“Kak O-leh mana Yiez?” sapanya pagi
itu bila melihat Noriez berseorangan menonton Barney. Umur macam tu pun still
layan cerita kartun favourite Haikal
masa budak tu tiga tahun. Tak tahu la dia nak komen apa dengan Noriez ni.
Noriez menjeling Amir yang baru
melabuhkan punggung di sisinya. “Apa la nasib Mak Su tiap-tiap pagi kan? Bangun
pagi bukan kata nak bagi salam, sibuk dengan buah hati.”
Amir ketawa, “ya la… bahasa kiasan
la pulak. Assalamualaikum…” Noriez mencebik. Saja nak cari pasal. Amir yang
melihatnya terus memulas telinganya, “orang bagi salam wjib jawab la…”
Noriez mengaduh. “Orang jawab dalam
hati la…”
“Ye la tu, soalan Abang Amir tadi
tak jawab lagi. Sayang abang mana?”
Uwekkk… Noriez buat gaya muntah. “Ada
kat laman. Pergi la panggil breakfast.”
====================
Terbeliak biji matanya melihatkan Solehah
yang bahagia sangat gayanya menghayun buai di laman tu. Memang gaya orang
bahagia! “Mangkuk!”
Buk! “Mak jatoh!!!” Solehah terjerit
kecil bila punggungnya selamat mencium tanah. Dia bangun menggosok-gosok
punggung dengan wajah masam mencuka, “kau ni dah buang tabiat ke apa? Bangun
tidur terpekik macam tu. Nasib baik aku tak de sakit jantung.” Tambah sakit
hatinya melihat Amir dah terbahak-bahak menekan perut di muka pintu rumah. “Hey!
Aku tengah-tengah sakit ni jangan dibuat lawak. Karang kalau ada yang kena breakfast pakai straw, kau la orangnya.”
“Sorry-sorry…”
Amir mengatur langkah mendekati Solehah. “Aku dah nak warning tadi pasal kaki kau. Tapi tak sempat… buk.” Sekali lagi
tawanya pecah.
“Gelak! Gelak lagi! Gelak sampai kau
puas!” Mencuka wajah Solehah tatkala dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah.
Tapi Amir tiba-tiba tercegat di depannya sambil mendepangkan tangan, menghalang
laluan.
“Weh, alala… sorry ar.
Kaki kau tu tak sembuh lagi. Tu yang aku terpekik macam tu.”
A’a la… Solehah menjuling. So-called prihatin la sangat. “Kaki aku,
aku punya pasal la. Yang kau sibuk dok risau apesal?”
“Aku?” jari Amir dihala ke dada
sendiri. “Risau? Please… siapa cakap
aku risau? Aku cuma tak nak peti first
aid tu licin. Dok rawat kaki kau aje. Dah la tu, main buai pulak macam
budak kecik. Tak padan dengan umur.” Kukunya digosok-gosok bersahaja. Sesekali
ditiupnya kuku sendiri. Saja, dah takde kerja nak dibuat.
Tajam pandangan Solehah lemparkan
padanya. “Kau ni nak mintak maaf ke nak tempah maut?”
Amir sengih. “Sorry. Cuba kau cakap, part
mana yang sakit. Nak aku taruk ubat? Minyak urut ke…”
Spontan tangan yang tadinya menggosok-gosok punggung dilarikan.
Wajah terasa panas tiba-tiba. Apa punya bahasa tu? “Tak… tak sakit. Dah okay dah.” Teringat insiden malam tadi.
Spontan dia aje urut kaki orang. Nak marah pun tak boleh. Tak kenang budi
namanya. Orang dah prihatin tu. Walaupun rasa macam nak tendang je muka mamat
ni bila dia pegang kaki aku semalam.
Amir ketawa lagi melihat wajah merah Solehah. “Dah la, jom breakfast.” Solehah menurut. Hampir
sahaja terlanggar tubuh Amir bila Amir tiba-tiba berpusing menghadapnya. “Yang
kau dressing melawa macam ni pesal?” Dia
tengok Solehah atas bawah. Baju yang dia pakai masa datang petang semalam ni.
Solehah tak senang gayanya bila diperhati begitu. “Lepas breakfast nanti kita balik ek?”
Kita? Hehehe bagus. Kena banyak practice
lagi. “Balik? Awal lagi la… hari ni weekend
la.”
“Ala Jat… aku tak sedap la dengan Umi dengan Paan. Dah kira baik
diorang tumpangkan aku tu, yang aku pulak buat rumah tu macam hotel. Diorang
dah baik sangat dengan aku. Boleh la ek? Boleh la Jat…” Dia buat muka cute.
Huh! Amir mendengus. “Suka hati la!” Solehah tersenyum kemenangan.
Senyum je? Kalau dengan Acap, mesti “tak
sesia aku sayang kau cap…” Argh! Dia berlalu ke dalam rumah. Tak dilayan Solehah
yang membuntuti di belakangnya.
===================
“Tak sudah-sudah lagi termenung O-leh? Dah lepas breakfast pun boleh sambung lagi.”
Solehah menoleh sambil melemparkan senyum kepada Puan Rina yang kini duduk di
kerusi batu berdekatan dengannya.
“Saja nak lepas gian mak cik. Dah lama tak jumpa buai tali macam
ni. Lepas ni susah la… takkan nak pergi playground
cari benda ni. Mencemar duli sungguh.”
“Apa susah. Lain kali datang la lagi. Mak cik tak kisah pun…”
Solehah tersenyum tawar. Mak cik tak kisah, bakal menantu mak cik
mesti kisah, kan? Teringat perbualan dengan Amir masa kat rumah umi petang
semalam. Haih, agaknya siapa la insan bertuah tu. Dah la Leh, be strong. Tetiba nak emo ni apa kes?
“Nanti lain kali datang la lagi, belajar balik resepi semalam.
Tengok mana yang alah acuan sampai boleh jadi sampai macam tu.”
Solehah tiba-tiba sengih mendengar kata-kata Puan Rina. Teringat mushroom soup semalam. Tak tau nak
komen apa. Pasal tak de rupa sup pun. Nak cakap sup ayam, tak. Sup tulang, tak.
Sup arnab, tak. Sup cendawan, lagilah tak!
Puan Rina memandang Solehah tanpa sedar si empunya diri. Dari awal pagi tadi lagi Solehah dok melayan
menung di atas buai ni, entah apa yang dimenungkan. “Buai ni, Amir yang buat
masa dia kecik-kecik dulu. Dah lama pun, pokok ni pun dah besar.”
Jelas dahi Solehah terbentuk satu kerutan tak percaya. “Izzat buat?
Biar betul mak cik? Orang lelaki pun layan benda ni ke?”
“Apa pulak tak sukanya, buai ni, kalau tak dia yang berayun, alamat
tinggal warisan je la.”
Solehah tersenyum. Izzat, kau memang special.
“Tapi sekarang ni dah jarang sangat la dia berayun atas ni, nama
pun 26 tahun, malu la.” Puan Rina menyentuh-nyentuh bunganya sekejap sebelum
dipandang Solehah semula. “Amir tu anak tunggal, sebab tu perangai dia berbeza
sangat kalau nak dibanding dengan Paan yang anak sulong tu. Amir ni jarang
sangat ambik serius benda-benda sekeliling, kerja pun ala-kadar je. Tapi
kebelakangan ni, syukur la. Nampak dia dah boleh fikir masa depan.”
Solehah senyum sendiri. Mak cik ni kenapa la kuat sangat promote anak teruna dia. Dah orang nak
berbini mesti la serius cari makan. Nak dibagi makan apa kat orang rumah tu nanti?
“Masa kecik-kecik dulu,” Puan Rina terus bercerita. “Amir selalu
cakap dia nak kahwin dengan perempuan pertama yang naik buai ni.”
Erk… Mata Solehah hampir terbeliak. “Jadi perempuan tu dah naik la
buai ni?” Soalnya spontan. Benci tiba-tiba akan buai yang jadi tempat duduknya
kini. Perempuan yang rampas Izzatku pernah duduk sini. Huh! Tapi tiba-tiba rasa
lucu pula, sejak bila ada ‘ku’ tuh?
Puan Rina berkerut dahi. “Perempuan? Perempuan mana? Oyiez? Oyiez
tu suku kira la… orang kata tak berkembang jadinya kahwin dengan sepupu.”
“Tak… perempuan tu, alah… budak Kelantan jugak. Entah siapa
namanya, Izzat cakap nak kahwin dengan dia. Maybe
ex-schoolmate dia ke…”
“Budak Kelantan” dahi Puan Rina berlapis. Amir ni biar betul? Tiba-tiba
terletus tawa kecil dari bibirnya. “O-leh percaya la sangat dengan Amir tu. Dengan
siapa sangat nak dibuat bini, kawan perempuan pun boleh kira dengan jari..”
Aik? Biar betul? Izzat nak kahwin tapi Mak Cik Rina tak kenal bakal
menantu? Sampai ke tahap nak jumpa bakal in-law
pun Mak Cik Rina tak kenal? And… kalau
betul perempuan tu dah naik buai ni, means
dia bawak balik perempuan tu tanpa pengetahuan mama papa dia? Jangan-jangan…
gaun yang samalam tu memang betul minah tu dah rasmi! Wuisy, kau bikin aku
marah Jat… kau memang nak kena.
“So,” suara Puan Rina
mematikan lamunannya. “Nanti O-leh balik Kelantan sekali dengan diorang ke? Wedding Paan tu?”
“A’ah. Umi, Ayah, Paan, Oyiez dengan O-leh. Tapi lambat lagi, dua
minggu lagi. Nanti cuti semester.” Lambat-lambat dia menjawab. Minda masih
berfikir kes Izzat si pembuat onar tu sebenarnya.
Puan rina mengangguk. Sepi menguasai suasana. Lalu Solehah meminta
diri. “Mak cik, O-leh masuk dalam kejap ek? Nak tengok Izzat dengan Oyiez dah
siap belum, Izzat cakap nak hantar O-leh balik.”
Puan Rina senyum mengangguk menghantar langkah Solehah.
Kesiannya Mak Cik rina, O-leh layan ala-kadar… tapi… ah, biarlah!
Aku pun bukan jenis mesra alam. Orang tak terliur pun nak dibuat menantu
perempuan kaku macam aku ni. Mak cik, O-leh mintak maaf. O-leh sakit hati tahap
gaban dengan anak mak cik ni. Izzat, tunggu kau.
Dari jauh, Amir sedang terbahak-bahak menonton filem Cun. Siap
ditekan-tekan lagi perutnya masa Manis tengah bercakap tu… Oh, suka ye?
Sekarang kau boleh suka, aku kasi chance.
Tapi tunggu, tak sampai seminit lagi…
==================
“Woi! Apa punya perangai kau ni ha?” Serentak itu sebiji kusyen
tepat mengenai muka Amir, sekali gus mematikan tawa Amir yang tadinya galak.
Amir menoleh setelah VCD
playernya ditekan butang ‘pause’,
memandang Solehah yang bercekak pinggang merenungnya. Amir sengih selamba tanpa
riak bersalah. “Sayang! Kenapa ni? Meh, meh dok sini dekat abang.” Tangan
menepuk-nepuk sofa di sebelah.
“Oh, loyar buruk kau ek? Jangan buat aku meletup Jat…”
Amir gelak, “kau kenapa Leh? Cuba cakap baik-baik. Kau main serbu
macam ni, mana aku tahu cerita.”
“Macam mana Mak cik Rina boleh tatau pasal buah hati kau tu?”
Soalnya straight.
Amir garu pipinya sendiri dengan kening mula nak berkerut hebat. “Amenda
yang kau merapu nih? Mama dah tau la.” Amir mengangguk-angguk sendiri. Yakin.
Dah banyak kali mama berkias pasal O-leh dengan aku… takkan tak thu lagi pulak.
Solehah menjegil. Dah tertangkap pun nak menipu lagi. “Petang
semalam kau cakap kau nak ke Kelantan nak jumpa bakal in-law. Tapi tadi Mak Cik Rina cakap dia tak tahu pun kau ada awek
kat sana. Apa punya anak kau ni? Sampai tahap nak jumpa family pun mama kau tak tahu lagi.”
Senyuman di bibir Amir mati. Geram rasa tak terkira. Kenapa la aku
boleh falling in love dengan budak pending macam ni. Argh!!!
“Tak payah pasang muka tu, ingat sikit sekarang ni aku yang
berasap. Bukan kau.” Solehah menghempas punggung di sofa berhadapan Amir.
Amir mengeluh, “mama dah kenal dia. Papa pun. Even Mak Long dengan Pak Long pun kenal. Paan lagi la… but not as my wife to-be. Aku tak cakap
lagi aku nak nikah dengan dia.”
“Kenapa tak cakap?” soal Solehah cepat. Tak sangka rupanya selama
ni dia seorang saja yang tak tahu perkembangan sedangkan semua orang lain dah
tahu.
“Sebab aku tak confess
lagi.”
“Kenapa tak confess?”
“Sebab aku takut kena reject.”
“Kenapa kau fikir macam tu?”
“Sebab aku tak yakin kat dia. Dia tak pernah cakap, sama ada dia
sayang aku ke tak.”
Solehah diam. “Kau sayang dia?” soalnya perlahan.
“Aku memang sayang semua
member aku. Tapi lain dengan dia. Aku… aku cintakan dia.”
Pedih. Pedih rasanya telinga Solehah. Tapi dicuba juga mengukir
senyum. “Kalau kau betul sayang dia, cuba la beranikan diri. Kalau kau still tak confident, do it slowly. Lambat-laun, mesti dia nampak.”
Am I sleeptalking? Aku kasi dia dorongan? And
what about me..? Solehah tergamam dengan kata-kata sendiri sedangkan
bibirnya terus bergerak.
“Tapi kalau dia reject
kau, mesti dia ada alasan dia sendiri. Belajar la terima kenyataan.”
And masa tu aku bukak tangan seluas-luasnya sambut kau…
“Kalau betul kau sayang dia, mesti kau nak tengok dia happy kan? So let her go. Cinta tak semestinya kena memiliki.”
Betul Leh, let him go.
Kalau dia kena reject pun, apa ke
jadahnya dia nak pergi kat kau? Don’t be
so full of yourself.
Amir merenung anak mata Solehah yang kian redup. “Betul, buat slowly.” Kepalanya mengangguk-angguk.
Mahu je dipeluk orang yang kasi dorongan mental tu, tapi tu dah kira ekspres
tahap tempah maut la. “Leh?”
“Hmm?” Solehah angkat sebelah kening.
“Thanks ek.”
Solehah senyum segaris. “No
hal la. Tapi kalau kau nak balas budi, okay
je.”
Amir focus padanya kembali, “tak ikhlas betul. Mende?”
“Hantar aku balik.” Solehah sengih.
“Ala… nanti-nanti la. Aku nak rehat kejap. Oyiez pun belum habis
analisis album lagi.” Amir buat suara malas.
“Wei, rehat je la rumah Umi. Mak Long kau jugak. Please… aku nak tolong Paan packing barang. Nanti takut tak sempat,
nak ke kelas lagi… situ lagi… sini lagi…” Butang ‘power’ pada remote controller
ditekan sambil buat gaya ‘peace’. “Please…”
“Iye la!” Amir mengalah. “Nanti aku salin baju dulu. Menyampah betul.”
enjoy!
0 komen:
Post a Comment