“Hai everybody.”
Mereka yang sedang sibuk memunggah barang ke dalam bumper kereta terpanar melihat insan di muka pintu tu. Noriez...
muncul dengan imej baru. “Amacam? Cantik?” dia berpusing-pusing menggaya
pakaian. Blouse pink dengan jeans putih bukan tarikan, memang Noriez
minah pinky pun... tapi tudung merah
jambu kat kepala tu!
“Apasal macam nampak hantu ni? Reaksi tak berpatutan
la... cantik ek?”
“Sleepwalking
yiez?” Farhan berseloroh.
Noriez tarik muka masam. “Oyiez dah decide la nak cover my aurah
from now on... sebelum ni...” ayatnya tergantung. Takkan nak mengaku jahil?
“Whatever la. Pokoknya, Oyiez nak
berubah. Cheese...” dia buat muka
comel.
“Biar betul?” wajah Puan Norish ceria namun jelas lagi
kehairanannya. Selama ni bukan tak pernah disuruh Noriez menutup auratnya, tapi
alasannya... “Nanti la...” dia yang sememangnya tak suka bekeras akur.
“Seru dah sampai mi...” dia tersengih. “Jangan la tengok
macam tu, bagi spirit la.”
Mereka senyum. Farhan angkat bahu. “Takkan nak puji
lebih-lebih.” Ketawa pecah. Mereka menyambung kerja yang tergendala. Noriez
berjalan menghampiri Solehah yang masih tak hilang reaksi pelik. “Kenapa akak?”
“O-leh... pakai ni, dengan rela kan?”
“Means?” kening
Noriez berkerut.
Solehah menghela nafas. “Oyiez ingat kan, Kak O-leh cakap
dulu. Kalau kita buat satu-satu perubahan tu, tanpa rela diri, tapi sebab lain...
Macam... orang yang kita sayang suruh ke... or
whatever, benda tu mesti takkan kekal. So
what about you?”
“Kak O-leh jangan risau. Oyiez memang dah lama planning nak pakai, tapi takut. Sekarang
okey je. Lagipun sepatutnya dah lama Oyiez patut tutup aurat kan...”
Solehah akhirnya senyum. “You know what?” bahu Noriez dirangkul.
“What?”
“They are right.”
“Right?”
“Oyiez kebanggaan kami.”
Noriez sengih malu. Malu dipuji depan-depan. “Thanks Kak O-leh.”
“Makin sayang la Acap kat
Oyiez lepas ni.”
Huh? “Apa Kak O-leh?” selamba je suara Kak O-leh tadi.
Solehah sengih menggeleng, “nothing.”
Bunyi lagu Umiku Sayang dari handphone Noriez menyentakkan suasana. Noriez membaca mesej yang
baru diterima.
Oyiez, kasi nfon
kat kak o-leh. NOW.
Isy, tak de orang lain la... sejak semalam lagi Abang Amir
ni. Entah apa kes lagi diorang ni...
“Nah,” Noriez menyua. Solehah menggeleng. Noriez tetap
menyua. Dan Solehah tetap menggeleng. Sehinggalah lagu Umiku Sayang sekali lagi
membingit.
“Message or calling?”
Solehah menjenguk.
“Abang Amir call,
hello.”
“Hello? Oyiez?
Kan abang suruh bagi Kak O-leh...” Amir membebel di hujung talian.
“Dia tak nak la...” Solehah curi dengar. “Kenapa
sebenarnya? Mm... lambat lagi kot... Kak Ana? Mmm... bye.”
Noriez menyimpan handphone
ke dalam beg kecil.
Solehah diam.
Dan Noriez turut diam.
Masing-masing mengunci mulut.
Lima
minit kemudian...
“Kak O-leh tak nak tanya Abang Amir cakap apa?”
“Apa?”
“Dia suruh tungu, dia bawak Kak Ana datang sini, sepuluh
minit lagi sampai.” Selamba dia menuturkan. “Tapi sekarang dah tinggal lima
minit.” Sambil mata merenung jam.
Automatik Solehah bangkit dari kerusi batu. Ditarik
tangan Noriez ke kereta. “Paan, jom la. Semua dah siap.”
=============================
“Yah...”
Uh? Encik Fattah yang sedang memandu menoleh sekilas ke
tepi, menunggu kata-kata Farhan yang seterusnya. Tapi bakal pengantin itu hanya
diam, buat orang lain suspens je. “Ni apa cerita ni, Piya okey je kan? Ayah tak
nak dengar nak postpone segala lagi.”
Solehah di tengah-tengah seat belakang mendekatkan bibirnya ke cuping Noriez. Tak berhasrat
nak dengar perbualan anak-beranak. Kalau Angah mintak tangguh pun, ada la
sebab kot. Tak ada hak aku nak ikut
campur. “Yiez... nak earphone.”
Noriez menghulurkan dan Solehah terus menyumbat telinganya.
Farhan
tergelak. Ke situ pulak... takkan la Yah, Piya takkan nak tangguh lagi. Hati
dia dah terikat dengan abang. Abang sorang je. See the leg la... “kalau ayah nak ajak family mak datang majlis tu nanti, ajak la. Abang tak kisah.”
Encik Fattah yang sedang mengawal stereng menoleh terus. Puan
Norish yang hampir terlena dan Noriez yang tengah layan novel menjenguk
serentak ke depan. “Abang?”
Tapi ternyata Farhan cuma pasang muka toya suci. Muka tak
bereaksi.
Encik
Fattah berdehem beberapa ketika. “Abang, majlis tu nanti hari bahagia Abang.
Ayah tak nak Abang buat sesuatu secara terpaksa, yang boleh merosakkan mood
abang semata-mata nak jaga hati Ayah. Ayah tak paksa anak ayah buat sesuatu
yang dia tak suka. Abang ada hak.”
Solehah
menyandar kepala di cermin kereta. Perbualan anak-beranak tu langsung tak
terlekat di telinganya. Cuma bias-bias yang masuk. Volume MP3 milik Noriez dipasang
maximum. “Siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni ni?!” dia cakap aku
kurang ajar, sebab aku nak selamatkan pemberian abah. Matanya dipejam rapat.
Farhan
senyum. “Abang tak terpaksa Yah. Memang wajar pun apa yang Abang buat ni.
Selama ni, Abang buat perangai budak-budak, sampai Umi dengan Ayah dah ada cucu
pun...” wajah Haikal yang kian membesar terbayang di minda. “Abang still terikut-ikut dengan persepsi orang
sekeliling pasal orang kahwin dua ni gatal. Abang tak sedar, sepatutnya kalau
berpoligami tu tak jadi larangan dalam agama, siapa Abang nak pertikaikan hukum
tu kan?”
“Sebab telefon tu kau nak tengking dia sampai
macam tu? Apasal bodoh sangat kau ni?” Bodoh ke orang pangil macam tu? Yeah! I got it. Bibir spontan mengukir
senyum tawar. Maybe aku bodoh sebab
tengking buah hati dia... sekali lagi lagu Umiku Sayang berdendang, membingit
di telinga Solehah. Untung je dah disumbat
earphone... takde la ganggu konsentrasi orang lain. Solehah memandang
skrin. Huh. Mamat ni lagi. Pantas ditekan punat ‘REJECT’.
“Abang
tak salah,” bias-bias kata-kata Ayah hinggap di cuping telinga. Tapi yang
mendengar dan fokus hanyalah Farhan, Umi dan Noriez. “Abang anak sulong, mesti Abang
takut, ayah pilih kasih. Tapi alhamdulillah, hari ni pintu hati Abang terbukak
nak terima diorang. They must be
appreciate it.” Bahu Farhan ditepuk-tepuk.
“Nanti
suruh mak bawak Haikal sekali yah. Dah lama tak jumpa dia.”
“InsyaAllah.
Tapi rasanya diorang tak datang kot.”
“Kenapa?”
Farhan pasang muka tak senang. “Ayah marah Abang lagi ke?”
Si
Ayah senyum. “Takde la... Wedding Abang
kan dua hari lagi, susah sikit nak plan last
minute. Nanti lah majlis kat rumah kita, maybe tak ada masalah. Biar ayah cakap kat mak.”
Farhan
angguk akhirnya. Kecewa sebenarnya. Dah lama tak jumpa Haikal. “Okey.”
“Tapi...
ayah pelik la.” Encik Fattah cuba kembalikan mood bercakap. “Perubahan
mendadak. Ada somehing yang Ayah missed ke?”
Farhan
senyum tipis. “Abang rasa kalau Abang
still tak boleh terima diorang, sama macam Abang tak boleh terima family bakal wife Abang. Ibu Piya kan dari second
wife... tapi family diorang yang
sana tu okey je datang majlis bertunang hari tu. Piya pun pernah bawak abang
jumpa family Ma dia, memang layanan
adik-beradik dari sebelah sana tu first
class. Macam diorang tu kawan baik. Tu la yang buat abang fikir balik...
kalau adik-beradik Piya yang sana boleh je terima family piya, why not abang do
the same.”
Encik
Fattah angguk mengerti.
Puan
Norish mengukir senyum panjang. Bersyukur dengan perubahan mendadak
anak-anaknya hari ni. Dalam dua saat, wajah-tak-tahu-apa-apa Solehah di sebelah
dipandang. Dia tersenyum lagi. “Lagipun... diorang ni dah kena kaunseling
sebenarnya yah.”
“Kaunseling?”
“Kaunselor
tak bertauliah.” Noriez menyampuk sambil mengherot mulutnya ke tepi. Encik Fattah
angguk lagi. Mereka merenung Solehah, “hm... patut la senyap. Telinga dah
tersumbat rupanya.”
Solehah
yang asyik melayan perasaan terangkat kening bila empat pasang mata mula merenungnya,
“er... volume over limit ke?”
aah. update x naik. sebab tu dah berzaman baru tau kewujudan novel best ni. hahah. next... pendek la pulak yang ni =)
ReplyDeletebest la... sambung la lagi...
ReplyDelete