ombak rindu

by 11:53 AM 0 komen
assalamualaikum...
gambar ni... sebenarnya aku tamau letak. jealousy. hikhik tp bila tgokkan buai kat epi tu aku suke, tringatkan o-leh dgn izzat emir. hehehe

segalanya terlahir di sini.

ingat tak aku pernah cakap, hero yang paling aku setia tu sape???

mesti la hariz kan...
my hero foreva.

so, i'm not here to bersinopsisn bagai. novel ni cuba ckp sape yg xprnh bace. hampir smua kaki novel dah bace la kot. and aku ni, baca kali ke-2. lps rindu kat hariz...

nak tau??? (skip yang kaler ni kalo korang juz nk taw psl ombak rindu je)


utk bacaan kali ke-2 nih. pergh! mmg cubaan la. mula2, aku pinjam dgn hannan mardhiah my classmate (hope aku x digelar placur blogger psl mention nama org lain. aku x ngumpat kot!), and bila hannan bawak hari ahad, aku pergi la sorokkan 'harta' tu kat satu tmpt khusus. adat la kot, novel kan brg larangan. hehehe time recess, aku g check, ada. okeh. relax la. aku planning nak ambik time balik. takut geng baju hijau ada wat spot check. hehe tapi yang sedih... again aku g check. NO MORE. masa tu korang boleh tanya geng2 blakang kelas aku apa yg aku tak maki. okeh relax. aku tak seteruk tu smpy nak gune 'wtf' apa segala. tapi jujur la. bangang, bongok, bengom, apa2 yg swaktu dgnnya. sakitnya hati. hari tu la hati aku plg sakit. aku rindu gila2 dgn hariz, boleh dia rembat. xpsl2 aku kena ganti. again, bangang punya pencuri or perampas!
lps tu, baru aku boleh baca. nak tau sape insan berjasa tuh?? earch ierah sham dlm fb. hikhik aku malas adjust link.

okeh back. focus u!

tak nak cakap pasal sinopsis.

cakap pasal character...

izzah=maya karin
  • naif. kampung gurl. setia. senang give up. and a bit... bodoh. hehehe noe wut? bile aku ckp, aku suke hariz. member kata la aku kena jadi izzah. no way! aku nak hariz je... *blinking eyes. hehe izzah tu too good for me. rite??
  • bile fikir balik, mula2 tau akan ada filem ni dulu, aku mati2 igt izzah tu lisa. cam suit je. psl aku imagine izzah tu cute. hehe
mila amylia= lisa surihani
  •  ramai orang cakap dia antagonis. aku rasa dalam ni tak lagi kot. bagi aku, mila jadi antagonis dalam cinta... tiada akhirnya. dalam buku ni, aku suka watak dia. 
  • mcm aku ckp tadi, kalau diikutkan, watak lisa dengan maya aku lebih suka kalau dorang bertukar kot. sebab maya... aku nampak dia ada ciri2 mila. sorg model. sorang modern girl. and mila tak cute, tapi cantik. tau apa bezanya?? aku pun tatau sebenarnya.
and kini tiba masanya untuk my hariz...= aaron aziz
  • noe what? kawan aku cakap aku ni suka hariz pasal dia 'kuat'. usy, jahat punya mulut you!
  • hariz sebagai hero, mcm novel la... mesti kaya, handsome, romantik, and bile dia sayang, sayang gila2.
  • tapi apa yang aku suka dalam hariz yang bagi aku thumbs up utk akak fauziah ashari ialah sikap dia yang mcm real. get me? bagi aku, hariz bukan semta-mata watak. tapi dia macam lelaki real. sebab dia tak macam hero novel yang biase. dia tak sayang secara membabi buta. dia tak perfect. dia tak romantic all the time. dia tak dengan 'sayang' selalu... tapi dia ada sikap lelaki sebenar. ego. panas baran. degil. dan semua tu dia cuba kawal. memang la aku tak suke smua tuh, tapi aku jadi suka bila sedar, rupa2nya hero ni bukan cuma satu imaginasi. hahaha hariz real. siapa kenal aku, dia paham apa aku tengah merapu nih.
  • cuma when it comes to aaron aziz sebagai hariz, aku really hope biar menjadi. memang aku suka both of 'em. hariz=aaron aziz. tapi bila tgk aaron sebagai seth, aku jadi takut. takut aaron jadi kaku macam seth. infact, seth tan dalam buku best awak... pape pun, try hard my favourite actor..
habis. takkan nak aku hurai semua atak dalam tu kot... sampai si tami pun. maunya mati jadi burung hantu aku. na'zubillah.  

tapi macam tak perfect la n3 ombak rndu tanpa sinopsis kan??
so ni dia...

sinopsis:
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu setelah kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Then , ayah saudaranya, Taha, mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga Izzah. sepanjang dia stay dengan taha laki bini, izzah memang tak pernah bahagia atau happy sikit pun sebab isteri Taha memang anti dengan Izzah. bagi dia, Izzah pembawa bala kepada keluarga dia.

Pak Cik Taha si mangkuk ayun tu pulak banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam, kelvin. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya dalam terpaksa.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. asalnya hariz cuma 'bersama' dgn izzah sebab dia rasa tercabar. pasal apa? sebab izzah tak prnah nak bila diajak menari. so alang-alang menyeluk pekasam la kan... 
tapi after that, kesian. (that my hariz).maybe sebab kesian dia beli izzah dengan kelvin sebanyak rm7k cash. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
lama-lama, hariz dan izzah mula sedar ada perasaan dalam hati masing-masing. tapi ego lebih kuat dalam hati. that's why dorang tak come clean.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? 
nantikan... filemnya.
babai! wassalam.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment