ke mana? Aku on aje...
“Student lagi la ni?”
“Ijazah.”
“Oh...” Puan Rozita mengangguk lagi.
Seterusnya, Puan Rozita terus berbual tentang macam-macam hal dan Raina
melayan mesra walaupun masih boleh dilihat canggungnya. Rifqi sengih dalam tak
sedar. Dah rupa interview cari menantu ni! Lama berbual, tiba-tiba Raina
meminta izin untuk ke tandas. Puan Rozita sekadar senyum mengangguk. Setelah
Raina berlalu, suasana jadi sepi. Puan Rozita pandang Rifqi tak berkelip.
Pandangan mintak penjelasan. Rifqi pula cuma menyandar dengan mata memandang
siling. Nak bersiul, takut diceramah panjang pula. Tapi sejujurnya, dia tahu
makna pandangan mamanya itu.
“Kenapa ma?” soalnya dengan muka suci. “Air tak sampai lagi ya? Mama
dah order dengan Yad ke belum ni?”
Spontan tangan Puan Rozita naik menepuk lengan Rifqi. Geram. “Tak payah
nak melencong. Explain.”
Rifqi tergelak kecil. “Explain apa pulak ni ma? Isy, mengalahkan polis
kat balai pulak mama ni...”
“Mama serius Rif.” Puan Rozita menjegil. “Patutlah pun, sekarang ni
jarang sangat nak balik rumah. Ada yang disorok rupanya...”
Kali ni, Rifqi benar-benar ketawa. Bukan ketawa nak tutup cerita saja.
“Mama ni, gaya macam Rif nikah senyap-senyap aje. Rif tak balik sebab Rif
letihlah ma. Kafe ni bukak pukul berapa, tutup pukul berapa? Mama sendiri tahu
kan Rif sibuk sangat. Sebab apa lagi? Takkan mama nak kata malam-malam Rif
ditemani bidadari cantik tu kot? Hah, lena sungguhlah.”
“Hah, bidadari cantik!”
Rifqi sengih. “Kidding... kidding...”
“Rif, jangan lupakan bakal tunang...”
Tak sempat ayatnya dihabiskan, telefon Raina yang tertinggal di atas
meja itu berdering. Serentak mereka menjeling ke skrin. Nash yang menelefon.
Heh. Tangan Rifqi bergerak menekan punat ‘silence’. Dalam tak senang dengan
panggilan itu, Rifqi berterima kasih juga. Nampak dari air muka mama pun macam
dah lupa topik terakhir mereka yang baru nak masuk gear satu aje tadi. Bakal
tunang segala!
Beberapa minit berhenti, sekali lagi telefon itu berdering. Kali ni
bukan dari pemanggil yang sama. Rifqi menjenguk skrin dan tertera nama ‘Papa’
di situ. Mengenangkan sebelum ini dia pernah berbual dengan papa Raina, laju
saja dia menyambar telefon itu dan punat hijau ditekan.
“Hello,” sapanya perlahan. Kening mamanya yang naik terbentuk di
hadapannya dibuat tak nampak.
“Hello? Siapa ni?”
“Ini Rif pak cik. Kawan Cha yang hari tu.”
“Oh... Cha ke mana ya?”
“Cha pergi...” Tak sempat nak menjawab, matanya menangkap kelibat Raina
yang sedang laju berjalan ke arah meja mereka. “Haa, kejap pak cik.” Lalu disua
telefon itu kepada Raina yang baru nak melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Papa...” Menyedari jelingan dalam diam dari mamanya, pantas dia menambah, “...
Cha. Papa Cha.”
Anggukan dan senyuman daripada mamanya buat Raina seterusnya sudah dia
faham baik. Sementara Raina bercakap dengan papanya, Puan Rozita memberi
isyarat pada Rifqi, meminta diri. Rifqi mengangguk sambil tangan mamanya
dicium. Setelah menepuk sekali bahu Raina, Puan Rozita terus berlalu. Raina
mengangguk dan mengukir senyuman buat Puan Rozita, mengambil hati. Beberapa
minit kemudian, panggilan ditamatkan.
“Ada apa?” Rifqi buat muka ingin tahu. “Teruja benar nampak?”
Raina sengih. “Papa ada kat rumah kitorang sekarang ni, tunggu Cha
balik. Dia nak suruh Cha tengok motor baru Raiq, okey ke tak.”
“Motor?” Kening Rifqi naik terbentuk. Tak faham.
Raina senyum dan mengangguk tiga kali sambil menghabiskan keknya. “Papa
ada beli motosikal untuk Raiq. Untuk birthday Raiq, malam ni. First birthday
dia yang kami nak celebrate after more than ten years...”
“Oh...” Patutlah syahdu semacam mukanya. “So, balik dengan apa? Takkan
Raiq jugak kot? Kata nak surprise...”
“Jalan kakilah,” jawabnya mudah. Bukan jauh sangat pun, setakat jalan
sini ke situ, baru tercabut satu skru lutut.
“Jom Cha, balik dengan aku.” Nash muncul tiba-tiba. Tersentak Rifqi dan
Raina melihat dia yang tercegat di sisi Raina itu. Entah datang dari mana,
tiba-tiba ajak orang dalam gaya memaksa. Rifqi dah menjeling tak senang dengan
pelawaannya itu. Tapi, ada aku kisah? Kata hati Nash. “Jomlah.”
“Kau dari mana ni?” Raina mengurut dada.
Nash mendengus. Banyak bunyi sungguhlah. Tadi dia ke sini bercadang
sekadar nak mengajak Raina keluar, tapi sebaik saja sampai, yang dia dengar
Raina akan pulang berjalan. Hah, peluang keemasan dah tu. “Dah, tak payah nak
banyak mulut. Habiskan air kau, aku hantar kau balik.”
Dalam bingung, Raina habiskan jua air di dalam gelasnya. Dan bila
habis, laju saja tangannya ditarik Nash. Raina mendengus kasar sebelum menepis
keras tangan Nash itu. “Apa ni Nash?”
“Aku hantar...”
Rifqi seperti biasa, cuma terkebil-kebil menanti babak seterusnya.
Melihat Raina yang akhirnya akur, dia tersenyum sinis. Yang dia hairan, buat
apalah Cha nak membangkang sungguh-sungguh kalau sudahnya dia ikutkan juga
kehendak Daniel itu?
Cha... bonceng motor dengan lelaki. Dan lelaki tu bukan Raiq.
Cha dah maju setapak.
Heh. Rifqi speechless.
##ehem! maap lama xapdet.
lamanya nk ada n3 baru....
ReplyDelete