Aku Mahu Hanya Kamu 17

by 12:46 PM 2 komen

 Solehah menyandarkan badan di kepala katil. Holy Quran dikucup syahdu lantas diletak di atas meja kecil di sebelah. Tiga hari demam, tiga hari jugaklah kerjanya tanam anggur je. Nak buat kerja pun tak boleh, asyik kena halang dengan keluaga angkat yang caring overboard.

Time-time macam ni, mula la nak mengenang masa lalu. Teringat perbualan tiga hari lepas, masa dinner. Betul ke aku berubah? And just because of Izzat? Satu keluhan kecil dilepaskan. Tak tau. Kalau betul, kenapa? Kes peluk-memeluk?

 Okey. Mungkin, Izzat masih marah... Tapi kalau marah kenapa tak cakap?

 Tapi kalau cakap pun apa kau boleh buat Leh?

Geleng lagi. Tak tau. Lepas tiga bulan tiga hari berlalu, hati jadi semakin tenang. Walaupun tidak seoang pun selain dia dan Amir yang tahu tentang hal tu, tapi sikap memahami yang ada dalam diri orang sekeliling buatkan dia lebih tenang. Dengan nasihat dari Nurul dan Auni, dengan layanan family angkat ni, dengan bacaan Quran. Walaupun tak secara terus-terang, tapi nasihat diorang memang menenangkan. Kes peluk dah bukan isu, tapi yang bab mimpi tu rasa macam tak boleh lupa. Kenapa la boleh tahap mimpi benda macam tu? Tak patut...

“Kak O-leh!”

 Kenapa Izzat dah lama tak datang? Marah ke? Memang logik la. siapa tak marah? Mesti la dia harap wife dia jadi insan pertama yang peluk, ni tak... memecah tradisi.

“Kak O-leh!”

Uh? Dia menoleh. Ni lagi satu... kalau orang lain membuatkan dia jadi tenang, tapi sikap Noriez, terbalik!

Noriez menghampiri dengan wajah blur. “Ni,” dia menghulurkan M.a.i.d, karya Suri Ryana. “Abang beli. Hilangkan boring. And dia cakap sorry, Kak O-leh tak boleh ikut pergi pilih barang hantaran. Abang tak boleh tunggu, banyak yang tak siap.”

Solehah merenung wajah di depannya. Lepas dinner malam tu Noriez langsung tak tegur dia... maybe kecil hati. Tangan Noriez dicapai sebelum sempat Noriez melangkah keluar.

Noriez menoleh, “Kak O-leh lapar ke? Nanti Noriez siapkan nasi.”

Obviously, Oyiez marah. Dia cuma bahasakan diri ‘Noriez’ dengan orang luar. Kalau tak pun, cuma masa marah dia bahasakan diri macam tu. “Oyiez marah Kak O-leh?”

Noriez tergelak halus. Gelak hipokrit. “buat apa Noriez nak marah Kak O-leh, tu kan rumah Akak. Ni cuma rumah sewa kan... bila dah rasa boring senang-senang je la Akak boleh pindah. Kan?”

Solehah pasang muka sebelas, cuba sembunyikan riak kecil hati dengan kata-kata Noriez. “Kak O-leh tak cakap pun kenapa, Oyiez dah cakap pasal pindah. Means betul la Oyiez marah kan?”

Noriez diam tak menjawab.

“Oyiez tak sayang Kak O-leh?”

Sekali lagi Noriez senyum sinis. “buat apa Noriez nak sayang orang yang tak sayang Noriez? Kak O-leh pernah cakap dulu kan?”

Noriez sebak. Dulu masa mula-mula Kak O-leh stay sini, selalu je dia tidur sekatil dengan Solehah. Dan Solehah selalu bagi nasihat macam tu. Masa tu happy sangat, sebab seumur hidup tak pernah ada peneman tidur. Masa kecik boleh la dengan Farhan, dengan Umi. Tapi bila dah besar panjang macam ni, siapa tak malu nak buat perangai budak macam tu? Anak-anak ayah pun tak rapat dengan mereka adik-beradik.

“Kak O-leh kan sayang dengan kawan-kawan Akak. Noriez ni siapa? Kalau Noriez nak berasa ada kakak pun, kena la tunggu abang kahwin dengan Kak Piya. Nak menumpang kasih orang bukan senang.” Balasnya sebelum putarkan tubuh, nak berlalu. Tapi tangannya masih dalam genggaman Solehah, “my hand please?”

“Oops,” tanpa paksaan Solehah merungkaikan pegangan dan Noriez terus berlalu.

Solehah tersenyum hambar menghantar langkah gadis manja itu. “kalau Kak O-leh ada adik mesti ada orang yang boleh faham Akak kan? Tak payah susah-susah mintak simpati orang.”

Langkah Noriez mati di muka pintu.

Solehah dah mengiring dengan mata terpejam membelakanginya. “Adik sendiri pun nak cari kakak lain, then ada fungsi ke Kak O-leh kat sini? Adik sendiri pun tak boleh paham akak.” Kalau Angah ada, mesti Angah paham. I  need friends. Tapi bila aku ada adik yang in the same time boleh jadi kawan, macam ni pulak jadinya. Yes. We weren’t sisters by birth but we knew from the starts that we born to be sisters.

Matanya dipejam rapat sebelum tiba-tiba terasa bahunya dipeluk dari belakang. Pantas dia menoleh.

“Oyiez sayangkan Kak O-leh. Kak O-leh tak payah la pindah... nanti Oyiez tak de kakak. Tak de yang nak bagi Oyiez nasihat. Tak de orang yang nak teman Oyiez tidur.” Noriez menangis, lupa diri yang dah lepas usia SPM. Do i care? Kat sekolah pun aku tak malu bila cakap ada orang teman aku tidur. Malah bangga! Aku ada sis.

Solehah membetulkan badannya. Terharu. Sebelum ni bila Angah peluk macam tu masa nak balik U ke apa, aku mengelak. Malu. Tapi sekarang... adik. Jangan la lepas ni hubungan aku dengan Noriez pun renggang, macam aku dengan Nurul dan Auni. Ingat saat dia nak berpindah stay dengan Along dulu, mau je meleleh. Tapi sekarang, kau-kau, aku-aku.

“Ni apa gaya 17 tahun berubah jadi tujuh tahun ni? Kalau Oyiez adik akak, mesti Oyiez paham perasaan Kak O-leh. I love them. Don’t wanna lost them.”

“Habis Kak O-leh tak sayang Oyiez?”

 “I love all of you. Akak sayang diorang sebab diorang girls yang sudi jadi kawan kak O-leh. And sayang Oyiez sebab Oyiez satu-satunya adik Kak O-leh yang understanding. Tapi Oyiez kena paham Kak O-leh, Kak O-leh memang tak wajib keluar, tapi Kak O-leh dah serik hidup lima tahun kat sekolah dulu tanpa kawan. Sunyinya Oyiez tak tau macam mana rasanya.”

Noriez sengih tiba-tiba. “Lagi?”

“Lagi?” Solehah buat muka kelam, tak faham.

“Tak sayang Abang Amir?”

“Sayang...” Solehah senyum tawar, walaupun muka dah membahang. “Sayang sebab dia orang first yang cabar Kak O-leh guna cara tu, and akak berjaya sahut cabaran tu.”

“Sebab tu je?”

“Dah la,” Solehah memalingkan muka. “Akak nak tidur.”

Noriez ketawa kuat, air mata di pipi makin kering. “Now you’re blushing my sis...”

“Akak nak tidur la Yiez...” Solehah berdalih bosan.

“Okey,” Noriez mengeratkan pelukan. “Kak O-leh...” dia tersengih nak membodek. Teringat pebualan dengan kawan-kawan masa lepas exam beberapa hari lalu.

“Ni apa lagi ni... lain macam je”

 “Oyiez suka la tengok rak buku tu. Cantik. Tersusun kemas je...”

Pandangan Solehah dilempar ke rak buku yang ditunjuk. Patut la...

“Kat sekolah, kawan-kawan semua tengah hot bercakap pasal novel. Nak pass novel yang ada. Oyiez sorang je la yang tak join, Oyiez kan baru je minat semua ni... tu pun kena virus Kak O-leh. So tak banyak sangat la koleksi.”

And then?” sengaja Solehah buat muka tak mengerti.

Noriez sengih lebar ke telinga. “Boleh la...”

“Oyiez boleh harap ke diorang tu? Tak takut jadi benda lain nanti? Koyak ke hilang ke... semua tu tak pernah berganti tau? Tak pernah satu pun hilang.”

“Yang tu jangan risau. Oyiez bagi yang Oyiez rapat-rapat je. Boleh bagi kepercayaan hundred percent.

Okay then.” Solehah mengangkat bahu.

Oooh yeah! Kak O-leh memang terbaik. Terus Noriez bangun menuju ke rak buku di suatu sudut bilik tamu itu. ‘Readers list’ buku pertama yang dicapai, kemudian satu per satu novel dipilih dengan mulut menyebut-nyebut judul menarik. “Saat Cinta Bersemi... 9 Nyawa... KVC... Ibu Yang Kusayang... Plain Jane... Salina... wah class la akak.  A. Samad Said pun ada jugak. Memang boleh buat library la Kak O-leh.”

“Best apa Salina tu, cerita pasal kehidupan sebenar. Kalau kita jadi Salina, memang tak sangka la dari keluarga baik-baik boleh end up dengan Fakar tu. Gara-gara perang. Kita ni tak tau lagi apa jadi masa depan.”

Noriez tak membalas. Khusyuk membelek novel.

“Yang Oyiez sibuk survey novel ni exam dah habis ke?”

“Dah...” ala-kadar dia menjawab. “Esok last day student form 5 kat sekolah. Saja jumpa. Masa tu la nak passing...”

Then bila nak pulangkan?” mula terbentuk kerutan di dahi Solehah.

“Dua tiga hari lepas tu. Bukannya jauh pun... okay, beres.” Noriez berlalu. “Oops!” kepala terjengul kembali, “lupa nak cakap, Abang dah inform diorang, cakap Kak O-leh demam.”

Hisy. Orang dah cakap tak payah... bukannya demam panas sampai nak inform segala lagi. Pantas tudung di sisi katil dicapai lalu dia bangun mengheret kaki ke ruang tamu dengan badan masih dibaluti toto. Lebih selesa orang bertamu di ruang tamu dari bilik tidur. Yang bertamu tu bukannya dari kaum sejantina semuanya. Tersesat jugak yang jenis dari kromosom XY.
=======================
Amir melempar pandangan ke atas meja yang berselerak dengan kertas-kertas kerja yang disiapkan  setiausahanya, Ana. Projek-projek yang diarahkan papanya sebelum berangkat ke Hong Kong minggu lepas memang bertimbun, tapi satu pun haram  nak siap. Pergi site pun sebulan sekali. Nasib baik la papa tak bagi projek mega punya. Macam mana la boleh jadi arkitek tetap kalau buat perangai macam ni. Kusut. Betul-betul kusut.

Dah tiga bulan tak ke rumah Mak Long, tiga bulan juga la kerja pejabat jadi terbengkalai. Fikiran kini cuma pada gadis itu, betapa rindu untuk menatap wajah innocent itu. Tapi takut. Menyesal tak sudah lepas hantar Solehah pulang dulu. Tu nasib baik tak diikutnya permintaan Solehah yang kurang waras tu, tak nak balik. Kalau tak, entah apa yang jadi. Pengsan dulu pun sampai main CPR segala. Salah sendiri jugak. Terlalu ikut arus zaman, sampai terikut-ikut cara ‘buktikan cinta’ yang nonsense tu. 

Lamunan berkecai bila Nokia E72 di atas meja berdering. “hello...’ dia menjawab malas bila nama sepupu, sahabat paling rapat yang tertera di skrin. “mm... kenapa dengan dia? Gaduh? Tak de la... aku sibuk sikit. Nanti-nanti aku singgah la... jangan nak menyibuk sangat. apa..” tambah bosan suaranya. Tapi tiba-tiba suara nak-tak-nak berubah serius. Punggung terangkat dari kerusi. “what? Demam? Bila? And baru sekarang kau inform aku? Betul kau berjasa. Setengah jam lagi aku sampai.”

Habis bercakap, terus dia keluar dari bilik pejabat tanpa membawa apa-apa kecuali handphone dan kunci CRVnya.

“Ana, saya ambik half day hari ni.” Ala-kadar dia memberitahu ana, setiausaha papanya yang kini diarahkan bertugas sementara di bawahnya.

“Tapi bos...”

I’m the boss.” Pintasnya cepat. 

Bosan asyik dok dengar bebelan sepanjang masa. Langkahnya tergesa-gesa menuju ke kereta. Sekali lagi dia menekan-nekan handphone,hello Ma... tolong buat mushroom soup. 15 minit lagi Amir sampai.”

==> slamat hari raya maap zahir batin! heheh. n3 raya xbuat lg,. gatal tgn p post n3 ni dulu. rasa mcm dah lama x share babak izzat n o-leh here,. kekeke.  heheh! gaya mcm org berderet nak baca je kalo buat n3 raya kan? kehkeh. neway, komen sikit okies? peace~~!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. Best walaupun dah baca untuk kali yang ke-2...XD

    ReplyDelete
  2. teehe. 1st post dulu xigt brenti takat brape... kena layan babak sama je la dulu. (-,-)heeh.

    ReplyDelete