Dah banyak hari sejak
peristiwa dia dihadang jalan di depan pintu kelas oleh Nash hari tu berlalu,
tapi muka Nash jarang nak hilang dari mata dia. Malah makin berani dia sekarang
ni. Dalam kelas, konsentrasinya terganggu bila Nash dengan suka relanya offer
diri jadi bodyguard tak bergajinya, berkepit di sebelah dia sepanjang masa.
Bila dia pandang Fira si sebelah kirinya, Fira Cuma angkat bahu lepas tangan.
Heh! Yang buat Raina cuak, pantang lecturer dapat phone call, mulalah Nash nak
mengalih wajah dari muka lecturer ke muka Raina, nak mengungkit pasal Pamela
Anderson dia tu.
Di luar kelas pulak, ke
sana-sini dia pergi diheretnya tangan Raina sekali. Kadang-kadang, sampai
berani dia tunggu di pintu ladies semata-mata tak nak Raina lari. Katanya, dia
takkan senang-senang bebaskan Raina selagi Raiq tak lepaskan Pamela.
Mendengarkan itu, Raina membentak. Boleh pulak dia samakan situasi aku dengan
Pamela ‘Anderson’ gedik tuh? Tapi Nash, tetap dengan muka innocentnya.
“Nah,” tergesa-gesa dia
ke tempat Nash selepas tamat kelas Dr. Abbas hari ini. Mujur, hari ni dia
sempat tarik tangan Jiji untuk isi ruang kosong di sebelahnya. Jadi terpaksalah
mamat dengan muka tempoyak basi sucinya tu cari tempat lain. Tu tadi, tapi
sekarang aku tetap kena faced dia sorang-sorang lepas Fira dapat panggilan dari
Abang Firas, suaminya tadi. Malang nasib badan!
“Apa tu?” Nash yang tengah
mengemas barang ke dalam beg mendongak, membalas pandangan mata Raina yang
sedang berdiri tu acuh tak acuh.
“Bacalah!” Raina menyinga.
Punyalah luas skrin Sony Xperia aku ni, boleh dia buat rabun ayam macam tu.
Karang kalau Allah Taala tarik balik hikmat melihat tu, baru nak
tergapai-gapai!
Nash mendengus sekali.
Orang tengah lorat ni dia nak ajak bersembang. Sony Xperia di tangan Raina
dicapai sebelum isinya diperhati.
Raiq pun ada tastelah
Cha... orang tak layan minah macam tu. =p Buat rimas adalah. Haha!
Raiq-Cha? Heh. Naik mual
tekak aku. Dah kecik tu buatlah gaya budak kecik, tak payah nak jalin hubungan
dengan orang tua. “So,” dia fokus pada Raina kembali. “Selama ni korang buat
kerja ni la? Sedap, makan daging saudara sendiri?”
Erh! Kedua-dua belah
tangan Raina naik menekup kepala sendiri. Bercakap dengan Nash ni, pakai bahasa
tibet gamaknya baru dia faham.
“In the other words, aku
just nak cakap yang aku tak ada masa nak layan kau mengintip diorang lagi.” Tak
tipu. Sebab tak pernah termaktub dalam impian aku untuk masuk U semata-mata nak
temankan orang mengintip orang. Yang tak tahan orang yang diintip tu adik aku
sendiri. Tambah buat aku bengang orang tu Nash Ahmad Daniel sendiri!
“What?” Kali ni Nash memandangnya
tanpa riak. Soalan ‘what’ yang ditanya tadi pun tak disertakan dengan nada
menyoal, lebih kepada sinis. “Ingat aku nak bawak kau dating ke hari ni?
Sorrylah kalau aku hampakan kau. Aku kena train budak hari ni.” Dia senyum
segaris sebelum mencapai begnya dan terus berlalu.
Raina menggenggam tangan
sendiri. Geram.
“Oh..” Nash berpusing ke
belakang semula. “Tapi kalau kau nak teman aku train budak pun aku no hal. Okey
je. Aku paham, orang kalau tak biasa berpisah dengan aku macam tu lah gamaknya.”
Erk?!
=============================
“Hiyark!”
“Hiyark!”
Adeh... bingit telinga aku.
Dalam dewan penuh dengan budak-budak beruniform hitam yang sedang tunjuk skill
masing-masing. Mata Raina meliar. Bila orang yang dicari tetap tak dapat
dikesan, kakinya maju ke depan setapak, terus mencari.
“Hoih,” satu suara memanggilnya.
Raina tersentak.
Nash tersengih sinis. Kan aku dah kata, tak payah aku nak
mengheret tiap masa, last-last dia sendiri yang akan datang dekat aku. “Cari
aku?” soalnya sebelum menyilang tangan ke dada.
“Erk...” mata Raina masih meliar. “Raiq ada?”
Spontan, senyum Nash mati. Heh! “Tak wujud!”
“Dia pergi mana eh?” Kali
ni Raina berbahasa.
Nash pandang sekeliling.
Dua-tiga pasang mata sudah mula menjeling-jeling mereka. Dia fokus pada wajah
Raina semula, sebelum dia mendengus lagi. Akhirnya, tangan Raina ditarik ke
dalam dewan, menuju ke arah deretan kerusi panjang yang tersedia di situ. Bahu
Raina ditolak sekali dan Raina terduduk di situ. Terkebil-kebil dia sendiri.
Sebelum berlalu, sempat Nash tinggalkan sebotol air minuman yang tinggal
setengah isinya buat Raina. “Minum kalau dahaga.” Tuala kecil yang diguna buat
menyapu peluh juga disangkut di bahu Raina. Handphone, jam tangan, semua harta
yang dia ada ditinggalkan pada Raina. “Terlanjur kau ada ni, tolong jaga barang
aku kejap.” Ujarnya sebelum berlalu.
Raina masih
terkebil-kebil. Seminit, dua minit... kata-kata Nash terngiang-ngiang semula.
“Tolong jaga barang aku kejap.”
Eh?!
“Hoih, mangkuk!” laungnya
cepat. Bila Nash menoleh, dia menjegil luas. “Kau ingat aku tak ada kerja ke?”
Nash tergelak kecil. “Kau
tunggu Raiq kat situlah mangkuk. Kejap lagi dia datang.” Heh, haraplah. Entah
dia datang berlatih ke tidak hari ni, kau tak tahu. Batang hidung pun tak
nampak.
Mendengarkan kata-kata
Nash, Raina akur. Dia duduk kembali. Hal penting ni. Hari ni skru lutut ni
terasa longgar semacam, tak larat nak berjalan kaki balik. Itulah, pagi tadi
buat action bila Raiq tanya kenapa tak tunggang basikal tu. Action dia jawab
kata nak exercise. Sekarang, tanggunglah. Sekarang ni, niat di hati nak balik
sekali dengan Raiq je, tak kisahlah pukul berapa pun. Tapi Raiq pula buat hal,
telefon ada dimatikan, terpaksalah dia menapak ke sini dengan lelahnya. Tapi
bila tiba, dia pula menghilang!
Menung punya menung,
tiba-tiba matanya terpaku pada satu batang tubuh yang tercegat di depannya.
Sedang membelakangi dia. Tegap. Sasa. Tapi belakang badan dia berpeluh. Sampai
melekat-lekat seragam silat yang hitam tu kat badan dia. Adeh... tu la yang aku
lagi suka. Nampak yang dia guna habis kudrat yang ada. Tapi bila dia toleh ke
belakang...
Erk... spoiled! Si Nash
kut! Raina bantai gelak. Meroyan apa aku hari ni sampai boleh ada lambang hati
kat biji mata bila tengok Nash. Dah tahap serius dah ni. Aku kena balik. Tak
pun ke kafe, jumpa Abang Rif. Baru la segar sikit.
Hampir lima belas minit
menunggu, Raiqal masih tak muncul-muncul. Baru saja dia nak bangun, tiba-tiba mata
menangkap bayang seorang perempuan mendekati Nash. Peluh di dahi Nash dilap-lap
dengan tuala yang dia pegang. Raina cuma tengok tak berkelip. Tak jadi nak
bangun. Tuala kecil yang ditinggal Nash di tepi dia sebelum start training tadi
ditarik-tarik geram. Tuala sendiri dah ada nak menggatal dilap orang lain lagi.
Erhh! Sakit mata aku tengok. Nak buat drama pun bajet la weh!
“Hai.” Tiba-tiba satu
suara menegurnya. Suara lelaki. Asalnya sengaja tak dilayan, nak tengok berapa
lama Nash menikmati sentuhan minah gedik tu. Tapi dari ekor mata, dia perasan
yang mamat yang cuba nak beramah mesra tadi masih di tepinya. Pandang dia pulak
tu. Macam setia menunggu sapaannya dibalas. Last-last dia berpaling juga.
Lah, si Izzudin ni
rupanya. “Hai!” Raina balas senyumnya.
“Baru ke?”
Dalam lima saat Raina
fokus semula pada Nash, barulah dia perasan yang kawan satu kepala dengan Nash
tadi masih sedang menyoal.Dia menoleh semula. “Apa dia?”
“Baru ke kat sini?”
Izzudin buat muka peramah.
“Oh, tak. Tak adalah.
Tunggu adik aku.” Raina menjawab lagi. Dengan Izzudin atau Muiz, dia tak ada
masalah sangat sebenarnya. Tapi Reza dan Nash Ahmad Daniel tu, itu yang
bermasalah! Mulut tu semedang nak kena cili. Si Nash itulah terutamanya.
“Eh?” Izzudin angkat
sebelah kening. Pandangan mata Daniel yang tajam dibalas. Dari jauh, dia angkat
sebelah keningnya. Bhai, kau tak cakap ke adik dia tak ada hari ni?
“ ‘Eh’ kenapa?” soal Raina
pelik.
“Eh, tak ada... tak
ada...” Izzudin menggeleng-geleng.
Raina angkat bahu. Tak ada
niat nak bertanya lebih lanjut. Hajat di hati nak teruskan je aktiviti asal
menonton orang training, tapi mata ni masih sakit rasanya. Dia pandang Izzudin
yang sudah duduk tak jauh di sebelahnya, diam aje dari tadi. Patutlah, tengah
menyandar. Hilangkan lelah agaknya.
“Letih ke?”
Uh? Nampak dia tersentak
sebelum menoleh memandang Raina. Pelik kut, tadi aku yang jual mahal. Raina cuma
sengih. Dah boring, aku tegurlah.
“Huh, mau tak letih.
Berpeluh habis badan ni.” Izzudin kebas-kebas bajunya. Nampak sangat panas
berpeluh.
“Minum ar.” Raina suakan
botol Nash tadi padanya.
“Eh?” Izzudin angkat
kening, teragak-agak. Terkenangkan sahabat yang masih memerhati tak jauh dari
mereka tu. Berasap habis agaknya.
“Ambiklah, hilangkan
dahaga tu.”
“Hm...” Izzudin angguk
sambil mencapai botol yang aku sua. “Thanks.” Sekali-sekala nak mengacah Daniel
tu best jugak.
Raina cuma mengangguk. Tak
apa-apa. Nash punya. Haha! Dapat pahala free Nash hari ni. Sudah minum, Izzudin
suakan semula botol itu kepadanya. Tanpa songeh dia menyambut, siap tolong tutupkan
lagi. Izzudin masih dengan muka lelahnya. Kesian. Agaknya macam mana la kalau
Abang Rif yang aku cinta tu lelah macam ni. Sayu aku tengok. Kalau Abang Rif
boleh je aku tolong lapkan peluh tu, ini bukan Abang Rif, ni geng satu kepala
dengan Nash weh. Sedar sikit! Tapi... idea nak tolong lapkan peluh Abang Rif
tu, nice. Ngee... Gatal kau Cha.
“Nah,”
Tangan Izzudin terhenti dari
mengibas. Dari memandang tuala yang dihulur, mata dia naik ke muka Raina.
“Apa?”
“Tualalah. Lap peluh.”
“Tuala siapa ni?”
“Tak guna pun lagi. Ambik
jelah. Bukan guna pun.” Tuan dia dah ada tukang lap peluh persendirian doh.
“Eh, takpe.” Izzudin
menolak cepat. Sudah, baik terlebih pulak cinta hati kau ni Daniel. Aku datang
nak acah-acah aje kot tadi, nak test mood Daniel. Tapi sekarang, nampak gaya
meletup habis Daniel lepas ni.
Raina julingkan mata ke
langit. Nak main tarik tali macam ni, ni yang aku malas. Last-last dia letak
tuala itu di atas kepala Izzudin, menggosok-gosok sikit rambut dia yang basah
dengan peluh tu, kemudian barulah disangkut di atas bahuny. “Now dah ada yang guna.” Dia
ketawa. Lawak tengok rambut Izzudin yang berserabai. “Pakai je lah. Aku nak
blah dah. Nak jumpa cinta hati.”
“Eh...?” Izzudin nampak
pelik. Jarinya diangkat. Sekejap menuding pada Raina, sekejap pada Nash.
Raina memandang ke tempat
yang ditunjuk. Nash sedang bercekak pinggang memandangnya. Entah apa lagi yang
tak kena. “Oh please? Mamat tu bukan taste aku okey. Dengan kau pun handsome
kau sikit. Haha! Dada!!”
Dia berlalu keluar
akhirnya, meninggalkan Nash yang dah merah membahang mukanya tu. Biarlah, kalau
pun tak boleh balik sekali dengan Raiq, suruh aje Abang Rif tolong hantar. Heh!
Kalau tak boleh jugak, well, apa guna Allah bagi kaki kalau tak dimanfaatkan,
kan?
=============================
“Der...
der... chillax la weh.” Izzudin dah ketawa sakan. Tumbukan demi tumbukan yang
diberi Nash ditepis satu per satu. Inilah gayanya bila orang dalam angau. Orang
tengah sakan ketawa pun dia boleh tumbuk lagi.
“Kau
ni...” kali ni Nash berhenti menumbuk, tapi kepala Izzudin masih dipegang
geram. “Kau ni, kawan jenis apa hah? Dah tau yang tu aku chop dulu, kau tak
payah nak kacaulah. Eii...” Dush!
“Wei...
relax aku kata. Kau ingat aku nak sangat ke si Cha tu? Alahai... petik jari
berduyun datanglah. Tak lalunya aku nak ambik member punya.”
“Alah,
aku lelah aje. Sebab tu aku pergi rehat, tak tau yang dok tercongok kat situ
awek aku...”
Nash
menjegil.
Cepat
Izzudin angkat kedua-dua belah tangan ke atas. Tersimpul lidah tadi tu... “Dak
aih... dak aih... awek kau.”
“Bakal
awek.” Tekan Nash lagi.
Izzudin
terus ketawa. “Amboi kau, yakin benar gamaknya.”
“Ni
Daniel okey.”
“Habis
tu, Pamela tu apa cerita?”
Nash
terdiam lama. Iya jugak. Sebelum ni memang dia boleh masuk kategori buayalah
jugak, tapi Pamela tu ada tempat dia sendiri. Tapi, Cha tu pun dah bertempat
lama dalam hati ni! “Pamela lain cerita.” Putus dia akhirnya.
“Pulak.”
Komen Izzudin sepatah.
==> enjoy reading. kalau rajin do comment. >_<
laa...si nash ni suke kat cha rupenyer...fira je ke yg tau raiq tu adek cha???klu mcm tu mmg ari2 la si nash ikut cha..hahaha.
ReplyDelete~Syahira_Ira~
hari2? ye lah kut?
ReplyDelete^_*