Cerita Antara Kita 20

by 12:00 AM 3 komen


            Perlahan tombol pintu bilik itu dipulas dan bila dia menapak masuk ke dalam, sekujur tubuh yang terlentang di atas katil menjadi santapan matanya. Rafizi tergeleng kecil. Patutlah ketuk pintu macam macam nak pecah pun tak ada respon, letih sangat gamaknya. Tak peliklah kalau Raiq letih terlentang sampai macam ni pun, nak tunggang motor dari rumah sewa ke sini bukan takat lima belas minit, mahu dekat dua jam! Ini pulak dengan ada pembonceng di belakang tu, mahu tak lelah. Cha pulak kalau membonceng bukan tahu nak volunteer diri menunggang, dia pulak yang tersengguk-sengguk di belakang.

            Untuk seketika dia cuma tegak di sisi katil itu, merenung dalam wajah anak muda di depannya itu. Dari rambut pendek yang halus jatuh ke mata yang masih nampak redup walau dalam keadaan terpejam. Dia tersenyum kecil. Mata Raiq persis mata Ada. Berbalas pandang dengan Raiq selalu membuat rindunya pada wanita yang melahirkan anak muda itu makin membuak-buak. Sejak kecil, memang mata itulah yang selalu menjadi perhatian bila ada yang memandang wajah Raiqal. Mata redup seredup pandangan Adawiyah. Pastilah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bukan?

            Tiba-tiba kepala Raiqal bergerak membetulkan posisi. “Haa... dah, dah. Dia baik dekat Raiq, baik sangat,” gumamnya tak berbutir. Lagak macam sedang bercakap dengan seseorang.

            Mengigau.

            Rafizi tersenyum lucu. Tak berubah lagi rupanya. Melekat sampai ke besar penyakit mengigau dia tu. Raiq... Raiq... tangannya naik mengusap rambut halus Raiqal.

            Hero Papa dah besar.

            Hero Papa dah jadi anak teruna!

            Rasa cepat sangat jarum jam berputar. Papa teringin nak tengok Raiq pakai baju sekolah, Papa rindu nak bacakan Raiq buku cerita, Papa rindu!

            Bunyi dendangan suara mat saleh menyanyi merencatkan lamunannya. Telefon Raiqal di atas meja lampu tidur dicapai.

            Abang Rifqi.

            Tertera nama itu di skrin telefon. Lantas punat hijau ditekan. “Assalamualaikum,”

            “Waalaikumussalam, Raiq. Kakak Cha ada kat rumah tak?”

            Kening Rafizi bertaut. Kakak Cha? ‘Abang Rifqi’ menelefon Raiq demi mencari ‘Kakak Cha’? Bakal menantu ke apa ni. “Siapa ni?”

            “Hai, tak kenal pulak?”

            Makin berkerut kening Rafizi. Dah terang-terang bukan suara Raiqal yang menjawab pun masih nak buat kami-kenal-rapat ke apa? “Sia...”

            “Come on Raiq, Abang Rif ni. Stop kidding. Kakak Cha ada kat rumah tak?”

            Rafizi menghela nafas panjang. “Ada, kat luar. Tengah siapkan nasi. Kenapa?” Dia ikut rentak.

            “Budak tu pun, ada telefon dioffkan. Tolong pass phone ni kasi dia kejap boleh?”

            “Kenapa? Ada nak pesan apa-apa ke?”

            “Tak ada... tadi abang ingat nak ajak Cha dengan Raiq datang rumah, mama abang buat majlis doa selamat sikit. Tapi dah telefon dia matikan, call Raiq banyak kali pun tak dapat. Majlis tu go on ajelah.”

            “So?”

            “Er...” Rifqi sengih di hujung sana. “Saja, nak membebel sikit.”

            Wow. Rafizi tersenyum kecil. Bunga milik dia dan Adawiyah ini sudah ada kumbang yang berhajat nak petik rupanya. “Nantilah, pak cik suruh dia charge telefon dia tu. Sekarang ni time kami makan,”

            “Er...” Rifqi terkial-kial. Baru perasan dengan suara yang berlainan di corong telefon.“Ni... pak cik, Papa Cha ke?”

            “Exactly.”

            “Astaghfirullah... sorry pak cik, sorry. Ingatkan Raiq tadi. It’s okay, nanti saya call dia esok-esoklah.”

            Dari senyum lucu bertukar senyum sinis. Rafizi tahan gelak. “Ni baru habis majlis la ni?”

            “Dah dekat sejam jugak majlis tu habis. Masa ni baru sempat rehat sikit, tu yang call ni. Ingat nak call Cha, tapi selalu suara perempuan lain yang jawab. Fed up dah dengar.”

            “Perempuan mana?” Rafizi pelik.

            “This is the voice-mail box...”

            “Lah.” Rafizi tertawa. “Ada-ada aje kamu ni. Tak apalah, nanti kejap lagi pak cik suruh dia call kamu sendiri. Ada apa-apa lagi?”

            “Kalau boleh tahu, Raiq ke mana pak cik?”

            “Oh, ada ni. Tengah tidur. Nak bercakap dengan dia?”

            Rifqi terangguk-angguk. Krisis anak-beranak dah settle ke? Alhamdulillah! “Thanks, but no thanks. Tak apalah kalau macam tu, maaf ganggu pak cik ya.”

            “No biggie. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.”

            Tutt. Talian tamat. Telefon tadi diletakkan semula di tempat asal. Pandangan dilemparkan semula ke wajah Raiqal. Dan bila tangan sekali lagi naik nak membangunkan Raiqal, skrin telefon tadi bernyala lagi. Fokusnya beralih lagi. Tapi kali ini, melihat nama yang terpampang di skrin telefon, dia jadi pegun.

            Mama!

            Lama berdering, akhirnya panggilan itu mati dengan sendiri. Baru Rafizi nak menarik nafas kelegaan, deringan itu berbunyi lagi. Kali ini laju dia menekan punat hijau pada telefon si anak.

            “Assalamualaikum, Raiq,”

            Salam itu dijawab dalam hati.

            “Hello? Raiq... Mama ni,”

            Masih diam. Cuma nafasnya yang turun-naik tak menentu. Suara ini... sungguh, dia rindu!

            “Raiq? Are you there?”

            Allahuakbar. Rafizi terduduk dengan telefon masih melekap di telinga. Berharap agar suara itu tetap berbunyi walaupun tak ada balasan dari ‘Raiq’ di sini. Air mata yang tadinya cuma bergenang di tubir mata kini mula nak mengalir. Dibiarkan saja.

            “Apa kenalah pulak budak bertuah ni...” itu kata-kata terakhir yang sempat dia dengar sebelum akhirnya talian itu diputuskan. Adawiyah membebel. Bebelan yang terasa merdu di telinganya.

            “Pa, Raiq mana?” tanya Raina pelik bila melihat dia keluar dari bilik itu tanpa Raiqal.

            Rafizi menggeleng sekali. “Dia letih sangat tu, tak usah ganggulah. Kita makan dulu. Nanti simpanlah bahagian dia tu,” putusnya senang. Hakikatnya, Raiqal memang letih. Tak usah kacaulah. Papa tak mampu nak bendung rasa bersalah dalam hati ni bila tengok mata redup dia tu. Mata redup persis Mama Cha, bidadari hidup Papa suatu masa dulu. Dan sampai sekarang pun, dia bidadari dalam hati Papa.



AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. what happen between mama n papa cha n raiq ni. klu dah sayang knp bpisah???

    ReplyDelete
  2. Best.... #^_^
    Lame dah x bukak blog,time bukak terus cari blog adik dulu....
    Nak bace kisah cha,raiq,rifqi n daniel....hope dapat bace sambungannya lagi....

    ReplyDelete
  3. Ivoryginger, terjawab dalam bab 21 dah. hehe. maaf lambat balas. peace.

    NurAtiZa, ^___^ time kasih atas sokongan kak. huhu. makin buat saya rajin nak mengapdet...

    ReplyDelete