Dari
satu rak, Raina melangkah ke satu rak seterusnya. Mata ligat mencari, tangan
ikut bergerak. Mulut terkumat-kamit dari tadi dok menyebut tajuk-tajuk novel
yang terpampang di depan mata. Yang mana sedap didengar, yang itulah nanti akan
disambarnya.
“Psst,”
satu suara menegurnya dari sisi.
Cepat
dia menoleh. “Eh?” keningnya diangkat sebelah melihat Nash yang sedang
tersengih di sisinya. “Bila sampai?”
Nash
sengih. Badan yang tadinya terbongkok ditegakkan semula. “Dah dekat sejam dah,
tercegat kat sini dari tadi.”
Raina
menjuih. “Lipatlah kau.” Komennya perlahan sebelum sebuah novel fiksyen karya
Sidney Sheldon yang tersusun cantik di atas rak itu dicapainya.
Nash
menjengah. “Tell Me Your Dreams.” Tajuk yang tertera pada kulit novel itu
dibacanya. “Best ke?”
Raina
menoleh sesaat, dan bila menyedari cuma dada
Nash yang bertentangan dengan mukanya kini, tubuhnya dijarakkan sedikit
dari Nash. Jari telunjuk naik menggaru-garu hidung sendiri. Cover. “The New
York Times Bestseller. Kau expect apa?”
“Kalau
dah bestseller tu, five star lah kot.”
“Dah
tu, tak payah tanyalah best ke tidak. Aku ni pun baru first time sentuh novel
si Sheldon ni.”
Nash
mencemik. Suara orang jual mahal lagi tu... heh. “Tapi kan, instead of The New
York Times bestseller, why not kau cari Malaysian’s Popular best seller punya?”
Kening
Raina bertaut seketika sebelum wajah Nash dipandangnya. “Ada ke istilah tu?”
“Ngek.”
Komen Nash sepatah sambil hujung rambut Raina ditarik perlahan. Raina menepis
cepat namun dia Cuma mencemik. “Maksudnya buku terlaris kat Malaysialah. Sokong
industri tempatan.”
“Wow.”
Raina tergelak kecil. “Amazing.”
“Well,”
Nash menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada. “Aku kan jenis rakyat
yang...”
“Blablabla...”
anak mata Raina juling ke langit bookstore. Telinga ni tak ready lagi nak
mendengar sebarang perkataan yang boleh meloyakan tekak! Ingat aku beli novel
omputeh ni tanda aku tak layan novel melayu ke apa? Heh. Aku ni penyokong tegar
novel melayu tahu! Tapi kadang-kadang nak beralih selera, tak salah kan? Wajah
Nash dipandang sekali lagi. “Contoh?”
“Contoh?”
Nash mengulang dengan kerutan di dahi. Tak faham.
“Contoh
buku yang kau kata Malaysian’s Popular Bestseller punya tu?” terang Raina.
“Oh...”
Nash mengangguk-angguk. Lantas, dia maju beberapa tapak ke depan. Menuju ke
bahagian rak novel melayu. Satu demi satu novel disentuhnya namun tak satu pun
menarik perhatian. Siap mencemik dengan kepala tergeleng lagi tu. Sebelum
akhirnya bibir mengukir sengih. “Ni,” sebuah novel akhirnya dicapai sebelum
disua pada Raina yang setia menanti dengan novel Sidney Sheldon tadi masih di
tangan.
Kening
Raina bercantum. Mak datuk tebal! Novel apa tu?
“I
Love You, Stupid!” Bagai memahami, Nash membaca judulnya.
Dari
memandang kulit novel tersebut, mata Raina naik ke wajah Nash. Erk... belum
apa-apa cepat dia berkalih ke tempat lain. Batang hidung digaru lagi. Menusuk
kalbu pandangan yang Nash bagi! “Er... bolehlah. Yang ni pun macam gempak je.
Kerja kau tu dah settle ke?” soalnya sambil menuju ke kaunter.
Tak menjawab soalan, Nash cuma sengih menyenget sambil kaki melangkah mengikut gerak Raina. “I
love you, girl.”
Erk...
Raina memandangnya sesaat sebelum fokus pada wajah cashier muda di depannya
sambil tangan menggagau isi beg, mencari purse. Nyatanya cashier itu tidak
membalas pandangannya, sebaliknya menjeling-jeling pada makhluk tuhan di
sebelahnya ini. Ceh... tersenyum-senyum sendiri. Menggedik aje lebih. Aku buat
kompelin baru tahu! “Berapa dik?”
“Ada
member card?” halus suara cashier itu bertanya semula.
“Tu...”
mulut Raina memuncung, tanda member card sudah pun diberi. Terang-terang depan
mata tu. Nampak sangat ralit buat kerja lain. Baru saja dia nak mengeluarkan
duit, sekeping not RM50 disua padanya. Dia menjeling ke sisi.
Nash
sengih. “Novel Melur Jelita tu on me.”
“Apa
pulak?” Raina membantah cepat. Kalau
tentu nak belanja baik belanja semua sekali. Boleh jugak aku hulur senyum
dengan ucapan terima kasih pakai suara lemak merdu ni!
“Cepat
sikit wak,” pinta Nash pada si cashier yang nampak blur di meja kaunter.
Awak!
Raina menjuling. Geli doh anak tekak ni. Keluar saja resit, cepat saja Nash
mengambilnya sebelum tubuh Raina ditolak agar terus berjalan dari belakang.
Menggesa.
“Haisy,
apa kau ni?”
“Slow
sangat kau ni. Kalau nak ikutkan sangat sehari ni saja habis kat dalam ni.
Rimas!”
Raina mendengus. Dahi yang berpeluh dikesat
dengan belakang tangan. Inilah malasnya keluar tengah-tengah hari buta ni.
Panasnya membahang! “Kerja kau tu kat mana?”
“Kerja?”
Nash nampak blur.
“Yeah,
kerja. Kerja... kerja yang kau kata nak siapkan hari ni tu?”
Ligat
otak Nash mencerna sebelum tiba-tiba dia memetik jari. “Ohhh...” jawabnya
sambils engih tersungging di hujung bibir. “Kerja tu. Haa, dah, dah settle dah
pun.”
“Lah,
kalau dah settle, buat apa lagi? Balik ajelah.”
“Eh...!”
“Habis
tu?”
“Hm...
cinema jom?”
Mendengar
cadangan Nash, mata Raina terus membuntang. Gilalah! “Cadangan lain tak ada
ke?”
“Apa
masalahnya?”
Raina
tunjuk muka tak senang. Pawagam? Huh, dengan dia, memang tak serasi. Nak-nak
kaum adam yang menjadi peneman, hui... impossible! Kalau Fira yang ajak, tak
adalah sampai nak fikir dua tiga kali untuk kata ‘jom’ tu. “Aku tak minatlah
tengok cerita senyap-senyap gitu. Aku kena ada bunyi. Karang kalau aku masuk
dalam tu, pot pet kang kau jugak malu. Aku kalau tentu nak tengok wayang, hah,
malam karang aku tutup semua lampu rumah tu. Bukak TV volume maximum. Baru
betul...”
“Whateverlah.”
“So,
ke mana ni?”
Kriukk...
tiba-tiba muncul satu bunyi. Cepat Raina kalih ke tepi. Memandang Nash yang
tebalkan muka itu, matanya mengecil. “Kau dengar tak?”
“Dengar apa?”
Nash siap sedia pasang muka pelik.
“Macam bunyi...”
Kriuukkk...
“Hah!”Jari
telunjuk Raina naik ke atas. Fokus sungguh rupanya.
Akhirnya Nash
sengih. “Makan jom.”
Mata Rain membuntang.
“Tadi tu...”
Nash terus sengih,
menghantar makna dalam senyumannya. Bagai nak kata yang soalan Raina itu tak
perlukan jawapan lisan.
Tak menahan
Raina tergelak besar. Plastik yang berisi dua buah novel tebal tadi dihempuk ke
belakang tubuh Nash. “Tak senonohlah kau!”
Menyeringai Nash dalam pada cuma mengelak dari
terkena hempukan ganas tu. “Tangan terminator ke apa kau pakai ni Cha?”
“Jangan banyak
bunyilah. Karang kebuluran kau kat sini yang nayanya aku. Nak makan kat mana
ni?”
“Ada suggestion
kedai yang best? Selera aku tengah besar sekarang ni.”
“Hm...” Raina
berfikir-fikir. “Ada. Mi Cambo kat situ memang superb. Mi Cambo asli dari
Kelantan. Yummylicious!”
Sebelah kening
Nash terangkat. Kenang negeri kelahiran jugak budak ni rupanya. Dari loghat
percakapan tu macam dah nak-nak hilang bunyi Kelatenya.
“Nak tak?”
“Mana?” sepatah
Nash bertanya. Jangan kafe mamat tak semenggah tu sudah.
“Adalah. Kau
follow aku.”
Follow? Dan-dan
itu mata Nash menangkap LC biru putih di ruang parkir bookstore itu. Heh,
patutlah aku volunteer nak ambil dari rumah dia menolak. Tak ada guna nampaknya
helmet lebih yang aku bawak tadi. Tapi logiklah, dalam bookstore tadi duduk
dekat sikit dia dah gabra semacam, nak expect dia nak membonceng motosikal
dengan kau? Heh. Daniel... silap percaturan kau. “Okey.”
Melihat Raina
yang pantas melangkah ke motosikalnya, dia menyeru lagi. “Yep,” Raina menyahut.
“ILY.”
“Menda?”
Sengih.
“Nothing.”
===================================
Keluar
sahaja dari pintu klinik, Rifqi melangkah pantas menuju ke keretanya. Tak ada
tempat lain yang nak dituju hari ini. Destinasi asalnya cuma klinik ini saja.
Mencari bekal ubat. Semalam memang ajakannya sekadar ajak-ajak ayam saja, tapi
entah bagaimana, bangun tidur pagi ni, temperature naik mendadak. Demam yang
dah nak kebah semalam tiba-tiba menyerang semula.
Melewati
beberapa buah kedai di bahagian kirinya, dia cuma melihat sambil lalu saja.
Tapi bila melewati sebuah kedai yang menjual hijab dan aksesori wanita,
langkahnya terhenti. Tanpa melihat nama kedai, dia menapak ke dalam. Senyum
yang dihulur gadis muda berseragam merah jambu di situ dibalasnya. Dalam demam
ni, nak beramah-mesra memang susah. Mood hilang. Untuk tidak dituduh sombong,
senyum ajelah yang dia mampu.
“Cari
apa ya bang?” ramah gadis muda itu menyapa.
“Cari
tudung.” Ringkas Rifqi menjawab sebelum dia tergelak kecil. Cuma untuk tak
nampak terlalu kaku.
“Tahu...
tahu cari tudung. Setakat ni tak ada lagi yang masuk sini nak cari roti.”
Rifqi tergelak
kecil. “Kalau ada yangmasuk tanyakan roti tu,suruh diorang pergi kafeabanglah.
Macam-macam roti yang ada.”
“Wah, sempat
lagi nak promote tu. Abang ni baker ke?”
“Tidaklah tahap
baker profesional. Tapi adalah jugak sikit-sikit roti yang abang reti buat,
abang buat. Yang tak reti nak buat, ambik yang orang buat aje. Nanti datanglah.”
“Ada special diskaun
ke?”
“Wah... nak diskaun
lagi tu. Abang jadi regular customer kat sini tak ada pulak dapat diskaun.”
“Saya lain bang,
makan gaji kat sini. Kalau ni butik saya, tak agak-agak saya nak bagi diskaun
pun.”
Rifqi cuma
ketawa sebagai balasan. Tudung-tudung yang dipakai oleh patung-patung di
hadapannya dibelek. Anak mata naik ke atas, cuba membayangkan wajah si pemakai
dalam tudung di tangannya itu. Latas dia tersengih. Lawa. Sepatah itu yang
muncul dalam benaknya.
“Kali ni abang
nak tudung yang macam mana pulak? Selendang? Bawal? Ariani? Farida?”
Rifqi
tak menjawab. Tapi minda sibuk berfikir. Pink sudah... hijau lumut sudah...
hijau muda pun sudah... biru? Pun sudah. “Hm, warna purple ada tak? Kalau boleh
yang simple aje. Anggap untuk budak baru nak belajar.”
“Purple,
yang simple...” Pekerja ramah tadi mula bergerak. Jari telunjuk bermain-main di
bibir sendiri. Mencari. “Purple yang macam mana tu bang? Kat sini ada banyak,
depend on pemakai dia jugak. Cuba abang tengok yang ni, mana yang sesuai.” Ujarnya
sambil mengeluarkan beberapa helai tudung dari dalam koleksi simpanan butik
tersebut.
Rifqi
patuh. Dalam pada sibuk membelek, telefonnya berbunyi nyaring. Pantas dia
meraba-raba poket jeans. Kepala diangguk sekali pada pekerja tadi. Bagai
memahami, terus pekerja tadi mengukir senyum sebelum berlalu. “Hello,
assalamualaikum.” Dalam serak dia menjawab.
“Waalaikumussalam...
Rif?”
“Haa,
mama. Kenapa ma?”
“Kat
klinik lagi ke?”
“Ha’ah,
baru sudah. Punyalah berjam dok beratur saja. Ambik ubatnya lima minit je.”
“Hm,
dah tu... bukan kamu seorang yang sakit.”
Rifqi
tergelak. Iyalah jugak. “Ada apa Ma?”
“Tak
ada apa. Cuma nak tanya malam ni Rif balik rumah ke tidur kat kafe?”
“Tak tahulah
lagi ma. Ingat nak balik, tapi kalau tak larat... hm, tengok keadaanlah Ma.
Kenapa?”
“Mama ingat
malam ni nak buat makan-makan sikit. Tapi kalau Rif tak balik, Mama tangguh
esok-esok aje.”
“Eh, kalau macam
tu Rif baliklah malam ni. Tak payah sampai nak tangguh.”
“Tak adalah,
bukan ada siapkan apa pun lagi. Plan aje dulu. Kalau jadi, jadilah. Kalau tak
pun tak ada masalah.”
“Makan-makan
sempena apa Ma?”
“Hai,
takkan kena ada benda baru boleh nak jamu orang makan? Kita kan dah lama tak
buat kenduri kesyukuran. Rezeki yang Allah bagi tak berkurang, kita balaslah
cara ni. Walaupun iya takkan terbalas, paling kurang adalah jugak manfaat
rezeki kita ni kat orang lain.”
Rifqi
senyum segaris. “Hm, iyalah Ma.”
“Kira jadilah ni
ya?”
“Ha, jadilah.”
“Jangan lupa
ajak Ziad dengan Anis tu.”
“Iya, nanti Rif
ajak diorang. Bukannya sah pun majlis tu kalau tak ada budak berdua tu kan?” Rifqi
membalas. Maklum sangat dah dengan mamanya ni, kalau ada apa-apa, Ziad dan Anis
tu tak pernah dilupakan.
“Anis
tu...”
“Iya
ma, iya. Nanti Rif jemput dorang.” Pintas Rifqi cepat. Bila nama Anis seorang mula
meniti di bibir Mama, tanpa disertakan Ziad sekali, memang semahunya dia cuba
mengelak. Petanda tak elok!
“Haa,
eloklah. Tak apalah, Mama letak dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Salam mamanya dijawab perlahan sebelum telefonnya disimpan semula ke dalam
saku. Berpaling ke sisi, rupanya pekerja tadi sudah sedia tercegat di situ.
Senyuman dihulur. “Yang ni eh dik.” Akhirnya sehelai tudung ungu muda yang
dihiasi batu-batu kecil yang berkilauan di bahagian kepala menjadi pilihan. Punyalah
lama membelek, tudung sesimple itu yang dipilih.
Setelah sudah, baru
saja dia nak menapak keluar, dia diseru oleh suara gadis tadi. Dalam sengih dia
angkat kening, bertanya. “Baki tak cukup ke?”
“Eh, tak. Abang
ada kad tak? Tadi bukan main promote, takkan tak ada kad?”
“Oh!” Rifqi
menepuk dahi. “Macam mana boleh lupa. Nasib baik awak remind, kalau tak abang
rugi sorang customer dah. Ni kad abang, nanti datang, mesti ada diskaun punya.
Bawak ramai-ramai.”
“Pasti.”
“InsyaAllah.”
Rifqi perbetulkan.
“Oh, ya ya,
insyaAllah.” Gadis itu sengih.
“Nama apa tadi?
Karang kalau awak hantar orang lain kan tak aci pulak. Free-free aje dapat diskaun.”
“Kira.”
Rifqi
mengangguk. “Kira. Okey, abang pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Dia menapak
keluar dari kedai dengan senyum di bibir. Dalam kepala mula merencana sesuatu.
Petang ni, tudung ni akan diberi. Malamnya, Cha akan memakainya di majlis
kesyukuran di rumahnya. Membayangkan wajah Raina dengan
tudung ini membaluti kepalanya, dia tersenyum sendiri. Manis.
Sampai saja di
kereta, dia menekan alarm. Bersemangat sungguh hati ni. Namun baru saja kaki
nak menapak ke dalam kereta, matanya menangkap bayangan seseorang di seberang
jalan. Mengecil seketika matanya. Cha? Bersama... Daniel? Sedang gembira
bergelak ketawa di gerai Mi Cambo di situ. Serta-merta nafas jadi tak menentu.
Tanpa menunggu lebih lama, dia menghilang ke dalam perut kereta.
Dan
Nash yang memang menyedari kehadirannya di seberang jalan itu dari awal
tersenyum sinis. Puas.
Rifqi kecewa ke?
ReplyDeleteRaina ni pun satu....nape tak terus terang je dengan Rifqi kan senang....
Kesian Rifqi....
hadoi...pening bce cite ni.sape nk jd hero ek???tp sye lg suke nash walaupon perangai die agk p0y0..hehe
ReplyDeleteSyahira_Ira
pape pn biaq lh rifqi jer yg hero nyer...hehe
ReplyDeletedone follow sini no. 170
ReplyDeletesudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/