Kalut!
Bangun tidur tadi, punyalah lama dia dok terkebil-kebil saja di atas katil.
Konon nak menghayati suasana pagilah. Dan bila kerling jam di dinding, barulah dia
perasan, dah pukul 9:15! Kelas start pukul 9:30. Kena pulak hari ni kelas Miss
Khadijah, lecturer yang punya banyak nama timangan tu. Mama Khatylah... Miss
Dejalah... Mula-mula kenal dia dulu, aku pun tak faham kenapa famous sangat
beliau ni. Takat ada nickname tu, biasalah. Dekat sekolah dulu tak payah tanya
cikgu mana yang suci daripada gelaran, tak ada. Hatta cikgu yang di dalam kelas
senyum memanjang pun akan ada gelaran jugak!
Tapi kata Fira,
glamournya Miss Khadijah ni, sebab kegarangan dia tu. Sampai ada waktu tu, aku
perasan, bila dia lalu saja di mana-mana orang yang ada di situ akan beralih
sedikit. Takut sangat lengan tu terkena baju Miss Khadijah.
Jadi sebab kata-kata
Fira tu, ditambah pula dengan pengalaman belajar aku sebelum ni yang membenarkan
saja apa yang diperkata Fira tu, aku jadi kalut sekarang. Tapi di waktu-waktu
beginilah, Papa nak call. Haih! Dengan handphone berkepit di antara telinga dan
bahu, Raina mendengar Papa bercerita sambil mengemaskan barang-barang di atas
meja studi.
“Cha... Cha?”
mungkin kerana tak ada respon daripadanya, Papa menyeru berkali-kali.
Raina garu
kepala. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. “Pa... Cha bangun lambat hari ni.
Hee.” Bibir cuba mengukir sengih serba-salah. Cuba minta pengertian Papa.
“Lah, semalam
buat apa?” Papa tanya semula.
“Siapkan kerja
sikit pa...” jawabnya ringkas.Memang sikit pun. Buka laptop, planningnya nak
surf internet tentang assignment terbaru aku. Tapi yang jalan, sebaliknya! Dia
layan movie mat saleh yang Fira copy-paste masuk laptop dia ni sampai pukul
tiga pagi!
“Kerja apa?”
Erk... Papa
tanya pulak dah. Raina diam mencari idea dalam pada beg adidas dia sangkut pada
bahu, bersedia untuk keluar. Masuk ke dapur, Raiqal sedang mengacau air di
dalam gelas. Dia angkat kening tanpa suara, isyarat bertanya.
“Er... Papa nak
cakap dengan Raiq tak? Raiq ada ni.” Soalan itu dia kira sebagai jawapan kepada
Raiqal juga.
“Haa... tak
apalah. Papa pun ada kerja ni. Jaga diri baik-baik tu.”
Raina mengeluh.
Jawapan sama aje yang Papa beri bila dia sebut tentang Raiqal. “Ha yalah, nanti
Cha kirim salam kat dia.” Sengaja dia melencong. Raiqal tu nampak aje menunduk,
tapi telinga pasang! “Papa bila nak datang sini?”
“Hari tu Papa
dah pergi tapi Cha tak ada kat rumah pun.”
“Lah... kalau
Cha tak ada pun Raiq kan ada.”
“Iyalah. Papa
pun rindu Cha jugak. Ni Cha belum betul-betul rindu Papa lagi, sebab tu Papa
tak jenguk lagi. Nanti sebelum sempat Cha rindu Papa dah ada kat depan pintu
rumah tu.”
“Heleh. Yalah
tu.”
“Eh, takkan nak
bergurau pasal rindu-rindu ni.”
“Hm, Pa.”
“Iya sayang...”
Raina sengih.
“Cha dah lambat sebenarnya ni.”
“Allah! Papa
lupa Cha ada kelas. Okeylah, okeylah. Papa hang up dulu, nanti Papa call lagi.
Belajar betul-betul tu!”
“Love you Pa.”
Klik!
Raina pandang
meja makan. Sudah tersedia dua mug Vico di atasnya. Dia tinjau ke kiri kanan
pula, mencari kelibat Raiqal sebelum tuan punya badan yang dicari tu muncul di
muka pintu dapur sebelum sempat dipanggil. Beberapa keping roti bakar ada di
tangannya. Spontan Raina senyum. Bertuah ada adik macam ni.
“Papa ke?” soal
Raiqal.
“A’ah.” Ringkas Raina
menjawab sambil mula mengunyah roti disaluti peanut butter yang yummy tu. “Papa
kirim salam.” Sempat dia berpesan. Tak tipu okey. Bila dia kata dia nak kirim
salam tadi, tidak pula Papa melarang. Kira on la tu.
Raiqal tidak
menjawab, sebaliknya cuma senyum. Senyum ikhlas atau sinis, wallahua’lam. Melihat
pada pakaiannya hari ni, Raina jadi pelik. Seluar tiga suku tu yang dia pakai,
dengan t-shirt berhias gambar si kembar Upin dan Ipin di depan. “Tak ada kelas
ke hari ni?”
“Nope.” Raiqal menggeleng.
“Petang karang.”
Raina yang baru
nak menyuakan bibir mug ke bibir sendiri terhenti. “Oh... kalau macam tu, LC
aku pakai ajelah eh? Malas nak berkayuh pagi-pagi ni...”
Raiqal
mengangguk dua kali. “Okey je... lagipun dari awal hari tu lagi Raiq dah kata
kan, Raiq boleh je tunggang binatang yang Ali Baba selalu guna tu pergi kelas.
Tak ada hal. Plus, LC tu, Papa beli kat Cha kan?”
Raina kerutkan
kening. Tak senang dengan kata-kata si adik. Bukan tentang ‘binatang’ itu, tapi
tentang LC. Memang LC biru putih itu milik dia, hadiah daripada Papa setelah
dia mendapat surat tawaran masuk ke universiti. Dah memang waktu itu cuma ada
dia dan papa. Kepada siapa lagi papa nak belikan? Tapi sekarang ni, rasanya tak
ada lagi mindset yang kata LC tu milik dia dalam kepala ni. What mine, is
yours. Raiq tak pernah dengar ke kata-kata tu? “Papa beli kat aku, sebab kau
tak ada. Kalau masa tu kau dengan mama ada, takkan ada istilah Cha punya, Raiq
punya or mama punya tahu? Semua barang milik kita. And yes, now kau dan mama
are here. So stop sebut aku punya or kau punya. Semua barang yang papa beli,
kita punya. Semua benda yang mama bagi, pun kita punya. Got it? ”
Mendengar ceramah
panjang lebar daripada Raina, Raiqal terkedu dan terdiam. Bahunya diangkat sekali. Dalam hati tak
berniat nak mengungkit kisah lampau, cerita yang sudah lama berlalu itu.
Tambahan lagi cerita tu di luar pengetahuan dia dan Raina sendiri. Yang tahu apa
yang jadi dulu cuma mama dan papa. Sebab tu, bersama dengan Raina dia tak
terdetik sekali pun untuk bercerita kisah dulu-dulu tu. Habis tu, kalau dengan
Raina tak, dengan papa iyalah? Hah. Papa awal-awal lagi sudah tunjuk tak senang
dengan kehadiran dia dalam hidup mereka. Apa sebab, entahlah. Kalau ikutkan,
memang terasa. Siapa sangatlah yang punya hati begitu kebal sampai dilayan acuh
tak acuh oleh papa sendiri pun boleh tayang muka toya lagi kan? Tapi, bila
difikir balik, dia masih ada mama. Mama yang sayangkan dia sejak mula.
Lama berdiam,
Raina akhirnya mengeluh sendiri. Habis tiga keping roti dia telan, mug berisi
air Vico itu pula dia capai sebelum isinya diteguk rakus. Siap semuanya, dia
bangun berdiri. Ready to go! “Kunci LC mana?”
Raiqal mendongak
sebelum mulutnya memuncung pada koleksi kunci di belakang daun pintu utama.
Raina mengangguk-angguk. “Pergi dulu eh.”
Raiqal diam tak
membalas. Mungkin kesan ‘perbahasan’ tadi masih ada. Tapi kalau tak terjadi pun
crushed sebentar tadi, tak pelik kalau Raiqal tetap diam begini. Selalu
pagi-pagi yang biasa pun, dia jarang membalas bila Raina pamitan. Cuma dia akan
menjeling Raina atas ke bawah dan bawah ke atas semula. Menganalisa. Mungkin
dia agak yang perlakuan dia tu tak disedari. Dan pagi ini pun, itulah yang dia
buat. Secara tak langsung buat tuan punya badan jadi tak senang.
“Tell me.” Untuk
pertama kali, Raina membuka mulut komen.
“Uh?” Raiqal mendongak
memandang Raina. Minta penjelasan dari permintaan yang ringkas itu.
Raina bersilang
tangan ke dada memandang dia. “Kau analisa aku setiap pagi. Tapi sepatah kata
pun tak keluar dari mulut kau, nak kata cantik ke, pelik ke pakaian aku ni.
Cuba cakap, what’s wrong?”
Oh...! Raiqal
menjuling. Aku analisa dia tiap-tiap pagi dan dia cuma expect aku komen samada
cantik atau tak je? Heh. Sungguh adinda pelik dengan kakanda Cha ni. Sudahnya Raiqal
diam, dengan muka kosong dia lagi tu.
“Apa dia?” Raina
ulang soalan sama.
Raiqal menarik
nafas. Susah nak susun ayat kasi lawa sikit, tapi kalau tak cakap, tak kena.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Itulah perumpamaannya! Pipinya
dikembungkan sedikit, berfikir-fikir ayat yang sesuai diberi tapi setelah lama
berfikir pun ayat yang dirangka tak keluar-keluar, dia akhirnya menghembus nafas kasar. “Nak
pergi macam tu ke?” soalnya berkias.
Kening Raina
berkerut. Spontan dia tilik tubuhnya dari atas ke bawah. What? Jeans aku bukan
koyak dekat paha pun. Baju pun bukan ada gambar orang kissing ke tengkorak ke
apa. Ke... rambut aku tak sikat? Tingkap kaca di hujung dinding dikerling, pun,
okey je. Lurus bak teknik rebonding lagi! “Apanya?” dia tanya pelik.
“Huh!” Raiqal
mendengus sekali sebelum dia menggeleng-geleng perlahan. “Nothing. Pergilah.
Dah lambat ni.” Suruhnya sambil tangan kanan Raina dicapainya lalu dikucup.
Rutin biasa.
“Okey.”
“Assalamualaikum.”
Salamnya
Raina jawab dalam hati saja. Minda masih pelik dok fikirkan kelakuan pelik adiknya
tadi.
===================================
Huh!
Rasakan! Kaw-kaw dia kena dengan Miss Khadijah hari ni. Depan-depan kelas pulak
tu! Si Fira tu cuma mampu tunjuk muka kesian bila Raina memandangnya. Yang
lain, ada yang ikut langkah Fira, tunjuk muka kesian, tapi tak kurang jugak
tayang sengih sinis. Heh, student kelas aku ni memang...
Tamat
kelas Miss Khadijah hari ni, dia tak menunggu lama. Terus kemaskan
barang-barang di atas meja sebelum blah. Ada masa sejam saja lagi sebelum kelas
lain bermula. Niat di hati nak ke kafe Rifqi sahaja. Tinggal dia seorang saja
pun di dalam kelas ni, selain student-student lain yang bilangannya boleh
dikatakan seciput saja. Fira terpaksa pulang awal tanpa menunggunya hari ni.
Abang Firas ada kerja katanya. Elok jugak, tengah-tengah hati panas ni, tak ada
mood aku nak berjalan sambil bercakap.
Siap
semuanya, Raina bangun. Dengan laptop ASUS dia bawa rapat ke dada dan begnya
sangkut ke bahu, dia berjalan keluar dari kelas. Tapi sampai di muka pintu,
langkahnya dihalang seseorang. Bukan kaki yang disadung, tapi muka pintu yang
disekat.
Raina
mendengus untuk kesekian kalinya hari ini. Time-time aku serabut ni
jugaklah...! Tinggi lampai mamat di depannya ni. Nak bercakap pun kena
mendongak. Dia berundur tiga tapak ke belakang sebelum pandang gerangan si
penghadang jalan tu nak tak nak. “Nak apa?” soalnya berbahasa. Rakan sekelas
kan. Walaupun sebelum ni tak pernah-pernah pun mamat ni sedar rasanya yang mereka
ni sekelas. Bukti? Heh. Rata-rata tempat dia berselisih dengan Raina, tak
pernah sekali pun rasanya dia hulurkan senyum. Raina? Eh, dah orang nak
menyombong buat apa aku nak beramah-mesra sangat kan? Walaupun, waktu Raina
kena bancuh dengan Miss Khadijah tu tadi, muka di depan dia inilah, antara muka
yang senyum sinis padanya!
Mamat tu masih
dalam posisi sama. Menyandar di pintu kelas dengan tangan bersilang di dada.
Lagak action. Dari tadi matanya ligat naik-turun-naik-turun menganalisis batang
tubuh Raina. Seram-sejuk jugak Raina melihatkan gaya dia ni. Apa lagi sekarang
ni cuma tinggal beberapa orang saja di dalam kelas ni. Beberapa orang tu pun,
geng mamat ni jugak. Yang dia nampak, Reza, Muiz, dan Izzudin pun ada sekali.
“Nash!” Raina panggil sekali.
Jelas gerangan yang
dipanggil itu tersentak. Nampak sangat sedang melamun. “Daniel!” Keras dia
perbetulkan.
Berkerut dahi Raina
jadinya. “Nash. Ahmad. Daniel.” Dia sebut satu per satu. Setahu aku betullah
tu. “Semua pun nama kau kan? So apa masalahnya?”
Nash menjegil.
“Kau nak apa?” Raina
soal cepat. Malas nak berbasa-basi lagi dah.
Kali ni Nash diam lagi.
Seperti awal tadi.
Raina menjuih. “Kalau kau
sekat jalan aku ni setakat nak tayang muka tempoyak basi kau tu kat sini, baik
tak payah. Bertimbun lagi kerja aku.” Heh. Merayu dekat mamat ni... bukan
terselit pun rasa ihsan dalam diri dia.
Nash tegakkan badan.
Tapak kaki yang tadinya menyentuh daun pintu kini ditekap ke lantai. Dan tangan
yang tadinya bersilang kini diseluk ke dalam kocek. Lantas perlahan-lahan dia
mendekatkan jarak antara mereka. Semakin Raina berundur, semakin dia mampir.
“Kau nak apa?” soal Raina sekali lagi. Cuba
sembunyikan riak gabra dengan jegilan mata yang tak berapa luas ni.
Nash senyum sebagai
jawapan. Senyuman sinis. Dan tanpa siren dia menunduk, mendekatkan mukanya
dengan Raina. “Stay your Raiqal away from my girl.” Senafas dia menuturkan.
Raiq? Mendengar nama tu,
Raina berkerut dahi. Apa kena mengena dengan Raiq pulak? Dan... ‘my girl’? Setahu
aku... yang terbaru ni, member-member Nash dok kenen-kenen dia dengan si Pamela
freshie tu je. Alah, si Anderson tu! Heh! Dalam ketar Raina dah mula tersengih,
bila akal dah mula dapat mencernakan apa yang dimaksudkan mamat muka tempoyak
basi ni. Nak bantai gelak pun ada. Tak sangka semua ni disebabkan Anderson tu.
Dan Raina, jelaslah tak nak kalah. Lalu dengan berani dia mendongak. Angkat
kening sebelah membalas renungan Nash.
“Takkan dengan junior
pun presiden kalah kot...?”
Semakin Nash mencerlung
tanpa keluarkan suara. Dari gerak bibirnya, jelas dia nak membalas. Tapi
mungkin... tak ada modal. Mengenangkan itu, Raina ketawa mengekek. Tapi Cuma di
dalam hatilah! Gila tempah maut nak gelak mengekek guling-guling live depan dia
terus?
“Asal? Dah kalah dengan
anak buah sendiri? Kira terror jugak la Raiq tu kan? Title ‘presiden’ kau pun
dah di hujung tanduk, sekarang dah nak lenyapkan title pakwe Anderson tu pulak.
He is really... make me proud.” Main emosi kejap.
Nash menegak semula. Raina
menghela nafas lega biarpun muka Nash kian tegang. Marah kot, awek dia digelar dengan
nama tu. Nak-nak lagi, Raina ungkit pulak jawatan dia dalam PSSGN yang dah
macam telur di hujung tanduk tu sejak si Raiqal join.
“Kau jangan nak kurang
ajar dengan aku.”
“Or what?” Raina
mencebik lagi.
Nash menarik nafas.
Jelas dah tu muka tahan marah. Kepalan tangan yang berbentuk penumbuk tu jadi
buktinya. Baru Raina sedar, rupanya best buat orang marah ni. Ha ha!
“Aku tak nak jadi
dayus...”
Oh my. Raina menjuling. Now
dia tengah mengugut dengan ayat berlapik la?
“Cuma tu je yang aku nak
kau tau... stay the hingusan boy away from awek aku.” Putus Nash sebelum
membuka pintu kelas dan berlalu.
Tapi tak sampai sepuluh
langkah dia menapak keluar dari kelas, kaki Raina lagi laju menyaingi
langkahnya. “Sehingusan-hingusan dia pun ramai yang terkejar. Tapi kau, kesian.
Nak meraih perhatian pun siap kena mengugut bagai. Sedar la sikit.” Perlahan
Raina berbisik ke telinganya sebelum dia tertawa lepas. Lagi geli hati bila dia
toleh ke belakang dan melihat langkah Nash mati sambil matanya tajam merenungnya.
Sambil
berjalan, Raina menyanyi-nyanyi kecil, tanda hati yang girang. Hilang rasa
panas akibat diserang Miss Khadijah tadi! Rasa bersemangat nak ke kafe Rifqi
pulak yang timbul. Memang dia tak pernah tak bersemangat nak ke kafe si
handsome tu, tapi kali ni, semangatnya membuak-buak! Riang-ria dia melangkah ke
kafe akhirnya. Tapi setibanya dia di kafe, meja yang biasanya menjadi tempat mereka
melepak kosong. Hampa! Biasanya Rifqi sudah menunggu di situ kalau waktu-waktu
begini. Perut yang berlagu ini perlu diisi... bila dia alihkan muka ke kaunter,
wajah Rifqi yang tersengih memandangnya sambil melayan pelanggan menghiasi
mata.
Baru saja Raina nak melangkah
mendekatinya, Rifqi menggeleng-geleng dengan tangannya diangkat serta jarinya
dihala ke muka jam di pergelangan tangan kanannya.
Raina kerling jam. Hush!
Sepuluh minit saja lagi masa yang tinggal untuk dia berkejar ke kelas
seterusnya! Aih!
0 komen:
Post a Comment