Hujung minggu. Dua beradik tu cuma
bermalas-malasan di atas sofa di ruang tamu. Raina di sofa panjang dan Raiqal
pula di sofa berbentuk L. Kaki masing-masing berlunjur melepasi sofa dan kepala
masing-masing bertemu. Dari tadi cuma menonton
skrin TV yang menyiarkan cerita entah apa tu. Ingat tadi, muak menghadap
assignment, boleh jugak dia melepaskan tension dengan menghadap TV. Tapi dari
tadi, sinetron aje memanjang. Nak tukar ke siaran lain, kesiankan Raiqal pulak.
Dari tadi khusyuk aje dia menonton sinetron Bayu Cinta Luna tu. Mulut tu tak
henti-henti bagi respon pada setiap babak sinetron tu. Tugas aku,
terangguk-angguk aje mengalahkan burung belatuk.
Aku
ni, kalau bab sinetron, satu-satunya sebab yang boleh buat aku terus bertahan
adalah hero dan heroinnya yang tak menahan sungguh rupanya tu. Heroinnya
cun-cun dengan kulit putih mulus dan mata bundar, hero pulak, mengancam! Pendek
kata, semua watak dalam cerita tu, baik dari anak sampailah ke mak dan bapak,
sungguh cantik menarik memang dabomb!
“Hoit!”
Raiqal tepuk tangan di depan mukanya tiba-tiba. Kuat!
“Subhanallah!”
ucap Raina spontan.
“Amboi...
melatah!” Raiqal tergelak kecil sambil cuba membetulkan baringnya. Lenguh
setelah hampir sejam berbaring dalam posisi sama.
Raina
sengih. Nasiblah melatah aku ni tak keluar perkataan yang tak sedap dek telinga
nak mendengarnya. Keluar subhanallah macam tadi tu, ha... kan sejuk sikit
telinga mendengar. Orang yang mendengar pun free-free dapat pahala. Heh! Puas
berbaring, dia bangun. Kini bersila pula di atas sofa tu. Remote controller di
atas meja kaca dia capai sebelum menukar siaran televisyen.
Menyedari
mata Raiqal masih pada dia, Raina angkat kepala. “Apa hal?” tanyanya sekali.
“Tukar channel
kenapa? Iklan pun tak lagi tu.”
“Kau
ni pun la... BCL pun layan.”
“Padanlah
daripada layan muka poyo Stephen Chow dengan Andy Lau tu.”
Spontan
dia kalih kepala memandang Raiqal dengan mata berapi. Hina hero aku tu! Melihat
renungan tak puas hati Raina, Raiqal angkat jari telunjuk dan jari hantunya
lalu didekatkan ke pipi. Buat muka comel. Raina mendengus. Dia pun pelik apa
yang Raiqal tak puas hati sangat dengan artis cina serba boleh tu. Setiap malam
isnin, khamis dan jumaat, bila dia tercongok depan televisyen menunggu
kalau-kalau ada cerita lakonan Stephen
Chow atau Andy Lau, mesti si Raiqal akan kutuk dia kaw-kaw. Taste tak logik
katanya! Aisehman!
“Dah,
bak sini remote tu.” Laju tangan Raiqal merampas semula remote controller di
tangan Raina. Televisyen yang baru saja menyiarkan siaran entah apa itu ditukar
semula. “Lah... dah habis dah.” Raiqal mendengus akhirnya dan Raina mencebik. Sudahnya
mereka diam saja. Agak lama juga sebelum tiba-tiba Raiqal beralih posisi. Dari
berbaring dia meniarap pula. Kedua-dua belah tanganya saling menindih di atas
lengan sofa dan dagunya ditongkatkan di atas tangannya. Berkelip-kelip matanya
memandang Raina.
“Apanya?”
soal Raina pelik. “Kalau ingat nak bodek duit baik kau bermimpi ajelah... aku
sekarang ni pun tengah pokai tak ingat.”
“Dari
semalam lagi Raiq perasan ada benda yang Cha nak cakap kat Raiq. Apa dia?”
Oh...
dia perasan. Pandai. Memang dari awal hari tu lagi sebenarnya, tapi selalu tak
berkesempatan. “Hari tu Nash sekat jalan aku,” belum sempat dia menghabiskan
kata-katanya, suara ketawa Raiqal kedengaran. “Apanya?” soalnya marah.
“Dah
tu takkan nak Raiq pergi belasah diorang kot?”
Raina
mendengus. “Dengarlah dulu!”
“Okey...
okey... keep telling.”
“Boleh
kau imagine, dia tu, sebelum ni sepatah haram pun tak pernah tegur aku,
kitorang ni macam...”
“Anjing
dengan kucing?” sekali lagi Raiqal memotong katanya.
“Tak
masalahnya!” Raina menjegil. “Lain kali cuba dengar apa orang nak kata dulu.”
Raiqal
sengih lagi. “Sorry.”
“Okey,
to be straightlah, dia sekat aku pasal kau. Puas hati?”
“Pasal
Raiq?” jari telunjuk Raiqal dituding ke dadanya sendiri.
“Yep.”
“Apa
hal pulak?”
Raina
mendengus. Panjang berderet jadinya. Hala tujunya cuma satu. “Kau dengan
Anderson ada apa sebenarnya?”
Kening
Raiqal nampak berkerut. “Anderson mana ni?”
“Pamela.”
Cepat Raina buat pembetulan.
“Paaa....
mell... oh... Pamela!”
“Haa...
Pamela. Ada apa antara kau dengan dia?”
“Ada
apa ya?” Raiqal ulang semula soalan Raina tu dengan gelak panjang. Teringatkan
si gadis yang ramah tahap tak terkata tu. Gila killer punya soalan. Nak ada apa
sangat aku dengan dia? Heh, takkan punya. Tapi... “Kejap, kejap. Nash, Nash
mana ni?”
Raina
julingkan mata sendiri. “Jangan sebab kau terlalu aktif dengan seni silat
gayong tu, sampai kau lupa PSSGN tu ada presiden.”
“Oh...
presiden tu, Daniel?”
“Tidak
syak lagi.”
“Alah...
Cha jangan nak heran sangatlah dengan Daniel tu. Dia tu memang, macam tak biasa
dengan keramahan Pamela tu. Dah sekarang ni pun dengar-dengar dia tengah usha
budak tu, tu yang jealous semacam jadinya kut.” Raiqal menjawab ala-kadar.
“Gaya
cakap macam kau tu dah bertahun-tahun kat sini kan? Gaya macam kau lebih kenal dia dari aku pulak.”
“Huargh...”
Raiqal menguap sebelum bangun menggeliat. Dari ekor mata dia perasan yang Raina
sedang menjeling, tapi sengaja dibuat dek. Tak ada apa yang nak diberi
perhatian sangat sebenarnya.
“Nak
pergi mana?”
“Bersiap,
Maghrib kat masjid. Join?”
Raina
menggeleng. “Tak kut. Aku solat kat rumah je. Fira nak datang malam ni.”
Raiqal
cuma mengangguk. Kalau Raina tak ikut ke masjid pun dia tak risau sangat
sebenarnya. Setakat yang dia tengok selama ni, tiang lima waktu Cha tu cukup
je. Tapi, bab kepala yang dibiar tak bertutup berjalan ke sana ke mari tu yang
dia geram. Dah 21 tahun, takkan nak kena ada orang sebutkan face to face lagi
tentang aurat segala ni?
Masa pertama
kali Cha datang ke Kelantan dulu, terkejutlah jugak dia dan mama melihatkan
selambanya muka dia di tangga rumah dengan rambut terbuai-buai ditiup angin tu.
Tapi, mengenangkan tempoh masa mereka berpisah itu yang membuatkan dia dan mama
teragak-agak untuk menegur. Terasa masing-masing macam orang asing lagi.
Sekarang ni... walaupun rasa canggung tu masih bersisa, tapi nak bergurau
berseloroh bertepuk bertampar tu no hal punya. Jadi, kenapa tidak dia sendiri
aje yang menegur? Kenapa perlu tunggu mama?
Heh,
aku dah cuba kot, tapi dia yang buat don’t know! Putusnya menyedapkan hati
sebelum menghilang ke dalam bilik.
====================================> peace, jangan lupa komen ye. =) enjoy reading.
best...
ReplyDeletebest..tp awat rs ckt sgt....nk lg!!!!!
ReplyDeleteSyahira_Ira
NurAtiZa, hehe.. thnx. =)
ReplyDeleteSyahira_Ira, hehe.. keep waiting dear. ;->