Minggu orientasi bagi
freshie baru saja tamat. Raina dan Fira pula, baru saja nak mulakan semester
baru. Tapi, walaupun semester baru ni baru saja masuk gear satu, aura-aura
syaitan pengganggu tu nampaknya dah mula aktif dalam perut Raina. Tengok
sekarang nilah, lecturer sedang bersyarah di depan tapi dia sedang leka
menggoyang-goyangkan pen di tangan. Bukan menyalin nota tapi menconteng tak
tentu hala. Bukan tak mahu fokus pada syarahan Dr. Fazley nun di hadapan sana,
tapi sebenarnya fikirannya sarat dengan benda lain. Dan bukan sengaja pun dia
nak mengasakkan minda dengan perkara-perkara pelik sebegini! Kalau diikutkan,
lagi baik dia fokus pada Dr. Fazley di depan. Kalau tak pada syarahan dia pun,
paling tidak pada wajah dia tu. Hensem tak mengalah!
Tapi... minda ni
terganggu! Teringatkan kejadian beberapa hari lalu. Papa ke rumah dia, singgah
kata papa, alang-alang ada kerja kat area situ. Dan kebetulan waktu itu, dia
dan Raiqal ada di rumah. Sedang bersantai di halaman rumah. Tidaklah jadi isu
apa yang mereka buat waktu itu, tapi yang dia kenangkan sekarang, sikap papa
terhadap Raiqal. Seolah-olah... entahlah. Susah nak digambarkan. Yang sempat dia
lihat, papa layan Raiqal seolah Raiqal ni bukan adik dia, bukan anak bongsu dia
sendiri. Walaupun dalam diam, ada juga pandangan redup dari mata papa tu untuk
Raiqal yang dia perasan.
Dan Raiqal pula, macam
biasa, cuma menyapa, dan bila papa kalih pada dia, dia menunduk. Hesy! Aku pun
geram jugak. Mestilah papa pun jakun jugak, sekian lama tak bertemu muka.
Cubalah Raiqal tu menceriakan suasana sikit... okeylah agaknya!
“Okay class, you guys
may dismissed now.” Suara Dr. Fazley jelas di telinga. Dan saat itu juga, mata
yang baru nak lali ni tercelik luas. Akhirnya... perkataan yang sangat dia
nanti-nantikan itu terluah juga dari mulut lecturer!
“Dismissed!” dia ulang
perkataan itu dengan muka yang berseri habis. Laju aje dia kemaskan segala buku
di atas meja ini ke dalam beg. Tak sabar nak keluar dari kelas ni. Fira di kerusi
sebelahnya dah tergeleng kepala.
“Yang kau kalut sangat
ni kenapa?” Fira tunjal perlahan kepalanya.
“Menyibuk ajelah kau.
Aku nak ajak Raiq jalan hari ni.”
Fira tampak pelik.
Buktinya, handphone di tangan boleh dia abaikan dan renung Raina dalam-dalam.
Rela tak layan mesej dari suami kesayangan tu semata-mata nak bercakap dengan
aku. Heh! Raina cuma sengih tayang gigi, buat don’t know.
“Merana Abang Firas
dok tunggu kau reply tu...” handphone di tangannya Raina tolak, cuba tarik
perhatiannya yang terleka tu.
“Kau nak ajak Raiq
keluar ke mana?”
Aku angkat bahu. “Ada
cadangan?”
Dahi Fira jadi makin
berkerut. “Bukan nak pergi kafe?”
Raina sengih.
Mentang-mentanglah selalunya habis kelas je aku lepak kat kafe Rifqi kesayangan
aku tu... “Tak.” Jawabnya ringkas.
“Tak balik ke rumah?”
Biasanya kalau aku
malas nak ke kafe, aku akan ambil jalan mudah. Balik rumah, baring atas katil,
berjemur bawah kipas. Fuh... nikmat! Tapi sekarang, misi aku, hiburkan hati
Raiqal. Melihat dia dilayan endah tak endah oleh papa tempoh hari, hati aku
ikut terasa. Inilah orang kata, jalinan ikatan adik beradik tu erat. Adik yang
kena, kakak yang terasa! Atau mungkin, orang lain tak ada pun macam ni, aku je
yang terasa. Aku kan kakak mithali...!
Untuk soalan Fira
tadi, Raina geleng lagi.
Kali ni Fira mencebik. “Eh Cha, aku ni sejak lahir
lagi ada adik tau, tak adalah semacam macam kau ni.”
“Inilah orang panggil
menghargai.” Selesai mengemas, dia pandang Fira dan tersenyum lebar. “Dalam
kelas ni pun dah tinggal berapa orang saja lagi. Maka eloklah kita berangkat.
Tuan hamba dah bersedia?”
“Sudah, tuanku.” Fira
bangkit. Sebelah tapak tangannya disua pada Raina dan Raina menyambut sebelum
bangun. Berdaulat!
“Terima kasih.
Beruntung sungguh suami tuan hamba memperisterikan tuan hamba.”
“Tidak syak lagi,
tuanku.” Dalam tak malunya Fira mengangguk.
“Choih!!” Raina
julingkan mata ke langit dan Fira gelak mengekek. “Chow la weh!”
==============================
Dari jauh, kelibat
Raiqal dan dua orang rakannya sudah boleh dilihat. Sedang bersantai di atas
padang bola. Sedikit rasa jengkel muncul dalam hati Raina. Matahari tegak atas
kepala boleh mereka lepak kat tengah padang ni? Bajet diorang tengah lepak kat
London yang dihujani salji kot tu... Haih!
“Hoih,” panggil Raina
berserta dengan tepukan di bahu Raiqal sebaik tiba berhampiran mereka.
Raiqal berpaling. Dua
rakan kembarnya ikut berpaling. Kedua-duanya memakai jersey rasmi pasukan bola
sepak universiti kami. Seorang darinya, yang memakai jersey bernombor sepuluh,
itu namanya Aisar. Disuruh panggil Sar saja. Dan seorang lagi, memakai jersey
bernombor tujuh, itu Aiman. Nickname, entahlah. Tak ada pulak Raiqal khabarkan.
Susah-susah panggil Ai je. Biar sekali panggil tu dua-dua kepala terhantuk. Hahak!
Muka copy-paste aje kedua-duanya, Cuma yang dapat dia bezakan adalah tahi lalat
kecil di hujung mata Aisar itu. Nampak manja seorang adik.
“Tak ada kelas ke?”
Raiqal pandang Raina pelik.
Raina cebirkan bibir
sebelum ikut duduk tak jauh dari dia. Kedua-dua belah lutut aku lekatkan ke
dada. “Baru habis. Jom jalan.”
Jelas terentang kerut
di dahi Raiqal mendengar ajakan kakak yang seorang tu. Pelik. Segar ke tidak
ni? Sebelum ni tak pernah-pernah ajak aku jalan-jalan ‘dating’ segala. Kalau
pernah pun, ajak lepak kat luar sebab boring sangat dok terperap rumah. ini,
habis kelas aje ajak jalan-jalan ni, bikin musykil! “Fira mana?”
“Jomlah. Boring ni.” Raina
menggesa. Soalan Raiqal dibiar tak berjawab. Pada Aisar dan Aiman dia hulurkan
senyum juga. “Jom, KFC. Aku belanja.”
Aisar dan Aiman berpandangan
serentak. Hah. Free, siapa tak nak kan? Aku kalau laki si Fira, Abang Firas tu
nak belanja makan warung tepi jalan pun sanggup, atas tiket ‘free’. Inikan
pulak KFC. Tolak rezeki namanya tu. “Jomlah...!”
“KFC kitorang dah
selalu pergi. Naik muak tekak ni. Mc Donald ajelah...” si jersey sepuluh, Aisar
meminta.
Amboi demand! “Aih,
McD tak boleh. Mengkhianati saudara seislam namanya!” Cepat Raina canggah.
Memicing mata Aisar
memandangnya. “Amenda tu?”
Amenda? Amenda apanya?
Raina angkat kening. Selang beberapa saat barulah dia faham, dan spontan dia
tergeleng. Tak tahu hal ehwal semasa ke apa mamat ni? “Boikot la ngek, diorang
seksa saudara kita kat Palestin nun. Takkan sesenang hati kita nak suap diorang?
McD tu penyumbang terbesar diorang, tahu tak?”
Kali ni terkebil-kebil mata mereka memandang Raina,
buat dia tersedar, bersemangat sangat ke aku ni? “Kalau nak, Domino pun okey.
Nak?” dia menawar lagi.
“Kenapa tak kafe abang
Rifqi je?” Raiqal menyampuk tiba-tiba.
“Eh, aku no hal. Ingat
nak belanja lain dari yang lain sikit. Ikut kau orang la.” Jawab Raina.
Rifqi pandang Aisar
sekali imbas sebelum dia pandang Aiman pula. “Suka hati la. Aku tak kisah.
Bukan aku join pun...”
“Eh!” Raina terbeliak.
“Dah aku ajak ni, maksudnya kau kena join sekalilah.”
“Entah kau ni,” Aiman
membela. Aku sengih. Ada supporter. “Bila lagi weh...”
“Takkan nak harap si Pam tu belanja kitorang?
Memang taklah.” Aisar pula menyokong, tapi kali ni dibalas dengan jegilan
daripada Raiqal.
“Pam?” Mengecil anak
mata aku memandang Aiman tiba-tiba. Kemudian, aku pandang Aisar yang buat muka
saya-tak-tahu-apa-apa sebelum akhirnya matanya mendarat di wajah Raiqal
sendiri. “Pam mana ni?”
“Pamela tulah, girl
yang hot sekarang ni.” Aisar menjawab bagi pihak Raiqal.
“Hot chick.” Aiman
mencebik sambil mengangguk mengiakan.
Pamela? “Si Anderson
tu?”
“Anderson?” serentak Aisar
dan Aiman mengulang nama itu. Raiqal pulamemandangnya pelik.
Raina dah ternganga
sendiri. Tergapai-gapai nak cover mulut yang tak pernah bayar insurans ni.
“Pamela freshie tu ke? Yang...” ayatnya tergantung. Tak tahu nak wakilkan
Pamela ‘Anderson’ tu dengan perwatakan apa.
“Haa... freshie.” Kali
ni pun bukan Raiqal sendiri yang menjawab.
Melihat Raiqal diam, dia
bertindak balik ke topik asal. Memang dia tak senang dengan isu sekarang ni,
tapi nampaknya Raiqal lagi tak selesa kalau dia terus-menerus diasak begini. Jadi
Raina bertindak membiarkan saja dahulu. “Dah ar. Jom gerak.”
Raiqal nampak
keberatan, siap berdecit lagi mulutnya tanda nak menolak tanpa perlu keluarkan
perkataan yang boleh bikin hati Raina jadi sakit. “Raiq ingat nak main bola je
petang ni.” Beralasan lagi!
Raina memandangnya tak
puas hati. Bola di tangannya yang digolek-golekkan berhampirannya tu pun Raina
pandang sekali. “Apasal pulak kau main bola sepak? Biasanya kan kau main
netball?” Raiqal bukan aktif pun dalam bola sepak ni. Tengok baju yang dia
pakai pun jersey asing. Bukan jersey rasmi seperti yang dipakai Aisar dan Aiman.
“Saja. Kadang-kadang
nak tukar angin jugak.”
“Lain kali kan boleh,
jomlah. Jarang sekali tau boleh aku belanja ni...”
Kali ni pelik Raiqal merenung
kakaknya tu. Siap dengan kening terangkat sebelah lagi tu.
“Apa?” Raina tak
kalah.
“Kita dok satu rumah
Cha.” Ujar Raiqal tanpa nada. Nak menyedarkan kut, tentang ayat pujukan yang
Raina gunakan tadi.
Raina menjuih.
“Iyelah. Maksud aku, biasanya kan kau makan yang aku masak je. Nak boleh aku
belanja, bukan selalu. Jomlah... cuba jadi adik mithali sikit.”
“Malaslah Cha.” Raiqal
buat muka. Tak faham ke, orang malas. Malas! Tak ada mood.
Raina mendengus. Heleh!
Mentang-mentang sekarang ni dah ada member ramai, boleh dia buat tak layan aku
kakak dia ni. Orang nak tolong pujuk hati dia yang lara gara-gara papa aje pun!
Sudahnya dia bangun saja dari rumput itu sebelum mengesat-ngesat debu tanah yang
melekat di punggung.
“Eh, nak ke mana?”
Kini giliran Aiman menyekatnya.
“Nak merayap ke
lainlah. Dok kat sini bukan korang layan.”
“Kata nak treat
kitorang Domino?” Bersungguh dia menuntut janji.
Eh...! Lebar Raina
sengih pada dia. “Sorry sikit! Si Raiq tak ada, tak ada maknanya!” ujarnya
sebelum berlalu.
“Halah! Kau ni
Raiqal...!” sempat dia dengar Aiman dan Aisar membebel pada Raiqal. Gara-gara
Raiqal mereka tak dapat rasa makan free. Hah, rasakanlah. Siapa suruh ajak
Raiqal main bola tak kena pada waktunya?
============================
“Cha...!” Terdengar
seperti bias-bias suara seseorang memanggil namanya. Raina berhenti melangkah
dan cuba memandang sekeliling.
“Cha!”
Hah! Tu dia...Reza, si
classmate. “Apa?” Raina menyahut.
Reza yang sedang
melepak dengan beberapa orang gengnya di
meja batu tak jauh dari padang tempat Raiqal dan dua orang rakan dia tadi itu
sengih. “Ada orang titip pesan.”
Berkerut dahi Raina.
Lain macam dengarnya. Tanpa bergerak setapak pun mendekati dia, Raina angkat
kepala, isyarat bertanya. “Amenda?”
Makin lebar sengih
Reza. “Pandai kau pilih anak-anak ikan.”
“Anak ikan?”
“Ha... handsome!
Sekali pandang tak nampak macam anak ikan pun.”
“Amenda kau merepek
ni?” suara Raina naik satu oktaf. Tak faham dah satu hal, nada cakap tu pun
macam nak ajak aku berlawan. Kalau nak lawan cakap la der, boleh awal-awal aku
cabut!
“Cha...” Kali ni suara
Raiqal yang memanggil. Raina kalih ke belakang, pandang mereka yang masih
statik seperti posisi tadi. Cuma kali ini pandangan mereka semuanya ke arah dia
saja. Bila dia angkat kepala lagi pada Raiqal, Raiqal menggerakkan kepala sekali
dengan muka tak senang. Isyarat untuk dia berlalu saja tanpa mengendahkan
kata-kata Reza tadi.
Hampir lima saat Raina berkerut dahi sebelum
memahami situasi sebenar. Baru faham apa yang Reza cuba katakan. Lantas dia
pandang Reza semula. “Ha... tengoklah sugar mummynya siapa. Aku kalau nak cari
anak ikan, kena cari yang macam tu, hot. Takkanlah nak cari yang macam korang,
kan? Entah-entah kena jentik sekali dah teriak nama mummy kat rumah.” Aku
tuturkan pada mereka sebelum berlalu.
Petang-petang hari ni memang panas semacam aku ni!
*****************
==>happy reading! FYI n3 yg dah publish dlm belog ni, pesen skali view lepas taip je. edit mengedit, x sempat. heh. sorry kalo ada yg agak lost dgn teknik yg eden guna. heee.
##do drop your komen yeah? jasa anda amat dihargai.
==> peace. =)
0 komen:
Post a Comment