“Pa… Cha nak pergi
Kelantan boleh?”
Soalan itu terasa terngiang-ngiang di cuping
telinga. Untuk kesekian kalinya, Rafizi mengeluh. Sebelum ini, bukan tak pernah
Raina bertanyakan mama dan Raiqal, tetapi waktu itu dia bijak mencari channel
lain untuk mengalih perhatian anak yang seorang itu. Tapi kini, setelah lebih
sepuluh tahun anak perempuan kesayangannya itu membesar dalam jagaannya
seorang, akhirnya dia terpaksa akur juga. Raina Aisyah bukan anaknya seorang.
Adawiyah berhak. Malah Raina sendiri juga berhak merasakan kasih seorang ibu. Bukan
selamanya Raina boleh teruskan hidup dalam keadaan ‘Cha dan Papa’, akan ada
‘mama dan Raiq’ yang akan menyambung istilah ‘Cha dan Papa’ tadi.
‘Papa, Mama, Cha dan Raiq’. – Itu yang sebetulnya.
Dan dia sendiri, bukan dia sengaja memasang niat
dan tekad dalam hati untuk memisahkan mereka anak-beranak. Bukan! Siapa yang
tak nak family bahagia? Takkan ada. Semua mengimpikannya.
Dia ada sebab. Ada sebabnya. Cuma... sebab itu
tidak kukuh. Dan kerana itulah sering dia termenung sendiri mengenangkan
kekesalannya. Mengenangkan kebodohannya suatu waktu dahulu. Bodohnya dia tidak
terkata bila tanpa teragak merobohkan mahligai yang sudah lebih dari sempurna
baginya. Dan tambah dia kesalkan, kebodohannya itu dia teruskan sehingga ke
hari ini.
Peluang di depan mata. Adawiyah tidak meminggirkan
diri, maka dia bila-bila masa sahaja boleh memabwa Raina bertemu mereka. Tapi,
ada yang kadang-kadang mengetuk fikirannya. Ya, Adawiyah tidak meminggirkan
diri. Tapi dia juga bukan melarikan Raina. Kalau Adawiyah mahu, bila-bila masa
juga dia boleh membawa Raiqal ke sini.
Tapi setelah bertahun-tahun pun, dia dengan
alasannya, dan Adawiyah juga diandaikan dengan alasannya sendiri. Yang menjadi
mangsa, Raina dan Raiqal!
Justeru, permintaan penuh pengharapan dari Raina
beberapa bulan lalu diiakan jua. Tapi tetap, Cuma Raina yang pergi. Menyambung
semula ikatan kasih yang terlerai suatu ketika dulu. Dia sendiri... masih
kabur.
Lama termenung, Rafizi mengeluh lagi. Sekarang
ini, rumah sewa berdekatan kampus yang dia carikan untuk Raina di awal tempoh
anaknya itu mendaftar masuk ke UiTM dulu itu bukan lagi didiami Raina seorang.
Kini, ada Raiqal yang menemani. Raiqal Ammar, anak bongsunya , satu-satunya
anak lelaki dia dan Adawiyah. Memang, adanya Raiqal di situ pun atas izin dia sendiri.
Itu, pada pandangan mereka. Tapi sebenarnya, dari awal Raina mengkhabarkan
padanya tentang kejayaan Raiqal memasuki universiti yang sama dengan anak
gadisnya itu lagi dia sudah terdetik akan hal ini.
Tapi yang dia sendiri kesalkan, sampais ekarang pun
dia masih lagi tak dapat berbual mesra dengan Raiqal. Perbualan yang selayaknya
dirasai oleh anak dan bapa. Bukan tidak berkesempatan, tapi dia sendiri yang
mengelak.
Kenapa? Rafizi tergeleng sendiri. Cermin matanya
ditanggalkan sebelum pangkal hidungnya yang terasa senak diurut-urut.
Sebabnya... usah ditanya!
======================= “Bang, bagi egg tart tu lima bang.”
Rifqi yang leka menyusun kek dan segala jenis kuih berpaling menghadap
pelanggan di kaunter kedainya. Lantas keningnya berkerut dengan kepala
terjengah-jengah ke luar. Ke mana
Anis, cik adik manis yang selalu menjaga kaunter tu? Tak pun, si Ziad, pekerja kafe
yang mysterious sangat bagi Cha tu? Curi tulang ke semuanya? Eh, tapi dua orang
tu ada je kat hujung kafe tu. Santai bergoyang kaki tunggu pelanggan masuk. Hm...
nasib baik ni first customer aku.
“Ooh abang.”
“Yep, nak apa dik?” Rifqi
di kaunter mesin hulurkan senyum berbisanya pada gadis anggun berblaus hijau
lumut dan berseluar slek di hadapannya. Cap putih di atas kepalanya
dibetul-betul.
“Egg tart lima eh
bang.”
“Siap!”
“Terima kasih bang.”
Si gadis anggun tadi angguk sopan setelah bakinya diberi sebelum dia berlalu
keluar.
“Sama-sama kasih...”
Rifqi senyum terlebih gula.
“Hah! Menggatal!” Raina
menerjah masuk tiba-tiba. Menjegil mata Raina memandang Rifqi yang sudah
terkulat-kulat di situ.
“Apa pulak
menggatalnya?” Rifqi kerutkan kening.
“Heleh.” Raina
mencebik sebelum berlalu ke meja pelanggan. Rifqi mengekor dari belakang.
“Nak makan apa?”
soalnya setelah mereka duduk. Cap putih yang dia pakai tadi ditanggalkan dengan
hujung jari telunjuk dan ibu jarinya sebelum dia letakkan di atas meja. Apron
di tubuhnya juga dilonggarkan ikatannya sebelum turut ditanggalkan dan
disangkut pada kerusi sebelah.
Raina mencebik. “Tak
nak.”
“Minum? Macam biasa?”
Mencebik lagi. Kali ni
Raina sertakan dengan gelengan tanda kesungguhan yang amat. “Tak nak. Dah minum
kat rumah tadi.”
Rifqi menepuk meja
tiba-tiba dengan mata sengaja dijegilkan. “Dah tu datang kafe ni nak apa?”
Raina sengih. “Nak
jumpa Abang Riflah. Rindu.” Matanya dikerdipkan dua kali. Buat aksi gedik.
Empat bulan kut tak jumpa, mau tak rindu. Selama cuti ni pun berhubung cuma
pakai teknologi canggih yang orang panggil telefon tu aje. Dengar suara aje,
mana cukup! Tak kisahlah kalau Abang Rif tak rindu aku sikit pun, dia jawab
bila aku call selalu tu pun dah kira okey. Heh. Ni la orang kata, tak sedar
diri kau Cha!
Rifqi cuma
menggeleng-geleng sebelum dia menggamit salah seorang pekerjanya yang sedang
bersantai tadi untuk mendekati mereka. “Yad...!” serunya. Ziad mula bangun dari
kerusinya.
Dalam tak sedar Raina
mengeluh. Tak boleh ke panggil Anis? Kenapa mesti mamat misteri ni? Ziad ni,
membalas pandangan dia pun, dia dah rasa lain macam. Lain macam mana? Entah,
yang pasti pandangan dia tu tak termasuk jenis pandangan menusuk kalbu!
“Apa bang?” soal Ziad
bila tiba.
Rifqi tak menjawab,
tetapi sebaliknya dia pandang Raina lagi. “Hah, nak minum apa?” sekali lagi dia
menyoal.
Sempat Raina
bermain-main bibir sebelum membuka mulut nak menjawab. “Orang tak nak...”
“Cha,” pintas Rifqi
sebelum habis jawapannya. “Kalau Cha datang sini, tak nak minum, tak nak makan,
nak jumpa abang saja-saja, abang bukan tambah untung tau, tapi rugi. Rugi masa.
Ada faham? Sekarang pilih, nak air apa?” arahnya sambil menyuakan kad menu ke
arah Raina.
Raina mendengus. Dia
cuti semester tak sampai empat bulan dah jadi makin sombong Abang Rif ni. Kepalanya
didongak, cuba mengintai reaksi Ziad bila dia dimarah. Tapi sekali dia
menjeling saja sudah sempat tangkap senyum di bibir sinis di bibir Ziad.
Cepat-cepat dia menunduk kembali. “Abang Rif,” panggilnya perlahan.
“Hmm?” berkerut kening
Rifqi memandangnya.
“Sini,” jari telunjuk dia
main-mainkan di depan muka Rifqi, isyarat agar Rifqi mendekatkan mukanya.
“Apa?” makin berkerut
kening Rifqi.
“Sinilah!”
Dalam pada mendengus, Rifqi
akur juga.
“Orang sebenarnya
bukan tak nak minum air, tapi orang kalau boleh tak nak minum air buatan mamat
ni. Suruh Anis tak boleh ke?” bisik Raina perlahan.
“Ohh...” Rifqi akhirnya
mengangguk sambil membetulkan duduk kembali. “Macam tu ya?”
“Haa...” cepat Raina
iakan.
“Okey.” Rifqi angguk.
“Yad, tolong bawakan ice-blended cookies special kat puteri kita sorang ni. Guna
Chips More, tak payah guna Cream-O lah.
Tapi Chips More tu kasi lebih sikit, susu tu jugak. Kalau boleh, semua kasi
lebih. Boleh?”
Errkkk...
Mamat misteri tu
terangguk-angguk mendengar arahan Rifqi. “Lagi?”
“Tak ada dah. Hah,
bawakan abang air kosong satu.”
“Okey.” Ziad berlalu.
“Cookies special?” Raina
menganga. “Siapa nak bayar abang?”
Rifqi senyum selebarkan
mungkin dengan kening sengaja diangkat sebelah. “Takkan nak Ziad belanja kut?”
Bagai memahami, terus Raina
mendengus. Cookies special. Dalam lima ringgit kot! Ades... sudahnya aku diam
saja. Sesekali, aku kerling jam. Yang Raiqal ni merayap ke mana pulak? Janji
pukul berapa tapi sekarang dah pukul berapa pun batang hidung pun tak nampak
lagi. Nak jugak aku sebut frasa yang sangat aku benci tu, janji melayu!
Sepi antara dia dan
Rifqi terganggu bila loceng dari pintu utama kafe berbunyi. Isyarat ada
pelanggan yang masuk. “An...!”
Belum sempat Rifqi
menyeru, Anis sudah siap bangun. “Siap sedia bertugas bos.” Ujarnya sebelum
mengatur langkah laju mendapatkan dua perempuan bertudung yang baru saja duduk
di meja berdekatan Raina dan Rifqi. Dalam sedar Raina mengetap bibir. Student sekelas
tu. Sengaja Raina mengalihkan mata ke tempat lain, konon tak sedar ada
pelanggan lain di kafe ini selain mereka.
“Cha...” salah seorang
daripada dua orang pelanggan tadi menyerunya.
Raina mengeluh
akhirnya. Dia terperangkap dalam suasana yang sangat tak menyenangkan. Mereka berdua
ni, kalau setakat classmates saja, dia tak hairan. Boleh saja dia hulurkan
senyum nak beramah-mesra. Tapi isunya, kesinisan mereka ni! Dengan mereka ni, jarang
sangat Raina nak beramah-mesra. Akan ada benda tak kena yang timbul nanti.
“Cha...!” seru
rakannya pula.
Raina masih buat dek.
Agaknya mereka faham tak yang dia bukan dalam mood nak bercakaran sekarang?
“Raina Aisyah!” Kali ni mereka menyeru serentak.
Raina mendengus perlahan sebelum berpaling ke
kanan, memandang mereka. Dan dan-dan itu dia senyum ceria. Terlebih ceria! “Eh!
Jiji! Amy! Korang buat apa kat sini?”
“Haa... kat sini, aku tengok wayanglah. Tak nampak
tu, Aamir Khan, Kareena Kapoor, semua ada tu.” Jiji menjawab selamba.
Raina sengih. Faham dengan jawapan menyindir tu.
Dah kat kafe ni, nak buat apa lagi kan? Walaupun Raina kata dia agak tak senang
dengan dua orang makhluk ini, tapi berbanding Amy, dia lebih boleh tahan dengan
Jiji. Sebab, Jiji tidaklah sinis sangat sebenarnya. Cuma, sebab dia berkawan
dengan makhluk sesinis Amy, sedikit sebanyak, tempias sinis tu kena pada dia.
Kalau tidak kerana Amy, Jiji ni okey saja sebenarnya.
“Cha,” Amy menyampuk, minta perhatian.
“Ada apa?” Raina angkat kening.
“Kau dah tak duduk kat rumah sewa kau eh
sekarang?”
Kening aku berkerut. “Apa pulak tak tinggal situ?
Kalau bukan kat situ kat mana lagi aku nak tidur? Menumpang bilik kau? Kau bagi
ke? Kalau kau bagi aku nak free lah, tak nak kongsi bayar ke apa.”
“Hesy,” Amy menjuih. “Tak adalah. Cuma... kalau
aku cakap, kau jangan marah eh?”
Raina berdehem kuat. Dalam diam matanya
dijulingkan. Aku dah agak. Mesti ada benda tak kena yang dia nak sampaikan ni.
“Apa?”
“Semalam aku lalu rumah kau, nampak...” dalam diam
matanya menjeling muka Rifqi. “Nampak sorang mamat tengah basuh motor kat luar
rumah kau. Guna wayar getah kau. Setahu aku kau anak tunggal. Jiran kau ke?”
“Handsome?” Raina bulatkan mata, konon teruja.
“Agaklah.” Jawab Amy teragak-agak sambil menjeling
Rifqi lagi. “Jiran kau ke?”
Ceh! Jiran. Kawasan rumah aku tu jenis rumah
sebelah-menyebelah tanpa pagar ke sampai jiran kena basuh motor kat luar rumah
aku. Agaklah nak bagi soalan pun.
“Cha,” kali ni, Rifqi pula menyeru bila soalan Amy
dibiar tak menjawab oleh Raina.
Sambil menyudu Cookies special yang Ziad bawakan
sebentar tadi ke mulut, Raina angkat kening pada Rifqi.
“Raiqal dah sampai ke?” soal Rifqi perlahan. Dah
dapat telah kut lepas dengar ‘cerita’ sahabat Raina di sebelah ni.
Raina sengih. Sengih tutup salah. Sepanjang cuti
ni cuma pada Rifqi dan Fira saja dia bercerita tentang Raiqal. Cerita tentang scene
‘jejak kasih’ kat Kelantan hari tu, hinggalah cerita tentang Raiqal yang dapat
sambung belajar di tempat yang sama dengan dia. Jadi tak hairanlah kalau Rifqi
nak marah bila Raina langsung tak roger apa-apa pada dia tentang Raiqal yang
sudah ada di rumah Raina sekarang ni.
Menjegil mata Rifqi memandang Raina. “Kenapa tak
bagitahu?”
“Telefon
habis bateri. Malas nak charge.” Straight no corner-corner Raina menjawab.
“Mana dia?”
Dan-dan itu, Raina nampak kelibat seseorang di
luar kafe. Baru turun dari motosikal LC. Nampak nanar. Raina sengih. Panjang
pun umurnya... “Tu...” mulutnya menjuih pada gerangan di luar kafe. Dari ekor
mata, dah boleh nampak Amy dan Jiji yang ikut memandang ke tempat yang dia
tunjuk. Tangan dilambai-lambai pada Raiqal.
“Ke mana tadi?”
soalnya bila Raiqal sampai di meja kami.
“Tak ke mana. Saja
jalan-jalan kenal tempat.” Raiqal
menyalami tangan Rifqi sebelum kerusi yang tersedia elok di situ dijadikan
tempat dia berlabuh punggung. Pada Amy dan Jiji di meja sebelah dia anggukkan
kepala. Dah orang menjeling-jeling, takkan nak dibalas dengan jelingan jugak
kut? Raiqal Ammar Rafizi ni bertamadun orangnya!
“Raiq eh?” soal Rifqi sambil
kening sengaja dijongket sebelah, tanda kurang yakin.
Terus Raina libas kepalanya dengan cap putih tadi.
“Habis siapa lagi yang orang nak kenalkan kat Abang Rif ni?”
Rifqi tergelak. Kepala
yang dilibas tadi digosok dua kali. “Tak adalah. Macam...”
“Macam apa?”
“Macam langit dengan
bumi je.”
Raiqal ketawa kecil
sementara Raina mencebik. Nak meyindirlah tu. Mentang-mentang Raiqal
sampai-sampai je terus cium tangan dia. Karang kalau aku cium jugak tangan dia,
naya kena libas. Abang Rif ni bukan boleh harap sangat.
Di meja sebelah, Amy
dan Jiji terkebil-kebil memandang mereka. Oh... lupa! “Raiq,” seru Raina malas.
Pakai nada tak bermaya.
“Ha,” Raiqal
mendongak.
“Kenalkan, classmates
aku.” Raina juihkan bibir pada dua orang makhluk ini. Nampak tak sopan, depan-depan
Abang Rif pulak tu! Jatuh saham eden. Tapi tak sempat dia tarik balik aksi tak
senonoh tu.
“Fira?” teka Raiqal
cepat.
“Hesy,” cepat Raina menafikan. Si Fira tu tak
adalah busy body macam ni rupa. Tapi memang pun, dah itu je pun kawannya yang Raiqal
kenal. Tak apa, mulai hari ni, dia akan kenal dengan siapa kakak dia ni
berkawan. Aku akan bawa dia masuk ke dalam dunia kakaknya ni.
“Tak, Fira nanti-nanti
aku kenalkan. Ni Jiji,” Jiji tersenyum cuma membalas pandangan Raiqal. “sebelah
dia tu, yang gedik-gedik tu...” sengaja diperlahankan perkataan akhir tu agar
tak terbias dek cuping telinga Amy, “Amy.”
“Hai.” Sapa Amy pada
Raiqal.
Kali ni, giliran
Raiqal yang membalas sapaan itu dengan senyuman. Bagus, nampaknya dia faham
yang kakaknya ni tak suka dia berkawan dengan minah seorang tu. Hatta nak
anggap si Amy sebagai kakak pun aku takkan restu. Dah cukup baik ada kakak
sesporting aku, tak perlu nak angkat orang lain pulak sebagai kakak. Raina
angguk berpuas hati dengan kelakuan yang Raiqal tonjolkan hari ini. Tak cukup
dengan itu, kepalanya digosok-gosok. Gaya nak cakap ‘akak sayang adik’ segala.
Membuntang mata Amy
dan Jiji memandang dua beradik tu. Dan bila mereka jeling Raiqal, Raiqal
rupanya sedang menunduk. Masing-masing berkerut dahi.
Touching pulak dah...
==> peace. sudah baca, harap komen yeah. =)
Cerita ni best.....#^_^
ReplyDeleteTapi slow ckit lah dear....
heehee.
ReplyDeletemmg sebelum ni pun slalu dpt komen kata permulaan cerita slalu slow..
hehh...
xleh nk ubah masa ni..
kehkeh.
dlm proses ngedit nanti baru ubah.
peace.