Temui mereka.

by 1:09 PM 2 komen
Assalamualaikum.


Mula-mula ingat nak tulis tajuk : JALAN-JALAN EXPLORE KELANTAN.

Holaaa. Tajuk tak menahan. -.-

Just naik motorbot kut. Huahaha.

At first bukan main plan, nak gi mandi kolam kat Taman Tengku Anis, lepas tu balik melencong gi Pengkalan Motorbot, naik mototrbot. 
Bajet orang bandar sangat gaya tak pernah naik benda alah tu.

Sebenarnya dulu, masa kecik-kecik dulu, masa aku sangat kiut dulu, motorbot nih dah jadi macam kereta motor dah bagi keluarga. Kira kenderaan pengantara antara rumah aku dengan rumah Tok Mek. Rumah aku kat Kota Bharu, rumah Tok Mek dekat Tumpat. Haa...

Bayarannya RM1 satu kepala. Huaaa kasarnya aku! Jadi kami berempat, pergi dan balik, maka RM8.
-.- Bijakkan aku ngajar korang math.


 Tempat naik tu memang tengah-tengah bandar sungguh. Kalau korang masuk pagar nak ke Pelangi Mall, haa. Maka korang nampaklah the beautiful sightseeing here. Pehhh. Gila tak tenang mata menengok. Saujana mata memandang.

Tapi bila dalam motorbot tu... sila tahan pernafasan korang. Asapnya mama datuk teruknya! Sesak nafas derr. Kak Ngah kata asap fogging tu jauh lagi elok dari asap ni. Sejauh mana tu aku taktau lah.







Tapi maaf. Entry kali ni penuh ngan gambar syok sendiri je. Gambar dalam motorbot ada, tapi muka jelas sangat. Teeet. --"

Gambar pemandangan menarik pun takde, sebab aku snap pakai Samsung Galaxy Young je. Lupa nak pinjam iPad dengan abah. Huuuu. Percayalah, we kept talking about that iPad sepanjang perjalanan ke sana dan ke mari semula. Betapa ruginya!

Tapi paling tidak, tak ada gambar pun... kami menikmati this trip. [ Eh, trip ke orang panggil kalau pergi pukul 6 balik pukul 8? ] -.- Whateva.

 Benda yang buat aku rasa this trip sangat precious, aku temui mereka.

#The guitarist bagi aku sebijik cam Harry Potter. Kalau kau tengok dari dekat, macam jarak lensa dengan diorang ni. Heh... bukan Daniel Radcliffe, tapi Harry Potter. 
Berbeza yaa, perlu diingatkan.

SIAPA MEREKA? aku pun tak tahu. Aku even tak tau dari mana mereka, kalau ada nama, apa nama band korang... and ohlala. Macam-macam yang perlu ditanya. Aku nampak dorang, mengelamun kejap, khayal kejap, terus bukak Young dan snap, snap, snap. Kemudian blah. Menggedik dengan adik kakak. Haah. 

 Sesampai saja motorbot tu ke destinasi (Tumpat i guess), terus kami disambut dengan suara dorang yang mendayu.


Serius.

Mendayu.

Jujurlah sayang... 
aku tak mengapa...
Biar nanti...
Aku yang harus, pergi... 
Kuterima...

Pernah jadi lagu feveret aku tuh. Bayangkan pula bila dinyanyikan beramai-ramai tanpa emosi melampau-lampau seperti kebiasaan bila aku menyanyi, dan angin sungai tu pulak... mendayu-dayu.

Dari tempat aku snap gambar diorang ni, ada tempat niaga hot dog tak hot dog segala. So kitorang singgah beli situ.
Gila murah --> kata Kak Uteh.
Jangan tanya aku murah takat mana, bukan aku pegang duit.

Tapi yang ha-havocnya... masa dok membeli tu, diorang mendayu lagi.

Aku anak Kampung...
Tiada pelajaran...
Kuli-kuli sahaja...

Oh la la.

~~~~~~~~~~~~~
Hm. Tak paham apa aku cuba sampaikan kan?


Now note this. Aku sukakan gaya street mereka. Muahaha! Itu saja. Gaya mereka tu... buat aku rasa nak selami benda pelik-pelik kat luar sana.

Skateboard...
Penyanyi jalanan.
Graffiti.
And the list longer...

Walaupun dorang tu satu pun tak dari apa yang aki senaraikan tu...
Know what, aku tetap rasa bertuah sebab jumpa mereka hari ni. Hehh.

Okebai.



AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. amboi amboi bestnyaaa gi kelate wey~~
    hihihi

    ReplyDelete
  2. Yg best nya bin visit, tp mmg dok Kelantan dan baru terlintas nk explore gk sendiri... Hahahahha

    ReplyDelete