Cerita Antara Kita 19

by 9:20 AM 2 komen

 

            Sampai di rumah Papa, sengaja Raiqal melengah-lengahkan masa. Nak parkir motosikal pun dijadikan hal. Raina dari awal sampai tadi sudah meloncat turun dari motosikal dan menyerbu naik rumah. Bukan dia ditinggalkan, tapi memang sengaja Raiqal mintak Raina berlalu dulu. Nak kunci motor, kononnyalah!

           Dan sekarang, motor sudah dikunci, tapi dia masih terkial-kial sendiri. Tadi, melalui celah pintu yang sedikit terbuka itu dia boleh nampak Raina yang erat mendakap tubuh Papa dan dibalas Papa. Dia yang menjadi penonton cuma mampu tersenyum hambar sebelum menghela nafas panjang dan mengatur langkah menaiki tangga rumah batu bercat coklat muda itu.

            “Raiq, naiklah. Lamanya nak kunci motor pun.” Raina memanggil setelah lama menunggu.

            “Mangga lupa letak kat mana.”

            “Habis tu dah kunci ke belum tu?”

            “Dah, lama tu sebab carilah.”

            “Oh...” Raina mengangguk-angguk. “Eh, yang kau tercegat kat muka pintu tu kenapa? Masuklah. Bilik kau kat tingkat dua, kat hujung sekali. Ada nama kat pintu tu betullah tu.” Arah Raina sebelum menghilang ke dapur.  Meninggalkan dia dan Rafizi saja di ruang tamu itu.

            Raiqal senyum sendiri. Bilik dah tersedia, siap ada nama lagi di pintu. Terasa jugak diri ni dihargai. Tapi, kenapa semacam ada rasa kosong dalam hati ni? Kepalanya digeleng sekali. Bersyukurlah Raiq. “Assalamualaikum Pa,” dia menapak mendekati Rafizi selangkah sebelum tangannya dihulurkan. Bila huluran tangannya bersambut, cepat dia tunduk mengucup tangan itu. Lama. Dari dulu dia mengimpikan untuk mencium tangan seseorang yang digelar bapa ini, walaupun waktu itu impian itu hanya sekadar angan buat dia. 

Kini, setelah angan itu menjadi nyata, bukan selalu dia mendapat peluang itu dan bila waktu begini tiba, pastilah dia tak mahu mensia-siakannya. Bagi Raiqal, ini detik keemasannya! Lama menunduk, akhirnya dia tegakkan tubuh semula. Baru dia nak berundur mengambil beg galas yang dibawanya tadi dan berlalu ke bilik, tubuhnya dipaut kemas oleh Rafizi. Raiqal kaget sejenak sebelum lambat-lambat dia membalas dakapan itu. Terasa tepukan tangan beberapa kali di belakangnya, membuatkan dia tersenyum. Raiq rindu Papa, Pa. Akhirnya, dakapan erat itu terlerai. Senyum diukir menghiasi bibir, cuba melawan rasa gugup yang muncul.

            Tanpa suara, Rafizi cuma mampu membalas senyum itu sebelum bahu Raiqal ditepuk lagi sambil kepalanya digerakkan sedikit, isyarat kepada Raiqal untuk berlalu ke bilik.

            Dalam senyum menghiasi bibir, Raiqal akur. Di sebalik langsir dapur, bibir Raina ikut tersenyum. Pelupuk mata terasa basah tapi cepat disekanya. Jangan nak berdrama swasta sangatlah Cha.
=================================

            Sekali lagi, dia berdiri tegak. Mata tak berkelip, tapi bibir terasa ringan nak melebarkan senyum yang baru nak pudar tadi. Papan tanda yang terlekat di pintu itu dibaca sekali lagi. Penuh penghayatan.

            Putera: Raiqal Ammar

            Tadinya minda terasa membeku sejenak,  tapi akhirnya dibuat dek saja. Terus saja memulas tombol pintu bilik dan menapak masuk ke dalamnya.

            Masuk ke dalam, sekali lagi dia terpaku. Cadar katil yang hampir serupa dengan cadar katil di rumah sewanya bersama Cha itu menggariskan bunga-bunga senyum di bibirnya. Cadar berlatar-belakangkan kumpulan pujaannya suatu ketika dulu, Power Rangers! Heh... I’m old enough Cha. Tak lama lagi masuk umur 19 tahun dah. Bukan 9 tahun!

            Namun di sebalik semua itu, dia berterima kasih juga. Dia tahu dan dia sedar, bilik ini bukan bilik tetamu. Bukan bilik yang dikemaskan beberapa hari sudah untuk menjadi persinggahannya buat sementara waktu, bukan. Tapi ini memang bilik yang disediakan khas untuknya. Frame yang diletakkan di sisi katil itu buktinya. Sebelum ni gambar yang terpampang muka seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam itu cuma terhias di dalam album gambar di rumahnya di Kelantan. Entah masa bila pula Cha merembat. Tidak pula dia sedar.

            Dan di dalam frame yang sama, gambar seorang gadis muda dilekatkan bersama. Huh... nak jugak dia menempek. Gadis muda seiras wajahnya. Kena pula dengan kaca mata yang hampir sama rupa dan bentuknya tergantung di hidungnya. Kakak-adik berspek old school!

            Lama dia melayan blues, hingga tidak sedar azan maghrib sudah berkumandang dari masjid berdekatan. Pantas dia bangun, menuju ke kamar mandi untuk mmberihkan diri. Setelah selesai semua kewajipannya pada Sang Pencipta terlaksana, akhirnya dia melambungkan tubuhnya di atas tilam itu. Tak sampai seminit, matanya terpejam rapat.

====================================

            “Raiq tak siap lagi ke Pa?” tanya Raina malamya.

            Rafizi yang baru saja masuk ke ruang makan itu terjeda sebentar. Dia memandang sekeliling sebelum fokus pada Raina kembali. “Raiq? Tak bangun tidur lagi ke? Ya Allah... dah nak Isya’ ni.”

            “Dah, masa Maghrib tadi dia dah keluar. Lepas tu dah tak muncul-muncul. Papa pergilah tengok, ajak dia turun makan sekali. Cha pun dah siap masak ni.”

            “Hm, yalah.” Baru Rafizi nak bangun berlalu, namanya diseru si anak itu. “Ada apa?” tanyanya sambil duduk kembali. Dari nada suara Cha tu, tahu dah soalan yang akan diutarakan tu akan memerlukan masa untuk mereka ‘bersoal-jawab’.

            Raina sengih. Serba-salah sebenarnya untuk mengutarakan soalan yang berlegar dalam benaknya ni, tapi kalau tak diluahkan, rasa terbeban! “Papa...”

            “A’ah...” Rafizi mengangguk-angguk, cuba mendorong si anak yang nampak teragak-agak untuk meneruskan soalannya.

            Raina menggigit bibir sendiri. Kesal. “Papa... hm, Papa...”

            “Papa - what?” Meja makan itu ditepuk separuh kuat.

            “Papa tak ada plan nak turun Kelantan ke?” laju aje soalan lengkap itu meluncur dari bibir Raina. Lantas Raina sengih, sengih serba-salah bila melihat raut wajah Rafizi yang mula berubah. “Pa...” serunya berharakat. Memujuk. “Cha ajak suka-suka aje, kalau Papa tak nak pun tak apa.”

            Rafizi menghela nafas berat. Akhirnya, persoalan ini ditimbulkan jua. Memang benar telahannya sebelum ini, takkan selamanya Cha boleh terima saja keadaan keluarga mereka ini tanpa mengemukakan paling tidak pun sekali sesi soal-jawab. “Kan Cha dah pergi masa cuti hari tu?”

            “Ya... Cha dah pergi. Tapi tu Cha pergi sendiri, without you. Itu pun, sekadar seminggu lebih.”

            Rafizi menyandar pada kerusi. Pujukan anaknya itu dibiar berlalu dibawa sepi.

            “Pa...”

            Wajah bersungguh Raina dipandang lama sebelum dia tertawa kecil bila Raina mula mengerdipkan matanya berkali-kali. Buat muka yang tak comel mana tu jadi comel di matanya. “Cha ni, sebenarnya nak cakap yang cuti nanti Cha nak turun Kelantan lagi kan? Sengajalah, nak melencong-lencongkan soalan?”

            Kening Raina terangkat serentak. “Papa bagi ke?”

            Rafizi memaniskan senyum yang terasa hambar. Kepala Raina digosok-gosok perlahan walaupun si anak cuba mengelak malu. “Pergilah.”

            “Papa... tak ikut?”

            “Nantilah,”

            “Papa tak rindu Mama?”

            Senyum lagi. Rindu, sangat rindu. Tapi Papa tak mampu nak berhadapan dengan Mama, sayang.

==> Enjoy reading. comment does make me happy. ^_^  hikk. peace.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. best..^_^..nape familiy cha pisah ek???

    ReplyDelete
  2. uhm... alasan klise barangkali. hikk.

    keep on reading ya.. ^_^ peace.

    ReplyDelete