Hai hai hallo, long time no see! Assalamualaikum warahmatullah.


Banyak news yang aku nak update tapi tak terupdate sebenarnya, termasuk trip hiking Kinabalu tak jadi September 2016 hari tu, yang at the end turned out jadi trip melancong ke Kota Kinabalu.

Tapi kali ni cerita lain dulu.

So here’s the update, baru-baru ni Lawatan Antarabangsa kelas aku. Yang kalau ingat aku pernah cerita dalam entry apa tah dulu. Alhamdulillah baru berkesempatan terlaksana! Thanks to those yang banyak sangat membanting tulang!

Ikut niat memang nak bagi itinerary lengkap dengan bajet segala, tapi maaflah sebab trip kitorang ni boleh dianggap trip manja gak ah. Banyak lubang kena sponsor, so bajet kitorang takleh pakai sangat. Plus, I am not the PIC of penginapan and pengangkutan.

So entry ni lebih kepada… catatan untuk aku sendiri lah untuk trip kali ni! (Nak lagi sedap dengar, International Academic Visit, heh.)

Trip ni 4D3NFrom 22 Oct 2016 to 25 OCT 2016. Total participants dalam 32 orang kut. Member of TMB4, campur Asma Khasim, Azfar, Hakim, and Dr Rosnia and the hubs, with their children. Izzah, Insyirah, Iffah kesayangan Kamal, dan si kecil Iftinan. From Nilai to Surabaya. Specific place is Malang. Jujurnya ni baru aku tahu ada tempat nama Malang. Kira, ilmu Geografi baru jugaklah. Haha. Tempat fokus kami sebenarnya STIE Malangkucecwara, well dah nama pun academic kannn. Tapi itulah, yang academic place tu hari ketiga je, hari lain-lain, berjimba sambil berilmu. Lawatan sambil belajar kekdahnya. Belajar kan through variety of experiences…

Aku prefer anggap ni sebagai trip percutian jimat sebenarnya, sebab banyak sangat jimat perbelanjaan kami sepanjang kat sana. Except for tiket flight yang cecah rm500 pergi-balik, phew. Tak ada rezeki kitorang nak dapat tiket murah. Tapi tolak tepi harga tiket tu… jimat banyaklah.

Pikir sendiri lah, aku tukar 2.3 juta rupiah di Mid yang bersamaan plus minus RM740 kut, balik sini check purse ada baki lagi 1 juta der! Mana nak cari belanja RM400 lebih je 4D3N!

Untuk 4D3N ni, malam first kitorang menginap di Surabaya, Pop Hotel di Gubeng. Kirah Starr a.k.a Kirah Fakirah dan Fayyadh selaku AJK penginapan yang survey di booking.com. Hotel yang win-win. Harga boleh tahan berpatutan dengan facilities yang sangat kebabom!

Then 2 malam seterusnya menginap di Bess Resort di Malang. Tempat dia, serius tak terluah. Nanti korang layan gambar je, feel.

Kalau ikut average kami menginap 3 malam di 2 hotel tu, RM40 bayaran untuk 1 malam. Sangat worthy!

1st day: (22 OCT 2016 - Sabtu)

Flight kitorang 9 pagi sabtu tu, tapi takut kalut nak gerak pagi… so kami decide untuk gerak tengah malam Jumaat tu. Bertolak dari USIM ke KLIA guna transporter USIM (yang mana mereka gelarkan diri prebet je), 2 MPV buat 2 trip. 1 trip girls 1 trip guys. Berjaga kitorang sepanjang malam gara-gara tak nak terlajak, sebab janji dengan abang tu pukul 3 pagi! Kos kat situ dalam RM4 sorang.

Sampai KLIA, sangat banyak masa yang terluang. Check-in paling awal pun pukul 6 pagi lebih-lebih gitu. Jadinya masa yang berbaki tu kita buat apa? Berjimba!






*call mak mintak restu dulu*















Airport ni benda paling aku tak suka is procedure dia yang meleret-leret. Sigh. Aku rasa kalau pergi trip solo, mau lost habis dah kat airport ni. Ni nasib lah dengan kelas, nampak muka-muka familiar, follow je langkah dorang.


Ni waktu kena verify passport kut, kalau tak silap. Kalau anda normal, anda masuk salah satu line ni, buat cara auto. Tup, siap! Kalau tak normal, like Sherry, ibu jari dia susah nak baca… kena buat manual. Kena lalu kaunter.

Aku teman Sherry buat manual, tapi worth it lah pasal abang kastam tu bapak hensem!

“Kena beratur ssano eh?” Aku tanya dengan muka acah serius, tunjuk kat satu line yang panjang meleret. Bajet tak tergugat dengan kehenseman beliau.
Abang kastam angkat muka tengok aku dan senyum, senyum lain macam. No it’s not senyum nak tackle, tapi senyum macam kenal lama. “Nak gi mano?”
Okey fine. Ore Kelate. Aku tersasul keluar bahasa ibunda tadi. Senyum. “Surabaya,”
“Oh… beraturlah situ, pendek sikit.” Sambil abang kastam tu hulur passport aku.
Nice! Masa tu Sherry dah terlajak beratur line 1 lagi, yang tersangat panjang. Aku lambai2 tangan kat dia, nak pi beratur kat line pendek, sekali abang tu tegur lagi, “ajaklah kawan tu beratur situ, kesian dia beratur panjang.”

Weuhuhu. Sorry tapi do ask your Kelantanese friends, this happens when they meet their Kelantanese people! Bukan bias, bukan racist, tapi semangat kenegerian tu masih menebal. Jumpa orang Kelantan kat luar je terus hilang bahasa keyelll. Perasaan nak menolong sesama sendiri tu automatik wujud. Haha.




Sampai di Juanda Airport Surabaya, kena lalui sekali lagi segala mak nenek procedure yang leceh tu, tapi tak serumit masa nak depart lah.

Yang tak tahan geli tu jaga-jagalah, sebab ada 1 part masa nak scan barang dan tubuh, makcik guard tu ‘scan’ bebetul tubuh kau. Sampai terjerit-jerit beberapa orang kawan aku kena. Aku, alhamdulillah tak kena. Masa kawan-kawan kena check tu sempat gak lah, tengok Iqbal tergelak-gelak tengok kitorang. Cis!


Kalau tak tahu, meh aku bagitau. Aku dari dulu lagi dok pasang impian nak orang Indonesia kut. Tak tahu kenapa. Sebab dorang soft spoken tu iya, sebab hensem tu iya jugak. Plus, aku memang attach dengan negara tu sebenarnya, sebab tu dalam travel list aku, Indonesia yang paling utama.
Jadi bila sampai airport ni memang tak dinafikan, mata aku macam mata helang dok menjamu mata cari orang hensem. Haha. Sampai lepas scan, kitorang duduk kat satu tempat menghadap staff-staff airport ramai-ramai berkumpul, aku angkat kamera acah-acah selfie, padahal nak snap gambar dorang. Tak sempat snap, ada sorang datang, “maaf ya, di sini bukan tempat duduk.”

Oke fine, cancel! Tak jadi nak puji dorang hensem!

Sementara tunggu elf (van yang kitorang naik sepanjang trip ni, nama dia elf, comel kan? Macam nama makhluk asing cerita Harry Potter) sampai, budak laki sempat lah beli sim yang dorang offer kat airport, price boleh tahan, RM20++ untuk 11GB. Tak terguna okey!

Sangat berbaloi tapi kitorang tak sempat beli sebab target akan ada singgah kedai lain nanti. Tapi tak terbeli, sebab tak tersinggah. Kitorang ni gerak bukan ikut itinerary sendiri, tapi pihak STIEMCE yang provide Itinerary. So pergerakan agak terbatas lah.

Pesan aku, kalau kau ikut trip macam aku, jumpa simkad yang harga dia boleh tahan dah dengan bajet kau walaupun patutnya boleh dapat lagi murah, grab aje. Tu kalau kau jenis tak leh hidup kalau tak update instagram, kasi panas kawan lah. Kalau tak, macam kitorang girls ni… boleh je tunggu balik hotel baru terhegeh nak spam gambar. Haha.

1st trip.

2nd trip.


Sementara nak sampai tempat lawatan pertama, kitorang disajikan dengan KFC versi Indonesia. Tak expect pun tahu-tahu driver elf turun and pass-pass kotak KFC bagi dalam van. Malang People sangatlah, buat aku touched.


Ni first tempat kitorang lawat…

Muzium Bank Indonesia. De Javasche Bank, bank pertama di Indonesia. Kami dibawa tour dalam muzium ni bersama Pak Bambang yang comel!









IFTINAN!



Habis situ, head to next destination… jamak Zuhur + Asar di Sunan Ampel!

 
Ni masjid luar Sunan Ampel. Masuk sini budak perempuan lost, mana tempat solat? Tempat dia quite open.

Tempat ni familiar gila kut kalau kau rajin buat research sebelum datang Surabaya, tergolong dalam must visited places! Dan memang, aku rasa kalau kami tak datang sini hari tu, tak lengkap lah wisata kali ni. Wisata okey. Cepat belajar gini lah.

Kalau kau jenis travel untuk tengok culture orang, untuk alami sendiri crowd satu-satu tempat tu, untuk teliti aktiviti dorang, then this is the place.



Katanya masa ni mereka ada somewhat-- tahlil. 



Tapi kena banyak hati-hatilah dengan crowd dia tu. Saling membahu jaga beg memasing, jaga kasut kawan-kawan… pak supir kitorang sendiri pesan, “di Sunan Ampel nanti, jaga-jaga dengan barangannya. Pencopetnya rame,”

Moral of the story aku jumpa kat sini, kena pandai memanfaatkan kawan yang lain.
Contohnya bila Zaman dengan selamba tanya Hanum, “ada tak kawan kau yang uzur, nak mintak tolong jagakan kasut kitorang.”
Hanum: “…”


“Sini Maghrib jam berapa mas?”
“Setengah enam,”

Masa kat Sunan Ampel ni, sempat kitorang sembang dengan Pak Agus dan Mas Ferdi. These 2 persons assigned by Malangkucecwara, untuk in charge kedatangan kami ke Surabaya ni kut. Sebenarnya tak pasti sangat apa peranan mereka dengan STIE Malangkucecwara tapi yang pasti, they both play big roles dalam trip kitorang ni. Melalui these 2 persons aku belajar erti ‘meraikan’. Okey tacing.

Pak Agus sambil bercerita yang dia pernah datang ke USIM sebelum ni, sambil gigih bawak keluar tab dari bag galas dia. Semangat dia belek tab sambil sembang, semata nak tunjuk kat kami gambar-gambar dia kat USIM.

Masa tu kami sembang aje, nak selfie lebih-lebih segan lagi dengan dia. Dia bercerita pun kami banyak senyum, oh ohh je. Nyampuk sikit-sikit. Acah malu gitu.


Jalan di Surabaya dan rasanya most places in Indonesia yang sangat macet! Motor kereta main menyucuk je kerja dorang. Ada insiden elf yang kami naik terlanggar motor kut satu masa tu, pak supir turun cakap-cakap sikit, naik elf balik dengan ayat, “udah selesai.” Haaa senang kan! Kat sini kau tak payah nak fight hak jalan raya sangatlah, kepala bayar insurans bagai tak boleh kut nak fight. Kalau boleh fight masing-masing kaya dah kut dengan duit insurans. Hee. Tapi sebenarnya memang salah motor tu pun, kata budak laki. 

Now it’s time to check in Pop Hotel in Gubeng!


Guess what? Ni tandas oke. Kami mati-mati ingat almari. Hahah. Macam duduk di masa depan dah rasa.


Lawa weh hotel ni. Selesa, ada aircond, tandas bersih, ada swimming pool (free tapi kami pass kat budak laki je), ada wifi, and breakfast coupon yang boleh tahan mewah.

Tapi slack nya satu, jambannya tak ada paip. Hailah! Maju sangat macam ni pulak.



Pukul 6:30 petang, kami gerak pergi dinner. Kat sini waktu awal sejam, aku dah set jam tangan siap-siap, jam handphone tak usik. Kat sini pukul 6 dah gelap macam lepas maghrib dah.


Dinner first night makan soto ayam di Warung Bakso Pak Sadi Asli!

Budak-budak ni makan macam tak jumpa makanan setahun, tapi aku selaku pencinta makanan melayu dan Kelantan yang tegar, cuma mampu usik sikit je. Perut tetap meminta nasi!

Es teh!

Es teh ni satu hal… sepanjang 4D3N kami kat sini, memang disajikan dengan air ni siang malam.

Kalau air teh o ais macam kat Malaysia tak apa, tapi ni versi Indonesia kut. Teh Jasmin. Perut kalau perut orang travel, nak mencuba benda baru bolehlah rasa. Tapi aku, rasa sikit dah terjelir. Rasa macam minum perfume. Huuu.


“Mas, nak air masak satu,”
“Sorry?”
“Nak order air,”
“Mau apa?”
Adududu. Masing-masing dah tergaru. “We want to order drink,”
Dia senyum. “Bahasa Indonesia bisa ya?”
“Mau pesan air,”
“Oh pesan! Mau pesan apa ya?”
“Air…” Ibu jari dah buat gaya minum air. “Mau pesan minum,”
“Oh… pesan minum. Air apa?”
“Air masak,”
 “Sorry?”
“Air jarang…”
Mas dah gelak-gelak. Nak cover sebab tak paham kut. Kami lost, pusing meja belakang mintak tolong budak laki. Nampak air kosong atas meja dorang, terus tunjuk and cakap nak yang tu.
“OHHH AIR AQUAA…” Lega sekejap.

Tapinya, mana datang aqua pulak? Haha. Lesson learned, kita walaupun hidup serumpun, jangan ingat bahasa masing-masing sama. Jangan sedap duduk di Indonesia berbekalkan bahasa Indonesia yang kau hanya belajar di sinetron je tu. Adedeh.

Balik dinner plan kami nak singgah plaza di Surabaya, nak shopping-shopping cuci mata, tapi sebab malam tu ada konsert apa tah kat situ, Dr Rosnia request driver suruh balik je. Dr dah pening kepala seharian berjalan. Tambah pulak nak menghadap traffic jammed.

2nd day: (23 OCT 2016) Ahad


Pagi yang tak gelap di Pop Hotel & 4 duyung lelaki sedang berenang. 

Pagi ni Pak Agus dan Mas Ferdi datang jemput kitorang pukul 11 pagi. Ya 11 pagi. Sayang kan? Banyak gila waktu terbuang sebelum tu. Kalau ikutkan diorang dah offer nak bawak kami jalan-jalan pusing Surabaya pagi tu, tapi Dr awal-awal tolak sebab segan. Sebab nak dinner semalam, kami lewat dalam 10 minit. Jadi Pak Agus pulak yang tunggu kami. Kalau ikutkan bukan Dr ajelah yang segan, kami sendiri pun segan dengan perangai kami sendiri!

Jadi waktu berbaki sebelum check-out tu… 
Kami berjimba dulu guna facility yang ada.

Breakfast like a queen!

 
Budak laki manfaatkan swimming coupon budak perempuan.

Dah sudah jelajah hotel, balik bilik, lepak-lepak tetiba dapat call mbak kat bawah membebel-bebel sebab tak bagi kupon breakfast (aku lupa nak bagi kaunter). Baru nak gelabah dah dengar orang gelak di hujung talian. Cis mok cun! Kerja Pikah rupanya!

Jadi ada masa yang berbaki, kami buat trick sama kat budak laki… banyak trial gak ah sebab awal-awal call bilik Amir tak jadi sebab tak tahan gelak. Last-last Naim berjaya kenakan Zaman. Hoyeah!



Lepas check out, kami gerak ke lokasi lawatan akademik seterusnya, Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya.


Masjid ni menempatkan populasi Cina Muslim di Indonesia. Binaan masjid ni pun mengutamakan kebudayaan Cina tu sendiri. Well, Islam doesn’t prohibit culture, as long as tak melampaui batas agama. Jangan sempitkan fikiran dengan stereotype Islam=Melayu, Melayu=Islam. Infact fikiran macam tu yang buat bangsa lain takut nak approach Islam, change mindset would us? =)

Iffah ni susah tau nak masuk dengan orang (refer kitorang, hehe), tapi kuasa Kamal. Melekat je sepanjang kat sana. 




Acah-acah.

Kalau perasan binaan dia, ada court main netball yang boleh tahan luas di masjid ni. Kami nampak point dia yang Islam tak hanya membataskan umatnya untuk beribadah saja 24/7. You may come here to play, to exercise, then when its time to pray, spend some of your time to worship God. He who gave you the energy and stamina to perform really well.

Nice, kan?

Jangan kata agama suku, ilmu suku, sukan suku, hiburan suku. Try to put all of that into one, AD-DIIN.

Religion covers all part of your life.


Pak Hassan, person in charge of this masjid. Kata Pak Hassan, syukurlah, kita tergolong dalam kalangan fi-sabil-lillah. Orang yang menuntt ilmu. Tapi perlu direnung semula, dalam sehari, berapa lama masa yang kita luangkan untuk membaca? 


Masa beliau tadah tangan baca doa untuk tutup majlis, he cried. Masa selawat ke atas nabi, makin pilu suara beliau. Terasa kerinduan dia yang sarat pada baginda.

Aku sepanjang majlis tu sekadar go with the flow je, dengar dan angguk, ambil kata-kata dia masuk hati. Cuba serap ilmu semampu boleh. Tapi sampai part dia tahan tangisan tu, baru rasa nak pause sekejap muhasabah diri. Terfikir sendiri, mampu ke aku menangis macam tu masa berdoa untuk Rasulullah?

Setakat yang aku ingat, aku pernah nangis masa ditimpa ujian je. Berdoa bersungguh supaya Allah salurkan kekuatan untuk aku hadapi segala ujian tu. Menangis untuk Rasulullah? Frankly speaking, I’ve tried and susah. Sungguhlah, iman tu kena bina. Kena sentiasa topup. Berharap sangat suatu hari aku mampu menangis untuk umat Islam, untuk agama, bukan hanya untuk diri-sendiri.



“Pak, tanggal merah tu apa?”
“Itu… holiday, like Eidulfitri itu tanggal merah. Sabtu, ahad itu tanggal merah.”
“Oh, tarikh khusus dia apa?”
“Iya?”
“Ada tanggal khusus untuk tanggal merah? Specific date?”
“Yaaa…”
XD
*tanggal merah means public holiday, tak ada specific date sebab memang definition of tanggal merah is public holiday!*

Masa ni dah boleh sembang banyak dengan Pak Agus, sebab tu boleh ajak selfie. Memula ajak dia refuse, tapi aku angkat gak fon, mode selfie, Pak Agus terus senyum dan buat jempol! Mas Ferdi nak beralih, tapi mana boleh orang ganteng tak masuk kamera, kami panggil masuk gak.

Sambil kami selfie, fanclub Mas Ferdi yang lain include Naim and Ifa dok main “eii eii” & “kemain ehh” je depan kitorang. Moralnya, orang angkat kamera tu mai ah menyelit, jangan hanya tengok. Kan dah gigit jari. Hahaha.




Lunch time. Muka-muka lega dapat turun van. xD







Lunch dan masa ni lega gila, finally jumpa nasi! xD Macam nasi ayam penyet tapi tak ada sup, and sambal lado dia sedappp.



Check-in Bess Resort and WaterparkNice kan view dia? No wonder lah Pak Agus awal-awal dah bagi hint, “hotel yang kamu bakal nginap di Malang, gini…” sambil beliau buat jempol. Rupanya memang betul, double jempol! 



Bagi kupon rafting, bagi sesiapa yang nak. Kesian kut Datin Kirah, sibuk urus check-in sampai tak semoat join kami bergambar. Kesian sebab dia ratu bergambar! xD Much thanks, dear Datin. 




Keluar kat beranda terus disajikan view sawah luas terbentang, plus dengan bunyi air terjun mengalir. Serius sangat tenang. Masa tulis entry ni pun dok terbayang lagi feel dia memalam lepak beranda layan wifi, makan maggi, sambil dengar air mengalir.





Teringat Dr Asmaddy kata, “paying some amount to get a little peace in our hectic days is really worthy.” Rasa tak kedekut nak bayar harga up sikit, untuk dapat ketenangan macam ni.
Tapi sebenarnya tak mahal jugaklah harga hotel ni, average kami tinggal 3 malam di Surabaya ni, RM40 semalam. RM40 semalam dan dapats egala mak nenek benefit like rafting, tubing, breakfast, wifi, waterpark semua. Macam nice je?


Malamnya, dinner di It’s Steak Luar Biasa. Sampai situ disambut Bu Dwi Nita dan few people dari STIEMCE. Sedap boleh tahan, tapi pening lalat sikit kut staff dia sebab ramai orang. Sampai aku order latte jadi vanilla. Huu. Dahlah aku beberapa hari dah dok telan Es Teh Jasmin, bila mengidam nak latte dia bagi vanilla pulak. I mean, boleh imagine tak makan steak dengan vanilla shake? Tak mampu kut. Takpalah mas, saya ni considerable orangnya.



Sambil makan ada busking band datang di muka pintu restoran, buat show.

Habis makan, masa lepak kat luar sementara tunggu Dr Rosnia and the team siap, lagi sekali ada orang datang buat show. Kali ni catching eye sikit sebab dia lelaki tapi pakai pakaian perempuan, rambut panjang, pegang that thing yang aku selalu guna masa kelas Muzik kat Peir Chih dulu, bawak speaker besar. On muzik dan dia menari-nari ikut lenggok sendiri. Sesekali dia bedal tali cemeti (macam cemeti) dia ke lantai.

Dedua band tu aku mampu tengok je, nak bagi duit takut. Sebab orang kata kat sini kalau ada orang datang minta sedekah, jangan dilayan. Sekali kita layan, terus berduyun yang lain datang nanti. Naya je.

Masa gerak pergi elf habis dinner tu, aku sembang dengan Qawim pasal forum yang kami akan jadi pane di STIEMCE esok. Sambil tu Qawim tanya aku, “Apa yang kau nampak sepanjang kat sini?”

“Kasta kut. Nampak kenapa orang kata ni negara kapitalis,” apa yang kami nampak sepanjang perjalanan ni, di tepi-tepi jalan ni, lain dengan apa yang akan kami nampak kalau pergi mall, atau pergi certain tempat lain seperti Instagram.

Nampak taraf hidup dorang kalau berbeza, sangat berbeza.

Miskin yang sangat miskin, dan kaya yang sangat kaya. Own opinion, nak tau yang betul, kau pergi tengok sendiri.

Dan komen Mr Qawim, “aku nampak kesungguhan.

Masa tu aku nampak mas yang menari pakai pakaian perempuan tadi dah siap buat show dan naik satu tangga yang terbiar belakang bangunan. Seolah tu memang tempat tinggal dia.

Dan teringat kata Qawim, “aku nampak kesungguhan.”

Indeed, kalau mereka tak bersungguh, tak tahu macam mana mereka survive in this situation.

Fabiayyi’-aalaa-irabbikumaa-tukazzibaan?

Maka, nikmat tuhan yang mana yang mahu kau dustakan, dear Mimi?

3rd day (24 OCT 2016) – Isnin


Hari ni yang menentukan academic visit kami sebenarnya. Dah page ke-10 dah baru sampai matlamat. Hari ni main activity kami di STIE Malangkucecwara.

Pagi tu breakfast di kafe resort dengan kalut dan makanan yang tak masuk tekak sebab nervous dengan forum nanti. Presentation di USIM pun terketar, ni nak buat forum di negara orang, kau rasa?

Tapi tak boleh nafilah, breakfast kat sini pun dengan view tak nak kalah tu. Lawa ngat!


Sampai-sampai di STIEMCE, banner besar tergantung menyambut kedatangan kami. Lagi sekali kami terpaku. Dalam elf masing-masing dah soksek-soksek, tak menyangka dengan sambutan dorang.

Honestly, kami ingat lawatan kami ni kecil-kecilan je. Tak sangka sampai ada banner di muka pagar, dan orang-orang STIE tu berkumpul di luar bangunan tu bersama orang-orang penting turun padang.

Kami dengan goodies yang kami pecah-pecahkan masuk luggage untuk check in kat airport tu tak packing lagi, dengan plaq dari Alamiyyah lost tak tahu dok mana, dengan kalut tak tahu nak reactnya…

Sambil kami berkumpul sebagai tetamu di situ, Atin dengan beberapa orang lagi kalut pergi dekat elf cari plaq Alamiyyah. Dan orang-orang STIEMCE sabar menunggu kami, untuk buka majlis.

Dan sebenarnya, kedatangan kami ni under coverage Malang Post kut! Kalau tahu awal-awal, buat persedian mental fizikal awal-awal. xD Nasib tak pakai selekeh.


Lepas ucapan dari pihak STIEMCE dan diikuti Dr Rosnia, kami dibawa tour sekeliling kampus. Serius, kami terpegun dengan binaan dia. Kata Dinda, “welcome to our green campus!” memang sangat green.




Kata mereka, “I know USIM is much bigger than this, but do enjoy your visit here. ”

USIM bigger ke tak lain cerita pak, yang saya tahu STIEMCE ni sangat tenang dan memukau pandangan kut.

Kata mereka bila graduasi, mereka yang bergraduasi nanti akan dilempar masuk tasik ni. Amalan tradisi. 



Tour yang meriah.

STIEMCE’s students yang friendly. Sekali aku angkat EKEN, terus dorang senyum dan pose. Tak menyegan, ni bagus! Hahaha. Aku selfie dengan Sherry pun, dorang kata “selfienya bareng kita dongg.”






xD

Sebelum masuk dewan, Pak Agus minta kami masing-masing ambil mug yang designnya khas USIM dan STIEMCE. Kata Pak Agus, “mug ini special dari saya untuk kalian.”

Nampak mug ni, lagilah sekali lagi kami touched. Siap ada hadiah kenang-kenangan duh.


Masuk bilik seminar ni, student STIEMCE dah ambil tempat masing-masing, berterabur. Macam sengaja sebab bila kami masuk je, terus mereka panggil ajak duduk sebelah. Sini dong! Sini duduknya! Ayuk sini kosong!






Marketing dorang memang terbaik aku ghase.


Its Ifa, me, Dinda yang manis, dan Bayu.

Pak Agus pesan supaya kami wajib ada 5 kenalan luar. Student STIEMCE kena ada 5 kenalan USIM, so do USIM kena ada 5 kenalan STIEMCE. 2 guys 3 girls. 

“Entar habis acaranya akan ditanya kelima-lima nama kenalan kamu, berserta anaknya.”
“Anaknya anak siapa?”
Dinda jawab, “itu lohh. Yang punya nama itu shiapa...” ohhh.

Program sebelum rehat ni biasa-biasa je, Dr Rosnia and Dr Dwi Nita punya talk. Masing-masing present thesis masing-masing. Serius kalau nak aku bagitau isinya apa, melerettt.


Kemudian kami rehat, lunch dengan nasi padang. Meja kami kosong masa tu, aku dengan Filza je, so kami panggil budak-budak STIEMCE yang nampak lost tak tahu nak duduk mana. Ajak duduk sekali. And they are Cindy and the gang!

Skandal Haiqal. xD

“Oh, Cindy yang ditanya dalam talk tadi kan?”
“Iyaa, Haiqal sama Hakim itu nakal banget.” Tetiba okey, tetiba sangat.
“Tau ngak, mereka itu mas ganteng di USIM,” tanduk keluar.
“Yang benerr…” Cindy and the gang dah gelak-gelak sambil tepuk-tepuk. Riuh kejap meja kami waktu tu.
“Emang dia yang paling ganteng ya?”
Note that, DIA bukan MEREKA. Rasa siapa yang Cindy tanya tu? HAhah.
“Ya, Haiqal ada bagi Instanya ngak?”
“Ada,”
“Oh, okey…” kalau tak ada aku nak tolong bagi. Baik kan.
“Emang kenapa? Cemburu ya?” Serius ni lawak. Cindy ni comel je, nampak sangat sukanya. Saya doakan korang dari jauh lah ye. =)

Masa ni terserlah lagi cara dia appreciate tetamu tu bila Windy tanya kami menginap di mana, dan tak sempat jawab dia dah ajak menginap di rumah dia. Kami tolak dengan baik, bagitau yang kami dah menginap di Bess Resort.

Siap lunch, gerak pergi solat Zohor. Kat sini sekali lagi jumpa kawan baru. xD Suka kan buat kenalan banyak-banyak. Tak tahu lah kut dorang kata kami ni jakun, excited terlebih, asal jumpa orang je berkenalan.


Meet sweet Lyla!Bila diberitahu dari Malaysia, reaksinya, “Upin-Ipinnya ngak dibawa sekali?” Hehe.
Nampak kami ramai-ramai di surau tu, dia kata lagi… “tenang banget lihat kalian. Semuanya sopan tertutup,”

Lyla ni sangat softspoken. Senyum je kerja dia. Dah habis sembang, kami ajak selfie. Semangat dia, “bisaaa.” Siap pesan lagi, “bisa ngak dikirain 1-2-3 dulu baru snap.” Hehehe. Sebab aku main snap je.

Masa ni aku terfikir, kan bagus kalau tadi aku bawak duit ringgit aku. Boleh buat kenang-kenangan untuk Lyla. Bagi sekeping not biru pun jadi kalau takat kenangan, bukan nak beli emas! xD Walaupun yeah orang tak mintak, tapi masa ni jelah masa untuk kau jual diri. Nak suruh orang ingat kau. Haha. Takpa, lesson learned. Lain kali nak travel bawak something dari tempat kita, untuk orang local.

Lepas selfie dengan Lyla, ambil turn selfie dengan Cindy and the gang pulak. Cindy tengah pakai kasut masa aku Bluetooth gambar kat Lyla, aku agak mesti dia tunggu gak kitorang ajak selfie. Hahaha. Sebab dari tengah makan tadi dia kata nak selfie, nak instagram. Sebab tu masa Qila ajak selfie, dia terus, “mauuu. Yuk selfienya di sini aja, viewnya bagus.”Masuk ke bilik seminar balik, baru sempat nak merasa nervous. Dari sampai tadi aku dok berjimba selfie sana-sini, sampai tak ingatkan forum. Heh.


Slot lepas rehat ni kami students yang kena handle sendiri, berbeza dengan tadi, lecturer yang handle.


First forum, Risk Disclosure by Zaman as moderator bidan terjun, Naim and Haiqal panel dari USIM, taufiki dengan sorang lagi girl panel dari STIEMCE. Moderator dia steady ah, boleh gelak-gelak atas stage. Orang biasa muncul di khalayak, bolehlah nak gelak-gelak. Aku? Hahah.



Tiba masa, second forum, How To Be A Future World Class Entrepreneur dari Fayyadh as moderator, aku dengan Qawim panel dari USIM, Rahmat and Linda panel dari STIEMCE.

Tak tahu aku bebel apa kat atas tu, nervous, tapi dikira peluang keemasan jugaklah bagi aku. Bukan selalu dapat test ability kat negara orang, walaupun hakikatnya negara serumpun. xD Much thanks to Kirah Starr yang bagi peluang ni kat aku, sebab beliau ada masalah teknikal so tak dapat jadi panel.

Dengar cerita Fayyadh dari semalam lagi belajar kat dalam elf, belajar bahasa jawa dengan Zaman. Sebab tu masa lead forum tu, tak kekok. Segala mak nenek vocab dia keluarkan. Aku je yang dok err err, kiri-kanan pulak orang hebat. Mana tak seriau.

Tapi, tak sangka, hebat tak hebat pun, Fayyadh dan Qawim masing-masing lepas bercakap, akan tanya, “okey tak aku cakap?”, “sampai tak apa aku nak cakap?” haha. 

Terbuktilah nervous itu normal okey.


Sampai masa untuk kita berpisah. Masing-masing selfie, tukar instagram, yang jual minyak pun boleh tahan.


Like Taufiki approach Masyi, ajak selfie sekali. Tapi tak jadi selfie berdua sebab Masyi perasan Qawim tengah tengok, maka dia ajak kawan-kawan lain untuk selfie bersama. Taufiki yang kecewa pergi luah dekat Qawim, “aku sebenarnya mau selfie sama dia aja.” Hoho. Kemain Masyi. Dn bila kecewa tak dapat selfie, Taufiki mintak no WA Filza. Hahah.


Nampak budak STIEMCE pun macam kami gak, masing-masing teruja dapat kawan luar. Sebab tu Taufiki dengan Filza ni advance, boleh bertukar nombor telefon. Hehe. Masa balik tu hujan renyai-renyai, tiba-tiba elf kami sampai dan Pak Agus datang bersama payung. Kalau ikut dia nak payung 2 orang ulang-alik ke van tu, hailah. Pak Agus yang baik hati. Sebab tak sampai hati, maka kami berlari aje redah hujan renyai tu naik van. Kan senang pak? Takyah nak letih-letih. xD Kami ni considerable tau.

Next to Museum Angkut!


Baru bangun tidur masa ni. Sebab tu muka masing-masing tak siap. Museum Angkut ni best gila, tapi aku tak banyak bergambar pun. Travel aku lebih kepada ambil gambar view, snap muka-muka local, selfie di tempat kejadian, kalau dalam Museum Angkut ni lebih kepada orang yang nak photoshoot. Orang fotogenik yang pandai pose bolehlah. Aku ni yang pose peace-peluk tubuh-pejam mata je gayanya, tak lawo sangatlah.  

Tapi bagusnya Museum Angkut ni, dia macam all-in-one.

Imagine kau masuk 1 tempat, tapi dalamnya kau dah menjelajah ke beberapa buah negara. Hahah. 









Dr Rosniah yang masa ni tengah kerisauan sebab anaknya seharian dok ngan Kamal. Tak tahu makan ke tidak, nak beli souveneirs tak tahu apa. xD








Satu nak pesan bila masuk dalam ni, jangan berlama di setiap checkpoint. Macam aku, memula berlama di setiap tempat, rasa boring tak tahu apa best sangat museum ni. Bila jalan lagi, jalan lagi, jalan lagi, baru tahu kau takkan ada masa lebih bila dalam ni. Last-last sibuk terkejar.
12 pitstop kut!

Kalau kau tak minat bergambar pun, at the end pitstop ni nanti, ada Pasar Apung. Tempat jual souveneirs and makanan-makanan Indonesia.

Kat situ tragedi bagi kami, sebab kami lalu je tak singgah. Fikir gak nak beli ke tak nak beli lagi, dah singgah sentuh-sentuh barang dah, tapi takut kalau beli kang, Pak Agus kata nanti kami akan pergi ke tempat khusus untuk shopping. So kami tak beli lagi.

Hakikatnya, T_T.

My advice lagi, bila travel dan kau bukan rancang itinerary sendiri, bila jumpa tempat souveneirs macam ni eloklah beli dulu at least sikit. Tak ada lah balik nanti melopong tak bawak ole-ole langsung.

Plus, harga kat sini boleh tahanlah murah. 3 keychain, 10,000 rupiah. Rm1 satu kalau convert duit tu. (Ps, dok kat sini aku fon dok kat tangan je. Apps currency exchange sentiasa terbuka, senang.)
Sherry sempat jugak shopping kerepek kat sini. Masa tu yang Datin Kirah hilang dari pandangan kami. Fokus sangat dia usya barang. XD

Malam, kami dinner buffet di restoran apa tah. Dapat ilmu baru dari Pak Agus, macam mana nak kenal orang Malang, mereka suka terbalikkan perkataan.

Kawan Forever, jadi Nawak Forever.
Jom makan, jadi yuk nakam.
Kaos Malang, jadi Soak Ngalam.

=)

So lepas dinner Pak Agus kata kami akan pergi shopping, excited lah kami. Rupanya dia bawa kami ke mall di Malang. Guess what? Giant Ekstra! Ahahaha. Rasa nak gelak, rupanya imej kami budak USIM ni sampai ke Malang tak hilang.

USIM dan Giant takkan terpisah!

Tapi Giant kat sini macam AEON pun ada, besar! Barang pun murah nau. Beg-beg trendy RM15 je, kasut dan baju pun boleh tahan murah.

Masa kat sini aku nampak keletihan Pak Agus tu terserlah. Sampai masa dia jalan-jalan dan jumpa katil display, dia nak terduduk. Tapi bila toleh belakang dan nampak aku, dia senyum sambil menggeleng-geleng. “Capek banget.”

Halahhh Pak Agus bikin kami serba-salah.

Balik ke resort, sebab ni malam terakhir, so aku decide nak tidur lambat gila. Aha. Nak menikmati ketenangan yang sangat berharga di beranda. Lagi nice bila Zaman yang dok sebelah bilik kitorang pulak offer Maggi dia. Sah nak kosongkan beg lettew, esok nak shopping sakan.

So malam tu sambil lepak beranda, makan maggi rendam air panas, dengar lagu 90an, layan gambar sepanjang hari, dan ditambah bunyi air mengalir sebagai muzik latar!

4th day: (25 OCT 2016) – Selasa


Lepas breakfast dan checkout, kami terus shoot next destination. Nama pun last day kan, kena productive ah hari ni. Xoxo. First tempat kami yang dah disusun oleh Bu Dwi Nita hari ni adalah Kilang Tempe. Semalam masa dapat tau kami ke Kilang Tempe, dah macam, what the-. Nak tengok proses buat tempe ke apa? Kilang Tempe Bu Nudjannah. Tapi bila pergi hari ni baru tau… kami ni kira special dah sebab datang kilang terus. Dapat tengok proses buat tu satu hal, dapat shopping kerepek Indonesia dengan harga kilang tu satu hal lain.


Tempe-tempe tu kalau kami tengok kat tempat lain… berbeza jugaklah harganya.









Oh, yang bagusnya kilang ni boleh bungkuskan dalam kotak, in case kalau payah nak angkut kerepek tu naik flight. Kat sini budak-budak ni shopping sakan, berkotak-kotak. Mas Ferdi sampai tanya Masyi, “mau dijual ya di Malaysia?” sebab Masyi shopping berkotak-kotak. Iqbal lagilah, sakan memilih mengalahkan perempuan. Hahah.

Dorang busy memilih, aku dok sembang dengan pak supir kat luar. Sebab aku tengok kedai tu macam takde perasaan je. Not that kerepek dia tak best, bestseller tu. Tapi aku dapat rasa kalau beli kerepek tu bawak balik pun, tak rasa orang-orang rumah aku makan. Bukannya penggemar tempe kitorang ni. Sambil sembang tu Mas Amin bagitau kedai ni antara yang terkenal di Malang. “Kerepeknya Ayu Ting-Ting juga ada di sini…” Ayu Ting-Ting! Haha.


Gambar ni memang timing tepat. Sembang-sembang dengan Mas Amin, baru perasan Mas manis ni ada kat belakang. Terus aku angkat Eken and panggil budak laki yang lepak situ suruh tengok camera. Kira budak laki kelas aku ni sangat membantu lah sebenarnya. xD Tambah berbunga hati bila aku view balik gambar, wahh Mas Ferdi angkat peace lagi tu. Bukan selalu! Perangaii kan.

Lama kerja dok tenung orang, selfie manjang, tiba terfikir macam rugi pulak kalau tak beli pape langsung, so try lah masuk usya-usya kalau ada benda boleh bawak balik. 2-3 kali jugaklah aku pusing saja tak jumpa cari barang. Nak beli kerepek tempe consider abah pulak tak boleh gigit. Haha. 

Ada sorang Bapak kat situ yang rasanya customer jugak, tapi maybe regular customer dia, yang rajin tolong entertain kitorang. Nampak orang pegang kerepek sikit, terus dia bagitau komen dia.
“Itu sedap sekali.”
“Itu rangup.”
“Ini masam-masam, enak.” 

Masa kami pegang kerepek epal, dia siap nak ambil dia punya kerepek epal yang baru beli, nak bagi kami rasa. Dengan penuh keterujaan lagi sebab dia tahu kami tourist.

Kan kata, Malang People ni sangat meraikan orang.

Sambil aku dok pusing tu, tiba-tiba dengar suara Mas Ferdi. “Singkong ini enak, ngak puas makannya.” 

Aku pusing tepi, “oh…”

Oh, Mas sembang dengan saya ke? Seriuslah. Terus aku ambil singkong, add to chart! Ahah perangaii. Padahal ubi kayu macam kat Malaysia je rasanya.

Masa beratur tu pun Kirah tanya dengan pelik. “Singkong? Ubi? Laa kat Malaysia pun ada benda ni, Mimi!”

Aku cuma mampu senyum dan senyum. Tak mampu nak jawab sebab Mas Ferdi ada depan kitorang, senyum je dia tengok kitorang . Sebenarnya aku rasa memang kerja dia senyum je, bukan dia paham apa Kirah cakap. Sebab satu benda aku sangat tak sangka kat sini, mereka susah nak paham bahasa Malaysia kalau kita cakap laju macam biasa. Kena pelan-pelan. Lagi pula, memang dia manis orangnya. Tuah badan, tak senyum pun orang ingat senyum. Aku ni, senyum pun orang kata jangan marah lagi. Haha.

Menjawab soalan Fakhirah tadi, nasib baik Bu Bwi Nita pun ada kat situ, tolong bela. Dia kata “singkong ini beneren enak banget. Saya makan sambil nonton tau-tau habis,”

Haaa. Nicelah ibu!



Lepas Kilang Tempe, kami ke Kanindo Syariah. Koperasi Agro Niaga Syariah. Tempat ni berkait dengan lawatan ilmiah kitorang, so paham-pahamlah… kat situ banyak menguap je. Serba-salah pun ada. Bukan main dorang susun tempat bagus-bagus tapi hakikatnya begitulah, mata degil. Kalau kat STIEMCE lain, boleh sembang orang kiri-kanan.



Petangnya kami lunch Bakso. Cerita nak ke kedai Bakso tu nice jugak sebab kitorang dapat tahu Mas Ferdi nak tumpang van first trip (kami second trip). Teruja dorang dalam first trip sampai van tu padat pun, tak ada yang nak mengalah keluar ke trip kami. -_-

Baksonya sedap! Tapi kami kekenyangan sebab kat dalam van dah kunyah-kunyah tempe yang Qawim belanja. Jadinya Bakso kami banyakk tak habis. T_T

Masa makan Pak Agus datang kat satu-satu meja kami, pegang catalog. Rupanya nak bagitau kat sebelah ada jual PIA CAP MANGKUK. Jenis kuih yang ada inti kacang/coklat/cheese dalamnya. Antara checklist wajib Malang. 


Image result for pia cap mangkok

*The only gambar took from google. Just knew ni ole-ole khas Malang, bila dah balik Malaysia. tak sempat nak snap gambar sendiri, dah bagi housemate makan and lupa nak pesan simpan kotak. T_T*

Kata Pak Agus lepas ni kami akan cari souveneirs, so teruja lah semua.

Tapi bila van kami berhenti kedai souveneirs tu, pak supir macam terkejut sikit. Katanya tu area Giant semalam je. Makna kata, kami ni tengah pusing-pusing area tuu aje. Blur tapi kami masuk jugaklah kedai tu, tapi macam krikk krikk je. Kaos lengan panjang pun tak ada. Key chain pun mahai. Last-last kami keluar dan request cari kedai lain. Ada hati lagi padahal masa semput gila dah. Patutnya kami sampai Juanda Airport pukul 6 petang, nak kena hadap jammed lagi dari Malang ke Surabaya tu. pak supir kata jammed aje dah 2 jam.

Iqbal pulak dalam orang nak naik van, dia kalut tanya, “kejap lagi ada singgah shopping kan? Seriuslah ada, kalau tak aku nak beli terus ni.” Hahaha comel serius comel bal.

Sempat aku selfie ngan budak-budak perempuan kat situ, ajak Mas Amin sekali, tapi kalut Mas tu lari. “Kalau saya masuk risau pecah gambarnya,” pemalu ngat mas ni. Kami yang perempuan pulak malu sebab tak menyegan selfie. Duh!



Kalau ikutkan lepas tu kami tak ada singgah dah mana-mana rasanya. Sebab semput masa. Tapi nasib ada singgah Masjid Cheng Ho di Malang. Dekat area situ rupanya ada gerai-gerai tumpuan pelancong. Jual barang-barang pelancong. Habis solat semua serbu pergi situ.

Barang-barang dia serius murah. Tshirt 3 helai 100,000 rupiah. Kira-kira sehelai dalam RM12 something. Tshirt lengan panjang RM15. Serius murah tapi aku tak sempat shopping banyak. Pilih baju saja lama sangat, tapi tu pun sempat beli untuk 5 orang adik-beradik je. Aku sendiri, tak sempat. 

Tu pun tengah dok membeli Idham, Lian datang tunggu depan kedai, dok tunjuk-tunjuk jam sebab dah lambat sangat dah. Pikirlah macam mana nak shopping baju untuk diri-sendiri kalau dah gitu rupanya. Haa. Yang sadisnya keychain semua pun tak sempat beli langsung. Last-last kat airport sebab tak beli key chain langsung, masuklah kedai kat airport beli fridge magnet dengan 2 keychain. Kena jugak ada. 25,000 rupiah each. RM7.50 Ko ghase? Rasakanlah dah awal-awal jumpa gerai kau buat bolayan kan!

Masa berjalan nak naik van tu pun, nampak STIEMCE punya MPV dah bergerak keluar dulu. Haha, Pak Agus pun tak kuasa nak tunggu kau shopping. Tapi dalam kalut tak kalut pun… van tak boleh nak bergerak lagi sebab still ada few of us yang tak balik ke van lagi.

Tunggu punya tunggu… there they come, dengan muka cuaknya tapi riak happy tak boleh diselindung… Iqbal dengan Sherry dan Atin. Iqbal lah paling win dari tapak tangan sampai ke lengan penuh barang shopping. Hiperbola semata! Tapi seriuslah Iqbal punya semangat shopping, aku yang letih tengok. Hahah. Atin dengan Sherry kata dia orang nak balik dah awalnya, tapi terrstuck dekat kedai yang ada Iqbal, melayan Iqbal shopping tu yang lama. Kan kata~~

Dari masjid tu nak ke Juanda Airport, sempat jugak kut kalau nak terlena lagi sekali dalam van tu. Sampai je airport masing-masing macam lipas kudung urun van ambil bagpack ambik luggage susun balik barang. Kena asing mana nak kena check-in mana nak hand carry. Tapi dalam kalut tu perasan lah pihak STIEMCE ada kat situ, tengah bercakap-cakap dengan Dr Rosnia and hubs.

Dan masa kami sampai tu, Pak Agus letak 2 plastik besar isi makanan depan kami. Kami dah lah dalam van tu nak layan syahdu dah nak tinggalkan bumi surabayaXmalang ni… Pak Agus pulak tak habis dengan baik hati dia. Ni siap bekalkan dinner pulak.

Maybe yes… it’s a must-do thing… common thing to do when it comes to treating guest, tapi tetaplah, rasa tersentuh tu ada. Kena pulak dengan orang tak ada common sense macam aku, tak tahu kalau aku melayan tetamu kat Malaysia, setaraf diorang ke tak. Macam, hmmm je.

Masa relaks-relaks sikit sementara tunggu orang lain siap packing, kami sempat had a last chat dengan Pak Agus. Say thanks for everything dan sorry sebab merepotkan…

Pak Agus tak silap aku title dia kat situ lecturer, tapi aku tak anggap dia macam lecturer pun. Rasa cam ayah-ayah pakcik-pakcik yang baik hati cam tu. Jujurnya kalau aku anggap dia lecturer, tak adanya aku boleh nak selfie, sembang banyak dengan dia. Sebab aku tak boleh nak rapat-rapat dengan lecturer. Rasa macam ada gap, yang membezakan taraf aku dengan beliau. Kalau rapat sikit risau orang kata aku membodek lah apa lah, ngengada kan. Lecturer lek je kau pikir lebih-lebih.

Maybe dengan Pak Agus kami tak rasa dia macam lecturer sebab gelaran ‘Pak’ tu sendiri kut. Malaysian kan consider ‘Pak’ as pakcik. Sedangkan bagi dorang, encik! Mister! Haha.



Last gambar dengan Pak Agus. Kata Pak Agus, “kalau datang lagi ke Malang, nginapnya jangan lama di Surabaya. 4 hari di Malang sangat tidak cukup,” orait pak, noted. Nanti sampai di Malang lagi kami contact bapak, bisa? Hehe."


Sementara tunggu nak check-in, sempat lagi budak-budak ni masuk store-store dalam airport tu. Semata nak habiskan duit rupiah yang kecil-kecil, sebab kata Atin nanti dekat money changer dorang tak nak terima duit kecil-kecil. So semata nak habiskan duit kecil tu, aku pun terjebaklah beli fridge magnet dengan keychain yang setiap satunya berharga 25,000 rupiah tu. Hailah. tak apalah, better than nothing at all kan. Surabaya dah masuk dalam travel list kan, takkan tak ada kenang-kenangan langsung.

25,000 rupiah satu keychain tu boleh tahan lagi kut, berbanding tragedi yang aku cetuskan kat sini. Lepas dah shopping duit rupiah kecil-kecil berbaki lagi 1500, dengan sadisnya aku pergi tanya orang kedai tu, “ada tak barang harga 1500?” Sadisnya sebab dah terlajak keluar soalan, baru minda aku berkerja. 1500? 40 sen? Kau tanya 1500 rupiah kat sini? Orang tu jawab tak ada tapi dengan muka serba-salah gila, macam nak tahan gelak pun ada. Aku rasa… aku rasa… nak balik Malaysia. Aku rasa nak menyorok. Tapi lagi penting aku rasa nak cakap dekat dia, “hello, saya cakap pasal ringgit okei.” Dengan muka tak berperasaan. T_T

Hanum pun speechless macam mana aku boleh tanya soalan tu.



Iqbal yang masih tak puas shopping, sampai kedai dalam airport pun dia masuk jugak. Beria dia nak habiskan rupiah tu. 
















Momen terakhir di Surabaya kan, kena penuhkan album.

Nampak bumi Surabaya dari tingkat pesawat. Kagum kut, sebab rasa macam tengah tengok satu gerombolan kunang-kunang, tapi dalam populasi yang sangat besar. Masa ni kagum satu, syahdu satu. Tak sangka 4days 3 nights punya journey dah habis.

Nanti balik USIM nak kena hadap serabut balik.

Dan memang pun, bila sampai Malaysia, dalam bas USIM nak bergerak balik ke Nilai, smooth je laluan. Dan aku rasa masa tu antara masa yang aku tak suka jalan lancar. Rindu jalan macet! Haha.

So far trip kami ke Malang, banyak benda buat aku fikir balik benda sebelum nak buat. Things as simple as nak bercakap tu pandang-pandang, kena jaga hati orang kiri-kanan. Kami selalu tersasul, “oh dorang macam ni kan,”, “orang Indon ni dia punya confident level…” refer kepada gelagat mereka atas jalan. 

Walau hakikatnya ayat kami tu nak menzahirkan perbezaan mereka dengan kami, tapi the way we say that word… macam nak mengkritik. Sebab tu banyak kali bila bercakap, eh, rasa nak undo balik.

Dan yang buat aku puas hati sebenarnya sebab Indonesia memang dalam MUST GO LIST aku. So bila dah berpeluang ke sana and its my first travelling outside Malaysia… with  TMB4, kira macam momen berharga jugaklah.

That answers why aku rajin sangat buat entry ni kan. Kut nanti boleh refer, negara first aku pergi. Haha. Sungguhlah orag kata tu, benda paling susah nak buat lepas travel tu, move on! 

Ground budget:
RM130 - Hotel 3malam.
RM150 - Pengangkutan 4 hari
=RM280

Makanan tu aku tak boleh nak state sebab banyak tempat pihak STIEMCE sponsor. Huhu. Tapi overall kami bajet hari tu 200,000 rupiah untuk 4 hari, then duit lebih tu tampung tiket Museum Angkut semua bagai tu.

General tips travel ke Malang:
Masa akan lebih banyak terluang dalam van sebenarnya, sebab jarak 1 tempat nak ke 1 tempat tu boleh tahan jauh. Maka, pandai-pandailah manfaatkan masa dalam van tu. Contohnya, tengok member 1 van tidur, snap gambar! Penting tu untuk aset depan hari. Hahah. Kalau jenis tak tidur dalam kereta, nak bawak earphone atau novel baca dalam van nice jugak, tapi aku prefer tengok suasana luar van je. Dekat Indonesia best saji mata macam tu. Definisi sebenar travelling. =)

Oh and kat Indonesia dia multiraces. And multireligion jugak. So nanti kita akan tertanya samada kita sedang bercakap dengan orang Islam ke lain religion. Sebenarnya it's not a matter pun tapi me myself, kadang curios. Tapi kat sini, remember not to ask them dengam soalan straight,: "what's your religion?" Bagi kita malaysian memang it's a normal question, tapi no, bagi Indonesian tu soalan sensitif. They practice pancasilla, kebebasan beragama. Aku pun baru tahu and syukurlah, tak pernah tersasul sebelum ni.

Lagi satu, get ready yourself for any situation bila ada orang lain gender hulur tangan nak salam. Cuba refuse huluran tangan tu dengan proper way like telakup tangan (macam biasa mereka buat dalam Islamic Indonesian movie) or letak tapak tangan di dada kiri. Atau apa-apa lah yang pasti jangan dengan ayat: "sorry I'm a Muslim and my religion prohibits me from doing skin-contact with people from other gender." Boleh jadi dia seorang muslim jugak tapi tak practice the tak-boleh-sentuh-ajnabi thing. So please, jangan sentuh perbezaan agama kat sana, kalau tak nak kena kecam.

Post-LA punya lepak Mannu dengan Dr Rosnia dan Iffah, gambar dalam iphone Atin. Statement aku pasal aku dengan lecturer tadi, maybe boleh tolak tepi sikit kut sebab dengan Dr Rosnia aku still boleh chit-chat sembang-sembang. Mungkin sebab Dr tak ajar kelas kitorang kut, so tak awkward sangat.

Tak dapat bayangkan kalau Dr tak sudi jadi pengiring kami untuk LA ni, perjalanan Lawatan Antarabangsa kami tak habis sini kut. Alhamdulillah Allah permudah, melalui orang-orang hebat macam Dr Rosnia, Atin, Haiqal, Qawim, Aqis and TMB4 yang rock! Masing-masing bergabung tenaga untuk make sure things going smooth. Serious you rock!


Till then, panjang sangat dah. Akhir kata dari aku, jom simpan emas untuk masa depan. Hehe. 
Assalamualaikum wrb wrt.