“Mama kirim salam,” ucap Raiqal pada Raina sebaik
saja panggilan ditamatkan.
Salam yang diberi Raina jawab dalam hati. “Uncle Afiq
tu sepupu mama kan?” Proses recall semula.
“Hm,” jawab Raiqal sepatah. Pada Raina, memanglah
Uncle Afiq itu sepupu mama dan ayah sepupu mereka. Tapi bagi dia sendiri, Uncle
Afiq itu lebih dari seorang ayah. Sejak dia kecil sampailah besar panjang ni,
Uncle Afiq selalu di sisi dia. Nak kata mengalahkan papa tu, memang papa
sah-sah kalahlah. Tapi jujur, peranan Uncle Afiq selama ni walaupun cuma
sebagai ayah sepupu, cukup buat dia merasa dihargai.
Pernah dia terdetik, kan bagus kalau Uncle Afiq
bertukar jadi ayah ke... baba ke, sounds nice. Uncle Afiq sendiri pernah cerita
tentang kisah ‘cinta’ dia dan mama dulu. Siap pernah melamar lagi. Tapi mama
menolak. Itu sebelum mama dan papa bernikah. Lepas mama dan papa berpisah,
sekali lagi Uncle Afiq mencuba nasib. Pun, reject lagi. Sekarang ni, tak
tahulah perasaan Uncle Afiq masih pada mama atau tidak. Dua kali kena reject
tu, takkan Uncle Afiq secekal tu? Tapi harapan Raiqal sendiri sejak dia kecil,
kalaupun ya Uncle Afiq akan bernikah, perhatian dan kasih-sayang Uncle Afiq
pada dia takkan sedikit pun berkurang walaupun bakal isteri Uncle Afiq tu bukan
mama.
“Raiq dengan Cha ni balik masa mana?” Rafizi muncul
mendekati mereka.
Raina mencemik. “Papa tu nak startlah tu... weekend ni Pa.
Takkan tak boleh nak spend masa dengan kitorang?”
Raiqal angkat kening. Kenapa? Sibuk sangat ke papa
selama ni?
Rafizi tertawa kecil. “Papa bukan halau korang pun,
duduk ajelah dulu. Papa keluar kejap aje, nak jenguk site. Lepas tu nak jumpa
Pak Cik Syed kejap, ada hal katanya.”
“Lepas tu balik masa mana? Malam?”
“Lah, ada pulak. Sekejap aje pun...”
“Iyelah, kitorang tunggu sinilah dulu. Nanti kalau
kitorang nak balik, Cha call papalah.”
“Okey, got to go. Dah dua kali call Pak Cik Syed ni,”
“Papa kerja apa?” tanya Raiqal sebaik saja kelibat
Rafizi hilang dari pandangan.
Raina sengih. Sejak dulu, kalau orang tanya pasal tu,
memang dia blur nak jawab apa. Dalam borang sekolah pun, dia akan isi ‘bekerja
sendiri’. Klise! “Entah, tak ada istilah khusus. Banyak sangat kerja papa
buat... busy memanjang.”
“Oh...” Raiqal mengangguk. Lupa nak bagitau papa,
mama kirim salam!
Bab 15
Hujung minggu lagi. Raina di
kafe Rifqi, menghadap laptop dalam gaya malas.
“Lama tak nampak muka?” Itu
soalan sapaan Rifqi padanya tadi.
Raina cuma sengih mengiakan.
Memang lama sungguhlah, dua-tiga minggu ni serius dia sibuk memanjang. Datang
ke kafe ni pun, sekali dalam seminggu aje. Kena pulak masa dia datang Rifqi
pulak tak ada. Huh... chips more. Ini pun baru lepas submit assignment yang Dr.
Fazley mintak, sebab tu boleh duduk goyang kaki kat sini walaupun dah nak-nak
gaya ular kekenyangan pun ada. Terlebih relaks!
“Sibuk sikitlah Abang Rif,”
“Sibuk
dengan assignment?”
“Assignment,
society, presentation lagi... lelah.” Rifqi angguk dengan mulut mencemik. Raina
kerutkan kening. “Tu yang tunjuk muka tak puas hati tu apasal? Cari gaduh ke?”
“Tak
adalah. Kalau tentu sibuk dengan study, abang tak kisah. Takut sibuk dengan
pakwe baru je...”
Pakwe
baru? Berlapis dahi Raina nak mencerna kata-kata Rifqi tu. Namun tak lama, dia
tersengih sendiri. Rifqi yang dari tadi memandang ke tempat lain asal bukan
muka Raina itu diintai sedikit mukanya. “Alalala... sweetnya Abang Rif. Dah cem
ke?”
“Cem?”
“Cemburu!”
“Huk
aloh! Tak memasal... orang ada tunang, nak jealous pekebendanya lagi.”
Dalam
menyampah dengan jawapan yang diterima, nak tergelak pun ada. ‘Huk aloh.’
Tagline aku tu! Tapi kan, bab tunang-menunang tu, tak payah mention pun tak apa
rasanya bang!
“Daniel
macam mana sekarang?” Rifqi soal lagi bila Raina kembali diam. Cuma jemarinya
yang ligat bermain dengan cursor di skrin laptop.
Daniel?
Uh, janggal pun ada dengar orang panggil Nash macam tu. Dah terbiasa dok sebut
Nash-Nash aje. Tiba-tiba dengar Daniel, alahai... KL sangatlah pulak. “Okey je,
tak demam apa pun. Kenapa?” Uit, mendoa pulak. Ampun, tersilap!
Rifqi
menggeleng. “Nothing,” jawabnya ringkas.
Raina
mengangguk. Terus dia menatap kembali skrin laptop. Layan e-novel dari blog
penulis kegemaran. Namun tak lama, melihat Rifiqi yang masih tercongok di
depannya sedang fokus tak berkelip pada mukanya, perhatiannya teralih. “Abang
Rif sambung ajelah buat kerja, Cha tengok muka Abang Rif dari jauh pun dah
lepas rindu ni.” Sengih.
“Ada
abang kata abang dok sini sebab nak temankan Cha ke?” Rifqi angkat sebelah
kening.
Raina
menjuih. “Abang Rif ni makin hari makin kerek ar.”
Kalu
tadi mencemik, kemudian angkat sebelah kening, kali ni Rifqi lakukan
kedua-duanya serentak. Makin menampakkan kekerekan dia. Baru Raina nak
membuka mulut menegur, Rifqi dah terlebih dahulu bangun meninggalkan dia. Apron
dan cap putih dia disambar sekali.
Oh,
okey. Dia banyak sangat kerja kut tu. Raina pujuk hati sendiri. Masa ni, babak
sweet yang hero dalam e-novel yang dibacanya buat untuk menarik hati si heroin
dah tak ada dalam hatinya. Hambar! Kenapa Abang Rif tu lain macam eh? Itu yang
bermain di mindanya.
Tak
lama dia bermain dengan hati sendiri, tiba-tiba kerusi di depannya ditarik. Lantas
Raina angkat muka. Lah!
“Kau
buat apa kat sini?”
Nash
menjuling. Kenapa mesti soalan klise tu yang ditanya? “Study!”
Raina
tergelak dengan silap sendiri. Tapi, agaklah. Nash Ahmad Daniel nak study
time-time merdeka gini? Heh. Melihatkan muka sememeh Nash dan kesan peluh yang
melekat di bajunya tu, dia dah dapat rumuskan.Baru lepas train budak agaknya. “Bertuah
aku ada kawan serajin kau.”
“Boyfriend!”
Giliran
Raina menjuling. Nak jugak dia title tak semenggah tu. “Whatever.” Dia tunduk
kembali.
“Weh,
esok keluar jom?”
“Ke
mana?” Raina menggerakkan kepala sedikit dalam pada mata masih memaku pada
skrin laptop. Mood membaca kembali!
“Movie...”
“Nanana...
aku tak nak masuk panggung.”
Nash
menjatuhkan kepala. Iya tak iya jugak. Movie dengan Cha, memang tak boleh ngam!
Kata Cha, dalam panggung tu, dalam gelap-gelitanya, dalam tempat duduk yang
bercampur laki-pompuan tu, kena pulak movie hari tu movie orang putih! Hah,
memang beraya sakanlah kan.
Hek
eleh. Dengan aku, berderetan alasan yang dia bagi. Dengan Fira, siap
bergelak-ketawa lagi lepas keluar panggung tu. Ingat aku tak pernah nampak ke
apa cik adik?
“Then
kau teman aku pergi kedai buku ajelah. Aku ada nak cari buku sikit.”
Tak
menunggu lama terus Raina mendongak. Memandang tepat pada muka Nash yang sedang
menunggu jawapan tu. Bukan perkataan ‘teman’ yang buat dia terkujat begitu.
Mengenali Nash, yang dia tahu setakat ni, memang jenis stok KKS! Nak buat apa
pun berteman. Yang tak tahan aku je yang boleh teman, geng dia tiga orang lagi
tu tak pulak diajak.
Tapi,
perkataan ‘kedai buku’ yang dia tertarik sangat tu. “Let say, kalau aku kata
alright, then novel apa yang kau nak belanja aku?” Raina tunjuk muka tak malu
dalam sengihnya.
“Kau
Kekasihku.”
“Amboi!”
Pecah tawa Raina. Spontan aje tu keluar tajuk dari bibir Nash. Memang dah lama
target nak baca novel tu ke apa? Jiwang gilak. Tapi... Kau Kekasihku tu, best
kut!
“Okey,
kita jumpa kat sana esok eh?” Mata sengaja dikelipkan dua kali.
Nash
tergelak. Laju aje dia tu kalau dengar pasal novel. Jari telunjuk naik menunjal
perlahan dahi Raina dah Raina menepis pantas. Tak senang. Kemudian matany
aturun menatap dada skrin lagi.
Hailah...
Nash tahan sabar. Aku kat depan ni boleh dia buat dek, inilah yang orang kata
kesan buruk perkembangan teknologi canggih. Waktu bersosial tu boleh hilang
ditelan keseronokan melayan gajet yang ntahpape. “Menda yang kau tatap khusyuk
sangat tu?” soalnya sambil tangan bergerak menarik laptop putih Raina menghadapnya.
Tak sempat Raina nak menahan.
“What
the...?” Mata Nash terbuntang luas. “Kau baca benda tak senonoh eh Cha?”
“Mangkuk
hayun kau! Jangan nak fitnahlah ngok.”
“Dah
tu ni apa benda ni?”
Kening
Raina bertaut. “Apanya?” Laptop di hadapan Nash ditarik semula menghadapnya.
Terpampang banner iklan yang memanglah sungguh tak senonoh untuk tatapan gadis
perawan macam dia ni.
ABANG
GAGAH ISTERI SAYANG!
Eceh.
Gilalah. Bikin tercalar maruah aku aje tatap benda ni. “Tu ads la ngek.”
Nash
makin menjegil. Kena dua das dia hari ni. Tadi ngok sekarang ngek pulak.
Adehlah... “Ads tak ads pun, kalau kau tak jenguk blog mengarut mana nak jumpa
ads iklan macam ni...”
“Huk
aloh... jangan nak berlagak suci sangatlah derr. Dalam paper harian pun ada
iklan macam ni tahu? Siap ditempek penuh satu muka surat lagi. Besar gedabak
untuk tontonan orang macam kau.”
“Macam
aku?” Nash menjegil. “Macam aku apa?”
“Yalah,
stok KKS macam kau.” Raina tayang muka ada-aku-kisah dengan jegilan yang diberi
Nash.
“Kau...
heh!” Sekali lagi tangan Nash naik nak mengenai muka Raina, mujur kali ni
sempat dielak. Jari telunjuk Nash sempat ditahan dan dipusingkan semula
mengenai dahi tuan punya jari.
Raina
sengih. Siap gelak puas hati lagi tu. “Kepala kepala tak mainlah der, ni kepala
bayar zakat tahu?”
Nash
mencemik akhirnya. Raina angkat bahu. Anak panah bawah pada papan kekunci
ditekan, sempat lagi matanya memandang sekali lalu pada banner iklan di blog
penulis favouritenya tu. Heh. Zaman sekarang ni, jangan nak mengaku otak tu
suci sangatlah. Dalam internet ni tak payah tanya, semua ada. Tinggal tekan
keyword aje. Kadang-kadang tu kita tekan benda lain pun, eh keluar jugak
‘benda’ tu dekat search engine. Atas kekuatan diri aje samada nak go on click
atau back saja.
Tapi
sebenarnya, tak payah susah-susah nak langgan internet semata-mata nak kotorkan
otak dengan semua ni. Pagi-pagi beli paper, belek-belek sikit, hah, terpampang!
Dunia... dunia...
Ziad
mendekati mereka dengan nota kecil di tangan. “Minum bro,” ujarnya ringkas pada
Nash. Dingin.
Perhatian
pasangan tadi beralih. Raina lagilah. Memang sejak awal lagi dia dah seriau
semacam dengan mamat Ziad ni. Pandangan dia tu... haisy! Tapi kali ni,
memandang mata Ziad yang memang bagai nak beritahu sesuatu padanya, buat dia
tertanya. Sesuatu tanda protes. Heh, entahlah. Raina memandang sekeliling,
mencari kelibat Rifqi. Takkan menghilang terus? Tapi memang benar, lesap!
^_^ enjoy reading. psss, yang dah dapatkan Aku Mahu Kamu, thanks a LOT! Selamat membaca dan kalau rasa ada yang kurang, maaf. saya akan baiki lagi. heee... Untuk yang tanya macam mana nak dapatkan sebab kat kedai buku berhampiran tak ada, tekan SINI. make sure dah daftar ahli, BOLEH DISKAUN RM3, DAN POSTAGE FREE. hehe. kalau belum ada akaun, ikut panduan yang dia kasi.
oh ye, do comment ya. peace.
oh ye, do comment ya. peace.
aik?????
ReplyDeleteziad suke cha ke??
or x puas ati dgn cha sbb..x lyn rifqi sgt??
mnela tau..hehehe
agak2 yg mana satu betul? hehe.
ReplyDelete# tp utk pencerahan, tukang tulis ni tak suka sgt dengan heroin yg byk sgt peminat. huahaha.. oberr sgt nampak. hikks.