“Cerita apa?” Farhan
membaringkan tubuh di atas sofa. Menggeliat seketika.
“Spongebob dah
nak habis. Waiting for Upin-Ipin.
Hari ni Demi Metromillenium bahagian dua.” Tanpa menoleh pada empunya badan
yang bertanya, dia menyuap Biskut Kapal Terbang Merah ke mulut.
“Hisy. Harapkan umur la. Demam dah okey?” Farhan kalih
wajahnya sambil mencapai remote
controller di atas meja.
“Kuno la Paan.” Solehah tergelak kecil. “Orang siap dah
boleh ke kuliah la...”
“Hm... dua tiga hari ni sibuk sikit.”
“Dah beres?”
“Dah... nasib baik la Umi tak banyak songeh. Hari ni
boleh relax sikit.”
Solehah menjuih. “Lah, Umi pulak yang banyak songeh. Dia
yang nak nikah.”
“Oyiez
mana?”
“Dalam bilik. Balik jumpa kawan tadi terus tidur. Letih
sangat gayanya.”
Farhan
mengangguk. “Paan dengar cerita ada orang buat drama hindustan live hari tu?” dia tersengih.
Solehah menjeling. Nak kutuk aku la tu! “Nonsense. Siapa la banyak sangat pahala
sampai sanggup sebar fitnah tu.”
“Tapi kan, bagus jugak hero drama tu paksa-paksa macam
tu. Kalau tak sampai sekarang heroin ni terbaring atas katil lagi. Penakut...
nampak garang sangat.”
“Dah habis?” Solehah menyindir.
“Belum, tolong ambik handphone.”
Pintanya sambil menunjukkan Sony Ericson di atas meja kopi di depan mata.
Solehah di sofa sebelah menurut lalu menghulurkannya tapi
Farhan tak menyambut. “Tolong cari kat contact,
‘drama king’. Call jap, ada hal.
Paan letih sangat.”
Solehah kerutkan kening. Apa ke pelik sangat namanya...
tapi tanpa banyak songeh dia menurut.
“Hello!”
“Hello, Encik Drama K...” eh? Dia menatap skin telefon.
Izzat? Pandangan ditala ke sebelah, Farhan dah sengih angkat bahu. Handphone ditekap semula ke telinga, “Hello...”
suaranya berubah nada. Farhan dah menekan perut, menahan tawa dari meletus. “Paan
nak cakap.” Solehah berkata lagi tapi handphone
tetap di telinga.
“Helo? Paan? Apa hal?” suara Amir berbunyi lagi lepas
beberapa saat.
Solehah tersentak, “op... jap-jap.” Handphone dihulurkan tapi Farhan yang dah tak tahan akhirnya pecah ketawa.
“Hello... a, Mir. Aku tak de pape
hal, Drama Queen ni aku rasa nak sangat bercakap.”
“Nak cakap tak payah call,
aku dah ada depan mata.”
Solehah
tersentak. Berderau darahnya mendengar suara yang jelas tu, sedangkan handphone masih di telinga Farhan. Pantas dia berpaling, adus... Amir
tersengih di muka pintu.
“Tak nak ajak masuk ke?”
===========================
“Datang buat apa? Rasanya tiga bulan tu lambat lagi.”
Alahai... lembutlah suara, kesian dia.
“Jangan cakap tiga bulan, setengah bulan pun lambat lagi.
Yang kau call pasal?” Amir duduk di
sofa berhadapan Solehah.
“Dah... dia dah mula shooting
episod dua.” Farhan membelek-belek Akhbar Metro di tangan.
Amir memandang Farhan di depannya, “Paan, aku ada beli something. Khas untuk dirimu. But before that, kau kena make sure main jauh-jauh okey? Jangan
kacau orang tua nak bercakap.”
“Apa dia?” Farhan angkat kening. Akhbar Metro dilipat. muka excited.
Amir lantas mengeluarkan kad tambah nilai bernilai RM30
dari saku slack. Farhan ketawa sakan,
“kau memang cousin yang paling understanding la Mir. Malam ni gerenti
licin punya la.” Tanpa disuruh Fahan menghilang ke dalam bilik. Tangannya mengibas-ngibas kad
penuh semangat.
“Eee... ingat Angah tak de kerja lain dari layan dia tu.”
“Tak pe, demi Paan. Semua kerja pun tolak tepi.” Laung
Farhan dari jauh.
“Bagus,” Amir melaung. “Macam tu la baru orang tua
sayang.” Tidak menunggu lama, pandangan difokus semula ke depan. Merenung Solehah
lama.
Solehah berlagak selamba. Mata ditala ke skrin tv, Salleh
a.k.a Sally tengah ketawa puas. Tangan
sendiri sibuk menyuap biskut kapal terbang ke mulut walaupun tahu Amir masih
tak berkelip memandangnya. “Nak?” akhirnya dia menegur.
“Papa dah confirm cuti
aku.” Dia tersengih, tanpa menjawab tawaran Solehah.
“Cuti?” wajah Solehah jadi kelam. Muka penuh semangat
Amir ditenungnya. He’s very unreadable.
Kadang-kadang dia ting-tong, kadang-kadang pulak dia transforms jadi penggoda hati aku. Like that day...
“Cuti, nak pergi kampung kau.”
“A’a la kau ni...” spontan Solehah ketawa. “Angah tak
ajak pun, muka tembok betul.”
“Biar la, Angah tak ajak, take that aku attend wedding
cousin aku je senang.”
Biar
betul? Dia panggil Angah ‘Angah’? Bukan ‘Angah kau’? Memang buat aku cair!
“Lagi
pun aku ada agenda lain jugak.”
“Apa
dia...?” dalam nada malas Solehah bertanya.
“Jumpa
family mertua.” Amir bersahaja
menyambar remote di sisi sofa.
Solehah
tersentak. Dijeling sekilas Amir di tepi. Mertua? Hm... dasar lelaki! Aku dah
cakap Leh, kau degil. Stop daydreaming.
Amir
yang tak menyedari perubahan wajah Solehah menggosok-gosok perut, “weh, ada
nasi tak?”
Tanpa
dipaksa Solehah tergelak, hilang wajah muram tadi. “Memang betul la muka
tembok.”
“Ada
tak...” Amir menggesa. “Aku tak keluar lunch
tadi, banyak sangat kerja. Malam ni papa balik, hal office kena settle
semua...”
“Dahlah,
pot-pet pot-pet. Ada tu, tinggal bukak tudung saji je.”
“Adat
menerima tetamu ke tu? Kau tak belajar PAI ke PMR dulu?”
“Yang
kau tu beradab sangat ke datang rumah orang mintak nasi?” bidas Solehah pula.
“Ala...
jom la teman aku. Tak best la makan
sorang-sorang. Cepatlah! aku lapar ni.”
Hisy!
“Jom la!” Solehah mengalah. “Sepatutnya badan kau ni masuk book of record. Makan mengalahkan jentolak buruk.” Dia membebel sendiri
sebelum berlalu ke dapur diikuti Amir.
== harap ada yg still ingat dekat both Izzat n O-leh, Paan n all of them. Lama xupdate. Nty komen yeah. peace!
== harap ada yg still ingat dekat both Izzat n O-leh, Paan n all of them. Lama xupdate. Nty komen yeah. peace!
Mesti la ingat.... xsbar tggu next entry...
ReplyDeletejgn lama2 sgt tau... penat tggu huhu
mesti ingat punya tapi next e3 janganla lambat sangat ye cik penulis... :).
ReplyDelete