Cerita Antara Kita 8

by 12:47 AM 3 komen


Hujung minggu. Dua beradik tu cuma bermalas-malasan di atas sofa di ruang tamu. Raina di sofa panjang dan Raiqal pula di sofa berbentuk L. Kaki masing-masing berlunjur melepasi sofa dan kepala masing-masing bertemu. Dari tadi  cuma menonton skrin TV yang menyiarkan cerita entah apa tu. Ingat tadi, muak menghadap assignment, boleh jugak dia melepaskan tension dengan menghadap TV. Tapi dari tadi, sinetron aje memanjang. Nak tukar ke siaran lain, kesiankan Raiqal pulak. Dari tadi khusyuk aje dia menonton sinetron Bayu Cinta Luna tu. Mulut tu tak henti-henti bagi respon pada setiap babak sinetron tu. Tugas aku, terangguk-angguk aje mengalahkan burung belatuk.

                Aku ni, kalau bab sinetron, satu-satunya sebab yang boleh buat aku terus bertahan adalah hero dan heroinnya yang tak menahan sungguh rupanya tu. Heroinnya cun-cun dengan kulit putih mulus dan mata bundar, hero pulak, mengancam! Pendek kata, semua watak dalam cerita tu, baik dari anak sampailah ke mak dan bapak, sungguh cantik menarik memang dabomb!

                “Hoit!” Raiqal tepuk tangan di depan mukanya tiba-tiba. Kuat!

                “Subhanallah!” ucap Raina spontan.

                “Amboi... melatah!” Raiqal tergelak kecil sambil cuba membetulkan baringnya. Lenguh setelah hampir sejam berbaring dalam posisi sama.

                Raina sengih. Nasiblah melatah aku ni tak keluar perkataan yang tak sedap dek telinga nak mendengarnya. Keluar subhanallah macam tadi tu, ha... kan sejuk sikit telinga mendengar. Orang yang mendengar pun free-free dapat pahala. Heh! Puas berbaring, dia bangun. Kini bersila pula di atas sofa tu. Remote controller di atas meja kaca dia capai sebelum menukar siaran televisyen.

                Menyedari mata Raiqal masih pada dia, Raina angkat kepala. “Apa hal?” tanyanya sekali.

“Tukar channel kenapa? Iklan pun tak lagi tu.”

                “Kau ni pun la... BCL pun layan.”

                “Padanlah daripada layan muka poyo Stephen Chow dengan Andy Lau tu.”

                Spontan dia kalih kepala memandang Raiqal dengan mata berapi. Hina hero aku tu! Melihat renungan tak puas hati Raina, Raiqal angkat jari telunjuk dan jari hantunya lalu didekatkan ke pipi. Buat muka comel. Raina mendengus. Dia pun pelik apa yang Raiqal tak puas hati sangat dengan artis cina serba boleh tu. Setiap malam isnin, khamis dan jumaat, bila dia tercongok depan televisyen menunggu kalau-kalau ada  cerita lakonan Stephen Chow atau Andy Lau, mesti si Raiqal akan kutuk dia kaw-kaw. Taste tak logik katanya! Aisehman!

                “Dah, bak sini remote tu.” Laju tangan Raiqal merampas semula remote controller di tangan Raina. Televisyen yang baru saja menyiarkan siaran entah apa itu ditukar semula. “Lah... dah habis dah.” Raiqal mendengus akhirnya dan Raina mencebik. Sudahnya mereka diam saja. Agak lama juga sebelum tiba-tiba Raiqal beralih posisi. Dari berbaring dia meniarap pula. Kedua-dua belah tanganya saling menindih di atas lengan sofa dan dagunya ditongkatkan di atas tangannya. Berkelip-kelip matanya memandang Raina.

                “Apanya?” soal Raina pelik. “Kalau ingat nak bodek duit baik kau bermimpi ajelah... aku sekarang ni pun tengah pokai tak ingat.”

                “Dari semalam lagi Raiq perasan ada benda yang Cha nak cakap kat Raiq. Apa dia?”

                Oh... dia perasan. Pandai. Memang dari awal hari tu lagi sebenarnya, tapi selalu tak berkesempatan. “Hari tu Nash sekat jalan aku,” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, suara ketawa Raiqal kedengaran. “Apanya?” soalnya marah.

                “Dah tu takkan nak Raiq pergi belasah diorang kot?”

                Raina mendengus. “Dengarlah dulu!”

                “Okey... okey... keep telling.”

                “Boleh kau imagine, dia tu, sebelum ni sepatah haram pun tak pernah tegur aku, kitorang ni macam...”

                “Anjing dengan kucing?” sekali lagi Raiqal memotong katanya.

                “Tak masalahnya!” Raina menjegil. “Lain kali cuba dengar apa orang nak kata dulu.”

                Raiqal sengih lagi. “Sorry.”

                “Okey, to be straightlah, dia sekat aku pasal kau. Puas hati?”

                “Pasal Raiq?” jari telunjuk Raiqal dituding ke dadanya sendiri.

                “Yep.”

                “Apa hal pulak?”

                Raina mendengus. Panjang berderet jadinya. Hala tujunya cuma satu. “Kau dengan Anderson ada apa sebenarnya?”

                Kening Raiqal nampak berkerut. “Anderson mana ni?”

                “Pamela.” Cepat Raina buat pembetulan.

                “Paaa.... mell... oh... Pamela!”

                “Haa... Pamela. Ada apa antara kau dengan dia?”

                “Ada apa ya?” Raiqal ulang semula soalan Raina tu dengan gelak panjang. Teringatkan si gadis yang ramah tahap tak terkata tu. Gila killer punya soalan. Nak ada apa sangat aku dengan dia? Heh, takkan punya. Tapi... “Kejap, kejap. Nash, Nash mana ni?”

                Raina julingkan mata sendiri. “Jangan sebab kau terlalu aktif dengan seni silat gayong tu, sampai kau lupa PSSGN tu ada presiden.”

                “Oh... presiden tu, Daniel?”

                “Tidak syak lagi.”

                “Alah... Cha jangan nak heran sangatlah dengan Daniel tu. Dia tu memang, macam tak biasa dengan keramahan Pamela tu. Dah sekarang ni pun dengar-dengar dia tengah usha budak tu, tu yang jealous semacam jadinya kut.” Raiqal menjawab ala-kadar.

                “Gaya cakap macam kau tu dah bertahun-tahun kat sini kan? Gaya macam kau lebih kenal dia dari aku pulak.”

                “Huargh...” Raiqal menguap sebelum bangun menggeliat. Dari ekor mata dia perasan yang Raina sedang menjeling, tapi sengaja dibuat dek. Tak ada apa yang nak diberi perhatian sangat sebenarnya.

                “Nak pergi mana?”

                “Bersiap, Maghrib kat masjid. Join?”

                Raina menggeleng. “Tak kut. Aku solat kat rumah je. Fira nak datang malam ni.”

                Raiqal cuma mengangguk. Kalau Raina tak ikut ke masjid pun dia tak risau sangat sebenarnya. Setakat yang dia tengok selama ni, tiang lima waktu Cha tu cukup je. Tapi, bab kepala yang dibiar tak bertutup berjalan ke sana ke mari tu yang dia geram. Dah 21 tahun, takkan nak kena ada orang sebutkan face to face lagi tentang aurat segala ni?

Masa pertama kali Cha datang ke Kelantan dulu, terkejutlah jugak dia dan mama melihatkan selambanya muka dia di tangga rumah dengan rambut terbuai-buai ditiup angin tu. Tapi, mengenangkan tempoh masa mereka berpisah itu yang membuatkan dia dan mama teragak-agak untuk menegur. Terasa masing-masing macam orang asing lagi. Sekarang ni... walaupun rasa canggung tu masih bersisa, tapi nak bergurau berseloroh bertepuk bertampar tu no hal punya. Jadi, kenapa tidak dia sendiri aje yang menegur? Kenapa perlu tunggu mama?

                Heh, aku dah cuba kot, tapi dia yang buat don’t know! Putusnya menyedapkan hati sebelum menghilang ke dalam bilik.
==================================

==> peace, jangan lupa komen ye. =) enjoy reading.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. best..tp awat rs ckt sgt....nk lg!!!!!

    Syahira_Ira

    ReplyDelete
  2. NurAtiZa, hehe.. thnx. =)

    Syahira_Ira, hehe.. keep waiting dear. ;->

    ReplyDelete