Bab 23
“Jat...”
Solehah merengek di hujung talian. Buat suara manja sekali-sekala. Adat
memujuk. Badan dah basah dengan peluh. Nasib la ada stok butterfly dalam beg.
“Kalau kau ada nak bodek pape, lepas
ni aku call balik okeh? Aku ada kerja
ni.” Handphone dikapit dengan bahu.
Tangan sibuk membelek kertas-kertas kerja di depan mata.
“Ala kalau kejap lagi baik tak
payah. Aku dah sampai rumah...” Dia bersuara penuh berharap. Mana taknya, sudah
setengah jam menunggu, bau asap hitam bas pun tak ada lagi. Nama je bus stop.
“Apa hal sebenarnya ni?” Seketika, Amir
fokus pada perbualan. Badan disandar pada kerusi, nak hilangkan lelah. Ana, si personal assistant yang tengah sibuk check file kerja kat depan mata tak
dihiraukan.
“Hari ni aku balik awal.” Tuturnya
berhati-hati. “Please... dah setengah
jam aku tunggu, bukan setakat bas, taxi pun
tader.”
Got
it. Amir memicit dahi. “Dah call Paan
belum?”
“Belum...” perlahan Solehah
menjawab.
“Try
la call dulu. Aku banyak kerja ni.”
Solehah menggaru-garu kepala. “Sekarang
kan lunch hour?”
“Tau... tapi aku ni je kena
berkurung dalam office.” Ana pun kena
tempias pasal sibuk dok report pasal
aku kat Papa dulu sebearnya. “Nak kena settle
kertas kerja sebelum cuti.” Atau dalam kata lain, aku taubat. Nak jaga anak
orang mana boleh main-main lagi buat kerja... “Apsal tak call Paan je?”
“Kesian la. Kan dia baru je lepas game... lelah pun tak hilang lagi. Kau
sibuk ek?” lagi sekali Solehah bertanya.
Amir diam sebentar. Berfikir. Sikit
pun tak perasan Ana tengah khusyuk perhatikan dia. Okey! “Half an hour. Boleh tunggu? Aku nak siapkan sikit je lagi... yang
lain aku sambung karang. Beres?”
Solehah mengetap bibir. Betul la aku
jenis menyusahkan. Tak paham-paham orang tengah busy. “A... kau busy ek? Never mind la. Anggap je aku tak pernah call.
Sorry... ha! Bas dah sampai. Chow!” Punat merah ditekan cepat.
Uh...
mata ditala ke jalan raya di depan. Agak-agak kalau berjalan kaki ada tak gaya dari
rumah ibu ke rumah Tok Mek? Kota Bharu ke Wakaf Bharu? Naik jenuh aku! Masa ni
la rasa macam nak suruh Acap tukar LC dia dengan Kancil termurah kat pasaran...
dan boleh aku tumpang balik rumah. Erh!
Amir merenung skrin. Dah mula dah...
bas la konon. Didail semula nombor dalam call
lognya, “tut tut... tut tut... helo! Aku dah naik bas dah... jangan risau.
Pakcik!! Laju sikit pakcik! Ha, jangan risau.”
“Bas... bas... tau la kau anak
bongu, no need la nak buat manja
keledek gitu. Tak habis-habis nak sulking.
Tunggu, ten minutes aku sampai.” Kertas-kertas
di atas meja dikemaskan ala-kadar sebelum dia bangun menuju ke pintu office tanpa hiraukan Ana langsung! Tapi
di muka pintu, bila menyedari dia bukan keseorangan, automatik dia berpaling ke
belakang. “Ana!”
Uh? “Yup?” Ana memutar kerusi.
“Awak check dulu mana patut. I’m going
to fetch her. Pasal lunch jangan
risau, nanti saya tapau.” Tanpa mendengar balasan dari Ana, dia keluar. I’m going to fetch her... paham la kot
dia. Macam mana boleh tersasul ‘her’
tu.
Ana mengangguk-angguk patuh walaupun
sedar bos dah tak ada depan mata. Tak lama, dia menggeleng-geleng pula. Ush...
betul la bos dah angau. Siapa la agaknya budak tu? manja betul. Yang bos pulak concern terlebih. Kalau dengan perempuan
lain... haram.
============================
“Hai...”
Solehah mendongak dengan mata
mengecil, effect dari sinaran
mentari. “Yes?” dia meminta kepastian
bila pemuda yang menegurnya sekadar senyum. Tayang muka handsome.
“Tak balik lagi?” Pemuda yang
tadinya sekadar berdiri kini mendekati Solehah di bus stop itu, lalu duduk di sebelahnya. Tanpa teragak-agak.
Solehah berengsot ke tepi sedikit,
dengan muka tak selesa. Lalu fokus pada earphone
semula.
“Tunggu bas?” soal si pemuda itu
lagi.
Solehah menarik nafas, kuatkan
kesabaran dalam hati. Orang tengah panas, boleh dia temu ramah kat sini. “A...”
ayatnya tergantung. Tak! Tak! Stop
guna ‘aku’. Dah banyak orang cakap kau takde adab Leh! “Tak, tengah tunggu train lalu.” Ujarnya dengan senyum
manis tersimpul di bibir.
“Oh... nama saya Dahlan.” Pemuda itu
memperkenalkan diri dengan tangan disua ke arahnya.
Solehah memandangnya, senyum dan
mengangguk. Lalu fokus pada audio player
kembali.
“Sombongnya...”
Solehah mendongak, bibir bergerak
ingin membalas, tapi bunyi hon kereta di seberang jalan membantut hasratnya.
Dia tersengih lebar. “Chow dulu, driver
train dah sampai.”
===========================
Solehah dah buat muka bosan kat sofa
tetamu. Boring... boring!!! Dah aku
cakap biar, means ‘biar’ la.
Rajin-rajin je dia. Kalau jemput aku hantar ke rumah boleh tahan, ni siap bawak
datang office. Kena quarantine pulak dalam office dia! Buat gaya macam aku ni bini
dia... “buat je pape, aku tak larang. Tapi jangan keluar dari office. Paham?” Mulut terkumat-kamit dok
ulang ayat Amir tadi. Macam la aku budak 5 taun. Dah la dalam kereta tadi
senyap tak terkutik aje. Entah apa salahnya.
Dijeling Amir di mejanya yang sedang...
mengarah maybe, kepada seorang
perempuan yang menghadapnya. Dan perempuan tu... angguk. Kemudian mereka
tunduk, menyambung kerja.
Cantik. Tudung pun ala-ala gadis
melayu terakhir, macam Nuyu. PA kot... and
maybe ni bakal bini dia tu. Biasanya
PA la yang bos selalu sangkut. Tapi tegas semacam je si Izzat tu... takkan buat
aksi macam tu dengan wanita idaman? Mm... dalam novel biasanya pun hero buat
lagak dingin. Baru gentle. Hundred
percent yakin, dia perempuan tu! Sengaja je buat aku jealous.
Argh! Biar la diorang... yang pasti,
aku dah boring tahap tak ingat
sekarang. Dia bangkit dari sofanya, lalu perlahan-lahan mengatur langkah
medekati mereka. “Jat...”
“Hmm...” Amir merenung skrin
komputer tanpa dialihkan matanya menghadap orang yang memanggil.
Huh! Depan-depan perempuan ni dia
tak layan aku. Malu betul! Solehah memandang perempuan tu, Ana mengukir senyum.
Wah, patut la Izzat berkenan. Cun gila... sombong pun tak. Dijeling pula bracelet di tangan Ana, ‘HANA’. Sweet. Senyuman Ana dibalas ikhlas.
Solehah fokus semula pada Amir. “Jat...
boring la.”
Amir mendongak, “kan aku dah bagi
mandat geledah je office ni. Boring apa lagi... pergi la cari buku
ke... kan kau selalu kata membaca tu gudang ilmu. Aku banyak kerja ni.”
“Rak buku kau bukannya ada stok
novel. Apa ke jadah aku nak baca buku bussiness
management. Building renovation. Bukan taste
aku...”
“Then?”
“Aku nak keluar?” Kalau tak sebab
kenang budi, jangan harap aku nak mintak izin segala.
“Ahh...” Amir buat muka garang. “Jangan
mengada. Nanti kecoh satu office aku kidnap anak orang.”
“Kalau kau kurung aku macam ni lagi
la orang panggil kidnap. Bengap.”
Sekali lagi Amir mendongak, “apa kau
cakap?”
Solehah yang berdiri di sebelah Ana
sengih. “Ala nanti aku cakap la aku buat practical
ke... apa ke... boleh la...” Amir menggeleng-geleng. Muktamad. Tau dek Papa aku
bawak O-leh datang tak ke naya... masa masuk tadi pun nasib je staff lain tak balik dari lunch lagi. Solehah still tak puas memujuk, “then
biar aku jalan-jalan kat luar je la? Aku
cari masjid, Asar dah nak masuk. Boleh?”
“Asar tak masuk lagi. Tapi kalau kau
nak solat sunat dulu pun tak pe... ruang solat dah ready kat bilik ni. Dipersila...” ala-kadar Amir membalas.
Solehah buat muka. “Susah la kau ni.
Okey last aku mintak, biar aku balik
sendiri. Ek? Aku cari bus stop kat area ni.”
“Tak payah!” kali ni lagi tegas Amir
melarang. “Balik sendiri ke kau nak that
budak hingusan fetch kau?”
“Budak hingusan mana pulak ni... banyak assignment tak siap lagi la, sia-sia je
masa habis macam ni.”
“Kau kan bawak lappy. Switch on je la kat
sana. Kan dah ada meja...” assignment la
sangat. Buat gaya macam aku ni tak pernah study
kat U. Seminggu nak habis semester, lecturer
mana nak bagi assignment?
“Yang kau ni payah sangat nak jawab
‘yes’ pesal?” suara Solehah bertukar nada. Dah tak de aura memujuk. “Nak balas
dendam aku kacau kau kerja? Okey then,
after this aku takkan ganggu dah. Aku nak blah la.”
Ana menahan tawa. Tadi bukan main
manjanya. Ujian betul bos. Amir kekal nada malas menjawab soalan Solehah. “Kalau
kau kena pape kat tengah jalan tak ke teruk aku kena kat Paan? Duduk je la
dulu... dah nak siap ni.”
Solehah mengeluh, dah habis gaya aku
guna. “Control macho la konon depan
buah hati. Tak nak berpisah cakap aje la... payah.”
Uh?
Ana terbeliak. Amir terangkat kening. “Siapa buah hati aku?”
“Kat
sini sekarang siapa? Takkan aku nak cakap aku? Bongok.”
That
means... Amir ketawa kuat. Apa punya taste
aku dengan ana... Amir menggeleng-geleng. Kesian si ana... “Dah dah. Kau pergi
duduk diam-diam. Buah hati pengarang jantung aku nak tolong aku kerja. Makin
kau kacau, makin lambat siap. Choose.”
Argh...
Solehah mendengus. Jealous! Tetiba je
rasa macam tersiat-siat hati ni. Bergaya bahasa... akhirnya dia berlalu ke
tempat asal. Memasang laptop. Sign in
blogger...
==========================
Ah...
lega. Amir menggeliat. Ana menyusun fail-fail kerja untuk keluar. Memang lega.
Sumpah lepas ni dah tak nak report
bukan-bukan pasal bos dah... bagi hukuman macam dia bos besar kat sini. “Bos
nak saya kejutkan dia ke?” soalnya sebelum keluar.
Seketika
Amir memusing muka, memandang Solehah yang tengah nyenyak tidur. Dia
menggeleng, “No need. Penat sangat
agaknya. Saya pun nak tidur kejap.”
Erk?
Ana merenungnya. Cuak. Takkan la bos...
“Apahal?”
Ana
menggeleng. Nothing.
Amir
mendengus, “otak awak tu kena kasi basuh sikit. Ntah pape fikiran. Saya
bukannya tidur lentok kat bahu dia...”
Ana
tersengih mengangguk. “Beres bos.”
============================
Amir
terkebil-kebil merenung siling office
dengan lengan dilipat ke atas dahi. Dari tadi landing punya la aman atas sofa panjang yang selang sebiji sofa
lain dengan sofa Solehah, tak seminit pun matanya terpejam. Selesa la kalau nak
dicompare dengan O-leh yang nampak
sangat seksanya dengan kepala senget kat sofa sempit tu. Kalau dah nikah kan
senang... lena je tidur dengan kepala kat bahu aku. Berkat. Dapat pahala lebih
lagi manja-manja dengan suami.
Amir
sengih sendirian. Memang la kau ni Mir... tadi bukan main ceramahkan Ana.
Uh... lima minit berlalu. Baru la
tau macam mana O-leh rasa tadi. Boring
tak hengat! Badan yang tadinya
terbaring di atas sofa itu digerakkan dengan malas. Wajah Solehah yang tenang
tidur direnung lama. Kenapa pending
sangat? Takkan sikit pun tak jealous
kalau dia ingat aku ada ‘something goes
wrong somewhere’ dengan Ana. Kepalanya
digeleng-geleng. Sampai bila nak macam ni? Untung je aku jenis sabar.
Dah tak ada kerja. Dia mencapai laptop Solehah yang terpasang di atas
meja di depan. Berkerut dahinya membaca entry
di blog Solehah.
“Bos nak...”
“Shyyp.” Jari telunjuk dibawa ke
bibir sambil memandang Ana yang terjengul di muka pintu. “Apa hal?” soalnya
perlahan, tak mahu Solehah tersedar masa laptop
di ribaannya. Tapi terlambat, Solehah dah sedar dan tengah menggosok-osok mata
yang bepinar.
“Tadi bos suruh bancuh air. Just need to know... tea or coffee?”
Amir menoleh ke wajah Solehah, “teh
ke kopi?”
Huh! Siap translate lagi. Ingat aku tak lulus BI ke... “Fresh orange.” Ringkas jawapannya dalam mamai sambil menggosok
perut.
Nak cakap tak lunch lagi la tuh... sekilas dia memandang Ana semula, “tak pe. Cancel.”
Ana mengangguk. Sebelum dia berlalu,
namanya diseru semula. “Yes?” soalnya
mnta kepastian.
“Tu...” jari dihala ke atas meja
utama. “Nasi goreng. Tadi saya janji nak gantikan masa awak.” Ana mengangguk
sambil bergerak ke meja.
Amir tunduk merenung skrin semula,
tapi kemudian dia mendongak kembali. “Kenapa?” soalnya melihat Solehah diam sambil
merenungnya sejak sedar tadi. Nak cakap marah sebab laptop kat riba Amir, tak nampak pun aura marah. Nampak macam...
Solehah menggeleng, “nothing. Sweet couple aku tengok korang
ni. Concern. Caring.” Yang tu tolong bancuh air... yang ni belanja nasi goreng.
Dia tersenyum tawar.
Amir tergelak halus. Baru dapat detect aura jealous. Time ni la rasa macam nak melompat sakan.
“Tapi tak romantic.” Sempat lagi Solehah menambah.
“Buat apa... kalau dengan kau boleh
la nak romatik sikit.” Amir dah tersengih menggoda.
“Pelik la aku kau ni. Tadi bukan
main gentlenya. Tegas bukan main.
Kalau kau buat perangai macam tu bila Kak Ana nak tau kau ada hati kat dia?”
“Yang kau panggil dia ‘kak’ pesal?
Sejak bila Angah ada partner as your sis?”
“Bengap.
Tengok gaya pun aku tau dia sebaya kau...”
“Then
panggil la aku abang...” mata dikerdip-kerdip. Buat gaya cute.
“Euw... kau memang. 180o bertukar watak. Hypocrite la... eh bila dah nikah dia mesti tau la perangai kau. No need la sampai buat aksi beku macam
tu.”
“Hisy.
She’s not the girl la. My girl tu
mesti la muda sikit dari aku... bila dah tua nanti baru la aku tak cari lain.
Kau tau kan, boy ni lebih charming dari girl di usia tua.”
Solehah
tersenyum tawar. Boy and girl di usia
tua... tak suit la bro. “Tadi aku strict macam tu...” Amir menyambung. “Pasal
tadi kan office hour. Lagipun dengan
si Ana tu, tak boleh lembut. Pijak kepala. Dulu aku tak tegas, suka-suki dia report pasal aku kat papa.”
Solehah
mencebik. Alasan semata-mata!
“And...” Amir main tarik tali. “Tak rasa
nak cakap ke, siapa mamat tu?”
“Siapa?”
soal Solehah semula. Dari tadi lagi dok sebut ‘mamat tu’...
Amir
angkat kening berkali-kali tanpa keluar suara.
“
Oh! Tadi? Entah. Sekuliah dengan aku rasanya. Tetiba dia tegur aku, aku senyum
je la.” Jawabnya ala-kadar.
Amir
mengangguk-angguk. Bibir dah mencebik bila fikiran buruk melintasi benak.
“Apa,”
kening Solehah terangkat melihat gerak bibir Amir. Tiba-tiba mata dijuling ke
atas, “euh, tak payah nak buat aku perasan la. Bertuah sangat la aku kalau straight mamat-mamat handsome buat aksi tadi nak usha aku. Tak payah susah-susah aku
nak fikir jodoh... jom la balik.” ujarnya sambil menyandang backpack ke bahu.
“Pardon?” lagi jelas cebikan Amir. “Macam
tadi kau cakap ‘handsome’? In that case...
mesti aku ni sepuluh kali handsome bagi
kau kan? Macam tu pun boleh dia cakap handsome...
eii geli aku.”
“Jomlah
balik.” Solehah sudah tegak berdiri.
“Okay.”
Amir bangun dalam keluhan. “Pasal entry
kau ni... kalau kau tak nak delete
gambar pun, delete description pun
jadi la.” Jari dituding ke skrin laptop.
Ada ke patut dia post gambar Amir dan
Ana tengah berdiskusi tadi. Entah bila dia snap.
Yang specialnya, entah bila Amir ada
tahi lalat berbulu kat hidung. Siap ada description
lagi: ‘si bajet hensem dengan buah hati. Pasangan hypocrite sedunia.’
===========================
“Weh,”
Solehah memandang Amir yang berpusing dari depan menghadapnya.
“Amenda?”
“Kunci
kereta... entah kat mana aku taruk.” Ujarnya sambil meraba saku seluar. “Kau
dok kat tempat Ana tu kejap, aku masuk cari.”
Solehah
mengangguk sambil berjalan ke meja Ana yang tengah sibuk mengemas.
“Kak
Ana,” pangilnya perlahan.
Ana
mendongak. Dia mengukir senyum, “duduk la dulu. Sorry la meja ni berterabur sikit. Bos tu la, menyusahkan.
Mentang-mentanglah anak bos...” Bebelnya selamba. Hilang terus ‘silencer’ tadi. “Bos kat mana?” suaranya
diperlahankan. Awas. Takut bos tengah pasang telinga. Tak pasal-pasal kena dera
lagi...
“Tertinggal
barang. Er...” dia duduk, sambil cuba menyusun kata. Berduaan dengan Kak Ana,
memang bertukar watak la. Aku bukannya jenis ramah tak kira orang. Untung je
sekarang office tengah lengang. Kalau
tak lagi la... “Kak Ana.”
“Ya?
Apa gaya menggoda ni dik? Jangan... akak bukan songsang tau.” Selorohnya.
“Kak
Ana tak ada rasa ape ke kat bos Kak Ana tu?”
Straight je la. Nak tolong satukan dua hati. Pahala lebih sikit... tengok
gaya Kak Ana pun jenis kecoh style mesra alam kalau bukan kat depan bos. Okey
la kot. At least Izzat dapat yang
baik.
“Rasa
apa? Manis? Memang dia manis pun... correction,
macho.”
“Rasa...
selesa? Suka? Sayang? Tak pun... cinta?” suaranya terus bertukar nada menyebut
yang last tu. “Kak Ana tak kecik hati
kan O-leh keluar dengan Izzat selalu? Orang bukan nak rampas pun...”
Ana
menggeleng-geleng, “nonsense la. Bab
bercintan dengan anak bos tu cerita dalam novel je la Leh. Lagipun Abang Izzat
awak tu, siapa yang berkenan? Seram akak tengok.”
“Dalam
novel tu anak bos syarikat besar-besaran. Bos kaya-raya. Izzat tu biasa-biasa
jek. Kira logik la kan?”
“Nananana...
logik. Tapi to me, tetap no. Akak tak ada hati kat bos tu. Tak gentle.”
Solehah
menarik senyum segaris. Masih tak yakin sebenarnya, tapi malas la nak
panjang-panjang kes. Nokia E71 dikeluarkan, earphone
disumbat ke telinga untuk menghilangkan bosan.
Ana
merenung lama gadis di depannya yang dah terpejam matanya. Kesian bos... kenapa
la bengap sangat budak ni. “Leh...” niat nak bercerita tentang lagak angau Amir
tadi masa menjawab panggilannya. Tapi Solehah tak menjawab. Volume tahap maximum gamaknya... “dik,” masih sama. “Solehah!”
Solehah tersentak. Handphone yang tadinya dalam gengaman
menggelunsur jatuh ke lantai. Lantai mozek. Ah... Abah. Your gift... Direnungnya
wajah Kak Ana yang mula terbit riak bersalah di tepi. “Apa hal Kak Ana ni?!
Kalau ya pun marah kat saya, tak payah la hadiah abah saya jadi mangsa.” Kuat
bercampur keras suaranya.
“Solehah, Akak...” berubah terus
riak wajah Ana.
“Kalau akak awal-awal cakap marah
kan senang? Saya tak kacau si Ijat tuh. Heh! Ntah macam mana Izzat boleh suka
kat akak.” Lantang suaranya, mujur je tak bergema office tuh.
“Solehah!”
Kedua-duanya berpaling. Memandang
Amir yang tegak dengan mata tak berkelip memandang Solehah.
komen yeah. peace. ^_^
awak, ble nask smbung?
ReplyDelete