Noriez dan Solehah santai melepak di atas pangkin dengan
kaki bersila sambil bermain batu seremban. Memang santai sungguh gayanya. Gaya
macam majlis yang penuh dengan meriah tu langsung tak bagi effect pada mereka.
“Cute la diorang ni Kak O-leh...” Noriez
mengutip batu seremban lalu dilambung semula sambil mengerling kanak-kanak itu.
Tercuit hati bila melihat aksi kanak-kanak ribena di depan mata yang sibuk main
masak-masak.
Kalau
dia sendiri nak main macam tu memang haramlah. Masa kecik dulu pun siapa je cousin yang rapat dengan dia. Dah memang
umi cuma ada dua orag adik-beradik. Amir aje la yang sanggup layan dia.
Adik-beradik ayah pulak memang menetap di negeri lain, jarang sangat boleh
balik. Untung je Farhan nikah hari ni ada yang boleh datang.
“Tengok la pulak cousinnya...”
Solehah sengih, buat muka cute.
Pandangan turut dilemparkan ke tempat sama. Yaya dan Jaja, dua sepupu sebaya
iaitu tujuh tahun yang rapat sejak kecil, lain mak lain bapak. Awan pulak, adik Yaya yang muda dua tahun
dari kakaknya. Dan Akih, sepupu perempuan yang paling muda dengan gaya lelaki.
Bila digelar tomboy, marah. Katanya tomboy tu golongan dilaknat sebab
menukar fitrah kejadian. Pandai pulak tazkirah dengan usia 3 tahun tu, tapi apa
lagi yang nak dipanggil kalau dah tak boleh berpisah langsung dengan t-shirt Ben10nya tu. Masa hari raya
pulak, sibuk nak pakai baju melayu, sama dengan baju Awan.
Seorang
hiris daun, seorang kacau tempurung, seorang pembukus, dan seorang pembeli. Cukup-cukup
korum. Kalau ada Ayo, adik bongsu kepada Yaya dan Awan mesti lagi happening.
Hmm... nasiblah. Orang lain kakak kahwin kena jadi
pengapit, aku ditugaskan jadi babysitter
tak bergaji. Tak patut... dari jauh ternampak lagi seorang-dua jurukamera dari
akhbar entah apa sedang menjalankan tugas.
Solehah
senyum lagi. Macam tak percaya je pemain bola idaman aku yang selama ni siap
dalam frame tepi katil pun ada gambar
dia, tapi sekarang dah selamat jadi suami angah dalam sekali lafaz. Bukan kes jealous ke apa, tapi tang ‘abang ipar’
tu macam susah nak percaya. Sebelum ni nak dapat title ‘kawan kepada Paan’ pun macam tak prnah ada dalam mimpi pun.
“Leh!” Asyraf menghampiri pangkin yang mereka duduki.
Solehah mendongak sebelum tersengih. “Tak menyibuk depan
kamera ke? Boleh masuk paper.”
Asyraf tak menjawab. Jeling pun tidak. Mata tiba-tiba fokus
memandang gadis seorang lagi yang dah memerah mukanya. Solehah sengih lagi,
“weh, Paan mana?”
“Tengah layan wartawan...” mata masih tak dialihkan. Penghijrahan.
Positif. I like.
Asyraf menoleh bila sebiji batu seremban hampir
terlanggar batang hidungnya yang tak berapa mancung. “Apa dia?” kacau daun
betul la...
Mak aih. Dia yang panggil aku, aku pulak kena marah?
Sekeh kang. Yang kau tenung-tenung anak dara orang tu pesal? Nak je rasanya
bagi ayat tu, tapi ada soalan yang boleh buat mamat ni lagi gabra. “Agak-agak
la wei, terjerat baru tau.”
Asyraf berubah riak. Asyraf memandang Noriez sekilas,
mintak penjelasan. Tapi Noriez mengangkat bahu.
Haha!
See? Muka orang gelisah. “Tak payah
nak buat muka blank tu. Nak main
sorok-sorok dengan aku ye...”
“Sorok?
Sorok apa?” Asyraf tetap berdalih.
“Betul
kau tak nak bagi tau?”
“Bagitau
apa?”
“Okey, last chance. Nak terus terang or nak aku announce kat orang ramai?” Solehah angkat kening dengan senyum
jahat.
Peluh jantan dah mula meleh di dahi Asyraf. “Hai,” Amir
muncul dengan senyuman. Fuh~ lega. Walaupun dah terang-terang ‘hai’ dan senyum
tu cuma untuk perempuan FBI ni. Tengok tu, mata tak habis-habis dok tengok O-leh.
Tapi tak pe, lu my saver Mir!
“Nak ngaku ke tak?” sebiji lagi batu seremban melewati
mukanya. Solehah terus memandangnya tanpa respon akan kehadiran Amir yang dah
mendaratkan punggung tak jauh dari portnya.
Asyraf gelak halus, “ngaku apa? Cakap apa? Cuba straight sikit. Main ayat balaghah macam ni mana aku nak paham.”
“Oo... tak paham ye. Tak pe, nampak gaya kita kena
panggil wali kedua Oyiez sendiri.” Mata melilau sekeliling mencari kelibat Farhan.
Ha! Tu dia. Tengah bergelak sakan dengan angah, melayan tetamu yang mengusik.
Dia menghela nafas, mengumpul kekuatan.“Far...!!”
“Wait!! Aku
ngaku!”
“Ow, ow. Chop. Aku tak paham. Mengaku apa ni?” Amir
pasang muka blur.
“Acap... dengan Oyiez...” Noriez menjawab perlahan sambil
tundukkan kepalanya bila Solehah langsung tak tunjuk gaya nak menjawab soalan Amir.
Amir dah ternganga. “Biar betul korang? Cap?”
“Apa dia...” Asyraf menjawab malas. “Sibuk aje la
korang.” Dia menggumam kecil.
“Tu la... lain kali try
la nak main nyorok-nyorok dengan aku. Nasib baik aku tak heboh satu majlis.
Dua-dua senget. Bukan nak cerita apa-apa...” Solehah membebel panjang. Saja.
Kalau dia di tempat Noriez pun, la nak heboh-heboh? Mencemar duli.
“Sorry la Kak O-leh,”
Noriez membalas dalam malu. “Tapi kitorang bukan declare apa-apa pun? Ha! Kan?” dia memandang Asyraf minta sokongan.
Berubah nada suaranya bila dah jumpa pembelaan bagi diri sendiri.
Betul
apa. Masa Asyraf datang jenguk Kak O-leh demam hari tu, memang dia ada bercakap
dengan Oyiez kat dapur. Tak ada la dengan ayat ‘I love you’ tu. Rosak imej cool
tu! Memang bercakap pasal hati ke hati.
Face to face lagi. Tapi bercakap dengan lepak atas kaunter dapur dan kaki
terjuntai ke bawah tu tak ke santai gayanya? Dengan Noriez yang sibuk mengacau
air dalam jag. Takde aura hati ke hati
langsung.
Dan
Acap bukanlah bangang sangat sampai nak keluar ayat ‘kita couple?’. Erh... aku baru 17 tahun kot. Ececeh bukan nak cakap 17
tahun tu muda gila-gila, tapi usia tu tak ramai yang boleh fikir rasional
bab-bab ni. Ramai yang ‘kita couple’
dan lepas tu senang-senang ‘kita clash’.
So
endingnya, Noriez cuma cakap “Masa Oyiez
panjang lagi kan? Can we just drop the
subject buat masa sekarang ni. Oyiez tak rasa Oyiez cukup besar untuk semua
ni.” Ayat berlapik kepada ‘Oyiez pun SAYXXX Acap..’ Malu you! Lagipun takkan nak tiru aksi Kak O-leh dengan Abang Amir yang
tak declare apa-apa pun dah
macam-macam drama jadinya.
“Hmm...”
jawab Asyraf ringkas sambil kepala dianggukkan.
Amir
menghela nafas. Syukur. Selama ni dia tak hundred
percent yakin yang diorang- Solehah dan
so-called teman tapi mesranya, ni cuma BFF.
Mesti ada mana-mana satu yang sangkut. Wuisy! Jahatnya otak. Kawan sendiri tuh.
Bukan apa, otak ni bukannya boleh set jadi
baik setiap masa kan? Buatnya betul Acap suka kat O-leh, tak ke naya. Nak
bantah terus? Kawan tuh. Nak ‘let go’,
euh... Makan hati berulam jantunglah. Tapi sekarang... relieved.
“Cap,”
panggil Solehah tetiba. “Kau panggil aku tadi kenapa?”
“Owh!”
Asyraf menepuk dahi. “Cikgu Ariffin datang.”
Ayatnya
seringkas mungkin tapi tetap bikin wajah Solehah berubah riak. “Then what? Angah tu one of murid kesayangan dia, mesti dia datang...”
Asyraf menggeleng-geleng. “At least mintak ampun la wei... mintak berkat sikit. Tinggal dua
semester je lagi, tak pasal-pasal melayang jubah grad yang kau berangan tu.”
“Kan dulu dah mintak maaf,” balas Solehah perlahan.
“Penyu dalam
sampan pulak budak ni...masa mintak ampun dulu kan Cikgu Ariffin tak ada.”
Solehah diam.
“Pergi la mintak ampun sikit. Tau la dosa tak besar. Tapi
buatnya dia tak berkat?”
Masih diam.
“Degil la kau ni. Tak malu kat orang la dengan umur besar
panjang still layan perangai keras
kepala tu.”
Solehah mendengus. Dijeling kiri kanan. Noriez dan mamat
tu. Tengah tunggu babak seterusnya. Erh... memang malu. Tak makan saman. “Kat
mana?” kakinya mula memijak tanah.
Wallamak Cap... tabik aku. Amir tergelak kecil, cuba
hilangkan rasa jealous. O-leh ni
dengar sangat kalau Acap yang suruh. Mengalah jugak akhirnya...
“Kat mana?” keras dia bertanya lagi bila dengar suara
gelak tu.
“Owh, tengah makan rasanya.” Asyraf duduk di tempat
Solehah tadi.
“Mangkuk betul kau. Yang landing kat sini lagi apa kes? Tadi bukan main suruh pergi.”
“Lor...” kening Asyraf berlapis. “Pergi je la.”
Solehah buat muka seposen. “Aku mana berani pergi
sorang-sorang. Teman la wei...”
Asyraf menggeleng-geleng, Tanda ‘tak mahu’! “Aku letih.”
“Jom, aku teman.” Amir buat muka tak malu melompat turun
dari pangkin. Bersiap-sedia nak bergerak.
“Jom la Cap... takkan kau nak biar aku berpeluh kat sana.
Sampai malam ni pun aku tak keluar suara kalau macam tu.” Solehah terus minta
simpati. Langsung tak bagi respon pada Amir di sebelah. Buat macam cuma tiga
orang kat situ, dan Amir ni halimunan yang langsung tak payah diberi perhatian.
Amir mendengus. Kot ya pun marah jangan la buat tak layan
macam tu.
Asyraf
turut mendengus. Berdrama tak sudah. Dah orang nak teman tu, tak payah la nak
jual mahal. O-leh ni tak tau ke yang kaum adam ni ada ego dia yang tersendiri?
Buat gaya macam tu, ingat Amir tak tercabar ego ke kawan? Lelaki tu. Sebenarnya
dia sendiri tak boleh nak agak, macam mana rupa bila ego Amir tercabar. Mana
taknya, selama ni dok buat perangai mengalah dengan Solehah. “Jomlah!”
===========================
“Assalamualaikum...”
Cikgu
Ariffin yang baru aje nak menyuap nasi ke mulut menoleh. “Eh, dari mana? Dari
tadi tak nampak batang hidung pun?”
Solehah
tersenyum tawar. Bangga sebenarnya. Dekat lima tahun tinggalkan alam menengah,
cikgu still ingat muka aku. Heh.
Jangan perasan. Mana tak ingat kalau rekod disiplin tu penuh dengan warna
merah? Jangan-jangan bilik disiplin tu dah lama tunggu aku jenguk. Dia tak tau
aku dah tinggalkan dia... haha merepek aje memanjang. “Ada cikgu. Diorang
mintak tolong jaga budak.”
“Oo...”
Cikgu Ariffin mengangguk. Dia menyambung suapan yang terjeda. “Awak study kat mana sekarang?”
“UM...”
“Asyraf?”
“Sama
cikgu.” Asyraf yang dari tadi diam menjawab.
“Sama?
Wah, kuat betul jodoh awak berdua ni ya?” dia ketawa mengusik membuatkan Solehah
serba-salah. Cikgu ni sindir ke apa?
Dia
berbalas pandang dengan asyraf.
Asyraf
menjegil mata, dia buat muka tak nak.
Asyaf
ketap bibir, dia menggeleng-geleng.
Asyraf
buka mulut, buat bentuk sorry, dia
garu dahi pula.
Dush...
O-leh, kau memang. “Cikgu...”
“Cikgu
sebenarnya kitorang nak mintak maaf.” See?
Kan senang. Belum sempat habis ayat Acap dah kena potong dengan ayat yang dah
macam machine gun dari tuan punya
badan.
Dahi
Cikgu Ariffin berkerut. “Maaf?”
“Maaf.”
Solehah mengiakan. “Pasal dulu kitorang menipu cikgu. Banyak rekod merah.”
“Oh...
ingat apa la.” ringkas jawapan Cikgu Ariffin.
Erk?
“Cikgu... tak marah ke?”
“Ada
pulak tak marah. Tapi since O-leh dah
mintak maaf, okey. Cikgu maafkan.”
“Betul
ke Cikgu?” senangnya?
“Iye...
Cikgu pun tak ingat yang awak ada buat salah dulu. Awak ada rekod merah ke?”
ketawanya pecah bila Solehah dah buat muka.
“Cikgu
ni main sindir pulak... sebenarnya saya malu cikgu nak face to face mintak maaf.” Memang malu. Siapa tak malu bila kena
rotan berduaan kat tengah dataran depan orang ramai atas kesalahan menipu
cikgu?
Teringat
pegalaman beberapa tahun dulu... bila Solehah ajak Asyraf ponteng kelas
tambahan, Asyraf dalam bantahan ikut je. Tu first
time bagi Asyraf buat benda tu. Biasanya ponteng kelas jek. Tapi yang first tu jugak la... maybe sebab Allah nak tunjuk yang amalan tu salah, tetiba dua nama
lelaki dan perempuan tu dipanggil ke disiplin atas kesalahan apa lagi,
memonteng la.
Dan
masa tu, saling bantu-membantu je penyelesaiannya. Asyraf sebagai abang Solehah,
dan Solehah sebagai kakak Asyraf. Dua-dua buat panggilan kat Cikgu Ariffin dan
jelaskan sebab kenapa ‘adik’ masing-masing tak hadir ke kelas. Tapi, kebenaran
tu dah tertera depan mata. Masa hari mesyuarat agung PIBG, bila disoal-siasat
kat ibu bapa kandung masing-masing, Asyraf mana ada kakak dan Abang solehah
tengah kat johor masa tu. Tak ke kantoi?
“Tak
pe, cikgu paham. Dulu pun awak macam tu kan...” Cikgu Ariffin bersuara lagi sambil sekali lagi tersengih. Sindir sungguh.
“Tak bergaul sangat. Tapi mujur la, at
least O-leh datang jugak mintak maaf. Ada peranan jugak la Cikgu ni...”
Solehah
tersenyum lega. “Tak sangka mudah sangat nak mintak berkat...”
“Tu
la kau, terlebih ‘buat drama’. Mesti kau imagine
babak leleh terharu kan?” Asyraf dan Cikgu Ariffin serentak ketawa.
“Assalamualaikum
cikgu...” Suara ni, macam familiar
je. Mereka serentak menoleh.
“La...
Amir?” Cikgu Ariffin jelas terkejut. “Baru tunjuk muka Amir ya? Dah lama
menghilang tak bagi khabar... macam mana sekarang?” Teruja aksi Cikgu Ariffin bertemu
murid kesayangan. Ye la kan, mamat ni mana ada buat perangai masa sekolah dulu.
Getus Solehah sendirian.
“Kerja
dengan Papa je cikgu... boleh la cukup-cukup makan setakat nak tampung bini
sorang...” dia menjeling Solehah yang buat aksi menyampah.
“Bini?
Amir dah nikah ke? Dengan siapa?”
“Nanti
la majlis Amir jemput cikgu.” Jawabnya berahsia. Saja nak bagi minah tu
lain-macam.
“Jealous la aku tengok dorang.” Solehah
berbisik perlahan tanpa sedar badan sikit lagi nak rapat dengan Asyraf.
“Ehem!”
Amir tayang muka tegas. Bisik pun agak-agak la, tak payah rapat macam tu.
Solehah
yang tersedar cepat-cepat betulkan duduk. Malu dowh ditengok orang. Apa punya
muslimah aku ni... selalu je tak jaga
limit sekarang ni.
Asyraf
tergelak kecil. Marah erk? Kening diangkat sebelah. Saling bertelepati dengan Amir.
“Anana...”
Cikgu Ariffin mengangkat-angkat kening. I
got it.
Solehah
tergelak. “Cikgu ni buat gaya orang muda la...”
“Heh
apa pula buat gaya. Memang cikgu tak tua lagi. 36 tu boleh kira tua ke?” Cikgu Ariffin
membela diri.
Solehah
sengih. Muda memang muda. Masa sekolah dulu pun, pernah ‘ter’ jatuh hati kat Cikgu
Ariffin. Cikgu yang boleh jadi cikgu disiplin dalam usia 31 tahun. Tu yang dulu
acap sangat masuk bilik disiplin... sebenarnya main focus nak ‘cuci muka’ tengok muka cikgu. Tapi tak sangka
pulak, dalam kehenseman muka cikgu, ada terselit sikap tegas. Fuh, masa tu
terus luput nama Cikgu Ariffin dalam list
‘lelaki idaman’.
“Ni
jawab soalan cikgu, kenapa Amir boleh ada kat sini?” sekali lagi kening Cikgu Ariffin
diangkat-angkat.
“Lor...
datang majlis la cikgu.” Selamba badak Amir menjawab.
“Tu
tau la, yang kamu ni macam mana boleh tersesat ke sini? Setau cikgu kamu bukan
berkawan pun dulu kan?”
Solehah
tersenyum tawar. Nak jawab apa? Takdir. Ceh. Skema. Yang mamat ni senyap pesal?
“Dah
la...” Cikgu Ariffin mencuci tangan. “Piya mana? Dari tadi berceloteh kat sini,
tak jenguk pasangan mempelai pun.”
“Angah...”
Solehah melilau sekeliling. “Entah, rasanya kat dalam rumah. Cikgu masuk je
la...” Cikgu Ariffin mengangguk sambil berlalu setelah tangannya dicium dua
lelaki di hadapan.
***************************
##untuk readers lama (heh), n3 ni xpernah siar pun sblom ni. ni fresh dr ladang punya. heh. enjoy reading k.
kalau boleh, mmg ingat nak publish cepat2 je cerita ni sampai habis, byk kut cerpen yg sepatutnya published once this story tamat dibaca oleh korang, tp awal2 dah published. hekk.
tapi one day, dapat email dr satu sykt. kata yg cite ni dah lulus, tp untuk terbit, kena ikut urutan. heee. wink2. memang tuan punya email ni sendiri blur apa maksudnya,.. tp kalau ada apa2 lg, ai akan inform okaiss.
#lepas ni, ikut keadaan eh? nk post, kita post. kalau x pun, teaser akan ada kat page or fb akaun. kekadang, tuan punya cerita ni leka,. kalau ya, ingatkan yea.
##last but by no means least, komen. komen tu penambah semangat. heeeh. peace....
best citer ni..
ReplyDeleteso keluar buku la kiranya kan???
nant klu dah ada at pasaran jgn lupa gtau..
x sabar na bli..
btw taniah.. ada feedbacks dr syrkt tu..
___peace___
waaa!!
ReplyDeleteakhirnya...!
xsabar nk baca full story diorang...
BTW tahniah...
bila confirm keluar tu jgn lupa inform tau,.
=)
asyu, hee. insyaAllah keluar. sy inform kat sini... tp tak tau bila tu... haha.
ReplyDeleteneway thnx ya atas support.
n, gud luck to u to0.
^________^
lebar sengih tu, happy. haha.
erin, kikiki. lap air mata eden. huuu. okais2,. tggu ya. jgn jemu,.. peace. ^____^
ReplyDelete