Assalamualaikum!

Hehe.

Nampak gambar tu. Dah keluar okeh, after berzaman! 

Hikk.

Sinopsis:

Siapa kata junior mesti cinta dengan senior walaupun meminatinya? Itu yang berlaku antara Widya Solehah dan juga Izzat Amir. Widya Solehah, pelajar junior yang suka menyendiri dan pasif tetapi suka curi-curi pandang melihat Izzat Amir. Hanya meminatinya dalam diam, Solehah menerima kata-kata pedas daripada senior pujaannya.

“Okey. Aku just nak nasihat. Cuma secebis nasihat. Hubungan kat alam sekolah ni jarang yang kekal lama. Yang clash tanpa sebab pun ada…”

“So?”

“So, jangan berangan la nak couple ke, apa ke dengan aku.”

“Abang Izzat… Saya tak pernah pasang angan nak bercintan-cintun dengan orang macam abang ni. Not my taste.

Sejak itu, daripada mengintai dalam diam, dia hanya menjeling apabila bersua muka. Tapi kata orang, kalau sudah jodoh, lari ke hujung dunia pun tak ada gunanya, kan? Mereka ditemukan semula ketika Solehah berada di menara ganding. Namun, kali ini Izzat Amir yang menghulurkan perkenalan semula

Sejauh mana Solehah cuba mengelak, Izzat Amir sentiasa ada di sisinya. Izzat Amir juga telah menjadi penyelamat kepada dirinya yang hampir-hampir membuatkan dunianya gelap. Akhirnya hubungan mereka menjadi akrab dan bunga-bunga cinta mula berkembang dalam taman hati.

Tapi ternyata, hubungan Widya Solehah dan Izzat Amir tak semudah yang disangka. Kerana kesilapan Izzat Amir yang sukar mengawal nafsu... Kerana kesilapan lampau along... Kerana hubungan kawan baik yang disalah tafsir... Pelbagai konflik yang mendatang. Dan apakah takdir mereka?

“Memang kita tak tahu apa takdir kita pada masa depan. But I dare to say that I’m the Adam. The Adam in your mind once. That Adam yang pimpin tangan Hawanya melalui sepanjang liku hidup ni...” – IZZAT AMIR


Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

P/S: Nak order dgn saya, boleh. PM je. Tp saya warning awal2 lah, lambat sikit. Sekarang exam lagi. =-) Tambah lagi, kalau order dgn Penulisan2u terus, ada diskaun RM3 okey. Haha. Jimat. Dengan saya, saya tambah RM10. Saja suka2. Haha. Kidding. Pape hal, PM je. Fb or page. 

Tgk kat sisi blog tu. 

ADA.


Assalamualaikum.


See the title, and guess sajalah apa isi n3 ini ye.

=)

Esok, 21 Oct, kami start bertempur.

STAM.

Senjata saya, eraser yg dipotong dadu. Setiap permukaan diisi nombor 1-6.

Hakhak. Kidding.

Just wanna seek your forgiveness, dear -- [isi tempat kosong ].

0-0 ye?

Peace.

P/s: Kut kalau terserempak saya tengah online, dipersilakanlah tegur ya. Dengan sepatah perkataan EXAM tu pun ok. Haha. Masa ni, rasanya dugaan terbesar is the wifi connection yang kekadang laju tahap apa ntah.

(-,-)
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Last saturday, sekolah aku ada buat jamuan hari raya. Jamuan Hari Raya yang sangat koboi bila kami datang sekolah masuk dewan untuk dengar ceramah STAM and after that, tetiba spread khabar angin yang lepas ni ada jamuan.

Aku macam, erkkk... Jamuan Hari Raya dengan bau masam baju sekolah yang berpeluh-peluh kesan setengah hari dalam dewan yang menguak nih?

Haha.

To be honest, memanglah kot. Maybe bonda tamau jadi benda pelik-pelik kalau rancang awal-awal. Terlebih aura jamuan pulak nanti kalau too bebas.

But then, kalau buang bab jamuan koboi tu, ada something yang boleh buat aku senyum sampai ke telinga jugaklah hari tu.

Ehhheeehhh!


*ZOOM*



Pelajar cemerlang SPM 2012 kot! Haha.

Padahal berapa bijik je yang aku kutip kot. Seriuslah menumpang majlis orang. Dalam tentatif hari tu memanglah ada dia sebut Majlis Penyampaian Hadiah katanya, tapi aku tak perasan sangat sebab masa dalam dewan tu aku dok main teka silang kata. Tetiba sorang kawan mari cari aku then pesan, "Mimi jangan merayap mana-mana eh, kejap lagi ambik hadiah."

Ngee~

Tapi, tumpang tak tumpang pun, rasa bangga tu tetap ada jugaklah. Haha.

Aku dah lama kot gian nak naik pentas. Sejak tamat sekolah rendah dulu. Erkkk.

Yang bikin aku senyum sikit, majlis penyampaian hadiah kali ni dia sebut nama sorang-sorang. Sebut nama "Syamimi bla-bla-bla" barulah student tu sendiri keluar. Kalau tahun lepas-lepas, siap buat rehearsal, kira panggil je nama sapa-sapa pun, kalau tiba time kita pegi amek hadiah, maka pergilah. Tak payah tangguh-tangguh nak tunggu nama kita kena panggil.

Kalau panggil Farah, tapi masa tu aku dah tercongok kat situ, maka tetap aku kena pergi. Huhh. Tak feel okey nak ambik hadiah dengan nama orang lain.

HAHAHAK! Maaf saya kurang senonoh hari ni, terlampau excited walaupun dah berzaman berlalu.

Benda ni, tak penting pun sebenarnya untuk aku semakkan dalam blog ni. Tapi taktau kenapa, aku rasa nak jugak catit tarikh bermakna tuh. Well said, of all the keserabutan STAM yang aku alami tahun ni, paling kurang ada jugaklah yang manisnya kan? Dan pulak, tulis dalam blog. Nak pamer kasi semua orang baca ke? NO. Tak payahlah. Sudah aku pesan dulu, kalau ada entry dari blog ini yang tajuknya langsung lari terus dari tajuk novel atau cerpen aku, maka tak perlu kalian tunggu untuk baca lagi.

This entry is for me.

Suami ustazah aku - yang kami gelar dia Abi- dulu pernah pesan, dalam hidup kita ni, nak-nak lagi student macam aku, perlukan sesuatu medan untuk kita catitkan kejayaan kita dari semasa ke semasa. Untuk motivate kan diri.

Yeah most people guna diary untuk luahkan segala isi hati baik sedih mahupun kebanggan mereka. But to me, menulis diari tu meningkatkan lagi tahap ketidakmatangan aku. Heh. Bila aku tulis sesuatu di tempat yang aku yakin tak ada orang akan baca, maka aku akan cenderung untuk tulis benda pelik2 yang budak-budak ribena selalu tulis.

Heh. Usah aku sebutkan senarainya.

Should pen-off now. Dada! Wassalamualaikum!

P/s: Kadang-kadang aku rasa AKU GILA GLAMOUR. >_< Terima kasih sebab korang doakan aku untuk result hari tu. THANKS A LOT. ^_^

 

            Sampai di rumah Papa, sengaja Raiqal melengah-lengahkan masa. Nak parkir motosikal pun dijadikan hal. Raina dari awal sampai tadi sudah meloncat turun dari motosikal dan menyerbu naik rumah. Bukan dia ditinggalkan, tapi memang sengaja Raiqal mintak Raina berlalu dulu. Nak kunci motor, kononnyalah!

           Dan sekarang, motor sudah dikunci, tapi dia masih terkial-kial sendiri. Tadi, melalui celah pintu yang sedikit terbuka itu dia boleh nampak Raina yang erat mendakap tubuh Papa dan dibalas Papa. Dia yang menjadi penonton cuma mampu tersenyum hambar sebelum menghela nafas panjang dan mengatur langkah menaiki tangga rumah batu bercat coklat muda itu.

            “Raiq, naiklah. Lamanya nak kunci motor pun.” Raina memanggil setelah lama menunggu.

            “Mangga lupa letak kat mana.”

            “Habis tu dah kunci ke belum tu?”

            “Dah, lama tu sebab carilah.”

            “Oh...” Raina mengangguk-angguk. “Eh, yang kau tercegat kat muka pintu tu kenapa? Masuklah. Bilik kau kat tingkat dua, kat hujung sekali. Ada nama kat pintu tu betullah tu.” Arah Raina sebelum menghilang ke dapur.  Meninggalkan dia dan Rafizi saja di ruang tamu itu.

            Raiqal senyum sendiri. Bilik dah tersedia, siap ada nama lagi di pintu. Terasa jugak diri ni dihargai. Tapi, kenapa semacam ada rasa kosong dalam hati ni? Kepalanya digeleng sekali. Bersyukurlah Raiq. “Assalamualaikum Pa,” dia menapak mendekati Rafizi selangkah sebelum tangannya dihulurkan. Bila huluran tangannya bersambut, cepat dia tunduk mengucup tangan itu. Lama. Dari dulu dia mengimpikan untuk mencium tangan seseorang yang digelar bapa ini, walaupun waktu itu impian itu hanya sekadar angan buat dia. 

Kini, setelah angan itu menjadi nyata, bukan selalu dia mendapat peluang itu dan bila waktu begini tiba, pastilah dia tak mahu mensia-siakannya. Bagi Raiqal, ini detik keemasannya! Lama menunduk, akhirnya dia tegakkan tubuh semula. Baru dia nak berundur mengambil beg galas yang dibawanya tadi dan berlalu ke bilik, tubuhnya dipaut kemas oleh Rafizi. Raiqal kaget sejenak sebelum lambat-lambat dia membalas dakapan itu. Terasa tepukan tangan beberapa kali di belakangnya, membuatkan dia tersenyum. Raiq rindu Papa, Pa. Akhirnya, dakapan erat itu terlerai. Senyum diukir menghiasi bibir, cuba melawan rasa gugup yang muncul.

            Tanpa suara, Rafizi cuma mampu membalas senyum itu sebelum bahu Raiqal ditepuk lagi sambil kepalanya digerakkan sedikit, isyarat kepada Raiqal untuk berlalu ke bilik.

            Dalam senyum menghiasi bibir, Raiqal akur. Di sebalik langsir dapur, bibir Raina ikut tersenyum. Pelupuk mata terasa basah tapi cepat disekanya. Jangan nak berdrama swasta sangatlah Cha.
=================================

            Sekali lagi, dia berdiri tegak. Mata tak berkelip, tapi bibir terasa ringan nak melebarkan senyum yang baru nak pudar tadi. Papan tanda yang terlekat di pintu itu dibaca sekali lagi. Penuh penghayatan.

            Putera: Raiqal Ammar

            Tadinya minda terasa membeku sejenak,  tapi akhirnya dibuat dek saja. Terus saja memulas tombol pintu bilik dan menapak masuk ke dalamnya.

            Masuk ke dalam, sekali lagi dia terpaku. Cadar katil yang hampir serupa dengan cadar katil di rumah sewanya bersama Cha itu menggariskan bunga-bunga senyum di bibirnya. Cadar berlatar-belakangkan kumpulan pujaannya suatu ketika dulu, Power Rangers! Heh... I’m old enough Cha. Tak lama lagi masuk umur 19 tahun dah. Bukan 9 tahun!

            Namun di sebalik semua itu, dia berterima kasih juga. Dia tahu dan dia sedar, bilik ini bukan bilik tetamu. Bukan bilik yang dikemaskan beberapa hari sudah untuk menjadi persinggahannya buat sementara waktu, bukan. Tapi ini memang bilik yang disediakan khas untuknya. Frame yang diletakkan di sisi katil itu buktinya. Sebelum ni gambar yang terpampang muka seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam itu cuma terhias di dalam album gambar di rumahnya di Kelantan. Entah masa bila pula Cha merembat. Tidak pula dia sedar.

            Dan di dalam frame yang sama, gambar seorang gadis muda dilekatkan bersama. Huh... nak jugak dia menempek. Gadis muda seiras wajahnya. Kena pula dengan kaca mata yang hampir sama rupa dan bentuknya tergantung di hidungnya. Kakak-adik berspek old school!

            Lama dia melayan blues, hingga tidak sedar azan maghrib sudah berkumandang dari masjid berdekatan. Pantas dia bangun, menuju ke kamar mandi untuk mmberihkan diri. Setelah selesai semua kewajipannya pada Sang Pencipta terlaksana, akhirnya dia melambungkan tubuhnya di atas tilam itu. Tak sampai seminit, matanya terpejam rapat.

====================================

            “Raiq tak siap lagi ke Pa?” tanya Raina malamya.

            Rafizi yang baru saja masuk ke ruang makan itu terjeda sebentar. Dia memandang sekeliling sebelum fokus pada Raina kembali. “Raiq? Tak bangun tidur lagi ke? Ya Allah... dah nak Isya’ ni.”

            “Dah, masa Maghrib tadi dia dah keluar. Lepas tu dah tak muncul-muncul. Papa pergilah tengok, ajak dia turun makan sekali. Cha pun dah siap masak ni.”

            “Hm, yalah.” Baru Rafizi nak bangun berlalu, namanya diseru si anak itu. “Ada apa?” tanyanya sambil duduk kembali. Dari nada suara Cha tu, tahu dah soalan yang akan diutarakan tu akan memerlukan masa untuk mereka ‘bersoal-jawab’.

            Raina sengih. Serba-salah sebenarnya untuk mengutarakan soalan yang berlegar dalam benaknya ni, tapi kalau tak diluahkan, rasa terbeban! “Papa...”

            “A’ah...” Rafizi mengangguk-angguk, cuba mendorong si anak yang nampak teragak-agak untuk meneruskan soalannya.

            Raina menggigit bibir sendiri. Kesal. “Papa... hm, Papa...”

            “Papa - what?” Meja makan itu ditepuk separuh kuat.

            “Papa tak ada plan nak turun Kelantan ke?” laju aje soalan lengkap itu meluncur dari bibir Raina. Lantas Raina sengih, sengih serba-salah bila melihat raut wajah Rafizi yang mula berubah. “Pa...” serunya berharakat. Memujuk. “Cha ajak suka-suka aje, kalau Papa tak nak pun tak apa.”

            Rafizi menghela nafas berat. Akhirnya, persoalan ini ditimbulkan jua. Memang benar telahannya sebelum ini, takkan selamanya Cha boleh terima saja keadaan keluarga mereka ini tanpa mengemukakan paling tidak pun sekali sesi soal-jawab. “Kan Cha dah pergi masa cuti hari tu?”

            “Ya... Cha dah pergi. Tapi tu Cha pergi sendiri, without you. Itu pun, sekadar seminggu lebih.”

            Rafizi menyandar pada kerusi. Pujukan anaknya itu dibiar berlalu dibawa sepi.

            “Pa...”

            Wajah bersungguh Raina dipandang lama sebelum dia tertawa kecil bila Raina mula mengerdipkan matanya berkali-kali. Buat muka yang tak comel mana tu jadi comel di matanya. “Cha ni, sebenarnya nak cakap yang cuti nanti Cha nak turun Kelantan lagi kan? Sengajalah, nak melencong-lencongkan soalan?”

            Kening Raina terangkat serentak. “Papa bagi ke?”

            Rafizi memaniskan senyum yang terasa hambar. Kepala Raina digosok-gosok perlahan walaupun si anak cuba mengelak malu. “Pergilah.”

            “Papa... tak ikut?”

            “Nantilah,”

            “Papa tak rindu Mama?”

            Senyum lagi. Rindu, sangat rindu. Tapi Papa tak mampu nak berhadapan dengan Mama, sayang.

==> Enjoy reading. comment does make me happy. ^_^  hikk. peace.



            Nash mengerling ke sebelah. Raina masih sama, dari tadi khusyuk menatap novel Sidney Sheldon di tangan. Huh... dia mengeluh perlahan. 

            “Tak baik mengeluh.” 

            Uh? Cepat Nash berpaling ke sisi.Tapi Raina masih sama, terus berjalan melewati setiap kedai di blok bangunan itu dengan mata terpaku pada kulit novel. Sekali lagi dia mengeluh. Kali ni tiada komen daripada Raina. Huh... boringnya dating macam ni. Dalam berjalan pun nak pegang buku. Akhirnya kedua-dua belah tangan dimasukkan ke saku jeans. Pasrah. 

            “When you need a book that can’t simply put you down, go to Sheldon.” Tiba-tiba kedengaran suara Raina membaca sesuatu di kulit novel tersebut. 

            Nash menjeling. Tak habis-habis lagi dok menganalisis. Satu perkara baru yang dia tahu tentang ‘girlfriend’nya ini, bila beli novel, tak sah kalau tak ditenung kulit buku tu bagai nak tembus. Kalau boleh setiap huruf yang ada tertulis di dalam atau luar noveltersebut, wajib dibaca. Dalilnya, buat rugi beli kalau ada yang ketinggalan tak dibaca. Kata Cha sendiri tu! Heh. Kot iya pun nak menghargai barang belian, tak payahlah dibaca time ni. Belum puas hati membebel, sesuatu mengetuk mindanya. Nash tersengih tiba-tiba. “Cha,”

            “Hm?”

            “When you need an apple to suit your pie well, find Nash Ahmad Daniel, go to him.”

            Dalam sesaat terus membahang merah muka Raina. Nash tertawa kecil. Cute je kau Cha! Bila melintasi kedai 24 jam Seven Eleven,  dia menyeru Raina. “Berhenti kejap weh, dahagalah.”

            Raina akur. Bersandar dia pada tiang di luar Seven Eleven sementara menunggu Nash keluar semula. Sambil menunggu dia menelefon Raiqal. Tak sampai seminit menunggu, talian bersambung. Bersemangat suara Raiqal menjawab panggilannya. Bercantum kening Raina seketika. “Kenapa cheer semacam je ni?”

            “Tak adalah. Hari-hari kita ni, kalau tak dihiasi dengan senyum kan suram je jadinya.”

            Euh... Raina menjuling. Seriuslah ni bukan Raiqal dah ni. Apa-apa ajelah! “Esok ada kelas tak?”

            “Esok... hm, tak ada. Kenapa?”

            “Program lain?”

            “Ada. Tapi tak ada pun yang penting. Kenapa?”

            Raina menghela nafas. Tak sabar nak menyatakan hasratnya namun dalam diam dia berdebar juga. Takut Raiqal menolak. Jika ya, dia tak ada hak nak memaksa. “Esok, kita... balik rumah nak?”

            “Hah?” tanya Raiqal kurang memahami.

            “Rumah Papa. Kita balik rumah Papa. Nak?”

            Raiqal terdiam. Diam bukan memikirkan jawapan kepada ajakan Raina, tapi memikirkan sambutan Papa nanti terhadap dia, jika ‘nak’ menjadi jawapannya. Tapi, kalau nak difikirkan... sampai bila harus macam ni? “Raiq...”

            “Dah siap!” Baru dia nak memberikan persetujuan, ada suara lain yang mengganggu perbualan mereka. Daniel itulah!

            Raina berpaling menghadap Nash pantas. Sedikit pelik bila melihat seekor bear sederhana besar dipegang Nash, selain dua botol Coke dipegang dengan tangan kirinya. “Nanti, nanti aku call lagi. Kalau nak kau bersiaplah,” ujarnya pada Raiqal yang masih di talian.

            “Okey.”

            “Kau masuk Seven Eleven ke Parkway tadi?” Raina menjongketkan kening sebaik saja telefonnya dimatikan. Tak pernah dia nampak patung-patung begini disusun di atas rak Seven Eleven tu. Naik taraf ke apa?

            Nash sengih. “Aku beli Coke ni dua botol, dia kasi free benda ni. Takkan nak kata ‘no thanks’ kot? Dahlah. Jangan banyak bunyilah. Kalau nak kata nak, jangan banyak songeh.”

            Raina mencemik. Toksah nak bajet sangatlah kalau takat barang free tu. Tapi, free, siapa tak nak kan? “Aku nak.” Dia sengih akhirnya. Telapak tangan disua pada Nash, isyarat meminta barang yang ada dalam pegangan Nash itu.

            “Choih.” Nash mengejek namun diserahkan juga bear coklat itu kepada Raina. Sebotol Coke di tangan turut diserahkan. Yang ada pada tangannya sendiri pula, dia suakan ke bibir. Meneguk rakus. Dahaga amat!

            “Eh, apa ni?” Raina bertanya tiba-tiba.

            “Airlah. Tak nak ke? Karang kalau aku beli kat aku sorang kau kata aku tak gentle pulak.” Dia terus meneguk.

            “Eh, Nash. Dahlah, tak payah minumlah air ni.”

            “Eh, ada pulak. Apa hal kau ni?” Nash nampak pelik.

            “Coke ni, kalau kau nak tau antara penyumbang terbesar Israel. Kita dok beli-beli ni, tanda kita bagi dorongan kat diorang untuk terus buat onar tau tak?”

            Nash menggelengkan kepala. Baginya, Raina ni dalam menawannya ada jugak yang orang kata songeh tu! “Dah terlajak beli ni, takkan nak buang pulak. Membazir pulak karang satu hal.”

            “Eh Nash, satu lagi hal tentang air ni, saintis dah sahkan sebagai pencuci mangkuk tandas yang berkesan. Tahu?”

            Saat itu juga tegukan air Nash terasa kesat. Dia berhenti terus. “Apa kau merepek ni?”

            Raina sinis. “Kalau aku kata boikot demi Palestin, senang je kau ignore kan? Bila kata bagi effect kat tubuh kau sendiri, baru tahu kecut.” Inilah manusia.

            “Eh, aku... aku tak kata ignore je. Tapi dah alang-alang beli kan? Takkan nak buang je. Tapi... eh, betul ke benda ni spesies harpic?”

            Raina menjuling. “Ikut kajian.”

            Nash meneguk air liur dalam pada tangan naik menggosok tengkukknya. Terasa mengalir lagi air ni dalam tekak.

            “Dahlah. Kau tak nak gerak lagi ke? Dah lewat ni. Aku dah janji dengan Raiq petang nanti.”

            Perhatian Nash teralih. What? Pada aku dia khabarkan ada janji temu dengan lelaki lain? Haisehman! “Korang nak ke mana?”

            Raina menggaru tengkuk yang berpeluh dan dia jadi makin tak selesa. “Rumah Papa.” Ringkas dia menjawab sebelum terus berlalu. “Thanks for this cutie bear.” Ucapnya pada Nash yang disangkakan sudah menyusul di belakangnya.

            Tapi ternyata Nash masih kaku tak bergerak di situ. Wh-what? Rumah papa? Cha bawak Raiqal untuk dikenalkan pada Papanya?

            Erh!

#sorry lama x update. peace. ^_^