#aku xminat bab ni sbenarnya, tapi tau tak. tengok moto ni mata aku jadi terpaku.
grrr.
“Berhenti... berhenti kat sini.”
Raina menyuruh bila melihat Ford putih milik papanya sudah tersadai di laman
rumah itu. Papa dah sampai! Cepat-cepat dia turun dari motosikal Nash.
Tangannya naik memegang bahu Nash, bergantung untuk mengelak dari terjatuh.
Nash selamba saja menggoyangkan sedikit motosikalnya dan Raina yang hampir
terjatuh berpaut padanya cepat. Nash ketawa mengekek. Merah mencuka muka Raina
menahan marah. Laju saja lengannya naik meliku kepala Nash yang masih
dilindungi helmet. Sudahnya, lengannya sendiri yang senak. Raina mendengus.
Orang tengah tak sedap hati ni ada jugak yang nak buat sesi lawak ke derr...!
Terteleng-teleng kepala Raina
mengintai ke dalam rumah, takut-takut papa keluar. Dalam kalut dia nak
menanggalkan ikatan topi keledar, terasa kepalanya ditarik. Dan laju je tangan
Nash bertugas melonggarkan ikatan topi di kepalanya. Raina terkedu seketika.
Nak beromantika pulak ke? “Tak...”
“Done,” pintas Nash sambil
menanggalkan topi keledarnya dan diletakkan ke dalam raga motosikal. Tangannya
naik membetulkan rambut Raina yang sedikit kusut. Raina mengelak tak senang.
“Aku ada seorang makwe, tahu?” ujar Nash tiba-tiba.
“Huh?” kening Raina terbentuk
hairan.
“Dia tu cantik,” sambung Nash lagi,
selamba dengan tangan sibuk mengetuk helmet di dalam raga. “Tapi... kalau dia layan aku selayaknya makwe
layan pakwe, lagi terpikat hati aku.” Itu kata terakhir yang masuk elok dalam
kepala Raina sebelum tanpa sedarnya motosikal Nash sudah pun jauh berlalu.
Raina masih tercegat di situ. Tangannya
naik memegang dada yang terasa lain macam. Abang Rif... Abang Rif... stay
there, please. Jangan sampai orang lain ambil tempat Abang Rif di hati Cha.
============================
Raiqal terjaga tepat pukul 12 malam
itu. Memang kebiasaannya begitu. Paling tidak dia akan bangun meneguk segelas
air. Teraba-teraba dia dalam gelap. Sememangnya, setiap inci rumah ini sudah
dihafal elok dalam kepalanya. Tapi, bila Raina buat perangai malas nak pasang
lilin bila TNB buat kacau nak potong elektrik tengah-tengah bulan ni, itu yang
nanar sebentar dia di sini.
Eh, tapi iya ke TNB buat hal? Rumah
jiran-jiran elok je terang-benderang tu? Kalau ya pun Cha malas, bukan ke papa
kata nak tidur lewat malam ni? Nak tengok Mega Movie katanya.
“Cha...” panggil Raiqal akhirnya.
Tak larat nak menggagau dalam gelap. Lagi pula, rasanya ada something wrong
dengan rumah ni. Terasa ada perabot yang beralih kedudukan. Ringan tulang
sangat ke Cha malam tadi sampai sanggup alih perabot ke sana-sini? Huh... dia
mendengus lemah bila panggilan pertamanya tadi tak disahut. Tidur mati ke apa?
“Cha..!”
Pun tiada sahutan.
“Papa!”
Klik! Sekelip mata ruang itu terang.
Raiqal kaku seketika melihatkan apa yang terbentang di depan matanya sekarang.
“Allah selamatkan kamu...” serentak suara
Raina dan papa bergabung, membingitkan malam yang sunyi. “Allah selamatkan
kamu... Allah selamatkan Raiqal Ammar Bin Rafizi... Allah selamatkan kamu!!”
Raiqal masih kaku. Tak tahu reaksi
bagaimana yang diharapkan dua insan penting dalam hidupnya ini. “Tiup lilin,”
arah Raina bila dia dan papa sudah tegak betul-betul di hadapan birthday boy.
Raiqal patuh. Sekali tiup, terpadam
semua lilin yang dinyalakan di atas kek sederhana besar itu. Yang menarik
perhatian, kek berhiaskan hero pujaannya, Power Rangers! Dalam tak sedar Raiqal
tersenyum sendiri. Blur... malu... terharu... Semua bercampur menjadi satu
perasaan dalam hati ini dan tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Bukan tak
pernah diraikan begini, bahkan di Kota Bharu dulu, setiap kali majlis ulang
tahunnya mama akan pastikan paling tidak pun satu kucupan kudus singgah di dahi
ini. Tanda kasihnya mama terhadap anaknya yang ini.
Kali ini, walaupun ulang tahunnya
ini disambut tanpa mama di sisi, rasa teruja itu tak pudar langsung dengan
kehadiran dua insan di hadapannya ini. Malah, mungkin lebih istimewa.
“Terima kasih Cha, pa...” ucapnya setelah kek yang cantik berlatar
Power Rangers tadi selamat dihadam di dalam perut. Menzahirkan rasa hati yang
menghargai.
“Ceh...” Raina tergelak mengekek. “Syahdu
la pulak kau ni. Dalam muka sememeh lagi tu.”
Raiqal sekadar sengih sebelum
menunduk seakan mengiakan. Cover malu!
Rafizi yang dari tadi menjadi
pemerhati sembunyi senyum melihatkan lagak Raiqal. Tak berubah-ubah! Sejak kecil, memang Raiqal jenis yang
penyegan begini. Pendiam. Gaya senyumnya pun nampak lebih ‘sopan’ kalau nak
dibanding dengan senyuman Raina. Entah gen dari siapa yang melekat padanya itu.
“Mama ada call?” Entah macam mana, soalan itu terpacul dari bibirnya.
“Hah?” Raiqal nampak blur dengan
soalannya.
Rafizi berdehem. “Maksud Papa, mama
ada wish dah ke? Ke kami yang pertama?”
“Oh, belum lagi. Mama dah tidur kut.
Katanya kerja petang hari ni, lelah sungguh.”
Hmm... Rafizi mengangguk tanpa
keluarkan sebarang suara. Kerja petang, kerja pagi, kerja malam... terasa dah
lama tak sebut perkataan-perkataan itu.
“Kerja apa hari ni?”
“Misi.” Adawiyah ketawa spontan.
Mengenangkan kenangan itu, bibir
Rafizi tersenyum sendiri. Rindu terasa mencengkam dada. Melihat Raiqal dan
Raina yang seakan faham gelojak hatinya, Rafizi terus bangun dari sofa. Bahu
anak terunanya ditepuk perlahan. “Jom,” ajaknya.
Raiqal nampak blur. Lebih-lebih lagi
melihat Raina ikut bangun mengekori langkah papa. “Pergi mana malam-malam buta
ni pa?”
“Banyak bunyilah. Ikut aje...”
Raiqal akur. Sampai di luar rumah,
mulutnya terus menganga luas. Motosikal Yamaha 135LC dengan padanan warna merah dan putih diparkir
tak ubah seperti model promosi terhangat di pasaran itu dipandang tak berkelip.
Lambat-lambat, dia menapak mendekatinya. Tangannya naik membelai ‘hadiah’ itu.
Untuk seketika, wajah papa dan Raina dipandang silih berganti, sebelum dia
memandang motosikal itu semula. “Serius ni pa?” tanyanya perlahan. Seakan
memahami atas tujuan apa dia dibawa menonton ‘pameran’ motor di tengah-tengah
malam ini.
Rafizi senyum. Dia menyeluk ke dalam
saku sweater dan anak kunci motosikal baru itu dikeluarkan sebelum dilayangkan
di udara. “Untuk Raiq, happy birthday. Kami doakan semoga umur Raiq sentiasa
diberkati ALLAH.”
Raiqal tergeleng sendiri. Terasa
seakan mimpi nak dapat hadiah sebegini. Nak-nak daripada... papa? Ma, serius
Raiq tak pernah bermimpi pun!
“Dah... dah, tak payah nak test
power tengah-tengah malam ni. Memekik-melolong satu taman ni karang marahkan
Raiq. Kalau iya tak sabar pun, pagi esok aje rasmi.” Laju Rafizi memberi amaran
bila melihat Raiqal dah tunjuk gaya nak mencuba pelbagai aksi di atas seat
motor.
Raiqal sengih. “Iyalah pa.” Seat
motor ditepuknya geram dan anak kunci di tangan dicium lama sebelum dia
mengikut langkah Raina dan Papa masuk ke dalam rumah. Baru saja dia nak
melambungkan tubuh ke atas tilam empuk biliknya, telefon bimbitnya berbunyi.
Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbit itu dan tanpa melihat skrin, terus dia
menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, ma!” sapanya
teruja. Dari tadi lagi dia tunggu panggilan dari Kota Bharu ini sebenarnya.
“Waalaikumussalam. Lah, Raiq tak
tidur lagi? Tengah study ke ni?” tanya Adawiyah berbaur hairan. Sebenarnya tadi
sudah berkali-kali dia menelefon anak teruna yang seorang ini, tapi suara orang
perempuan yang menjawabnya. Straight saja perempuan itu membaca skrip yang
ditugaskan. Dia nak bertanya tentang Raiqal pada si perempuan itu pun, dah
sah-sah dikata sewel nanti. Perempuan mesin, nak menjawab macam mana sangat? Mahu
tiga kali jugalah macam tu. Sekarang ni ceria bertenaga sangat suara Raiqal ni
apa pasal pula?
Study... Heh, rajinlah sangat.
Raiqal sengih sendiri. “Dah tidur tadi, terjaga tengah-tengah malam . Dahaga.
Terus tak dapat tidur.”
“Oh, dah ada peningkatanlah Raiq
sekarang ya?” Adawiyah tertawa halus. “Dulu kalau rasa dahaga sikit selalu aje
kejutkan mama, buat Milolah, Horlickslah. Sekarang ni pandai aje bangun cari
sendiri.”
“Dah tu, mama tak ada kat sini.
Takkan Raiq nak call mama malam-malam buta suruh pos air tu kat Raiq? Kalau
logik, dah lama Raiq buat macam tu ma.”
Adawiyah tergelak lagi. Teringat
kenangan masa Raiqal masih bersekolah dulu. Tengah-tengah malam buta pun dia
sanggup menggagau cari mamanya, gara-gara tak dapat tidur. Nak minumlah... minta
tolong picitkan kepala yang peninglah. “Iyelah... Cha dah tidur?”
“Dah kut. Baru aje masuk bilik. Papa
pun sama.”
“Emm, Cha sihat?”
Tak boleh tahan, akhirnya Raiqal
tertawa juga. Tapi dalam tawanya terasa ada hingus yang tersekat di rongga
hidung. Sebak. “Ma cakaplah ma telefon kenapa ni sebenarnya? Kalau nak tanya
khabar Cha, petang tadi baru aje mama call dia kan? Jangan ingat Raiq tak
tahu...”
Lama talian sepi sebelum akhirnya
berbunyi juga suara Adawiyah. “Macam mana? First time sambut birthday dekat
luar?”
“Hmm, seemed like perfect. Tapi
kalau mama ada, lagi perfect.”
“Kalau bab bodek memang Raiqlah
juara.”
Raiqal ketawa kuat. “Nak tahu
something tak ma?”
“Tahu dah... dapat motor baru, kan?”
“Lah, mana tahu ni?” Raiqal mengeluh
seakan-akan kecewa.
“Mama bukan ada putera aje, puteri
pun ada. Dah takdir Allah menentukan puteri mama tu jadi Astro Awani bergerak,
mama nak kata apa lagi? Beria-ria dia gambarkan motor tu tadi, sudahnya dia MMS
aje gambar tu kasi mama. Amacam, berkenan?”
“Huisy, bukan setakat berkenan,
tangkap cintan lagi Raiq ma! Hitam metallic tu...”
“So, kalau tahap tangkap cintan tu,
dah cakap terima kasih ke?”
Erk... Raiqal sengih tak sudah.
Belakang lehernya digosok-gosok. Dah cakap ke tadi?
“Haa... lama menyepi tu, belumlah
kan? Kalau orang tegur kata orang layan macam budak kecik. Dah besar panjang
pun tak reti nak berterima kasih lagi?”
“Esok, esok pagi Raiq ucap ma,”
ucapnya melafazkan janji. “Hm, ma,”
“Ya?”
Untuk seketika, cuma kedengaran hela
nafas Raiqal di corong telefon. Hatinya berbolak-balik samada mahu menuturkan
apa yang bermain di hatinya ini atau tidak. Akhirnya, dia menghela nafas
panjang. “Mama dah call papa?” soalnya terus.
“Huh? Call papa?” Adawiyah mengulang
soalannya dalam versi bercakap sendirian. “Kenapa? Papa ada nak bagitau apa-apa
ke?”
“Tak adalah, cuma... tadi, papa ada
tanya pasal mama.” Dalam makna kata-katanya itu. Membawa harapan yang
menggunung. Mudah-mudahan saja mama mengerti.
“Hmm,” Adawiyah sekadar
mengangguk-angguk sahaja. “Eh, dahlah. Dah lewat ni, Raiq tak tidur terus ke
malam ni?”
Berubah wajah Raiqal sedikit
mendengar kata-kata Adawiyah. “Mama dah nak tidur ke?”
“ Iyalah, letih sangat dah badan
mama ni.”
“Without...” Ayat Raiqal tergantung.
Sengaja nak mama mengerti sendiri maksudnya.
Tapi belum sempat mamanya membalas,
ada suara lain yang menyampuk perbualan mereka. Suara lelaki. “Hai, lama
berborak tapi abang tak dengar ucapan ‘happy birthday’ atau seumpamanya pun
dari tadi?”
Permintaan hati Raiqal akhirnya
difahami tetapi bukan oleh mamanya. Keningnya bertaut pantas. Pak Su Afiq?!
“Pak Su Afiq pun ada kat situ ma?” soalnya laju, teruja.
“Iya... ada ni,” meleret suara
Adawiyah menjawab sebelum telefonnya diserahkan kepada Afiq yang baru sahaja
muncul di rumah itu dengan dua biji muk di tangan. Afiq menyambutnya laju
sambil muk yang baru sahaja nak mencecah ke bibirnya diletakkan ke atas meja
kopi.
“Assalamualaikum,” sapa Afiq
selamba.
“Waalaikumussalam! Pak Su! Kat mana
ni?” Terus Raiqal mengasaknya dengan soalan. Pelik. Kalau pagi atau tengah hari
logiklah juga Pak Su datang menjenguk mama di rumah. Tapi ni... waktu burung
hantu berjaga ni. Bukan masanya untuk Pak Su Afiq buat kawalan.
Afiq tertawa halus. “Kat rumah nenek
kamulah ni. Jangan bimbang. Pak Su tak buat lalok pergi kacau mama kamu kat
rumah malam-malam macam ni. Mama Raiq adalah yang kacau Pak Su kat rumah ni.
Tak lena tidur Pak Su dalam bilik, tu yang keluar join korang sembang ni.”
“Oh...”
“Legalah tu?” duga Afiq dalam gelak
yang tak sudah. Wajah Adawiyah di depannya dipandang dan langsung dia tak
mengalihkan pandangannya bila pandangannya dibalas oleh wanita itu. Siap
dijongket lagi sebelah keningnya. Tapi Adawiyah sekadar diam tak bersuara.
“Haa, Raiq. Ni mama suruh wish happy birthday ni. Tak wish awal-awal tadi,
sebak sangat agaknya tu.” Usiknya bersahaja dan dia sedar usikannya itu
berasas.
“Happy birthday aje?” soal Raiqal
tak percaya. Mama biasanya, kalau setakat selamat ulang tahun, selamat hari
jadi dan happy birthday, katanya tak perlu sangat. Yang penting apa yang
disusuli selepas itu.
Semoga panjang umur.
Semoga murah rezeki.
Semoga sihat selalu.
Tapi yang selalu mama sebut, “Semoga
umur Raiq sentiasa diberkati. Umur pendek pun tak apa, asalkan umur tu
bermanfaat. Kata orang, hidup ni memang sekali, tapi kalau hidup yang sekali tu
kita gunakan sebaiknya, insyaAllah kita puas dengan hidup itu. Dan bagi kita
orang islam, hidup ni ada dua episod. Permulaan dan kesudahan. Permulaan tu ada
yang lama, ada yang singkat, tapi kesudahan kita selama-lamanya. Kalau
permulaannya kita isi dengan benda baik, atau buruk tapi sempat kita ubah jadi
baik, insyaAllah, kesudahannya kita akan dapat nikmati sebaiknya. Tapi kalau
sebaliknya, sendiri mahu ingatlah.”
“Mama ada kat situ lagi ke Pak Su?”
tanya Raiqal tak lama kemudian.
“Haah, ada ni. Tapi itulah... sebak
semacam aje mukanya. Raiq sembang lain kali ajelah dengan mama ya? Sekarang ni
layan Pak Su borak aje dulu. Pak Su pun kesepian jugak ni. ” Afiq berseloroh.
Di luar bilik, Rafizi yang awalnya
berniat nak menyampaikan sesuatu kepada Raiqal kini tersandar pada pintu bilik
itu. Apa yang nak disampaikan itu pun seakan sudah luput dari mindanya. Afiq?
Adawiyah dan... Afiq? Untuk beberapa minit, dia memejamkan mata. Seharusnya,
dia sudah dapat menjangkakan hal ini. Tapi kenapa tetap wujud perkataan ‘tak
rela’ dalam hati ni? Ya Allah, inikah sudahnya?
p/s: maap. lama tak apdet.
p/s lagi: smoga enjoy kali ni. mintak tak lupa jalan cerita ye. heheh.
p/s terakhir: support saya dgn tekan button like and yess, one comment means thousands to me.
p/s lupa nak cakap: jumpa kat pwtc nanti ye.
=)
hayaa!!! ada org dah salah faham ni. msti ada kisah dsbalik perpisahan mak ayah berbudak2x ni.
ReplyDeletesetiap yg berlaku ada yg tersembunyi. ekeke. dah rupa pengacara mistik dah. cerita ni sempoi2 jah walaupun xsesempoi mana. xde misteri2 pun ya. hehe. thnx reading anyway. =)
ReplyDelete