Review: Sweet Sour By Nasz

by 7:28 AM 2 komen



AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
=========================================
Both image and sinopsis belakang buku tu... kredit to fiqa pasal dua-dua aku korek kat blog dia. Heh. Aku tak rajin sangat nak taip balik tu. Hehe. Asalnya aku copy sinopsis belakang novel tu kat blog NI je, blog penulis dia sendiri... tapi since gambar novel tu pulak tak ada, so aku rembat kat blog fiqa tu terus. 
==Aku baik kan==
=========================================
Komen aku? 
Siyes. Aku komen ni bukan sebagai penulis e-novel ke sebagai juri ke apa... just as a 'readers' novel. Okeh? Reader novel yang tegar. Waceh! Tegar la sangat... haha!
Tapi siyes ar... novel ni cabar emosi aku. Main emo aku baca novel nih! 

Admit la, mula-mula baca tu agak boring sbab banyak dia cerita zaman dulu-dulu2. Tapi actually karya Kak Nasz (Kak or not, aku x sure) tak boleh baca kalau nak main skip je. Banyak isi penting dalam banyak-banyak ayat dia tu.
Tak percaya?
Cuba korang skip sikit 2-3 perenggan dalam novel tu... mesti korang takkan sedar yang jarak bab-bab awal dengan plot perkembangan kisah lia-zarul-Joe ni dah berselang 5 tahun. Aku pun pejam-celik-pejam-celik je bila terbaca satu ayat yang cakap "lima tahu lepas" tu. Macam tak sangka memory Lia-Zarul yang tersangat sweet tu dah berlalu lima tahun... sob sob. Masa tu memang aku sayu la... aku ni memang jenis mudah nak leleh kalau mengenang masa lalu ni. Orang kata memory is sweet! Heh!

And maybe korang juga tak tahu yang Zarul ni dulu pernah accident, yang mana accident tu menyebabkan dia fobia untuk drive. Nasz tulis statement tu gaya bercerita sempi-sempoi je... gaya nak cerita panjangkan cerita and tarik minat pembaca. Sampai aku pun tak sedar benda tu jadi isi penting dalam plot konflik cerita.

Kan? Kalau korang baca novel ni. Mesti korang akan angguk. So baik korang beli. Heh.

Dalam novel ni... Hurm. How can I explain. Dalam mind aku sekarang dok cakap yang Sweet Sour ni macam combinatio 3 novel. U know what I mean? Maksud aku, dalam penceritaan, gaya bahasa yang dia guna, and apa yang nak disampaikan through novel tu. Tiga elemen tu macam datang dari tiga sudut berbeza dalam novel ni.

Biasanya kalau novel yang bahasanya sempoi dan tersangatlah sempoi macam novel ni, jalan cerita dia pun ringan je. Just datar tapi interesting. Menarik minat reades. Tapi Sweet Sour ni lainlah. Jalan cerita dia memang superb sampai aku tak tahu macam mana nak buat sinopsis yangs sebenar-benarnya kat sini. Heh!

Kat komen blog dia... ada yang komen yang nilai dia tak murni. I mean... abang yang buat adik macam tu demi perempuan segala apa tuh.... Aku rasa, kalau take that as benda yang betul-betul jadi zaman ni, okey jeh. 

Kan?

Takkan nak memanjang novel yang abang-adik sweet gila. Hero baik gila tak ada cacat cela. Tu tak ada seni namanya. Kita baca novel ni bukan sekadar nak berimaginasi je... paling kurang masa kita 
dok sengih sesorang angaukan hero tu, ada jugak yang masuk dalam hati. Menerap ke jiwa.

Tapi kalau komen yang komen perangai Lia tu... 
sikit sebanyak aku sokong. Lia tu agak 'kureng' la kalau tengok pendirian dia. Sanggup menikah sedangkan tak ada matlamat. Gadaikan suami demi kawan. Heh!

Mula-mula aku baca, bab-bab awal I mean, ingatkan ni jenis cerita remaja. I mean, tak terlintas langsung pasal husband-wife segala ni. Tapi rupa-rupanya tak sampai tengah novel dorang kawin and alam berumah-tangga tu start. 

And satu lagi... hehe. A bit kecewa la sebab aku ingat novel ni dia tak cerita pasal hero rumah besar kereta besar, tapi rupa-rupanya Joe and Zarul tu dua-dua anak Tan Sri. Tapi tak kisah ar... pasal Kak Nasz tak paksa aku berimaginasi hidup alam kaya-raya yang seksa jiwa aku bila nak berangan tu. Hehe. Walaupun diorang anak Tan Sri, tapi gaya sempoi. Hehe. Diulangi, SEMPOI. Bukan kata "walaupun kedua-dua mereka kaya, mereka langsung tak meninggi diri." Tak. Sebab kadang-kadang gaya Zarul tu buat aku lupa yang dia anak Tan Sri. 

Lia ~ Heroin cite ni la. Dalam versi aku. Aku baca pun suka, dengan gaya bahasa sempoi tu, dia pakai 'aku' pulak. Dapat rasa yang aku kat alam Lia tu. 

Zarul ~ Dia ni bestfriend Lia. Serus. Sweet gila dua budak ni. Bercakap pun orang-dia-orang-dia. Dulu aku pernah tulis cerita pakai bahasa ni auw, sebab aku pun bercakap dengan member semua main orang-dia je. Ada la dalam dua tiga bab jugak sempat aku pakai bahasa ni, last-last aku bukan chapter awal and set balik bahasa dia. Rasa tak kena! Heh. Tapi tak sangka Kak Nasz pakai ni keh je. Malah nampak tersangat sweet dalam versi sempoi. SEMPOI lagi.

Tapi Zarul ni agak immatured la... ada ke patut anak Lia dengan Joe dia cakap nak letak nama Azarul Hani. 

SORRY! Baris atas tu memang betul, tapi aku tulis tu bukan dalam kerelaan okeh. Hehe. Aku tak ada niat nak kutuk dia... dia hero aku! Hehe.
Joe ~ Mamat ni memanglah. Aku baca cerita dia, kadang-kadang teringat abang aku. Heh. Aku tak maksudkan bab player and bajet semua orang ingat muka dia tu as persamaan... tapi tang buat benda ikut rasa tu memang bikin aku teringat.
Sebab tu la aku cakap wujud orang macam ni. Jagan nak expect mamat jenis baik-baik je... nanti aku tak tahu nak bandingkan denga siapa pulak kalau herona baik sangat. Classmates aku tak ada rasanya jenis stok perfect 10. Haha!
Masa aku baca novel ni, kadang-kadang aku sendiri tak paham apa yang aku harap jadi kat ending. Kadang-kadang aku rasa nak hempuk-hempuk si Joe yang jahat tu... tapi kadang-kadang aku rasa nak ganyang-gayang si Zarul yang tak tetap pendirian tu pulak. Poyo. 

Tapi bila fikir balik...

Watak Joe tu memang unik apa. Walaupun yes, dia selfish sebab sanggup guna taktik kotor demi mendapatkan Lia, tapi macam aku cakap... aku pun tak suka kalau Kak Nasz cite pasal mamat baik-baik je selalu. Boring!

Dan si Zarul pulak... logik la dia buat gaya lalok lagu tu. Dia bukan tak tetap pendirian, dan tak jugak pengecut. Dia bukan "tak buat sebab Joe tak bagi", tapi dia tak buat sesuatu tu sebab Joe akan buat something yang lagi teruk dan dia tak nak benda tu berlaku. Zarul sayang Lia. Atau lagi senang, Zarul sayang 'aku'. Hehe.

Sekarang ni apa yang aku rasa... rugi. Rugi sebab pinjam novel ni dengan kawan baru baca. PINJAM and not beli. Nak hantar esok pun rasa menggigil tangan, sayang! Heeeee..... Aku memang jarang sangat beli novel sekarang, sebab biasanya sebelum beli aku tengok dulu penulis dia and karya terdahulu the writer. Tapi novel ni spontan je kawan aku offer aku baca lepas ujian bulan March ni, nak release tension kononya. Tak sangka, memang ganggu waktu aku. Main emosi. Tiap masa aku terbayang-bayang ketiga-tiga watak ni. Heh.!

p/s: Aku ni jenis yang susah ingat muka orang jugak sebenarnya. So ada chance tak Joe nak cari aku kat alam real? Heh. Bestnya....

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. hye mimi..meh kita salam smbil laga2 pipi..huhu..wahhh..tocey sbb review ss ku..rsa sgt terharuss..sob..sobbb..

    ReplyDelete
  2. waceh,,,gimmick r kak nasz. haha bikinku tersipu malu. heee...

    ReplyDelete