“Mushroom
soup?” soalan semula Puan Rina membuatkan dua gadis di depannya
berpandangan sesama sendiri. Amir dah terangguk-angguk menjawab soalan mamanya.
“Boleh ke mak su?” tanya Noriez tak
sabar.
“Er...
kalau mak cik sibuk, tak pe. O-leh tak kisah.”
“Tak...”
Puan Rina tergeleng-geleng menafikan. “Actually
petang ni mak cik penat sikit. Baru lepas berkebun tadi. Nanti malam ni je
la ye? Sekali dengan dinner.”
“Okey,”
laju suara Amir menjawab tanpa sempat mendengar persetujuan Solehah dan Noriez.
Puan Rina mengangguk lemah sambil berlalu ke dalam rumah.
“Apa
kes ni Jat... suka-suki dia je! Malam ni turn
aku masak la...” Solehah mula berang.
“Tak
pe Kak O-leh. Umi kan ada...” sokongan Noriez
membuatkan mata Solehah mencerun. Budak ni! Kalau tak mengenangkan aku yang
paksa join sekali datang sini, mati
aku cepuk. Noriez hanya sengih melihat gaya Solehah.
“Tak
pe, biar aku urus.” Amir mengeluarkan Nokia e72 lalu didail nombor seseorang. “Hello!
Paan...”
“Hm...
dari tadi aku dah agak kau akan call
jugak. Apa dia?” selamba suara di hujung talian menjawab.
“
Mama aku penat la sekarang...”
“Dah
agak. Ayat berlapik kau guna tu...”
Amir
sengih sendiri. Memang kawan baik yang memahami. “Aku hantar diorang esok je la
ek?”
Farhan
senyap seketika berfikir sebelum bertanya semula, “mak su tak keluar malam ni?”
“Tak
pe, kalau mama keluar aku suruh Oyiez ikut sekali.” Sengih lagi bila Solehah
dah mula bercekak pinggang.
“Kau
pernah rasa freekick kat muka kau tak
Mir?” tambah selamba ayat Farhan bagi.
Amir
ketawa kuat. “Dah yang kau bengap sangat tanya soalan macam tu pehal? Mama kat
rumah la... esok ek?” akhirnya Farhan bagi greenlight.
Amir tersenyum sambil menyimpan handphonenya
ke dalam saku seluar. “Settled. Kan
aku dah cakap, bagi Abang Izzat kau ni, semua beres.”
# # #
“Oyiez
mana weh?” Amir melabuhkan punggung tak jauh dari Solehah. Solehah diam,
khusyuk menonton Tricky Brain. “Weh...”
Amir terus memanggil.
“Shyy,
Stephen Chow tengah trick madu dia.”
Uh?
“Menda kau merepek ni?” Sejak bila ada mazhab lelaki dapat madu? Tambah pelik
sejak bila bini pakcik tu kahwin dua?
“Tengok
aje la... jangan kacau.” Amir melemparkan pandangan ke skrin televisyen. Apa specialnya? Setakat Stephen Chow
mengelak dari bagi Andy Lau ambik darah dia. “Cerita apa ni?” sekali lagi dia
memekak.
Solehah
mendengus. Pengacau! Tapi sebentar kemudian dia tersenyum, teringat wajah poyo Stephen
Chow. “Handsome la kan mamat berdua
ni... apple of my eye.”
“Ew...”
Amir mencebik. “Aku lagi macho. Apa yang kau suka sangat dengan diorang ni?”
soalnya cuak. Jealous.
“Aku
suka...” Solehah buat gaya berfikir dengan mata terpejam. Aksi orang angau. “Aku
suka Stephen Chow, sebab dia selamba badak. Lawak spontan. Handsome. Aku suka Andy Lau sebab dia handsome and romantic. Tapi paling aku suka pasal diorang... bila
diorang bukak langkah kung fu tu, memang tak payah cakap la. Terbaik punya,
nak-nak dengan aksi Stephen Chow tu.”
“Eleh...
kau tak tengok lagi aku belasah mamat tu dulu.”
Solehah
berubah riak melihat Amir. “Kau janji tak mention
pasal tu lagi...” datar suaranya berbaur amaran.
“Okey.”
Amir rasa bersalah, tapi bibir spontan mencebik bila sekali lagi Solehah fokus
pada skrin tv. “Stephen Chow tu dah tahap pak cik pun kau cakap handsome?”
“Kalau
kau dah dapat title pak cik tu pun
aku yakin Stephen Chow lagi handsome
dari kau.” Tanpa nada bersalah Solehah membalas.
“Suka
hatilah!” Solehah tahan gelak melihat muka Amir yang dah nampak aura anak
tunggal.
“Kau
pergi la salin baju tu, naik rimas aku tengok.” Amir bersuara lagi.
“Kau
ni...” akhirnya tumpuan Solehah beralih bila iklan Libresse tersiar. “Kalau aku
cakap kau bangang, kau marah. Kan aku datang tadi sehelai sepinggang, nak tak
nak lepas mandi kena pakai baju ni je. Mana aku tau ada jugak orang yang buat
keputusan tak ikut tuan punya badan kat negara yang mengamalkan sistem
demokrasi ni...” Oyiez jugak la untung. Bawak baju siap-siap. Macam dah agak
ada pakej 2 hari 1 malam kat sini...
Amir
tak melayan. Mentang-mentang la mama papa ada kat atas senang-senang dia kutuk
aku. Nasib baik guna bahasa Balaghah.
“Entah apa orang luar label aku ni.”
Solehah terus mengomel sendirian.
Amir menoleh. Kesian la pulak...
“jangan risau la. sebab mama papa ada kat rumah la aku berani bawak korang
datang. Kau jugak yang nak belajar sangat kan?”
“Hmm...”
“Lagi pun kalau diorang tak de kat
rumah, mesti aku bawak kau pergi pejabat kadi dulu kan? Senang sikit
malam-malam tak de gang...” ayat merapunya terhenti bila Solehah merenungnya
tajam. “...guan.” Amir sengih menyambung.
“Aku tengah-tengah rimas ni kau
jangan buat kecoh.”
“Mana ada kecoh kalau dah jabat
tangan Tok Kadi dulu.” Solehah dah bangun ingin naik ke bilik, makin dilayan
makin teruk yang macam ni. Tapi belum sempat dia melangkah, Amir mendahuluinya.
“Okey, jangan ar marah. Nanti aku pergi ambik baju tidur Oyiez, rasa-rasanya
ada dalam bilik tamu yang satu lagi.” Dia memanjat tangga tanpa sempat Solehah
membalas. Berselisih pula dengan Noriez yang baru siap mandi di tangga, pantas
tangan dilekat ke bibir sendiri, buat gaya ‘shyy’.
Noriez kerutkan kening. “Apa hal
tu?” dijongketkan keningnya kepada Solehah. Solehah hanya mampu mengangkat
bahu.
# # #
“Nah,” dia meletakkan di ribaan Solehah
sambil duduk bersahaja tanpa menghiraukan muka Solehah yang mula memerah.
Noriez di sisi Solehah tergelak kecil.
Solehah
merenung kain di atas riba. Macam kenal je... gaun tidur yang dibeli dulu! Dah
la nipis, singkat pulak! Aku tak reti la pakai tali-tali macam ni! Minah tu
pernah tidur sini ke? Kalau ya pun nak beramah-mesra dengan Pakcik zani and Makcik
rina, takkan la sampai pakai benda macam ni? Jangan-jangan Izzat dengan dia
dah...? Esy! Izzat bukan macam tu la! Tapi mana tau, lelaki kan ada 9 akal, tapi
nafsu dia satu je? And satu tu cenderung
kat benda tu la.
Argh!!!
Sakitnya hati! Spontan gaun tidur tu dicampak ke muka Amir, “aku lebih rela
pakai baju berendam air jeruk sebulan dari pakai benda ni! Ntah perempuan mana
kau bagi pakai, and then
senang-senang kau nak aku pakai. Huh! Tak teringin.”
Amir
ketawa kuat melihat wajah merah membahang solehah. Jealous la tu. Macam la aku tatau apa yang kat kepala otak tu... “Hak!
hak! Gaun tu tak de orang rasmi lagi la. Aku tak sempat nak bagi ‘dia’ dulu,
ada masalah sikit.” ketegangan di wajah Solehah jelas makin kendur, mungkin dah
terpujuk.
“Aku
saja je nak sakat kau tadi. Ni baju kau, hehe jangan ar marah weh.” Amir
tersengih sambil memberi pijama ungu kepada Solehah.
# # #
“Oyiez
tak tau pun Oyiez pernah ada pijama tu Abang Amir?” mereka melihat Solehah yang
turun dengan riak selesa. Betul-betul suitlah
gamaknya pijama tu. “Macam mana badan Kak O-leh boleh sama dengan badan Oyiez?”
Noriez bertanya lagi.
“Kan
Abang Amir dah warning tadi, shyy.”
balasnya perlahan.
Sebaik
sahaja Solehah duduk di sisi Noriez, Puan Rina dan Encik Ezany pula yang
menuruni tangga sambil berbual serius membuatkan Amir tak senang duduk.
“Amir,
papa think we need to talk.”
“Er...
mama pergilah prepare dinner dulu
dengan diorang.”
“Tau
pulak segannya,” Puan Rina sempat membebel sebelum berlalu. Solehah pula
membuntuti Noriez walau hatinya tertanya-tanya.
“So, dengar suara macam dah boleh agak
apa yang papa nak cakap. Amir rasa ada nak jelas anything ke?” dalam tegas Encik Ezany menyoal.
“Pa,
Amir mintak maaf. Amir janji lepas ni amir kerja betul-betul.”
“Amir
datang office just untuk mengelamun
selama tiga bulan, Ana cakap Amir buat ala-kadar sepanjang Papa kat Hong Kong, and now senang-senang Amir nak cakap ‘sorry’? Senangnya hidup Amir?”
Huh!
Dasar s/u busybody.
“Papa
dah lantik dia jadi pemerhati Amir sepanjang tempoh percubaan Amir nak kerja
betul-betul as an architect, ingat
tu.” Cepat Encik Ezany mencerna apa yang difikir anaknya.
Amir
mengeluh, “Pa... I’m sorry. Actually
masa tu Amir ada problem dengan kawan
Amir. Amir... amir dah...” tersekat-sekat ayatnya. “Betrayed her.” By kissing her...
“O-leh?”
Encik Ezany memicingkan anak matana.
Anggukan
Amir membuatkannya mengeluh. “Amir... Papa bukan nak halang perasaan Amir. Papa
pun suka tengok perubahan Amir. Sebelum ni Papa fikir anak kami ni tak de
nafsu, kawan perempuan kamu, cuma Oyiez je la. Tapi sekarang Papa nampak Amir
dengan dia di masa depan. Tapi Amir pun kena ingat, walaupun syarikat kita tak
mega, tapi papa cuma ada Amir sorang je nak warisi syarikat tu. Jadi tolong
jangan campur-adukkan urusan kerja dengan personal.
Be profesional.”
Amir
cuma mengangguk-angguk mendengar ceramah papanya. Bila Encik Ezany selesai
kaunseling, dia mendongak. “Project kat
Ulu Langat tu... Amir dah jenguk. Tak de masalah, cuma barang belum sampai. Maybe esok lusa.” Khabarnya lancar.
Saja
nak khabarkan yang dia dah ada prestasi. Punya la malas dua hari lepas nak ke
sana, tapi gagahkan jua. Ingat nasihat Paan selalu, kita hidup ni semua ada masa
depan. So baik kita yang usahakan agar
masa depan kita sendiri tu cerah.
Papanya
mengangguk. “Kat Seremban?”
Adus...
ada jugak ke? “Er... nanti la Amir jenguk. Rasanya tak de masalah.”
Encik
Ezany pecah ketawa. “Nampak sangat... kat Seremban mana ada papa serah kat Amir
lagi project tu.”
La,
main uji-uji pulak... Amir garu kepala.
“Cuma
nanti papa nak Amir buat kertas kerja untuk project
kat situ. And pergi jenguk site sebelum cuti seminggu yang Amir
mintak tu. And kali ni papa nak Amir
yang buat kertas kerja tu, bukan Ana.”
Amir
mengangguk melihat papanya yang sibuk membelek majalah. Again, membelek, bukan membaca. Papa... papa... kenapa tak dibaca
aje? “Oh ya,” Amir fokus semula bila Encik Ezany kembali bersuara. “Papa pernah
dengar ada orang cakap, orang kaku ni, orang yang tak biasa dengan perempuan
ni, bila dah bercinta, romantiknya berlebihan. So sebelum apa-apa, papa nak warning
sikit, behave yourself. Nafsu tu
jangan dibuang, tapi kena kawal.”
Amir
tersenyum tawar. Too late Pa... tapi Amir
akan pegang nasihat papa lepas ni. “Amir masuk dapur kejap pa,”
“Wait,” sekali lagi dia dipanggil.
“Papa
ni kenapa tersekat-sekat ni?” Amir tergelak. “Papa ada benda lagi ke nak
bagitau?”
“Papa
just nak cakap, papa tak suka Amir
ambik half day tanpa sebab penting.”
“Pa,”
Amir protes. “O-leh demam hari yang ketiga, papa cakap tak penting?”
Encik
Ezany ketawa lagi. Makin kuat. “Orang tengah angau kaki luka sikit pun penting.
Dahlah, nanti kalau mama siap, suruh mama datang kejap.”
##komen yeah. peace!
Smbung la lagi
ReplyDelete