“Hai
Yang...” Amir tercongok di kerusi makan sambil memilih new game bagi bomberman
di Nokia E72nya. Punggung dilabuhkan di atas meja makan.
Puan Rina tergelak sendiri. Amir... Amir...
kalau dah angau tu. Solehah yang mendengar sapaannya menoleh tanpa menghiraukan
panggilan yang diguna. “Weh,”
Tanpa sempat dia bersuara lanjut, Amir
dah mengangkat tangan isyarat ‘wait a
minute’. “Ma, Papa cakap kalau siap buat kerja, pergi kat Papa. Papa rindu,
seminggu lebih tak jumpa.” Dia menyembunyikan tawa. Pandai-pandai aje aku buat
nasik tambah.
Puan
Rina menoleh ke tepi, “O-leh dah siap?”
“Dah makcik. Tinggal ikan ni je,
baru nak goreng. Mak cik pergi la dulu pak cik panggil tu.”
Puan Rina mengangguk berlalu. “Oyiez
mana?” Amir menyoal sambil fokus pada skrin telefon.
“Toilet.”
Amir cuma mengangguk. Tak de topik nak dibualkan.
“Weh...”
panggil Solehah terlebih harakat bila Amir terus fokus dengan gamenya.
“Hmm?”
Amir mendongak.
“Kau
kena bancuh ek?” sebelah mata Solehah dikenyitkan.
“Hmm...” pandangan kembali fokus
pada bomberman yang melepaskan double bom... hah. Mampus kau kelawar.
“Best?”
sebenarnya tau sangat, mana ada orang best
bila kena bancuh. Tapi since dah tak
de Era F.M kat dapur ni, apa salah kacau orang untuk menghilankan bosan
sendiri.
“Hmm...” Amir masih buat dek.
“Pasal apa?” Solehah masih tak boring.
Amir sekali lagi mengangkat kepala,
melihat Solehah yang dah tersengih. . Sibuk je... “Kau nak tau? Sebenarnya
kitorang bercakap pasal hal sulit. Hal sulit kaum adam. Kau nak tau? Aku cerita
ek. Macam ni...”
“Eh!” cepat Solehah memintas. “Tak
pe-takpe, mesti kau letih kan? Rehat la...”
Amir tersenyum kemenangan melihat Solehah
yang dah berpusing badannya menghadap kuali panas.
“Aku
benci la pisang ni, sadis semacam...” rungutan saja-saja, sebab tu Solehah tak
berpaling. “...kelawar ni pun, aku lari dia tak kejar, dia lari aku kejar. Last-last aku yang kena block.”, “bunga ni pun, buang anak
merata. Ta berwawasan langsung.”
“Jat, pinggan ni kalau letak ikan
panas tak pe ke?” Solehah mencelah.
“Try
la, kalau pecah tukar.” Ala-kadar Amir membalas. Tangannya masih ligat menekan keypad.
Solehah
menggeleng. Huh! Kalau main Need For Speed
tu logik akal la dengan gender
tu...
“Tapi
kan, aku suka naga ni. Mencabar.”
Solehah tetap diam tak membalas.
Tiba-tiba... ping! “Mak jatoh!!”
Amir terkejut memandang Solehah. “Ya
Allah!” kalut dia menyimpan handphone ke
dalam kocek slack lalu mendapatkan Solehah.
“Kenapa ni?”
Solehah kaku dengan wajah pucat.
Amir memicit-micit kaki Solehah yang tertusuk kaca dalam, “feel something?” dalam gila kaca ni masuk, darah pun meleleh-leleh.
“Takut.”
Uh? “Takut?” dia mendongak.
Serentak itu Puan Rina dan Encik Ezany
memasuki dapur mendengar jeritan Solehah tadi. “Kenapa ni?” Puan Rina bertanya
walaupun dah nampak benda depan mata.
Serta-merta Solehah jadi kalut. “Sorry mak cik, pinggan tu pecah. Malam
ni tak de lauk...” dia tunduk mengutip serpihan kaca tanpa menghiraukan keadaan
kakinya serta Amir yang duduk bertongkat lutut di sebelahnya.
“Mangkuk!” Amir merampas serpihan
pinggan di tangan Solehah dengan kasar. “Jangan buat lawak boleh tak? Kaki kau
macam ni, kau sibuk pasal ikan tu! What
an idiot!”
“Kaki aku macam mana?” Solehah
melihat kaki sendiri. What??? “Tepi
la!” tangan Amir ditepis kuat tanpa sikit pun cover walaupun mama papa anak manja tu sekarang di depan mata.
“Ya Allah... jangan nak cari pasal
boleh tak?!” herdik Amir kuat.
“Yang kau sesedap rasa pegang kaki
aku apa mandat?!” tak kurang kuat Solehah membalas.
Amir merengus. Dia berlalu keluar
dan sebentar kemudian kembali dengan kotak
first aid di tangan. “Bak sini kaki tuh.” Dia mengeluarkan alat membalut
luka dari kotak.
“Tak payah. Bak sini peti tu,aku
boleh buat sendiri.”
“Bak sini...” Amir bertegas. “Nanti
makin dalam kaca tu masuk.”
“Ibu dengan angah aku kerja kat HRPZ
la... aku tau camane setakat luka macam ni.”
Amir ketawa halus. Saja, nak
menyindir. “Anak nurse takut makan
ubat. Adik doktor sanggup meringkuk atas katil tiga hari gara-gara takut.”
Solehah terkedu. “Apa kau cakap?”
“Betul kan? Nak telan ubat pun tak
berani, ada hati nak merawat diri pulak?”
Aiseh
man! Dia sindir aku la... wa tengok muka lu kecik-besar-kecik-besar la der!
Amir
terus menarik pergelangan kakinya bila Solehah tak de gaya nak menjawab. “Bak
sini kaki tu aku cakap.”
“Aw!
Sakit la bangang!”
“Dah
tau sakit duduk la diam-diam!”
Ketawa
Encik Ezany pecah. Uh? Kedua-duanya menoleh. Malunya... kenapa boleh bertekak
depan mama papa dia... tapi bukan itu isunya. “Pak cik?” saja dia menegur, mana
tau kot-kot Pakcik Zany dalam separuh sedar ke. Jangan-jangan si Izzat ni mewarisi
dari bapak dia.
Tapi
Encik Ezany tak menjawab. Terus ketawa dan ketawa. “Papa?” Amir pula menegur.
Tak rela papa dituduh kureng.
“Tak
de... papa kelakar tengok korang ni.”
“Apa
yang kelakarnya bang?”
Dalam
hati Solehah menyokong Puan Rina. Aku tengah-tengah pedih boleh dia sebut the funny thing.
“Kan
papa dah cakap... kaki luka sikit pun nak kalut.”
Ouch.
Jatuh saham aku. Amir menjeling Solehah di tepi. Nasib baik dia buat muka blur. “Abang,” Amir mendengar Puan Rina
protes dengan reaksi suaminya. “Tu...” matanya mengisyaratkan tangan Amir yang
masih setia di kaki Solehah.
“Amir...”
suara Encik Ezany datar. Sebenarnya kalau diikutkan orang dah tak pakai nada tu
nasihat anak usia 25 tahun, tapi demi air muka anak...
“Kenapa
ni mak su?” Noriez muncul sambil membetulkan ikatan rambut.
“On
time. Oyiez pergi ganti tempat sepupu Oyiez tu. Tangan tu tak boleh
kawal... takkan setiap masa nak mama cakap pasal limit-limit segala. Amir tu dah berapa tahun? Sedar sikit...”
Noriez mendapatkan Solehah sambil
menepis tangan Amir yang masih tak de aura nak dialihkan. “Best? Gatal tak sudah Abang Amir ni... tengok, dah tak terkata kakak
Oyiez.” Sindirnya bila Puan Rina dan Encik Ezany ke ruang tamu.
Memang pun. Amir menoleh tengok muka
Solehah, tak boleh tafsir. Sakit ke? Kenapa tak nangis... or jangan-jangan...
“Jom naik bilik Yiez.” Solehah
berusaha untuk bangun.
“Sorry,”
Amir bersuara.
“Hurm...” Solehah terus ke bilik.
Sorry
Leh... lagi sekali aku tak kawal diri.
hit like and do comment tanda sokongan. =)
0 komen:
Post a Comment