Termasuk kali ni, dah tidak terkira berapa kali Amir meraup muka. Menyesal tak sudah. Keadaan bilik tidak terjaga. Puan Rina dan Encik Ezany tengah sibuk packing barang, nak bertolak ke majlis nikah Farhan esok. Tapi Amir masih melingkar di katil dengan hanya short pant di tubuh. Malas nak bangun. Rasa macam melayang terbang je semangat ni...
============================
“Solehah!” Solehah yang berwajah tegang dan Ana dengan
muka bersalah serentak menoleh. “siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni ni?!”
Solehah tunduk merenung lantai. Sebenarnya merenung
pemberian Abahnya kat atas lantai. “Handphone
aku...” perlahan suaranya menahan tangis.
“Sebab telefon tu kau nak tengking dia sampai
macam tu? Jangan bodoh sangat boleh tak?”
Bodoh.
Rasanya tu first time sebut benda tu
kat dia. Biasanya... bengap. Bongok. Senget. Bangang. Bengong. Tak ada yang over.
“Kalau
sekali duduk diam tak boleh ke? Asyik buat kacau aje kerjanya... baik tak payah
jemput je tadi. Cakap ikut sedap mulut. Menyusahkan.” Amir... kenapa sampai nak
mengungkit? Kau yang cakap ikut sedap mulut. Dia tak menyusahkan... “agak-agak
kalau aku tak jemput tadi macam mana kau balik? Tak reti bersyukur langsung.” Kau
yang beria-ria nak jemput. Dan sebab ayat tu la...
“Fine. Aku call acap.” Solehah berlalu dengan mata merah.
Belum
sempat Solehah melintasinya, lengan gadis itu dicengkam kemas. “Kau nak ke
mana?”
“Lepaslah!”
Solehah merentap tapi ternyata cengkaman Amir lebih kuat.
“Kau
nak ke mana?” Amir menyoal lagi dengan nada naik satu oktaf.
“Nak
cari public phone la! Lepaslah...
tolong respect orang sikit boleh
tak?!” Solehah membalas sambil berusaha melarikan lengannya.
“Ada
kau respect PA aku? Tengking macam dia
tu orang tak ada muka.”
“Lepas
la Ijat...” jelas bibir Solehah makin bergetar.
“In your
dream.” Tegas Amir berkata. “Say your
‘sorry’ first then I’ll let you go.”
“Bos...”
Ana bersuara.
“Awak
diam.” Pintas Amir tanpa memalingkan muka dari Solehah. Ana kian tak senang
duduk. “Budak macam ni kadang-kadang kena ajar. Say that.”
Dan
mungkin sebab tu la, Solehah yang biasanya senang je nak cakap ‘sorry’ tu berdegil. “Tak nak.” Wajah
dialih ke lain.
“Susah
sangat ke nak cakap sorry? Ego.”
“Dah
kalau aku tak nak ada masalah ke?” Solehah memberanikan diri mendongak,
membalas renungan tajam amir.
“I said, SORRY!” Amir mencerun.
Dan
Solehah takkan boleh tahan bila ditengking begitu, laju je pipinya basah.
Lengan yang masih dalam cengkaman Amir ditarik
ke mulut sendiri membuatkan tangan Amir turut tertarik.
“Ouch! Sakitlah O-leh.” Automatik
lengannya dilepaskan. Amir menggosok-gosok lengan sendiri. “Sejak bila kau
pandai gigit-gigit orang ni?!”
“Rasakan.
Kau nak sangat kan? Lain kali jangan paksa aku.” Solehah menonong keluar dari office tu. Dan handphonenya, tak dikutip. Tak ada hati nak kutip. Mungkin sebab handphone tu dia jadi ‘bodoh’. Akhirnya
dikutip Amir yang tiba-tiba je rasa menyesal. Sehinggakan Ana yang tak bersalah
apa-apa pun turut diberi renungan maut.
==============================
“Bos, budak tu suka bos.” Sebaris ayat yang dibuat
melalui panggilan telefon dari mulut Ana pagi tadi juga buat fikiran bercelaru.
“Ada
masalah ke kalau dia suka saya?” keras Amir membalas. Marah bila dikacau time otak tengah kusut.
“No... just... hari tu. Saya yang salah.
Dia tanya saya suka bos tak, saya cakap tak. Dia macam tak percaya, tapi dia
tak tanya dah. Then bila saya panggil
dia, dia terkejut. Suara saya kuat sangat kot bos. Sebab tu dia marah...”
Sebenarnya
cerita Ana tu langsung tak membantu. Kalau Ana tak cakap pun dia dah tak
marahkan O-leh dah. Sebab Amir sendiri yang salah. Tak sensitif. Mestilah dia
marah bila handphone pemberian Abah
jatuh cium lantai macam tu. Lantai pulak lantai mozek.
Amir...
kau yang bodoh. Dan sekarang, O-leh langsung tak layan kau. Memang padan la. Bila
call Noriez minta pass telefon tu kepada Solehah,
macam-macam alasan. Yang tak tahan, suara pun tak keluar. Biasanya kalau merajuk
pun, suara tu dia kasi kuat bila bagi alasan... tapi semalam, nampak sangat O-leh
terasa.
Semalam
bukan main lagi dia sanggup mencemardulikan keretanya, suruh Ana naik. Pergi
rumah Umi, cari O-leh. Apologise. Face to
face. Tapi terlambat... diorang dah bertolak ke Kelantan. Sia-sia je nanti
kereta kena mandi bunga pasal minah busy
body tu menumpang. Aik, menumpang ke? Argh! Lantaklah.
Argh!!!
Kusut. Pantas tangan mencapai Nokia E71 yang langsung tak rosak, cuma jam sikit je. Tangan laju mencari nombor
seseorang dalam telefonnya sendiri lalu dipanggil melalui telefon itu. Terpaksa
gunakan kredit orang lain bila kredit telefon sendiri habis dimakan operator. Lagsung tak berbaloi. “Hello... Ana. Mintak cuti dua hari
dengan papa. Usahakan. Saya tak nak dengar alasan, selain yes. Kalau tak, lepas saya cuti semua kerja saya pass kat awak.” Guna kuasa veto. Tau
sangat Ana takkan membantah. Salah ke? Salah guna kuasa? Ah... do I care? Siapa suruh cari pasal dengan
awek aku.
Ana
yang asalnya terpinga-pinga mula dapat tangkap apa yang dikatakan. “Saya memang
cuti bos. Nak ke kampung tunang saya.”
Amir
terdiam sesaat. Macam ni ke anak bos? PA cuti tak tau menahu?
“Cuti
saya dah apply dengan Encik Zani.”
Good... then
terbukti aku tak salah. “Okey.”
##peace.
best. tp pendek ckit kali ni... ^^
ReplyDeleteserius sy dh start nk angau dengan amir.. kikiki.
ReplyDeleteanon, erin: hee. jgn lelebih sudah... dah ada yg punya tu.
ReplyDelete