Jangan Pergi Gadisku - Part 2

by 5:04 PM 2 komen


HEIDI


                Esok harinya, di tadika tempat Noriez bekerja sambilan.

                Noriez mengekeh ketawa. Aku mendengus, dasar kawan! Baru aje aku cerita tentang lagak Mama yang dramatik semalam, dia dah terkekeh sendirian. Bukan kata nak bagi semangat sikit ke apa... tapi, bila fikir balik, semangat untuk apa? Baru saja minda nak merangka jawapan, tiba-tiba terdengar ada suara lain yang mengutuk aku dalam hati. Choih!! Berangan kuat kau ni Heidi!

                “Dah-dahlah tu.” Ujar aku akhirnya. Tak tahu bila akan habis gelak Noriez kalau tak ditegur.

                Noriez aku nampak menarik nafas panjang dalam pada menahan gelaknya itu. “Mama kau ni gimik sangatlah.”

                “Mama aku bukan Mama kau jugak ke?” bidas aku cepat. Dia ni, kalau bertandang ke rumah aku dengan perut kosong, selalu je menyeru nama Mama dengan suara lemak merdu dia tu. Sekarang, bila macam ni, tak ada dah Mama kesayangan dia tu.

                “Yalah... surrender.”

                Aku mencebik. Motif nak surrender tu apa? Aku bercerita aje pun. Dalam lima minit melayan menung sambil memerhati segala tingkah budak-budak di tadika ini, tiba-tiba mata aku hinggap pada seorang budak perempuan di satu sudut kelas ceria ini. Kelas yang ceria, bukan budak tu. Budak tu, pada mata aku, nampak sugul. Sedang budak-budak lain sedang gembira berkejaran di laman, dia Cuma bersandar di tempat tercorot tu dengan muka monyoknya. Erk... kemurungan?

                “Budak baru ke?” soal aku pada Noriez sambil bibir memuncung pada anak itu.

                “Baru tu barulah jugak...” Noriez menjawab acuh tak acuh. “Masa aku start mengajar tu dia pun baru masuk. Dengar kata baru pindah tinggal area sini.”

                “Kena buli ke? Muram semacam.”

                “Tak adalah. Biasa dia kawan dengan Iman, hari ni anak buah aku tu demam, sorang-soranglah dia. Dia memang selalu macam tu pun, rindu dekat Mom dia lah tu.”

                “Kenapa?” aku berterusan menyoal. Ingin tahu. “Parents dia bercerai ke?”

Kali ni, tak ada jawapan dari Noriez. Bila aku lihat dia, dia sedang khusyuk menanda buku pelajarnya. Terus aku tarik-tarik hujung bajunya, menuntut jawapan.

“Hisy! Bisinglah kau.” Dia menepis dan aku mendengus.

Entah kenapa, sekarang ni aku pantang nampak budak, rasa nak je dicubit-cubit pipi mereka. Rasa nak dijadikan kesemua mereka sebagai anak aku. Teringin diri ni dipanggil Mama oleh mereka. Tapi, macam kata Mama...

                “Nak anak, nikah. Tak payah nak berangkat bagai.”

                Mama ni, karang kalau aku bawak balik menantu istant, dia jugak yang terkejut. Fitrahlah kalau aku sukakan budak-budak pun. Ini sampai nak disuruh aku kahwin bagai. Kalau suruh kahwin saja aku no hal, tapi siap dibagi warning lagi agar jangan jadikan Amsyar sebagai salah satu calon menantu Mama. Hesy!

                Baru saja aku nak bangun, niat di hati nak mendekati budak perempuan itu, tapi dia terlebih dulu berdiri dan terkedek-kedek menyusun langkah mendekati kami. Comel dan bertambah comel dengan rambut perang yang dibiar lepas itu berhayun-hayun mengikut rentak langkahnya. Sekali tengok, macam anak mat saleh pun ada. Mix ke? Bila bibirnya terbuka seakan nak berkata sesuatu, lantas aku ukir senyum di bibir, memaniskan wajah menunggu kata-kata dia.

                “Cikgu, Amnah nak kencing.” Tegurnya gemersik dengan suara anak tekaknya.

                Terus mati senyuman aku. Tegur Noriez rupanya! Alahai... Tapi sungguh, suara dia, memang secomel wajahnya.

                Budak yang bahasakan diri dia Amnah itu memandang Noriez sambil terkepit-kepit sendiri. Menahan. Aku tahan gelak dan sebelum Noriez sempat bangun, aku angkat punggung dahulu.

“Cikgu ada kerja, biar Kak Heidi teman Amnah ya,” tangan kecil Amnah aku genggam lalu aku pimpin dia ke tandas, meninggalkan Noriez yang dah terkebil sendiri.
================================

                Jam 12 tengah hari, suasana tadika ini yang sudah sedia gamat dengan suara budak-budak tertawa riang jadi makin gamat. Mak ayah masing-masing sudah datang menjemput. Dan aku, sebagai seorang stranger di pusat tadika ini, Cuma mampu tayang senyum semanis gula di pintu tadika. Bapak budak ni datang, aku senyum. Mak budak tu datang, aku hulurkan tangan. Beramah-mesra. Manalah tahu, kut ada yang terkenan di hati nak buat aku menantu, tak payah susah-susah nak cari calon untuk Mama.

                Untung nasib badan!

                Untuk seketika, aku alihkan pandangan pada Amnah yang sedang sendirian berhayun di atas buai. Hari ni, mata aku ni memang tak boleh tengok budak lain. Comel sangat budak ni! Kadang-kadang, bila tengok budak sekecil ini, pernah terbayang di minda aku macam mana indahnya bila suatu hari nanti aku pulak yang ada anak secomel ini. Yang tak tahan, bayangan wajah aku dan anak aku di masa akan datang tu disempurnakan lagi dengan figura seorang lelaki di samping kami.

Sesiapa sahaja!

Macam sekarang, minda aku mula terbayang aku, Amnah dan Amsyar di masa akan datang. Amsyar, kenapa dia? Sebab dia the best buat aku. Haha! Nah... kan aku dah kata, imaginasi aku ni kuat. Bila berangan, mula la bayangan dalam kepala jadi real. Melihat Amnah yang sedang dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, membuatkan aku terbayang lelaki itu Amsyar. Amsyar sedang jemput anak kami dari sekolah, konon-kononnya. Angan tak mengalah!

“Hoih,” bayangan minda aku pecah. Spontan aku berpaling pada Noriez yang sedang pamer muka suci tak ada dosanya melihat wajah aku yang menyeringai sakit menahan tepukannya tadi.

“Amenda?”

“Tu...” bibirnya memuncung.

“Apanya...” aku tanya lagi. Kacau daunlah aku nak berangan.

“Hero Malaya pujaan hati kau, depan mata.”

Aku kerutkan dahi beberapa saat sebelum alihkan pandangan ikut hala muncung bibirnya. Dan spontan, mata aku terbeliak. Amsyar? Amnah? Berpimpin tangan? Masuk kereta? Reality?

“What the-...” aku tenyeh mata berkali-kali.

“Kau nak aku kasi berapa peratus untuk jamin yang kau bukan bermimpi sekarang?” Noriez aku lihat dah bersilang lengannya di dada.

“Amnah...? Dia dengan Amsyar?”

                Noriez angguk sekali.

                “Uncle-niece?”

                “Papa-daughter.” Noriez betulkan.
 
                Dan aku, terngadah sendiri. Apakah ini...!

 p/s: this story ada dua pov1. tengok nama dengan capital lettters kat atas yeah. kalau time Heidi, Heidi. kalau time AMSYAR tu, means amsyar lah. fenin sikit. heheh!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: