Dia
kaku. Skrin laptop di hadapannya yang tertera akaun facebook milik rakannya
dipandang tak berkelip.
Raiqal.
Raiqal
= Raiq?
Tapi
ramai kut yang ada nama tu. Bukan dia saja.
Tapi
ni...
Raiqal
Ammar. Raiqal Ammar Bin Rafizi.
Spontan,
bibir terketap sendiri.
“Cha.
Cuti bila?” suara papa di corong telefon bagaikan di awan-awangan saja.
“Pa,
cuti ni Cha nak pergi Kelantan, boleh?”
“Buat
apa?” suara papa bertukar ton. Ton pelik.
Dia
tak menjawab, tapi jemari terus ligat menggerak-gerakkan cursor di skrin
laptop. Mencari kalau-kalau ada maklumat lain yang dia perlukan.
“Ada
program lagi ke kali ni? Sem lepas pun burn macam tu je cuti Cha, takkan kali
ni sibuk dengan society lagi... kesian Papa kat sini.”
“Pa,”
seru dia perlahan, tidak mengendahkan soalan papanya.
“Papa
ada ni...”
“Turun
Kelantan jom?” pinta dia berharap.
“Buat
apa?” sekali lagi papa utarakan soalan yang serupa, tapi berlainan nada.
“Jumpa
mama. Jumpa Raiq.”
==> peace. =)
novel br ko?
ReplyDelete