Sesudah
bayang LC yang ditunggang Raina menghilang dari matanya, Raiqal tidak terus
masuk. Sebaliknya, dia mengambil kesempatan itu untuk tersadai saja di buaian
besi di halaman rumahnya. Sesekali ada masa free begini, bolehlah dia nak
bersantai pun. Daripada terperap kat dalam rumah tu, menyempitkan pemikiran.
Duduk dekat luar ni, memandang tumbuhan hijau ni saja pun, dah dapat pahala
free. Bertuahnya dia dilahirkan dalam nikmat Islam, dan tambah dia bersyukur
bila dia sendiri menikmati nikmat islam itu. Bukan dibiarkan saja nikmat itu
berlalu pergi.
Alhamdulillah.
Baru
beberapa minit dia bersantai di situ, tiba-tiba bunyi hon motosikal yang saling
bertingkah kedengaran. Bunyi hon yang bukan asing pada telinganya. Lantas dia
berpaling ke pagar rumah. Hah, jolo sunggoh!
“Masuk
ajelah, malu-malu pulak...” suruhnya separuh menjerit pada Aisar dan Aiman di
luar pagar. Pagar bukan berkunci, malah ditutup pun tak, luas aje terbuka tu.
Aisar
dan Aiman tak menunggu lama terus memacu motosikal masing-masing masuk dan
berhenti betul-betul bertentangan dengan buaian yang diduduki Raiqal. “Santai
nampak?” tegur Aiman.
Raiqal
sengih. Memang bersantai habislah gayanya ni. “Apa cerita? Senang aje boleh
terpacak depan rumah ni? Selalu aku ajak dok guna alasan sama je, tak kenal rumah,
tak kenal jalan, takut sesak. Ni apa cerita ni?”
Pecah
tawa mereka. “Aiseh, macam tak dialu-alukan aje ni. Kebetulan kitorang lalu
sini, nampak kau dok bersantai ni, singgahlah. Bukan sengaja pun kitorang
berdalih selalu tu...” Aisar membela diri. “Lagipun, si Aiman ni segan dekat
kakak kau tu...”
Mata
Raiqal memicing. “Segan apanya? Kau jangan weh, kakak aku tu nampak sangat muka
tuanya compare dengan kau. Mentanglah kau abang sikit je dari Aisar, perasan
tua kau eh.”
“Mangkuklah
kau. Jangan nak buat spekulasilah. Maksud aku segan tu seganlah, nak lepak tak
tentu hala... buang masa ikut suka.”
“Habis
tu hari ni?”
“Eh,”
Aiman nampak pelik. “Hari ni dia tak ada kan? Bukan dia out dengan Daniel ke?”
Raiqal
menjeling. Kalau pasal ni lalu aje berita tersebar... heh.
“Kau
apasal? Cemberut terus muka tu?” Aisar tertawa.
Raiqal
mendengus. “Tak sukalah aku dengar korang dok bercakap pasal ni. Tukar channel
lah.”
Serentak
Aisar dan Aiman tergelak. “Ni kes tak restu ke apa ni?”
Bukan
soal tak restu ke apa, tapi isunya Cha di sini untuk apa? Cari jodoh? Kalau dah
tahu nak menuntut ilmu tu, tak payahlah kalut nak cari pakwe bagai. Lagipun, Daniel
tu sendiri tak menyedapkan mata ni bila dipandang. Orang Kelate kata, tak
masok bok! Maksudnya, tak ada dalam list! Cha pun satu hal, dah tahu mamat
tu spesies buaya yang akan ngap apa saja depan mata dia, nak jugak dia jadikan
kawan. Kalau dengan Abang Rifqi tu, agaklah jugak aku approve.
“Weh,
Raiq,” Aisar memanggil bila dilihatnya kawannya itu mula nak layan blues.
“Apa...”
jawab Raiqal malas.
“Tu,”
mulut Aisar memuncung pada telefon Raiqal di sisi. “Missed call.”
Kening
Raiqal bertaut. Ralit layan menung sampai ada orang call pun boleh terlepas
jadi missed call. Haih. Lantas skrin telefonnya dipandang. Kali ni lagi rapat
keningnya bertaut.
Papa?
Sebelum ni, nama
ni cuma ada dalam contactnya saja. Nak masuk dalam call log, sebagai received
call, dial number ataupun missed call, tak pernah!
Tapi kali ni...
hm, tersalah tekan kut. Putusnya senang. Tapi tak lama kemudian telefonnya
bergetar lagi. Pemanggil yang sama! Punat hijau ditekan. Liur ditelan kesat.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
suara Rafizi menjawab salamnya kedengaran, sebelum lama talian dibiar sepi.
“Er... Pa-pa?” panggil
Raiqal teragak.
“Hm, ada ni. Cha
ada?”
Oh, nak tanyakan
Cha. Raiqal tersinis tanpa sedar. “Cha keluar tadi Pa. Dah cuba call nombor dia?”
“Dah, tapi tak
berangkat.”
“Atas motosikal
lagi agaknya. Nanti kalau dia balik, er... Raiq... Raiq call Papa.”
“Dia keluar
pergi mana?”
“Jumpa kawan
katanya.” Jawab Raiqal mudah. Nak kata dating tu, bukan sah pun antara mereka
tu ada something-goes-wrong-somewhere. Kata Mak Cik Mary lah.
Terdengar suara
Papanya bernafas di hujung talian. Raiqal ikut menghela nafas. Terasa rindu
dengan suara helaan nafas itu. Rindu, walaupun dia sendiri bagaikan sudah lupa
akan rasa itu. Bila ditinggal dulu pun, umurnya baru setahun jagung. Kalau
helaan nafas Mama, memang dia cam sangat. Kalau diberi peluang, dia nak merasa
peluang itu. Peluang membesar dengan helaan nafas Mama dan Papa di sisi.
Tapi... takdir telah disusun. Dan bukan tujuan dia untuk menidakkan takdir.
Namun bila sekarang satu keluarganya telah bersatu, dan Papa masih tak
menampakkan keterujaan bertemu dengan anak yang dah lama terpisah ini, seperti
mana terujanya Mama bila berjumpa dengan Cha beberapa bulan dulu, itu yang dia
terkilan. Terkilan namun tak terluah.
“Papa?”
panggilnya sekali bila talian di sana kedengaran sepi.
“Hah, haa. Tak
apalah kalau macam tu. Nanti Cha balik suruh dia call Papa ya,”
Suruh Cha call
Papa. Ulang Raiqal dalam hati. “Alright. InsyaAllah Pa.”
Talian sepi
lagi. Cuma kedengaran helaan nafas masing-masing mengisi ruang. Aisar dan Aiman
berpandangan, sebelum bahu kedua-duanya diangkat. Mata terus terpaku pada
Raiqal yang masih menekap telefon ke telinga walaupun tak ada sepatah suara
yang keluar daripada kedua-dua belah pihak.
“Raiq... sihat?”
tanya Rafizi perlahan. Masih enggan menamatkan perbualan.
Raiqal menelan
liur. Kedua-dua rakan yang sedang fokus padanya dipandang. Sebelum
lambat-lambat dia mengukir senyum. Senyum sebak, senyum bahagia, entahlah.
peace.. dalam ni xde bab cha, rifqi and nash.. hehh.. sorry.
enjoy reading and do comment... ^_^
sorry lmbt update.. tgh musim trial nih.. hehek. ^_~
enjoy reading and do comment... ^_^
sorry lmbt update.. tgh musim trial nih.. hehek. ^_~
Best.... #^_^
ReplyDeleteNape pendek sangat dear??? :(
pendeknya....huhuhu
ReplyDeletebest!!!but agk pendekla..hehe.setia menunggu cha ngan nash.
ReplyDeletenk tanye,novel aq mahu hanye kamo tu dh ade kt pasaran ke??
klu ade nk beli..
haahlah.. dh lame nk tny tp xjadi2... cite amir ngan oleh tue dh ada versi buku kee?
ReplyDeletethanx.. ^_^ sorry pendek sgt. hehh.. xsempat nk edit2.. hee.. peace.
ReplyDeleteanon & cik indah.. thnx sbb setia menanti cerita yg dah berzaman tu.. igt dah xde org igt kat dua org tuh.. haha. ^_~ AMHK dah lulus utk terbit,.. but still dalam proses nunggu turn lagi.. huhu. sabar yea.