HEIDI
Esok
harinya, di tadika tempat Noriez bekerja sambilan.
Noriez
mengekeh ketawa. Aku mendengus, dasar kawan! Baru aje aku cerita tentang lagak
Mama yang dramatik semalam, dia dah terkekeh sendirian. Bukan kata nak bagi
semangat sikit ke apa... tapi, bila fikir balik, semangat untuk apa? Baru saja
minda nak merangka jawapan, tiba-tiba terdengar ada suara lain yang mengutuk
aku dalam hati. Choih!! Berangan kuat kau ni Heidi!
“Dah-dahlah
tu.” Ujar aku akhirnya. Tak tahu bila akan habis gelak Noriez kalau tak
ditegur.
Noriez
aku nampak menarik nafas panjang dalam pada menahan gelaknya itu. “Mama kau ni
gimik sangatlah.”
“Mama
aku bukan Mama kau jugak ke?” bidas aku cepat. Dia ni, kalau bertandang ke
rumah aku dengan perut kosong, selalu je menyeru nama Mama dengan suara lemak
merdu dia tu. Sekarang, bila macam ni, tak ada dah Mama kesayangan dia tu.
“Yalah...
surrender.”
Aku
mencebik. Motif nak surrender tu apa? Aku bercerita aje pun. Dalam lima minit
melayan menung sambil memerhati segala tingkah budak-budak di tadika ini,
tiba-tiba mata aku hinggap pada seorang budak perempuan di satu sudut kelas
ceria ini. Kelas yang ceria, bukan budak tu. Budak tu, pada mata aku, nampak
sugul. Sedang budak-budak lain sedang gembira berkejaran di laman, dia Cuma
bersandar di tempat tercorot tu dengan muka monyoknya. Erk... kemurungan?
“Budak
baru ke?” soal aku pada Noriez sambil bibir memuncung pada anak itu.
“Baru
tu barulah jugak...” Noriez menjawab acuh tak acuh. “Masa aku start mengajar tu
dia pun baru masuk. Dengar kata baru pindah tinggal area sini.”
“Kena
buli ke? Muram semacam.”
“Tak
adalah. Biasa dia kawan dengan Iman, hari ni anak buah aku tu demam,
sorang-soranglah dia. Dia memang selalu macam tu pun, rindu dekat Mom dia lah
tu.”
“Kenapa?”
aku berterusan menyoal. Ingin tahu. “Parents dia bercerai ke?”
Kali ni, tak ada
jawapan dari Noriez. Bila aku lihat dia, dia sedang khusyuk menanda buku
pelajarnya. Terus aku tarik-tarik hujung bajunya, menuntut jawapan.
“Hisy! Bisinglah
kau.” Dia menepis dan aku mendengus.
Entah kenapa,
sekarang ni aku pantang nampak budak, rasa nak je dicubit-cubit pipi mereka.
Rasa nak dijadikan kesemua mereka sebagai anak aku. Teringin diri ni dipanggil
Mama oleh mereka. Tapi, macam kata Mama...
“Nak anak, nikah. Tak payah nak berangkat bagai.”
Mama
ni, karang kalau aku bawak balik menantu istant, dia jugak yang terkejut.
Fitrahlah kalau aku sukakan budak-budak pun. Ini sampai nak disuruh aku kahwin
bagai. Kalau suruh kahwin saja aku no hal, tapi siap dibagi warning lagi agar
jangan jadikan Amsyar sebagai salah satu calon menantu Mama. Hesy!
Baru
saja aku nak bangun, niat di hati nak mendekati budak perempuan itu, tapi dia
terlebih dulu berdiri dan terkedek-kedek menyusun langkah mendekati kami. Comel
dan bertambah comel dengan rambut perang yang dibiar lepas itu berhayun-hayun
mengikut rentak langkahnya. Sekali tengok, macam anak mat saleh pun ada. Mix
ke? Bila bibirnya terbuka seakan nak berkata sesuatu, lantas aku ukir senyum di
bibir, memaniskan wajah menunggu kata-kata dia.
“Cikgu,
Amnah nak kencing.” Tegurnya gemersik dengan suara anak tekaknya.
Terus
mati senyuman aku. Tegur Noriez rupanya! Alahai... Tapi sungguh, suara dia,
memang secomel wajahnya.
Budak
yang bahasakan diri dia Amnah itu memandang Noriez sambil terkepit-kepit
sendiri. Menahan. Aku tahan gelak dan sebelum Noriez sempat bangun, aku angkat
punggung dahulu.
“Cikgu ada kerja,
biar Kak Heidi teman Amnah ya,” tangan kecil Amnah aku genggam lalu aku pimpin
dia ke tandas, meninggalkan Noriez yang dah terkebil sendiri.
================================
Jam
12 tengah hari, suasana tadika ini yang sudah sedia gamat dengan suara
budak-budak tertawa riang jadi makin gamat. Mak ayah masing-masing sudah datang
menjemput. Dan aku, sebagai seorang stranger di pusat tadika ini, Cuma mampu
tayang senyum semanis gula di pintu tadika. Bapak budak ni datang, aku senyum.
Mak budak tu datang, aku hulurkan tangan. Beramah-mesra. Manalah tahu, kut ada
yang terkenan di hati nak buat aku menantu, tak payah susah-susah nak cari
calon untuk Mama.
Untung
nasib badan!
Untuk
seketika, aku alihkan pandangan pada Amnah yang sedang sendirian berhayun di
atas buai. Hari ni, mata aku ni memang tak boleh tengok budak lain. Comel
sangat budak ni! Kadang-kadang, bila tengok budak sekecil ini, pernah terbayang
di minda aku macam mana indahnya bila suatu hari nanti aku pulak yang ada anak
secomel ini. Yang tak tahan, bayangan wajah aku dan anak aku di masa akan
datang tu disempurnakan lagi dengan figura seorang lelaki di samping kami.
Sesiapa sahaja!
Macam sekarang,
minda aku mula terbayang aku, Amnah dan Amsyar di masa akan datang. Amsyar,
kenapa dia? Sebab dia the best buat aku. Haha! Nah... kan aku dah kata,
imaginasi aku ni kuat. Bila berangan, mula la bayangan dalam kepala jadi real.
Melihat Amnah yang sedang dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, membuatkan
aku terbayang lelaki itu Amsyar. Amsyar sedang jemput anak kami dari sekolah,
konon-kononnya. Angan tak mengalah!
“Hoih,” bayangan
minda aku pecah. Spontan aku berpaling pada Noriez yang sedang pamer muka suci
tak ada dosanya melihat wajah aku yang menyeringai sakit menahan tepukannya
tadi.
“Amenda?”
“Tu...” bibirnya
memuncung.
“Apanya...” aku
tanya lagi. Kacau daunlah aku nak berangan.
“Hero Malaya pujaan
hati kau, depan mata.”
Aku kerutkan dahi
beberapa saat sebelum alihkan pandangan ikut hala muncung bibirnya. Dan
spontan, mata aku terbeliak. Amsyar? Amnah? Berpimpin tangan? Masuk kereta?
Reality?
“What the-...” aku
tenyeh mata berkali-kali.
“Kau nak aku kasi
berapa peratus untuk jamin yang kau bukan bermimpi sekarang?” Noriez aku lihat
dah bersilang lengannya di dada.
“Amnah...? Dia
dengan Amsyar?”
Noriez
angguk sekali.
“Uncle-niece?”
“Papa-daughter.”
Noriez betulkan.
Dan
aku, terngadah sendiri. Apakah ini...!
p/s: this story ada dua pov1. tengok nama dengan capital lettters kat atas yeah. kalau time Heidi, Heidi. kalau time AMSYAR tu, means amsyar lah. fenin sikit. heheh!
hurm... amnah tu amsyar punya daughter eh?? interesting!
ReplyDeletebest
ReplyDelete