“Macam mana?” mama
bertanya dari hujung talian.
Sambil menelentang di
atas tilam empuk dalam bilik itu, Raiqal menghembus nafas perlahan. Cermin mata
berbingkai hitam yang tersangkut di atas hidungnya dari awal tadi ditanggalkan
lalu diletak di atas meja lampu di sisi katilnya. Cermin mata itu antara
persamaan antara dia dan Raina. Persamaan kedua, tidak selalu cermin mata itu
tersangkut di atas hidung mereka. Kakak-adik rabun! Memang genetik agaknya. Mama dan papa pun
bercermin mata jugak. Agaknya sejak zaman Tok Ki dan Opah dulu lagi,
entah-entah mereka tu siap pakai lens lagi! Haha! Kalah dia dan Raina yang Cuma
memakai lens time tertentu sahaja ni. “Ma...” serunya berharakat.
“Haaa.... Raiqal
Ammar, jangan nak kata fail sijil kamu tertinggal. Mama dah pesan awal-awal
lagi, barang-barang penting tu letak setempat. Bila dah jadi macam ni,
mulalah...”
Raiqal pejam mata lama.
Rasa macam dah bertahun tak dengar mama membebel, padahal tak sampai dua hari
pun. “Rindulah ma.” Ujarnya ringkas, sekali gus menghentikan leteran mamanya
yang dah macam machine gun tu.
Adawiyah di hujung
sana mengecilkan anak mata. “Barang-barang kamu semua dah okey?”
Raiqal tergelak. “Dah mem.”
“Tak ada yang tertinggal?”
“Tak.”
“Good.”
Raiqal senyum. Mama ni, kalau orang kata rindu
sikit, mulalah nak tukar topik. Cuba kata, ‘mama rindu Raiq jugak...’, kan
boleh dia tidur dengan sengih lebar malam nanti? “Ma...” seru dia lagi,
berharakat.
“Iye...”
“Rindulah.”
“Haisy, kamu ni. Dah besar panjang pun nak
berkepit celah ketiak mama lagi.”
“Apa salahnya? 18 tahun Raiq hidup bawah ketiak
mama aje, tiba-tiba kali ni kena berpisah. Mamalah, orang lain kalau anak dapat
masuk U, berderetan kereta mak-pak saudara konvoi nak hantar sekali. Barulah
ada semangat! Ini tak, sudahlah nak datang pun naik bas aje, hari pendaftaran
pun tak ada yang hantar.”
Adawiyah terkedu. Bukan dia sengaja nak biarkan
Raiqal terabai macam tu, tapi... bersebab. Dia pun pernah memasang angan untuk
bersama Raiqal memijak lantai universiti pada hari pertama nanti, tapi, dia tak
mampu. “Alah, Kakak Cha kan ada.”
Mendengar panggilan yang diguna mama, Raiqal tahan
gelak. ‘Kakak Cha’, supposed to be so. Tapi, aku-kau, sangat tak sesuai.
Tapi... nak buat macam mana? Tuan punya badan yang offer kata ganti diri macam
tu, ikut ajelah.
“Cha tu memanglah, dia tu kakak Raiq,
tambah-tambah pulak nak jadi senior Raiq pulak nanti, memang tak lengkaplah kalau
tak ada dia. Ni, yang Raiq kata, mama. Sibuk aje nak sebut nama orang lain...”
“Dahlah.” Adawiyah ketawa hambar. “Kakak Cha macam
mana? Sihat?”
“Sihat walafiat... Raiq baru je habis berborak
dengan dia tadi. Ada je kat luar tu rasanya. Nak Raiq pass phone bagi dia?”
“Eh, tak payahlah. Bagi dia rehat, ready minda
dia. Cuti pun dah nak habis tu. Raiq pun rehatlah, jauh berjalan tadi.”
“Hm, yalah.”
“Mama letak
dulu ya, ada kerja lagi kat dapur tu.”
“Okey.” Ringkas jawapan Raiqal. Tapi tetap dia
menunggu, sehingga betul-betul keluar bunyi ‘bipp’ yang panjang tu, barulah dia
akan letak. Tapi sampai sekarang, bunyi tu tak muncul. Yang ada, bunyi
seseorang bernafas. Raiqal senyum. “Ma,” panggilnya.
“Ya?”
“Miss you.”
Adawiyah tergelak. “Mengada kamu ni.”
Raiqal tak letih senyum. Mama gelak. Tapi, dalam
gelak mama, ada juga bunyi asing yang kalau diperhati betul-betul, adalah bunyi
hingus yang tersekat di hidung.
Mama menangis, simpulnya.
“Dah, kirim salam assalamualaikum kat Kakak Cha
nanti ya. Bagitau dia mama rindu sangat dekat dia.”
“InsyaAllah.”
“Assalamualaikum.”
Belum sempat Raiqal menjawab salam yang dihulur,
bunyi ‘bip’ panjang tanda talian di sebelah sana sudah diletakkan berbunyi.
“Waalaikumussalam.” Raiqal menjawab perlahan sebelum telefonnya diletak di
sisinya.
Nak mandi... nak solat... dan, nak tidur. Tapi
sebelum tu, perut ni kena diisi dulu. Wajib! Agak-agak stok budu cap Ketereh
ada tak kat dapur tu? Mana tahu... Cha tu dalam surat beranak je lahir dekat
Kelantan, tapi duduk dekat luar Kelantan ni dah lebih 10 tahun. Sejak kecil
pulak tu. Entah-entah dah tak tahu macam mana cara nak makan benda alah tu
dengan cara paling heaven pun. Hai... Raina Aisyah berpisah dengan budu, macam
tak boleh imagine je. Berlawanan dengan logik akal tu. Dia tergeleng sendiri
dengan sengih tersungging di bibir. Lambat-lambat dia bangun dari tilam
nikmatnya itu, dan bila tombol pintu ditarik, batang tubuh Raina yang sedang
menyandar di dinding luar biliknya menyapa mata.
“Hai,” sapa Raina terkejut. Gaya seolah-olah
mereka ni jiran bilik sebelah-menyebelah, yang sedang menyewa hostel.
‘Hai’? Raiqal berkerut kening. Musykil ni. “Hai.”
“Mama call?”
Dan dengan soalan itu, barulah Raiqal tersedar
sesuatu. “Yep, mama ada tanyakan Cha, tapi dia tak nak kacau Cha rehat. Sudahnya,
mama kirim salam aje.”
“Waalaikumussalam.” Sepatah Raina menjawab sebelum
berlalu.
==> agak ok ke prmulaan ni? heek. rasa slow semacam je.
0 komen:
Post a Comment