Bab 1
Kalau dia kata empat bulan
yang sedang dia alami ini merupakan cuti yang sangat ‘best tak terkata’, mesti akan
ada yang angkat kedua-dua belah kening dan sengih sinis kan? Well, cuba tampil
ke depan siapa yang tak suka cuti, kan? Tapi, kalau kata cuti semester empat
bulan yang dia sedang nikmati, malah hampir saja tamat tak lama lagi ni
merupakan cuti yang sangat dia syukuri berbanding cuti-cuti lepas, barulah ada
yang tertanya-tanya apa sebabnya, kan?
Dalam empat bulan ini,
dia ditemukan semula dengan Raiqal dan mama. Dua orang ahli keluarga yang jelas
sangat tidak lengkap hidup dia dan papa kalau tanpa mereka.
Bagaimana? Susah nak diperincikan
satu per satu. Cukuplah bila kata, laman muka buku tu ada jugak jasanya buat
dia sekeluarga. Nampaknya dia kena belajar menghargai ciptaan kreatif Mark
Zuckerbergh tu instead of memandangnya cuma pakai ekor mata saja, seperti
sebelum-sebelum ini.
Ceritanya, panjang...
Suatu hari, Fira ke tandas tanpa log out facebooknya.
Waktu itu, Fira sedang tengok wall rakan dia yang entah siapa namanya. Ops, bukan
Raina menggeledah! Tapi memandangkan Fira log in facebook itu di laptopnya, dan dia pula hari itu tergerak
hati nak log in facebooknya yang dah berzaman tak dijenguk tu, maka Raina
hadapkan juga muka ni di skrin laptop itu. Tapi, entah macam mana, punyalah
besar skrin ASUS tu, mata ni lebih memilih untuk hinggap di ruang yang tercorot
dalam wall rakan Fira tu. Matanya hinggap pada ruang ‘friend’. Dan ternyata,
apa yang dia nampak, menyentakkan hatinya sendiri.
Raiqal!
Iyalah. Bukan adik dia
saja yang ada nama tu, dia tahu itu. Tapi itu...
Raiqal Ammar!
Tak cukup dengan itu,
ditambahkan lagi nama papa di belakangnya. RAIQAL AMMAR RAFIZI jadinya! Maka
bermula dari situlah semuanya.
Dan sekarang, Raiqal
di sini. Di depan mata Raina sendiri.
Entah apa perasaannya
sekarang ni. Gembira? Mungkin. Teruja? Lagilah, siapa yang tak teruja bila mengenangkan
dia akan duduk serumah dengan si adik buat pertama kali setelah hampir berbelas
tahun tak bertemu mata. Hari tu pun, bila Raina ke Kelantan dengan izin papa
untuk bertemu mata dengan mama dan Raiqal, tidaklah sampai menghabiskan cuti di
sana. Papa yang berkeras melarang. Kata Papa, nak bertemu mata, papa izinkan.
Tapi menghabiskan cuti empat bulan di negeri orang tu, no way! Raina sebagai
anak, turutkan sajalah.
Tapi sebenarnya, di sebalik rasa gembira dan
teruja tu, ada terselit sedikit rasa tak senang dalam hati ni. Kenapa? Entah.
Nak disuarakan, tak tergamak. Rasa sangat tak patut dia sebagai kakak kandung
satu mama dan satu papa ada rasa begini terhadap adik sendiri.
Sudahnya dia angkat
bahu saja. Malas nak panjangkan isu yang tak patut diberi perhatian sangat ni.
“Macam mana? Suka?” Raina pandang Raiqal akhirnya. Dari tadi Raiqal cuma diam
sambil mengembara ke sekeliling rumah ni. Rumah bukan luas sangat pun, tapi
mata tu kalau boleh setiap inci rumah ni nak diperhati.
Raiqal angguk perlahan
sambil beg Adidas yang disandangnya sejak awal muncul di pintu rumah tadi diletak
di atas katil biliknya. “Okey.” Jawabnya ringkas.
“Okey je?” Raina
kerutkan kening sambil menyilangkan tangan ke dada bersandar pada pintu
biliknya.
Raiqal senyum sebelum
duduk di sebelah begnya tadi. Tilam katil yang dihiasi dengan gambar Ultraman,
hero zaman dia kecil-kecil dulu itu ditepuknya perlahan. Senyum di bibir masih
tersungging. “Okey, Raiq suka. Thanks.”
“Haa… baru betul.” Raiqal
sengih puas hati. “Bilik ni sebelum ni si Fira tu yang duduk, Fira, kenal kan?”
Raiqal pandang kakaknya
itu dalam beberapa saat dengan muka kelamnya. “Fira… yang selalu Cha sebut tu?”
soalnya lambat.
“Haa… betullah tu.
Dulu dia yang duduk bilik ni kalau abang Firas ada kerja luar. Tapi tak apalah,
nanti kalau dia datang lagi, dia share bilik dengan aku je. Bukannya
bermalam-malam pun. Cuma sekarang ni depend kat kau je lah, selesa tak bilik
ni. Kalau ada masalah rogerlah.”
Kali ni lama Raiqal
merenung Raina, seolah ada yang nak disuarakan tapi tak terkeluar. Raina
menunggu tapi sampai beberapa minit pun, tak ada yang keluar dari mulutnya. Sudahnya
Raina biarkan saja, malas nak ambil kisah. “So how? Okey?” Raina ulang soalan
sama. Nak pastikan Raiqal Ammar, adik yang dirindui itu dapat keselesaan first
class di sini.
“Oh… okey.” Raiqal
jawab cepat, seolah baru tersedar. “Okey je… Raiq tak kisah bilik macam mana
pun, ada ni pun dah kira bersyukur.”
Raina senyum dan
angguk beberapa kali mendengar katanya. Dia adik aku, dan aku kakaknya. Tapi
tak tahu kenapa, mendengar tutur katanya, melihat gaya sopannya, seolah ada
perbezaan yang sangat ketara antara kami. Raina senyum hambar mengenangkan hal
itu. Mesti sejuk hati mama membesarkan Raiq…
“So… esok, pendaftaran
pukul berapa?” Raina menyoal lagi.
Raiqal yang baru saja nak
berbaring menelentang tu pandangnya semula. “Pendaftaran?”
Raina angkat sebelah
kening mendengar soalannya. Takkan baru sehari sampai dah lupa niat asal kot? “Ha’ah.
Pendaftaran. Bukan esok ke?”
“Oh… pendaftaran.” Raiqal
angguk pula. Dalam diam dia tergelak sendiri. Aku datang sini ada sebab ke?
Bukan saja-saja? Raiqal... Raiqal... excited sangat ke boleh duduk serumah
dengan Cha? Correction, Kakak Cha!
“So… esok, pukul berapa?”
Raiqal geleng kepala.
“Lusa baru pendaftaran. Esok tak ada hal apa pun. Saja mama suruh datang awal,
takut ada yang tak siap lagi senang, ada masa nak siapkan. Tak nak
kalut-kalut.”
“Oh…” Raina tersenyum
hambar mendengar katanya. “Caring betul mama dekat kau kan.”
Raiqal yang baru saja
mengeluarkan isi-isi kecil dari dalam backpack sebelum diletakkan di atas meja
lampu di sebelah katilnya mendongak. Dalam tiga saat dia ikut senyum. “Kalau
tiba turn Cha pun mama akan caring macam tu jugak. Sila-silap mengalahkan Raiq
lagi.”
Yeah right. Raina
julingkan mata tanpa sedar. “Haa... satu lagi, LC dekat luar tu, pakai untuk
pergi kelas. Maksudnya, no need nak naik bas or teksi segala la.”
Dalam tak sedar Raiqal
tersengih. Dah namanya pun LC, motosikal, nak pakai buat apa lagi? Mula-mula
dia tercegat kat luar pintu rumah ni tadi lagi dah boleh agak sebuah motosikal
yang tersadai kat luar tu diguna untuk bergerak ke mana-mana. Tapi, transport
yang satu lagi tu dia musykil sikit... “Kenderaan Ali Baba kat luar tu Cha
punya ke?”
Terangkat kening
Raina. “Amboi kau... tu basikal berjasa tau tak? Aku pakai time malas nak pergi
isi minyak. So lepas ni, aku bonceng kat belakang ajelah eh bila ke kelas.”
Raiqal cuma
mengangguk. “Esok Cha ada hal ke? Kalau tak ada hal Raiq ingat nak mintak Cha
bawak Raiq pergi kafe tu.” Raiqal tukar topik.
“Kafe mana?”
“Alah… yang Cha selalu
sebut tauke dia tu. Apa nama dia? Rifqi?” Raiqal sengih. Sengih mengusik!
Sekali lagi, Raina
julingkan mata ke langit. Gaya juling cover perasaan tu. “Mana. Aku yang selalu
sebut ke kau yang memandai tebak?”
“Samalah tu. Kalau 24
jam berkepit phone dengan orang tu mana orang tak menebak…” Rifqilah tu kan,
orang kedua yang Cha call semasa di Kelantan tempoh hari, bercerita tentang dia
dan mama. Orang pertama, semestinya Fira, sahabat dunia akhirat tu, bak kata
Rainalah. Tapi papa, tak tahu jadi orang keberapa yang Cha call untuk sampaikan
berita gembira tu.
“Menjawab.” Sepatah
Raina membalas.
Raiqal sengih cuma. “Kira
jadilah ek. Raiq ingat nak test makanan kat situ, kalau kena dengan tekak, kira
jadi regular customer kat situ ajelah. Malas nak cari kedai lain.”
“InyaAllah.” Jawab Raina
ringkas. Heh, tak payah ‘kalau kena dengan tekak’, makanan kat situ, memang
sangat kena dengan tekak sesiapa pun jua! Baru nak
berlalu keluar, namanya diseru lagi. Dia berpaling dan angkat sebelah kening,
bertanya.
“Sewa rumah ni, kira
macam mana?” soal Raiqal. Sejak awal Raina bagi cadangan untuk tinggal
sebumbung di rumah sewa ini lagi sebenarnya dia tertanya-tanya tentang sewa
bagai ni. Kalau sampai kopak duit yang mama bagi untuk bulan pertama ni lagi,
nayalah.
“Oh… itu, don’t worry,
papa yang settle. Sebab tu aku lagi suka duduk sini, tak payah susah kepala nak
asing duit belanja bayar rumahlah, belanja makanlah, itulah, inilah.
Menyusahkan! Duduk sini, papa aje yang settlekan bayaran.”
“Papa?” Raiqal fokus
pada Raina tiba-tiba.
Dalam tak sedar Raina
ukir senyuman melihat reaksinya itu. “Yep, papa. Papa aku, papa kau, papa
kita.”
Best..... #^_^
ReplyDeleteBila nak sambung cerita ni lagi dik?