Idea - Ogos 2012
Syuhada
tegak di situ. Rumah papan setingkat di depannya itu dipandang lama. Bagasi
sederhana besar di tangannya kini digenggam kemas. Dan untuk kesekian kalinya,
dia meneguk liur. “Assalamualaikum!” akhirnya dia keluarkan suara.
Tak
lama, muncul gadis sebaya dia yang usianya dalam lingkungan 20an di muka pintu.
Kepalanya dilitupi tuala, ringkas namun tertutup. Seulas senyuman dihulurkan.
“Ya?”
Dari
perawakannya, Syuhada dapat mencerna sesuatu. “Atie?” tanyanya spontan.
Jelas,
gadis muda di muka pintu itu berlapis dahinya kini. “Siapa ya?” tanyanya semula
sebelum melangkah menuruni tangga rumahnya, mendekati Syuhada.
“Saya...
Da’a.” Sopan Syuhada membalas, sambil huluran tangan yang dihulur gadis itu
disambutnya.
“Da’a?”
sekali lagi dahi gadis muda itu berlapis. “Da’a... Da’a facebook?”
Dan
kali ni, Syuhada senyum sambil mengangguk sekali sebelum dalam sesaat dia hanyut
dalam pelukan gadis muda yang dipanggil Atie itu.
===============================
“Kenal
dekat facebook mak...” Dari dapur, Syuhada dapat mendengar suara Atie dan
emaknya bersoal-jawab. Pastinya, tentang diri dia yang tiba-tiba muncul di
rumah ini petang tadi atas alasan mahu menumpang teduh ini. Dia menggigit bibir
sendiri. Timbul rasa bersalah dalam hati, menyusahkan orang yang tidak
berkenaan, tapi kalau tidak Atie, siapa lagilah yang dia ada untuk bergantung
sisa hidupnya ini?
“Kitorang
kawan dah lama mak... cuma tulah, ni pertama kali Atie jumpa dia. First time! Sebelum
ni bukan pernah pun kami berjumpa.” Terdengar suara hembusan nafas Atie. “Tak
sangka, cantik jugak orangnya.” Terlantun lagi kata-kata itu dari bibir Atie.
“Kenapa?
Sebelum ni tak pernah tengok ke gambar dia?” suara emak Atie kedengaran pelik.
“Tak.
Dia mana pernah upload gambar dia kat FB. Puas Atie mintak, dia kata nanti kita
jumpalah... tak naklah Atie main paksa-paksa pulak. Tak selesa dia nanti.
Lagipun Atie dah lama tak sembang dengan dia mak... lama dia menghilang.
Alih-alih dia datang rumah kita ni, excited la Atie.”
“Haa.
Yang mak pelik satu lagi, macam mana dia tahu rumah ni?”
“Oh,”
Atie ketawa. “Kitorang ni sama-sama hantu e-novel mak. Dia ambil dalam group
penulis tu kut. Rasanya.”
“E-novel,
group, apa benda yang kamu cakap ni? Pening kepala mak!”
“Tak...
maksud Atie, pernah satu masa tu, seorang penulis ni nak bagi kad raya kat
pembaca dia, so dia mintak alamat. Kami dua-dua ahli group tu. Mak ingat tak
kad comel yang Atie dapat masa raya tu? Yang ada gambar mamat hensem tu?”
“Oh,
yang namanya Rifqi tu?”
“Ha...”
“Mak
tahu siapa mamat hensem tu. Chicco Jerikho!”
“Ceh! Mak
ni kalau sinetron kan...”
“Eh, tu bukan sinetron tu. Tu slot
Mutiara.”
Atie menepuk dahi. “Orang bukan
tanya nama mamat tu, orang suruh mak ingat kad tu. Mungkin Da’a ambik dalam
group tu kut alamat Atie.”
“Hm...”
Cuma itu yang Cik Ikah, emak Atie itu komen. Sedikit sebanyak melegakan hati
Syuhada. “Cantik budaknya.” Tambah Cik Ikah dan kali ni Syuhada hanya mampu
mengukir senyum malu. Kepalanya ikut tergeleng.
“Dah
namanya chinese muslim, mana tak cantik mak... satu pakej la tu dengan peribadi
dia. Kadang-kadang bila Atie chatting dengan dia, rasa malu pulak. Dia yang
baru kenal islam ni lebih arif dari kita. Penghayatan dia jauh lebih baik dari
kita yang memang dah lahir dalam keadaan islam syumul ni.”
“Mak
pun hairan bila Atie kata kawan Atie, nak kata kawan lama, kawan satu sekolah
dengan Atie, rasanya rata-rata budak sekolah Atie tu hitamnya sama legam dengan
Atie je kan?” Cik Ikah menyoal dan kali ni kedengaran Atie menjerit kecil.
Syuhada ketawa kecil.
“Ni
bukan hitam legam la mak, hitam manis orang panggil! Hitam manis... yang hitam
manis...” Atie mula menyanyi.
Serentak
keduanya ketawa. Untuk seketika, mendengar gelak tawa mereka, fikiran Syuhada
melayang jauh. Figura wajah mummy dan daddynya singgah di minda. ‘Mummy... I
miss you.’ Setitis air mata yang baru nak keluar dari kolam matanya diseka
pantas sebaik sahaja dia mendengar tapak kaki seseorang mendekati bilik yang
didudukinya.
“Da’a...”
Atie menegur.
“Ah.
Ya, saya.”
“Dah
siap mengemas?” soal Atie sambil duduk di birai katil bilik itu. Bilik yang
sementara waktu ini menjadi milik Syuhada.
“Dah,
sikit je lagi ni.” Cepat-cepat dia menyudahkan kerja menyimpan pakaiannya ke
dalam almari. Mujur rumah Atie ini ada sediakan bilik tetamu. Kalau tidak, mungkin
tambah sempitlah dada Syuhada mahu menyimpan rasa bersalah yang menggunung ni.
“Kalau
dah siap, jomlah makan. Awak sampai tadi tak sentuh apa-apa pun lagi. Mesti
pedih perut tu.”
Syuhada
ukir senyum. “Jom.”
Atie
mahu bangun mendahului Atie untuk kedapur tapi belum sempat dia berdiri,
tangannya disentuh Syuhada. Perlahan. Bagai minta waktu.
“Kenapa?”
soal dia pelik.
“Thanks
ya, Atie. Awak kawan saya dunia akhirat. Kalau awak tak bagi saya stay dengan
awak, saya tak tahu lagi mana nak pergi.” Suara Syuhada bagai sedang menahan
sebak.
Perlahan
Atie menggosok tangannya. “Tak ada apalah. Kita kawan dah lama, kalau bukan
awak, siapa lagi yang saya nak tolong, kan?”
Untuk
ke sekian kalinya, Syuhada senyum mengenangkan jasa sahabat yang satu ini.
Mereka kenal sejak dia masih belum lagi berada dalam agama yang suci ini. Sudah
sekian lama! Mungkin hampir lima tahun. Kira-kira setahun setelah dia kenal
Atie, dia ambil keputusan untuk memeluk islam. Bukan kerana Atie, atau sesiapa
pun. Tetapi kerana hidayah Allah SWT itu sendiri sudah memilih dia.
Dek kerana mummynya merupakan seorang
penganut katolik yang tegar, dia merahsiakan keislamannya. Kalau muslim lain
selalu ke majlis agama untuk kuatkan lagi akidah mereka, dia cuma boleh
berbahas tentang islam dengan Atie dan Ustaz Kamarul, ustaz yang rela hati memimpinnya
melalui jalan Allah. Itu pun dalam keadaan waktu yang terhad. Nama timangannya
Da’a ini, Atielah yang mula berikan sejak dia memutuskan untuk menjadi seorang
Nur Syuhada Qistina Binti Abdullah daripada seorang Christianna.
Hampir bertahun-tahun dia hidup
tenang dalam agama barunya namun tiba-tiba ketenangannya berkocak bila
tiba-tiba seluruh keluarganya mendapat tahu akan rahsianya ini dan serta-merta
dia dihalau. Tidak diakui anak mummy, dibuang keluarga dan tak lama selepas itu
dia mendapat tahu sesuatu yang lebih perit dan berat untuk dia terima,
benar-benar satu tamparan berat dalam hidupnya. Waktu itu, tidak ada insan lain
dalam minda dia kecuali Atie. Cuma Atie.
“Allahuakbar
allahuakbar...”
Lamunannya
pecah bila suara seorang muazzin melaungkan azan kedengaran dari speaker surau
sebelah rumahnya. ‘Astaghfirullahal ‘azim...’ Syuhada beristighfar panjang.
Mengelamun! Itulah sikap dia sekarang. Pantang ada masa yang terluang, pasti
akan dia habiskan dengan sia-sia begini.
“Dah
azan, kita solat dulu ke makan dulu? Cik Ikah dah ada kat dapur ke?” Syuhada
menyoal terus.
“Tak,
makanan aje yang dah siap. Awak nak solat dulu pun okey je. Saya cuti.” Atie
sengih. “Awak nak solat sini ke masjid?”
Syuhada
menggeleng. “Sini je kot dulu. Maghrib nanti insyaAllah saya solat kat masjid.”
“Good
idea. Maghrib nanti saya dah boleh kut. Kita pergi sama-sama. Okey, sekarang
awak solatlah dulu. Saya tunggu kat meja.”
Syuhada angguk.
===============================
Pulang
dari masjid petang itu, Syuhada cuma berjalan kaki ke serata kampung. Sudah
hampir dua minggu dia menetap saja di situ. Menetap sahaja tanpa fikirkan hari
esok. Tanpa hala tuju! Yang dia mahu kini, cuma menghabiskan sisa hidupnya di
tempat yang dia rasakan dapat memberi ketenangan buatnya. Sekelip mata,
mindanya menerawang ke satu tempat di kampung itu. Tempat yang indah dan
sungguh tenang bagi dia yang baru saja sampai di kampung ini waktu itu. Sekali
tengok, bagaikan tidak ada yang pernah menjejakkan kaki di situ. Tidak tercemar!
Namun,
niatnya untuk menuju ke tempat itu hari ini dibatalkan bila tiba-tiba kepalanya
terasa agak pening. Berdenyut. Lantas dia ambil keputusan untuk pulang sahaja
ke rumah Atie. Tiba di satu selekoh di hujung kampung itu, dia belok ke kanan. Satu
bayangan seseorang di belakangnya menarik perhatiannya. Lantas dia kalih ke
belakang, tapi lorong yang telah dilewatinya tadi tetap sunyi, tiada perubahan.
Titisan peluh mula terbit di dahinya. Cepat-cepat dia lajukan kayuhan. Semakin
laju dia mengayuh, semakin kuat dia rasakan seseorang sedang mengejarnya. Untuk
toleh ke belakang sekali lagi, dia tak berani! Hatinya kuat mengatakan ada
bahaya yang menunggunya andai dia melengahkan waktu. Tapi kerana terlalu takut,
kakinya tergelincir dari ‘spaddle’.
Dan-dan
itu dia rebah dari basikalnya!
“Allah!”
suara garau seorang lelaki muncul di belakangnya. Jadi benar, ada yang
mengekorinya. Terus dia menoleh ke belakang, memandang lelaki bertongkat yang
sedang tergesa-gesa mendapatkannya itu. Tidak berkelip matanya dek ketakutan
melihat gaya ‘penjenayah’ di hadapannya ini. Toreh pun tidak berdarah mukanya.
Tangan lelaki itu yang hampir melekat di lengannya ditepis kuat. Badannya mula
menggigil.
“Tolong...
ja... jangan, jangan sentuh saya.” Syuhada gelengkan kepalanya beberapa kali.
Tanda kesungguhan. Kain yang terselak dan mendedahkan hampir keseluruhan
betisnya ditutup pantas.
“Saya
nak tolong amoi bangun je ni, boleh bangun tak ni?”
lelaki tersebut akhirnya cuma mencangkung menghadap Syuhada.
Pantas
Syuhada angguk yakin. “Boleh...” jawabnya sepatah sebelum bangun berdiri.
Punggungnya yang terasa pedih akibat jatuh terjelepok tadi disapu-sapu dengan
tapak tangannya. Basikal yang tersadai di atas rumput itu pula diangkat oleh
lelaki asing itu dengan sebelah tangan dan pantas Syuhada mengambilnya dari
tangan lelaki itu.
Berkelip-kelip mata si lelaki
memandang wajah Syuhada. “Cantik,” desisnya spontan.
“Hah?”
Syuhada membalas renungannya.
Lelaki
itu sengih, sebelum menggeleng pantas. “Basikal ni, macam kenal.”
“Basikal
kawan.”
“Tahu...”
lelaki itu angguk perlahan. “Boleh balik ke tidak ni?”
“Boleh,”
sekali lagi Syuhada menjawab yakin. “Mesti boleh.”
“Tak
pernah nampak pun kat sini... baru pindah ke?”
“Tumpang
rumah kawan.”
“Oh...
kawan siapa nama?”
“Atie.”
“Atie?”
Syuhada
geleng kepala. “Cik Ikah.” Dia perbetulkan. Biasanya, dalam kampung, orang
kampung lebih dikenali dengan nama maknya. Mungkin begitulah juga mereka ni.
“Oh...
kalau boleh balik sendiri tak apa, tapi kaki amoi berdarah tu.” Mulut lelaki
itu memuncung pada kaki Syuhada.
Lantas
Syuhada alihkan pandangannya dari muka lelaki itu ke buku lalinya yang baru
terasa pedihnya kini. “Tak apa.”
“Kalau
tak yakin saya boleh tolong kayuh basikal tu, amoi duduk belakang je.”
“Kayuh?”
Syuhada tanya semula, sambil mata berkelip-kelip memandang si lelaki. Minta
kepastian.
Lelaki
tadi ketawa kecil. “Jangan ingat saya yang bertongkat ni tak boleh kayuh
basikal... naik skateboard pun boleh lagi. Amoi tak kenal lagi siapa saya ni.
Nak try?”
“Eh, tak apa...” cepat-cepat
Syuhada menggeleng.
“Okey
kalau macam tu.” Lelaki itu berunduk setapak dengan sebelah tangan naik ke
udara, beri laluan untu Syuhada melepasinya. Tidak tunggu lama, Syuhada terus
menuntun basikalnya melewati lelaki itu. Kalau diikutkan, dia lebih suka
mengayuh saja. Tapi pedih di kakinya yang terasa berdenyut, ditambah pula
dengan denyutan di kepalanya dari tadi ini... menjadikan dia tidak yakin dengan
diri sendiri.
Hampir
sepuluh meter dari tempat tadi, dia toleh ke belakang. Mahu mengintai si lelaki
tadi. Tapi sungguh mengejutkan bila dia dapati si lelaki tadi masih mengekori
dia rapat di belakang. Kira-kira semeter
sahaja dari belakang! Dia beristighfar pantas.
“Tak
apa... saya dah okey ni.” Beritahu Syuhada ringkas.
“Tahu.”
Sepatah jawab lelaki itu dan dia terus melangkah mengekori Syuhada. Sebelah
tangannya masih disorok elok di dalam kocek slack.
Bersambung...
##kenapa rasa bahasa skema semacam je dalam ni? heekk.
P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace.
P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace.
sambung ler lagi...
ReplyDeleteNk lg..xsbar nk tgu
ReplyDeleteakk pn nk g dek...
ReplyDeletebest2.....sambung la lg......
ReplyDeleteingatkan abis terus tapi bersambung lak....
ReplyDeletebestg lar citer ni
ReplyDelete