Raiqal sedang bercakap dalam talian
dengan mama sewaktu Raina menolak daun pintu biliknya pagi esoknya. Raiqal
angkat sebelah kening tanpa suara kepadanya, isyarat bertanya.
“Aku pergi dengan kau eh hari ni?”
“Alright.” Raiqal bangun dari baring
dengan telefon terkepit antara telinga dan bahu. Tadi bersembang dengan mama,
relax bersantai aje atas katil ni walaupun jam dah pukul 8 lebih, kelas pukul
9. Tapi kalau dah Cha offer diri nak berangkat ke kelas sekali, tak mainlah
slow-slow. Mahu kena machine gun berdas-das pulak.
“Cha ke?” soal mama.
“A’ah. Nak bercakap dengan dia?”
“Boleh jugak, pass kejap.”
Lantas telefon di tangan disua pada
Raina. “Mama,” ujarnya sepatah.
Raina menyambut sambil melangkah
lenggang keluar dari bilik. “Hai ma,”
“Assalamualaikum...”
Gelak. “Waalaikumussalam. What’s
up?”
“Sihat ke?”
“Alhamdulillah, so far so good. Mama
sihat ke tu?”
“Sihat, dah kalau tak sihat pun
hari-hari pergi hospital, bukan masalah besar pun...” Adawiyah berlelucon
disambut tawa Raina. “Hm, mama ada pos barang bagi Cha dengan Raiq, dah
tengok?”
“Barang?” Raina bertanya pelik.
“Barang apa? Raiq tak tunjuk pun?”
“Ada tu... tadi mama tanya dia kata
dah sampai, tapi belum sempat bukak lagi. Nanti Cha mintak dengan dia ya?”
“Alright. Barang apa ma? Birthday
dah lepas kut...”
“Nanti kamu tengoklah. Mama jawab
kang tak surprise pulak. Pak Su Afiq kamu yang belikan, mama tukang hantar
aje...”
“Pak Su Afiq...” Raina mengangguk
dua kali. “Dia sihat ke?”
“Siapa? Pak Su Afiq? Hah, macam
itulah. Terlampau sihat mengalahkan orang muda...”
Raina tersenyum sumbing.
“Cha nak pergi kelas ke ni?”
“A’ah, tengah tunggu Raiq bersiap.”
“Oh, kalau macam tu tak apalah.
Nanti mama call lagi, jangan lupa mintak hadiah dengan Raiq tu.”
“InsyaAllah ma.”
========================
“Sungguhlah tak adil...”
Raina dah tersengih sendiri
mendengar bebelan Raiqal dari tadi. Sejak balik dari kelas tadi lagi
sebenarnya, lepas bukak hadiah dari mama tu. Zahirnya memang sebungkus seorang.
Tapi bila bungkusan tu dibuka, maka jelaslah, sehelai sweater hitam untuk
Raiqal dan untuk Raina pula, sehelai tudung dengan sepasang telekung
sembahyang.
Raina dua dan Raiqal satu!
Sungguhlah... sebab tu yang Raiqal
pot-pet pot-pet tak lekat punggung pada lantai dari tadi tu. Bagi Raina pulak,
asalnya memanglah tersenyum senang menerima hadiah ini. Tapi setelah dibuka
sehelai kertas yang dilekatkan bersama bungkusan itu, dia kelu.
Pakai tudung ni di luar solat dan
telekung ni di dalam solat.
Cha, ingat...
Segala yang berharga ciptaan Allah
SWY di dunia ni semuanya dilindungi dan sukar untuk kita dapat.
Kat mana kita
boleh dapat berlian? Jauh di dalam tanah, ditutup dan dilindungi.
Kat mana kita
boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan
cengkerang yang indah.
Kat mana kita
boleh dapat emas? Jauh di dalam lombong, ditutup dengan lapisan batu.
P/S: Tubuh Cha
suci sayang, jauh lebih berharga dari berlian dan mutiara. Harus ditutup dan
dilindungi juga.
“Senang hati sangat ke tu, yang
senyap tak berkutik dari tadi?” Raiqal yang melewati sofa di ruang tamu itu
menegur pelik. Tahulah terharu, tapi takkan sampai kelu tak terkata?
Cepat Raina tersedar. Dia berpaling
dua saat membalas pandangan Raiqal sebelum menggeleng dua kali. “Er... Raiq,”
“Hm,”
“Maghrib nanti aku ikut kau eh?”
“Ke mana? Maghrib orang tak merewang
ikut sukalah.”
“Pergi masjidlah.”
==================================
Menapak masuk ke dalam masjid,
dua-tiga orang ‘mak-cik’ dan ‘kakak’ berpaling memandangnya. Senyuman yang
dihulurkan mereka dibalas Raina seadanya. Sempat dia memasang niat beriktikaf
di atas masjid itu sebelum duduk bersimpuh di atas sejadah yang terbentang di
situ. Lengang saja masjid hari ni. Biasanya saf muslimat saja dah bersesak,
tapi hari ni, setakat dua-tiga baris saja yang ada. Dalam pada telinga
mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Kamarul menerusi corong speaker, dia
berpaling ke sisi dan menghulurkan tangan bersalaman dengan muslimat yang ada.
Beradab. Tak mahu dikata sombong pulak nanti.
Akhirnya, dia fokus ke depan.
Sesekali, kata-kata yang terlontar dari bibir ustaz penceramah dari Kelantan
itu sungguh terkena atas batang hidung sendiri. Tapi, eloklah macam tu. Sampai
bila kita nak berada di zon selesa saja selalu? Kadang-kadang hati yang tenang
ni perlu digertak juga. Biar sedar yang kita ni makhluk biasa, bukan hamba yang
maksum seperti Rasul Allah Muhammad SAW.
“Adik kakak sekalian, bercakap pasal
aurat ni... rasanya tak perlu kita bagitahu, semua orang dah tahu. Aurat
seseorang muslim itu, dari pusat hingga ke lutut. Dan aurat bagi muslimah
pulak, seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Benda tu, sejak darjah satu
lagi rasanya kita belajar kan? Ana tahulah, anak bongsu ana balik sekolah asyik
cakap pasal ni aje...”
Terdengar hilai tawa dari para
hadirin.
“Tapi masalah kita hari ni, kita
tau... tapi kita buat tak tahu. Itu masalahnya. Ni yang kat depan ana semua
ni... nampak manislah. Dengan kopiahnya, dengan songkoknya. Serban melilit atas
kepala. Yang muslimahnya, cantik bertelekung melepasi lutut. Tapi kat luar,
kekal ke semuanya ni?”
Ruang masjid hingar lagi dengan
gelak-tawa dan jawapan nakal sesetengah hadirin.
“Ana bukan nak berkasar bahasa, tapi
sebagai makhlukNya, memang tanggungjawab kita untuk saling memperingati sesama
kita. Firman Allah Taala dalam Al-Quran, ‘saling memperingatilah kamu, kerana
ia senjata bagi orang mu’min’. Ibu-ibu, ayah-ayah, adik-adik dan abang-abang
sekalian, hari ni sekali lagi ana nak tekankan, khususnya untuk kaum muslimat
sana... aurat semasa solat ni sama seperti aurat di luar solat ya. Bagaimana
longgar telekung kita, begitulah jugak baju dan seluar kita di luar. Bagaimana
telekung yang kita pakai tu tak jarang
dan nipis, begitu juga ketebalan pakaian kita di luar. Bagaimana telekung kita
sempurna menutup dada, begitu juga sempurnanya telekung yang kita pakai di
luar. Kalau sekadar pakai telekung, tapi apa yang perlu ditutup itu terdedah
malah disengajakan lagi, maka tak ada gunanyalah. Sekarang ni, tudung yang
labuh tu banyak, malah laku lagi di mana-mana. Sayangnya, lepas dibeli, si
pemakai tu terlampau menggayakan fesyen sampai motif tudung tu dilabuhkan dah
tak ada. Dan lagi, bagaimana labuh kainnya menutup kaki, begitu jugalah semasa
di luar. Hah, jangan pulak adik-adik ana semua ni pakai kain yang mengheret
tahi ayam pulak... orang tanya kenapa pakai kain labuh ni, eh jawabnya ustaz
suruh. Salah maklumat tu ya.”
Ketawa lagi. Dalam kelu, Raina ikut
tersenyum dengan gurauan ustaz itu.
“Maksud ana dengan kain menutup kaki
tu, stokin. Pakailah stokin. Kalau tak nak nampak skema sangat, pakai stokin
yang colorful tu. Zaman sekarang ni, fesyennya macam-macam. Anak ana tu
kadang-kadang tak nak pakai kasut, sebab stokinnya over-shadow sangat. Karang
kalau pakai kasut tak nampak stokin cantiknya tu. Heh, macam-macam.
Perlahan-lahan, insyaAllah, lama-lama nanti biasalah. Tak ada negative effect
pun sebenarnya, cuma bila kita rasa berat hati tu, hah, maksudnya adalah
something wrong dengan minda kita tu. Hati kita, perut kita. Kena perbanyak
terapi diri. Ingat, the voice in your head that says that you can’t do this is
a liar.”
“Toksah nak katalah, orang bertudung tak semestinya baik. Orang freehair
tak semestinya jahat. Ya, memang betul... Tapi perintah Allah yang memang
termaktub dah dalam Al-Quran tu tak boleh kita mainkan ikut suka hati. Bila
Allah kata tutup aurat, maka tugas kita tutup aurat. Soal hatinya, soal
ibadahnya diterima ke tidak tu hanya Allah sahaja yang berhak tentukan. Yang
masih tak bersedia, ingat, persediaan tu jangan ditunggu, tapi perlu dibina.
Dan pada yang masih kata hidayah masih tak sampai, seru belum tiba, ingat,
menunggu hidayah untuk tiba samalah seperti menunggu pintu hati untuk ditutup.”
Raina terus hanyut dalam kuliah itu. Terkadang boleh kepala dia terjatuh
gaya tersengguk. Sedar-sedar, ada yang menepuk bahunya perlahan. Terpinga-pinga
dia sekejap. Lantas dia mendongak, membalas pandangan kakak yang menepuk
bahunya tu. “Kenapa kak?”
“Terlelap ke dik? Pergi ambik wudhu’ dulu, tok imam dah ready nak solat
ni...”
Raina patuh. Dalam ni, mungkin bolehlah dia nak pejamkan mata mendengar
kuliah itu pun. Sebab dari awal dia masuk tadi pun, telekung yang mama
hadiahkan tu tersarung elok di kepala sekali gus tubuh ni. Kalau bertemu di
luar, mungkin atas bawah atas dan bawah dia diperhati oleh ‘mereka’.
0 komen:
Post a Comment