Perlahan tombol
pintu bilik itu dipulas dan bila dia menapak masuk ke dalam, sekujur tubuh yang
terlentang di atas katil menjadi santapan matanya. Rafizi tergeleng kecil.
Patutlah ketuk pintu macam macam nak pecah pun tak ada respon, letih sangat
gamaknya. Tak peliklah kalau Raiq letih terlentang sampai macam ni pun, nak
tunggang motor dari rumah sewa ke sini bukan takat lima belas minit, mahu dekat
dua jam! Ini pulak dengan ada pembonceng di belakang tu, mahu tak lelah. Cha
pulak kalau membonceng bukan tahu nak volunteer diri menunggang, dia pulak yang
tersengguk-sengguk di belakang.
Untuk seketika dia
cuma tegak di sisi katil itu, merenung dalam wajah anak muda di depannya itu.
Dari rambut pendek yang halus jatuh ke mata yang masih nampak redup walau dalam
keadaan terpejam. Dia tersenyum kecil. Mata Raiq persis mata Ada. Berbalas
pandang dengan Raiq selalu membuat rindunya pada wanita yang melahirkan anak
muda itu makin membuak-buak. Sejak kecil, memang mata itulah yang selalu
menjadi perhatian bila ada yang memandang wajah Raiqal. Mata redup seredup pandangan Adawiyah. Pastilah, ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi, bukan?
Tiba-tiba kepala
Raiqal bergerak membetulkan posisi. “Haa... dah, dah. Dia baik dekat Raiq, baik
sangat,” gumamnya tak berbutir. Lagak macam sedang bercakap dengan seseorang.
Mengigau.
Rafizi tersenyum
lucu. Tak berubah lagi rupanya. Melekat sampai ke besar penyakit mengigau dia
tu. Raiq... Raiq... tangannya naik mengusap rambut halus Raiqal.
Hero Papa dah
besar.
Hero Papa dah jadi
anak teruna!
Rasa cepat sangat
jarum jam berputar. Papa teringin nak tengok Raiq pakai baju sekolah, Papa
rindu nak bacakan Raiq buku cerita, Papa rindu!
Bunyi dendangan
suara mat saleh menyanyi merencatkan lamunannya. Telefon Raiqal di atas meja lampu tidur dicapai.
Abang Rifqi.
Tertera nama itu
di skrin telefon. Lantas punat hijau ditekan. “Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,
Raiq. Kakak Cha ada kat rumah tak?”
Kening Rafizi
bertaut. Kakak Cha? ‘Abang Rifqi’ menelefon Raiq demi mencari ‘Kakak Cha’? Bakal
menantu ke apa ni. “Siapa ni?”
“Hai, tak kenal
pulak?”
Makin berkerut
kening Rafizi. Dah terang-terang bukan suara Raiqal yang menjawab pun masih nak
buat kami-kenal-rapat ke apa? “Sia...”
“Come on Raiq,
Abang Rif ni. Stop kidding. Kakak Cha ada kat rumah tak?”
Rafizi menghela
nafas panjang. “Ada, kat luar. Tengah siapkan nasi. Kenapa?” Dia ikut rentak.
“Budak tu pun, ada
telefon dioffkan. Tolong pass phone ni kasi dia kejap boleh?”
“Kenapa? Ada nak
pesan apa-apa ke?”
“Tak ada... tadi
abang ingat nak ajak Cha dengan Raiq datang rumah, mama abang buat majlis doa
selamat sikit. Tapi dah telefon dia matikan, call Raiq banyak kali pun tak
dapat. Majlis tu go on ajelah.”
“So?”
“Er...” Rifqi
sengih di hujung sana. “Saja, nak membebel sikit.”
Wow. Rafizi
tersenyum kecil. Bunga milik dia dan Adawiyah ini sudah ada kumbang yang
berhajat nak petik rupanya. “Nantilah, pak cik suruh dia charge telefon dia tu.
Sekarang ni time kami makan,”
“Er...” Rifqi
terkial-kial. Baru perasan dengan suara yang berlainan di corong telefon.“Ni...
pak cik, Papa Cha ke?”
“Exactly.”
“Astaghfirullah...
sorry pak cik, sorry. Ingatkan Raiq tadi. It’s okay, nanti saya call dia
esok-esoklah.”
Dari senyum lucu
bertukar senyum sinis. Rafizi tahan gelak. “Ni baru habis majlis la ni?”
“Dah dekat sejam
jugak majlis tu habis. Masa ni baru sempat rehat sikit, tu yang call ni. Ingat
nak call Cha, tapi selalu suara perempuan lain yang jawab. Fed up dah dengar.”
“Perempuan mana?”
Rafizi pelik.
“This is the
voice-mail box...”
“Lah.” Rafizi
tertawa. “Ada-ada aje kamu ni. Tak apalah, nanti kejap lagi pak cik suruh dia
call kamu sendiri. Ada apa-apa lagi?”
“Kalau boleh tahu,
Raiq ke mana pak cik?”
“Oh, ada ni.
Tengah tidur. Nak bercakap dengan dia?”
Rifqi
terangguk-angguk. Krisis anak-beranak dah settle ke? Alhamdulillah! “Thanks,
but no thanks. Tak apalah kalau macam tu, maaf ganggu pak cik ya.”
“No biggie.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tutt. Talian
tamat. Telefon tadi diletakkan semula di tempat asal. Pandangan dilemparkan
semula ke wajah Raiqal. Dan bila tangan sekali lagi naik nak membangunkan
Raiqal, skrin telefon tadi bernyala lagi. Fokusnya beralih lagi. Tapi kali ini,
melihat nama yang terpampang di skrin telefon, dia jadi pegun.
Mama!
Lama berdering,
akhirnya panggilan itu mati dengan sendiri. Baru Rafizi nak menarik nafas
kelegaan, deringan itu berbunyi lagi. Kali ini laju dia menekan punat hijau
pada telefon si anak.
“Assalamualaikum,
Raiq,”
Salam itu dijawab
dalam hati.
“Hello? Raiq...
Mama ni,”
Masih diam. Cuma
nafasnya yang turun-naik tak menentu. Suara ini... sungguh, dia rindu!
“Raiq? Are you
there?”
Allahuakbar.
Rafizi terduduk dengan telefon masih melekap di telinga. Berharap agar suara
itu tetap berbunyi walaupun tak ada balasan dari ‘Raiq’ di sini. Air mata yang
tadinya cuma bergenang di tubir mata kini mula nak mengalir. Dibiarkan saja.
“Apa kenalah pulak
budak bertuah ni...” itu kata-kata terakhir yang sempat dia dengar sebelum
akhirnya talian itu diputuskan. Adawiyah membebel. Bebelan yang terasa merdu di
telinganya.
“Pa, Raiq mana?”
tanya Raina pelik bila melihat dia keluar dari bilik itu tanpa Raiqal.
Rafizi menggeleng
sekali. “Dia letih sangat tu, tak usah ganggulah. Kita makan dulu. Nanti
simpanlah bahagian dia tu,” putusnya senang. Hakikatnya, Raiqal memang letih.
Tak usah kacaulah. Papa tak mampu nak bendung rasa bersalah dalam hati ni bila
tengok mata redup dia tu. Mata redup persis Mama Cha, bidadari hidup Papa suatu
masa dulu. Dan sampai sekarang pun, dia bidadari dalam hati Papa.
what happen between mama n papa cha n raiq ni. klu dah sayang knp bpisah???
ReplyDeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteLame dah x bukak blog,time bukak terus cari blog adik dulu....
Nak bace kisah cha,raiq,rifqi n daniel....hope dapat bace sambungannya lagi....
Ivoryginger, terjawab dalam bab 21 dah. hehe. maaf lambat balas. peace.
ReplyDeleteNurAtiZa, ^___^ time kasih atas sokongan kak. huhu. makin buat saya rajin nak mengapdet...