Aku Mahu Hanya Kamu 5

by 5:05 AM 1 komen

Bab 5
            Solehah bersila di atas lantai sambil tangannya dilarikan ke atas keyboard laptop yang terpasang di atas meja kopi yang turut berterabur dengan kertas-kertas assignment. Sesekali badan disandar pada sofa di belakangnya. Lenguh!

            “Leh! Buat apa?” Firdaus muncul membawa mug Milo.

            Solehah mengalih sebentar pandangan matanya dari laptop dan earphone di telinga dicabut. “Weekend macam ni memang tak de kerja lain la Long dari menghadap semua benda ni. Lecturer tu bukan reti bagi rehat.”

            Firdaus duduk di atas sofa. Mug di tangan diletakkan di depan adiknya. Bila O-leh balik sini tiap-tiap hujung minggu ni, memang itu aje lah yag dirungut. Letih. Letih. Tak ada benda lain yang keluar dari mulut.

“Adat menuntut Leh, dah nak jadi mahasiswi, kalau bukan benda ni semua apa lagi yang nak dilayan. Time-time macam ni merungut la, tapi nanti dah lepas zaman ni karang, baru rasa rindu. Rasa macam nak naik mesin masa doraemon tu… meja berterabur… mug Radix… mata bengkak…”
            
 Solehah mengukir senyum. Ada guna jugak Abah suruh Along bukak bengkel kat sini, sebelum ni dia tak tahu pun Along dia ni caring… ada bakat jadi motivator. “tak ke bengkel?”

            “Orang kerja pun tau letih Leh. Weekend, mesti la rehat. Alam ni dah tak sama dengan alam awak tu…” Solehah cuma menggeliat tak membalas. “Kalau ada orang cari Along, cakap Along tengah mandi.”

            “Siapa?” mata dikecilkan.

            “Member. Dia selalu datang sini tengok Along sobek ‘tupai’.” Dia berlalu menuju ke bilik.

            “Oh,” Solehah mengangguk. Along ni tak kira tempat dia ada kawan. Merata. Kadang-kadang berbual setengah jam pun dah boleh dikira kawan. Ingat tak risau ke bila Along sebut ‘kawan’. Along bukan boleh agak, kalau boleh semua nak dibuat kawan. Kontra sangat dengan aku. Baru-baru ni pun dah ada orang bukan-bukan yang lepak kat bengkel. Macam aku tak tau… dah berapa kali nampak. Along pulak buat muka tak senang. Kalau tak suka, halau je la. Takkan tu pun susah?

            Tak sampai sepuluh minit Firdaus menghilang ke bilik, bunyi hon motosikal di luar rumah menyentakkan dia. Segera tudungnya disarung ke kepala lalu keluar menjenguk. “Along mandi!” laungnya dari luar sebelum membuka pintu. Mahu terbeliak matanya bila melihatkan gerangan di luar rumah. “Woi! Kau sesat ke?”

            Reaksi yang sama juga dari Cairo. “La… yang kau tu buat apa kat sini? Aku datang nak berguru dengan mentor aku. Pidaos ada?”

            “Pidaos?” kepala yang tak gatal digaru. “Oh! Along tengah mandi.”

            “Along? O… got it. Siblings?”

            Solehah mengiakan. Tanpa diajak dia turun ke laman. “Tak main basket?” ujarnya mula berbual. Lepaskan boring seharian menghadap kertas aje.

            “Tak, kapten malas hari ni.”

            “Malas…” Solehah mengomel sendirian. “Apasal kau tak ajak dia sekali? Aku boring ar… asyik dok menghadap kertas-kertas A4 tu je… kalau kertas tu ada mata pun dia cakap benda sama. Asyik muka aku je, naik loya tekaknya.”

“Korang ni asyik dok berkepit aje. Nanti awek nak tackle si Acap pun tak berani. Kau pulak jadi Andalusia… memang padan la sangat.”

Solehah tergelak, “Andalusia? Agak la wei, kita kat sini pun baru nak masuk setahun. Umur aku ni belum capai tahap beranak cucu lagi.”

“Orang cakap ni degil.”

“O-leh?”

Solehah tersengih. Macam kenal je suara tu… aura hulk detected.

“Kenapa dok sini? Tak manis jiran-jiran tengok. Kalau dengan lelaki ringan aje mulut nak bertegurnya… ”

Solehah berdiri dari kerusi batu. “Along tak cakap pun Cairo kawan Along?”

“Dah tak tanya.” Firdaus jawab acuh tak acuh sebelum memandang mereka silih berganti. “Korang kenal ke?”

“Mm… roommate Acap.” Solehah menjawab..

“Oo…” Firdaus mengangguk-angguk. “Tak cakap awal-awal… dah-dah! Kenal pun bukan lesen lepak macam ni. Pergi naik, tadi cakap assignment bertimbun.”

“Ye la…” Solehah mencebik. Firdaus mengalih pandangnya pada Cairo, “Jom pergi bengkel. Aku jumpa skill baru.”
            #                                             #                                             #

Segala tindak-tanduk Firdaus diperhati penuh minat. Diperhati tangan firdaus yang tak pernah diam, ada saja alat yang dicapainya. Fuh~ memang bikin aku tabik spring la… Cuma hari ni, focus Firdaus jelas bercelaru. Tangan memang ligat, tapi fikirannya, kalau guna bahasa sastera: macam di awangan.

Tiba-tiba Firdaus menghulurkan tangannya, isyarat meminta sesuatu. “screw driver.” Cairo menghulur. Firdaus menggeleng-geleng, “spanar.” Cairo menukar screw driver dengan spanar. Sekali lagi Firdaus menggeleng, “stapler, cutter… gunting.”

“Ha??” Cairo buat muka kelam. Ditenungnya Firdaus yang mula mengeluh. “kau kenapa weh?”

“Tolong jaga adik aku?”

“Ha??” tambah kelam wajahnya.

Untuk ke sekian kalinya, Firdaus menggeleng-geleng. “Aku risau ar. Ingat tak aku bagitau kes Mazlan kaki kuda tu?”

Mazlan kaki kuda? Cairo memaksa otaknya bertugas. Mazlan kaki… “Oh! Kenapa dengan dia?”

 “sekarang diorang makin acap datang lepak sini. Macam port diorang pulak… Aku nak warning, takut diapa-apakan O-leh tu.”

Cairo mengangguk faham. “Report je la. Kalau tukang edar jangan dibuat main. Karang hilang anggota badan, tak cukup sifat kau.”

“Report…” Firdaus tergelak. “Report kat siapa? Polis maksud kau?”

Cairo angkat bahu. Tahu dengan rasa jengkel Firdaus pada polis. Dah nama pun pelawat tegar kandang besi, mahunya tak anti dengan polis. “Tak semua polis macam tu weh…”

Firdaus tak mengangguk. Menggeleng pun tidak. Tapi tengok dari gaya, Cairo tahu yang report polis tu benda last yang akan ada dalam kepala Firdaus.

“Aku tak rapat sangat dengan O-leh. Nanti aku tak nak la dia judge aku bukan-bukan kalau musuh-musuh aku tu kacau dia. Kalau kat luar, tolong ar tengok-tengokkan dia ek? Aku kenal kau dengan Acap tu je member dia. Lain la kalau aku kenal pak we dia… tapi rasanya tak de.”

Cairo garu kepala. Bila mentornya dah mula keluarkan aura abang caring, susah! “Aku, jaga dia?” Cairo buat gaya orang sadis. “Tengok la macam mana…”

ps: heheh! klau igt lagi kat mamat nis emua,..maybe korag tau la mana yg da edit. byk yg kucar yg dulu tuh! have fun!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: