Review: Heroin by Amal Hamsan

by 10:43 AM 2 komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Review time. ^_^ 


13243960

the first from lejen press yg aku miliki.

novel ni himpunan cerpens Amal Hamsan yang terdahulu. motif dijudulkan HEROIN? Sebab all of the story dalam ni, watak utamanya perempuan. rasanyalah.

Aku suka dengan gaya bahasa santai dalam ni. bahasa melayu yang terkadang skema, terkadang tak ikut dewan bahasa, bahasa pasar, bahasa rojak, dan terkadang kasar bercampur. Sampai certain parts aku rasa aku kena liquid kan. sebab bila aku suka sesuatu buku, aku nak orang lain baca. tapi agak seganlah, dengan satu-dua perkataan yang diguna dalam ni. -,-" bajet suci.

Cerpen yang ada dalam ni : 

Filem Faksi, Gadis Sigaret, Simetri, Khilaf, Hanyut, Indikasi, Saatnya, Penulis, Once, and cereta panjang JULIA. 

Sepanjang baca cerpen tu, I was like... Amal Hamsan, perlu ke nak buat ending tragis semua nih? Teremosi. Jujur kata, sepanjang baca cerpen yang ada, aku enjoy. Sebab macam aku kata, bahasanya sangatlah senang nak hadam. Tapi setiap kali tiba part ending, serius aku rasa nak hempuk buku kat meja kuat2 kasi lunyai. TAPI SAYANG kan. Huahaha.

Perasaan sama dok berulang sampailah tiba pada cerpen Penulis. Kisah anak kandung yang terseksa [ overr ] mental dengan mak dia. Sampai satu part, mak dia dah maafkan dia dan diorang berbaik. Bukan ending, tapi aku sangkakan ending. Dan aku pun, eh, macam tak puas hatilah pulak ending macam ni. Dan doa secara tak langsung aku tu termakbul, bila aku go on membaca, rupa-rupanya cerpen tu pun punya ending yang sama jenisnya. Si PENULIS mati weh!! Serius kata memang Amal Hamsan terror bab twist plot macam tu. Amaran aku, masa baca tu, tak payahlah nak expect apa-apa. sebab kut-kut man apun Amal Hamsan akan twist ke arah yang berlainan dari yang kau jangka. it was what happened to me. 

Masa tu baru aku sedar, novel2 tertentu bolehlah nak harapkan happy ending selalu. Tapi bagi minda aku, mungkin dah set, kalau dah Amal Hamsan yang tulis, aku lebih suka ending pelik-pelik. Muahaha. lebih menyedarkan aku kepada hakikat hidup yang sebenar. 

Cerita yang paling terkesan di hati aku is the INDIKASI, even though cerita tu pun ending dia macam apa je. mendera emosi. cerita cinta budak street. cintalah sangat. lebih kepada friendship sebenarnya. of Atos dengan Patam. pengorbanan seorang kawan. Serius sangat aku sukakan cerita tu. mungkin sebab aku terkesan dengan watak Atos yang misteri tu.

cuma satu yang aku tak faham, tentang cerpen ONCE. hubungan antara Alias dengan Saila. kalau cerpen2 lain, Amal Hamsan buat ending pelik, aku tak pelik. memang style dia. Tapi bila cerpen ni, aku tak nampak apa rasionalnya Alias tinggalkan Saila sudahnya. Atas alasan dia budak dadah? Benda boleh ubah kot. 

Tentang JULIA, yang ni seriuslah rasa ##$$(*@*. Huhu. Cerita berbab-bab, aku tangkap lentok. Tentang Julia yang berkawan baik dengan Acap. Dalam tak dia sedari, Acap sukakan dia. Tapi Julia pulak sukakan Amir, senior sekolah. Huhh. Perempuan ni seriuslah mintak lempang masa part dia ignore Acap tuh. Tapi, rupanya, Amal Hamsan masih tak lari daripada kegemaran dia mencederakan emosi gua. Sad ending.

satu minus point bagi aku, uhm. Most of the story berkisarkan percintaan budak hingusan. I mean, form 5. Baru lagi dalam proses nak kenal dunia ni. tak sesuai kalau nak saratkan umur tu dengan tema percintaan yang tersangat serius. huhu.

Sekian, itu sahaja.

P/s: Buku ni best, serius. Sangat tak rugi beli. 
Terkadang kepala kita kena sumbat dengan cerita budak street jugak, bukan pasal anak datuk yang menyandar dalam offoce ada air-cond.
Amal Hamsan perempuan, tapi gaya penceritaannya, fleksibel. Tak adalah bila baca tu rasa macam, ni sah-sah perempuan nih. jiwang semacam. Gaya dia tulis, bagi aku, menjadikan setiap watak tu SAIKO. Huahaha. itu yang speselnya.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. masa dia mula-mula tulis buku ni pastu dia promote kat KEN, akak penah cakap akak nak beli, tapi tatau kenapa sampai sekarang akak tak beli2. hahah

    next time kalo jumpa buku ni konfem akak beli. Thanks 4 de review mimi! >__<

    ReplyDelete
  2. nty kalau akak beli heroin, jgn lupa rembat skali Seyogia. Her second novel.. haha. saja nak buat poket akak kering. tp mmg kata org seyogia best mengalahkan her first.

    ReplyDelete